Wednesday, September 22, 2010

USB Port

Zaman sekarang ni semua orang ada computer. At least ada mengunakan komputer di pejabat. Ada yang pakai PC, ada pakai Laptop, ada pakai notebook dan sebagainya. Ada yang lebih technology savvy akan mengunakan PDA phone dia macam I-phone dan Blackberry, HTC dan sebagainya sebagai komputer peribadinya dan untuk membuat tugasan-tugasan di opis.

Macam akak, gadis urban, semua nota-nota dan powerpoint presentation akak disimpan di dalam blackberry akak, dan bila akak perlu baca nota atau buat revision akak tak perlu on laptop, semua boleh di baca dalam blackberry. Dan bila akak nak buat presentation di luar, akak just cucuk je blackberry akak di mana-mana laptop, dan walllaaaaaaaaaaaa... akak terus boleh buat presentation dengan jayanya sekali.

Meletop tak akak? Meletop pom pom pom katanya...


Tapi untuk memastikan peranti akak di sambungkan di peranti satu lagi, akak memerlukan USB port.


Apa tu peranti, apa tu USB port?


Tahu?


Tak tau memang korang bodoh. Itu masalah ko, bukan masalah aku.


waakakakakkaakaka...


acah je, tak tau meaning sebab korang tak amik tau lah. Tapi mostly semua orang tau lah.


USB port ni secara teknikalnya akak pun tak tahu lah nak explain, tapi secara cakap biasanya, dia adalah macam penyambung peranti-peranti atau alat-alat yang kita sambungkan pada komputer dan ia juga mempunyai litar yang menyambungkan sumber kuasa.


Ala-ala 2 in one gitu, selain menyambung peranti, dia juga ada power supply.


Jadi kebanyakkan alat-alat elektronik boleh di sambung terus pada computer kita tanpa kita terkial-kial nak cari powercord extension lah, suis elektrik lah dah sebagainya.


Contoh USB port macam kat bawah ni.




Ah nampak, jangan buat-buat terkejut ya. Semua PC sekarang ada menda ni. Unless korang guna PC yang zaman jepun dulu yang boleh dibuat tukun tiruan dan monitor dia hanya keluar warna hijau sahaja.


Jadi ada sesiapa yang tertanya apa kejadahnya lubang-lubang depan PC ni, memang korang bebal. Ini lah namanya USB port!



Tepuk tangan tepuk tangan...



Jadi sebagai gadis urban yang maju dan aktif, lagi bergaya dan sensasi dan berdaya saing lagi berteknologi tinggi, akak banyak sekali mengunakan USB port ini dalam urusan harian akak bila mengunakan PC.



Tu dia nampak, sampai abis port tu akak gunakan untuk bermacam-macam perkara. Nasib baik dia bagi 4 port je, kalau dia kasi 80 macamana?

80-80 port akak gunakan.

Tapi 4 port ini pun tidak cukup untuk kegunaan akak yang super sensasi dan berteknologi tinggi. Akak terpaksa menambahkan USB ini dengan mengunakan USB Adapter pulak. Macam kat bawah ni.


Tu dia kelas tak akak? Kelas kan...

Tak rugi korang baca blog akak yang super kelas orangnya ni. Korang patut rasa beruntung sebab selain dari cantik, pandai memasak, berbudi bahasa dan berhemah tinggi, akak juga teknologi savvy gitu.

Perdana Menteri pun kalau boleh nak kawan dengan akak tapi dia malu je sebab nanti orang cakap apa pulak kan.

Tapi takpe, at lease dia connected dengan akak melalui Facebook.



Macam-macam akak sambungkan pada PC akak ni.

Opss, sila abaikan beg kertas Louis Vuitton yang akak sengaja tak crop tu.

Ini menunjukkan akak bukan sahaja cantik, berbudibahasa, pandai memasak dan berteknologi tinggi, ia juga menunjukkan akak ni high fashion dan lagi bergaya gitu.


walaupun nan hado isi dalam beg itu setakat beg show off show off sahajork.


Selain dari alat-alat biasa macam telefon dan PDA, bermacam-macam lagi alat boleh kita sambung pada USB ni, macam gambar-gambar kat bawah ni.



Kita boleh sambung printer


Boleh sambung alat pemanas air. Satu hari nanti, dapur gas dan microwave oven pun kita leh sambung kat USB port komputer.

Boleh lah kita sambil kerja di opis memasak kek dan lauk pauk dan sebagainya.


Selain itu, USB port juga boleh digunakan oleh orang wanita untuk kegunaan harian dia macam video di bawah ini.


http://www.youtube.com/watch_popup?v=lsjU0K8QPhs&vq=medium


cuba lah klik link kat atas ni. Akak nak embed tak leh pulak.

Pandai pandai lah korang sendiri ek.



Oke lah, kelas dah start, infact dah start 10 minit tadi dah. Akak masih kat opis menulis blog lahanat ini. akak kena berambus dulu.


chowwwwwwwww cinnnnnnnn chowwwwwwwwwwwwww



6 comments:

mirch_marcello said...

akak ada banyak USB tapi yang saya pelik sangat naper hanya satu e-mail saya hantar akak tak replied?? akak dah lupa password atau yahoo tu banned akak ***teksi sambil pegang LV dri PS Butik

nota: memang saya peminat akak, dan beruntung ada urban gurl sprt akak yang sudi kwn ngan saya desa gurl

Fiebie said...

opssss... lupa set email tu kat bb. hik hik, akan set sekarang

mirch_marcello said...

kalau tak set ke BB, email ntuh tak leh buka kat lappy ker ***pitam

SINORA said...

hi fb... salam lebaran. i memang
really love the way u are. aik, betul tak aku speaking ni.. saya suka semua post u la fb tp yg ni la aku tak tahan lg.. aku mesti puji ko. banyak info la aku dpt dr post mu wlu pun aku tak pandai kering2 gusi spanjang baca blog u. tq la fb.. & blessed u.

fiebie.. boleh tak ko add aku kat facebook ke.. aku ikut blog kau sejak af2 lagi tau..

mariah said...

fiebie, bila nak update? Tiap-tiap hari jengah blog fiebie, tapi "nan ado".

tikuskurus said...

oh akak..hilang rasa sakit lepas beranak bila baca blog akak..
nang bukan-bukan kata org swk..