Tuesday, September 21, 2010

bila rasa ku ini rasa mu

sungguh syahdu sekali tajuk album kita kali ini. Lama sudah akak tidak menulis apa-apa di dalam blog ini. Bukan takde menda nak tulis, tapi sebab hari-hari akak tak pernah ada kesempatan untuk menulis apa-apa dalam ni. Dan lately, kebanyakkan entry dalam blog ini semua berkisarkan makanan. Blog ponen lain semua keluarkan gambar-gambar sensasi, blog akak keluarkan gambar makanan. Nampak sangat akak ni gems gems kan. Tapi bak kata kawan akak, we are not fat, we are big bones. kadang kala dia cakap, we are not fat, we are fluffy gitu.

Tapi yang pasti nampak sangat akak dah macam tidak berminat untuk menulis.

Anyway selamat hari raya akak nak ucapkan pada semua. Tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya, raya akak tak pernah nak meriahpun. Semenjak kehilangan arwah abah 20 tahun lepas, akak tak pernah nak rasa kemeriahan raya. Akak tak mampu nak adakan perasaan itu. Tapi akak cuba untuk buat orang lain happy. Akak cuba buat mak akak, adik beradik akak, dan anak buah akak happy pada hari raya. Walaupun akak akan menjadi bankrupt pada hari raya kedua. As long as they are happy, i am happy. Somehow bila hari raya menjadi semakin komersil, what makes people happy always put a hole in your pocket.

Money seems to be the centre of happiness nowadays. And as a ponen, the only way to make people happy with me, is to have lots of money. No one likes a poor ponen. They might clap at your jokes, they might admire your deceptive and fraudulent beauty, they might tell you many wonderful things infront of you, but before you can even turn yourself back, they might have sweared and insulting your existence and make a mockery out of your life.

Sebab tu kita tengok ponen-ponen yang di puji dan terima atau so called di terima masyarakat adalah yang berduit. dan circle tu berterusan berduit, berkerjaya, berpelajaran dan sebagainya. Ada ke orang nak memuji pondan-pondan lorong dan pondan-pondan bodoh.

Hanya kaum-kaum atau group-group dorang je yang memuji satu sama lain. Sedih kehidupan mereka.

Tapi what happen kalau kita berduit (at least sikit), berpelajaran tinggi, berkerjaya tapi kita tetap di hina? Dan what happen kalau yang menghina kita sendiri itu adalah orang yang paling rapat dengan kita?

Kadang-kadang manusia ini di hina bukan dengan kata-kata sahaja, tapi manusia juga boleh di hina dengan perbuatan. Sometimes, tanpa perbuatan dan kata-kata dengan diam sahaja kita boleh rasa di hina. Lagi-lagi kalau orang tu supersensitif macam akak ni.

Eh ke mana aku nak gi ni.

Akak nak ucapkan selamat hari raya je sebenarnya.

Tapi itu lah, kadang-kadang manusia lupa. Kita boleh cakap macam-macam pasal orang lain, kita boleh banyak tak puas hati dengan orang lain. Tapi kita alpa yang masalah ini semua timbul sebab kita yang letak standard terlalu tinggi, atau kita terlalu mengharap kesempurnaan dari orang lain, walhal kita sendiri penuh dengan kejelekkan.

Tapi kita takkan nampak kelemahan dan hinanya diri kita sendiri. Yang kita nampak adalah pekung orang lain. Yang kita buat permasalahan adalah kudis orang lain.

kadang-kadang akak tak larat lagi bila orang menghina perbuatan akak, bukan perbuatan buruk akak, tapi menghina apa yang akak rasa akak cuba berbuat baik. Ala-ala orang putih cakap, insulting one's intelligence lah gitu. Tapi kali ini insulting one's good moral behavior. Insulting my friendship, insulting my sincerity, insulting me for being true to myself, insulting me as a person who have feelings.

Yes, i have feelings too.

1 comment:

Anonymous said...

alah kak fieb, whatever people want to say, they will say. and they wont stop talking. takde perasaan empathy langsung.

takpe, ai tetap sokong you.