Wednesday, February 23, 2011

Blackberry Torch


Jeng jeng jeng....

Memperkenalkan, telefon terbaru seorang gadis urban yang sentiasa mencari-cari pembaharuan, penuh innovasi dan berdaya maju.

Lately ni kawan-kawan akak semua sudah bertukar kepada blackberry torch. Jadi seperti biasa akak yang tak leh kalah ni pun, mula lah menjinak-jinak kan diri ke kedai telefon untuk melihat telefon tersebut yang sungguh canggih dan sangat sesuai dengan gaya hidup akak yang serba professional dan bergaya ini.

Walaupun sebelum ini akak pernah pakai Bold, Bold2 dan jugak pakai Storm2 jadi untuk tidak ketinggalan dalam aktiviti kekwat mengkekwatankan diri in, akak mesti dapatkan jugak Blackberry Torch tersebut.

So bila sampai kat kedai, akak tengok-tengok telefon tu harga dia mak aiii... ribu-ribu you all. Boleh buat kenduri kesyukuran doa selamat ajak orang kampung datang makan ni. Pastu akak gigihkan diri jugak. Sambil tu akak tengok-tengok lah tablet phone macam Galaxy Tab dan jugak Apple Ipad. Nampak menarik sekali, dan harganya jugak lebih kurang sama dengan blackberry torch.

Namun apa kan daya, pendapatan akak sebagai seorang instructor penoreh getah dan jugak perodok kelapa sawit di institusi kerajaan ni tidak lah sangat membenarkan akak bergaya lelebih. Tapi sekali sekala takpe lah kan.

Jadi akak tak mampu lah beli blackberry torch tu.



Akak beli Blackberry lain. Blackberry ini sangat unik dan dibuat satu sahaja dalam dunia.

Kelas kan.

Towkey tu buat special untuk akak selepas akak cuba mintak 80 percent discount.


Jeng jeng jeng...


memperkenalkan.....


Blackberry terbaru akak....


Sila jangan jealous











Blackberry Torch Light




KO ado????




Dengan blackberry ini kehidupan akak sebagai gadis urban yang bercahaya dan ceria akan sentiasa terang benderang, dan telefon ini jugak boleh digunakan semasa emergency untuk membaling hanjeng!!









Sekian.




*nanges :(



p/s: Bila lah nak dapat laki kaya ni. Kawan akak seorang kakak-kakak gemok dapat laki Arab, laki dia belikan dia BMW Sport 3 series. Lepas pakai tak sampai setahun, dia cakap kat laki dia, kawan-kawan dia gemuk tak muat masuk kereta tu. Laki dia kesian tukarkan ke BMW 5 series pulak.

Pengsan


Ko mampu??? Walaupun ko feeling chantaque???


p/p/s: Jumpa jugak ko blog ini kan Megat Lemang Itik Ganas

5 comments:

chubby said...

bersyukur dgn apa yg kita ada..insyALLAH...kalau ada rezeki...adalah...Qun Fa Ya Qun...:))

Intan Payung said...

Bak kata orang-orang tua, IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA, IKUT NAFSU LESU.. tepuk dada tanya selera. Apa yang termampu itu aje hak kita. Nak order satu blackberry torchlight tu. Sukerr le :)

Asyraf_Crescent said...

hahaha...sumpah lawak k...nak pengsan gelak nie...omg...penat nye ketawa bila tgk pic blackberry torch tue...hahaha...

Cik Benang said...

Gegeh u ols!

faizfiraz said...

mak aihhhh... memang terbaekkkk sangat.....