Korang pernah bermimpi tak. Mimpi yang sangat jelas sehingga mampu untuk mengingati setiap kejadian dan keadaan sekeliling mimpi tersebut.
Selalunya, bila akak mimpi kan, akak tak hingat pun mimpi tersebut, kecuali mimpi main. Hazab. Pastu aku dok merengsa sendirian memikirkan pasal menda tu sampai tetek akak menjadi keras secara automatik.
boleh.
Anyway, akak memang jarang bermimpi. Dan bila sedar dari mimpi akak akan cuba ingat apa yang akak mimpikan, tapi akak selalunya gagal untuk. Tapi kali ini lain sikit. Mungkin sebab akak tidur lewat dan kena bangun awal, jadi time frame mimpi tu pendek jadi akak boleh ingat semuanya.
Kisahnya macam ni...
Akak tengah jalan-jalan pastu akak nampak menerusi satu tingkap ada orang hingar bingar kat luar tu. Akak perhatikan ada ramai orang macam sedang membeli belah di pasar malam. Ada satu kedai ni tengah jual Apam Balik dan semua orang dok beratur nak beli apam balik dia.
Jadi akak macam berminat akak pun pergi ke kedai tu. Tapi dalam mimpi kita tak yah jalan-jalan kan. Lambat, tak macam filem melayu nak tukar scene tu punya editing lambat gila. Tahu-tahu je akak automatik je terus ada depan kedai tu tengah beratur turn akak nak beli apam balik.
kau mampu mimpi beli apam balik?
Jadi akak beratur lah dalam ramai-ramai tu menunggu turn akak nak beli apam balik lah ni.
Pada masa yang sama makcik yang jual apam balik tu, dia jugak jual lengkong buah-buahan. Dan ada lah sorang budak pompuan ni beli lengkong RM5 hengget, tapi dia dapat 3 ketul je. Pastu ada sorang budak laki lain beli lengkong yang sama, dia bayar RM3 tapi dia dapat sepinggan lengkong tu terus, dengan pinggan-pinggan makcik tu bagi.
Budak laki tu amik lengkong tu dan akak tengok kat hujung jari-jari dia hitam macam orang pakai inai. Hitam pekat, kecuali kat bahagian kuku dia. Maksudnya bahagian atas tak hitam lah.
Lepas dia amik lengkong tu dia pusing, dan dia tengok dan jeling akak dengan wajah yang sangat sombong tapi agak menakutkan. Kekwat camana ntah dapat beli jelly.
So bila dia selesai beli lengkong, turn akak pulak beli apam balik.
Akak pun orderlah apam balik tu. "Makcik nak apam balik dua"
Kat kedai tu ada banyak apam balik, bertingkat-tingkat kalau akak nak dua patut nya boleh je dia bagi yang ada tu. Tapi instead dia gi masak apam balik baru.
So akak tunggu lah apam balik tu masak.
Bila apam balik tu dah masak, makcik bungkus pastu dia bubuh atas dacing dengan beberapa apam balik yang telah sedia ada atas dacing tu. Makcik tu letak kemudian dia tengok dial kat dacing tu berubah.
Pastu dia buat derk je, dan terus masak apam balik lain. Sambil tengok akak dengan muka selamba je.
Dia tak layan pun akak, dan terus amik order lain dan buat apam balik. Satu pun apam balik dia tak jual.
So akak pun naik hantu lah, akak pun belah. Masa nak pergi tu akak nampak ada satu lagi kedai apam balik kat tepi tu.
Akak pun gih lah kedai tu nak beli apam balik.
Kedai tu yang jualnya ada budak-budak. Ada dua orang budak pompuan, dalam usia 10-12 tahun gitu. Cantik sangat budaknya.
Dia cakap kat akak
"nak apam balik ke, tak dapat ya beli kat kedai tu"
Pastu akak jawab ah ah... budak tu macam tahu akak nak apam balik
Pastu dia jawab,
"kita tahu, awak nak apam balik"
Pastu dia pun buat lah apam balik tu.
Tapi cara dia buat apam balik tu pelik. Dia tak amik bancuhan apam balik tu pastu masuk dalam kuali, instead dia keluarkan waffle yang pudar yang belum masak pastu dia celup dalam campuran apam balik tu.
Dia siap sental sental siap perah perah waffle tu dalam larutan apam balik tu, sampai menda tu kembang pastu baru dia bubuh atas kuali.
Pastu dia cakap dengan akak
"Awak nak kemanisan hidup" (lebih kurang camtu la, tapi tak berapa ingat apa dia sebut"). Dia macam nak offer akak something untuk melegakan hati akak yang tengah panas tu lah.
Akak tanya dia balik, "apa dia?"
dia cakap awak nak kemanisan hidup, awak minum lah air soya ni.
Dan depan akak ada satu air soya. Kiranya macam dia suruh akak minum air tu sambil dia masak apam balik tu lah.
akak tak minum pun.
Tahu-tahu akak tertido.
Bila akak sedar, akak rasa macam masa dah lama. Pastu akak nampak budak dua orang tu pun tidur jugak.
Sebab akak tertido depan gerai dia. Dan bila akak celik mata, akak nampak dorang dua pun tengah sedap tido bawah meja.
Akak bangunkan dorang, dan cakap apam balik akak dah hangit.
Dia orang pun cepat-cepat bangun dan amik apam balik tu dan bagi kat akak.
Budak tu ada dua. Sorang tu yang buat apam balik, sorang lagi tu diam je post post tak cantik, sebab dia chubby.
Pastu akak pun makan le apam balik tu. Tapi apam balik dia rasa tak sedap dan kenyal, dan pelik sebab waffle kat dalam tu macam plastik dan dikelilingi oleh tepung apam balik yang nipis.
Bila akak pusing balik nak tanya budak tu, tiba-tiba semua orang dah takde.
Tinggal budak tu tengah jual apam balik, dan kat atas dia ada chandeliar yang lampu dalam banyak-banyak tu ada satu je nyala. Yang lain semua dah padam dan tempat tu gelap sekali.
Rupanya budak tu ada dalam bilik, dan dia jual apam balik dalam bilik dia. Akak tengok dari cermin tu sebenarnya akak tengok dari luar rumah.
Dan dalam bilik tu di sebelah kanan akak ada pintu lain. Dan orang-orang kat gerai tadi sebenarnya kat bilik sebelah atau kat luar rumah tu sebenarnya.
Dan pintu sebelah kiri akak tengok ada orang yang yang kuku hitam tu sedang perhatikan akak dan dia tutup pintu.
Pastu budak tu pandang akak, pastu dia cakap
"saya kerja jual apam balik sebab nak carik duit lebih nak beli lampu dan bayar bill elektrik."
And bila dia habis cakap je, lampu yang kelam-kelam yang nyala sebiji tu je pun padam.
Terus semua gelap.
...........................................
Pastu akak pun bangun.
Ntah apa punya mimpi pun akak tak tau. Dan mimpi ni sangat vivid gitu. Jelas sangat semua nya kecuali wajah-wajah orang lain, wajah budak jual apam balik dengan budak yang berkuku hitam tu amat jelas.
Pelik sebab akak tak pernah mimpi sebegini jelas, dan akak tak mungkin dapat ingat mimpi akak selalunya.
Jadinya, sapa-sapa yang pandai tafsir mimpi tu, cuba jelaskan sikit pada akak apa maksud mimpi ini.
Adakah dia ada makna, atau sebenarnya akak mengidam nak makan apam balik. Maklumlah hari ini ada pasar malam kat tempat akak.
3 comments:
very the detail mimpi apam balik tue........hahahahah
apam balik di kuching tok cuma RM1.20 aja
scary sgt mimpi ni!!! mcm ade sesuatu yg hendak disampaikan. erk
errr kata orang kalau mende mende ni ada pada masa mimpi tu maknanya mimpi tu benar atau memberi petanda:
1) Berlaku dua pertiga malam.. tidak lah masa sedo tu dah tinggi matahari tu..
2) Tidak berhadas besar, bagusnya ada air wuduk... kalau takder pun takper, janji takder hadas besar
3) Kita ingat jelas semua mimpi tu dengan dialog dan rupa segala bagai...
Kalau ketiga tiga ni ada, maknanya akan belaku kepada Fiebie lah... berlaku apa tu ai tak tahu...
Post a Comment