Wednesday, February 10, 2010

Terasa diri ku begitu bangang

Kan, sebulan satu entri katanya. Harus le akak take over crown ginger lepas ni malas update. Tapi lately memang semenjak dua menjak ni memang tahap kemalasan nak update tu terlampau-lampau. Sebabnya akak jarang online pakai pc dah, maklumlah wanita urban cam akak ni yang sentiasa on the go, online pakai blackberry je.

Well you know me.

Satu lagi sebab pasal akak sekarang ni gila facebook. Macam haram kan facebook tu. Berhantu tul, setiap lima saat le kawan-kawan akak nak update status. Sampai korek hidung, cabut bulu hidung, picit jerawat kat hidung pun semua dorang nak update kan sekali.

Tapi rasa rugi lak akak bila tengok banyak tul gambar-gambar akak dok snappy-snappy selama ni terbiar begitu sahaja. Bila lagi nak meriakkan diri dengan aktiviti dan percutian nan ado, kalau bukan dalam blog sendiri ya tak. Orang lain semua dah ke eropah, afrika bagai, akak baru nak feeling vacation gih Indon katanya.

Ini tidak termasuk janji-janji palsu nak update story morry yang akak buat selama ni tak terbuat-buat.

Demi pembaca blog ini yang tinggal 12 orang tu sahaja, akak akan tetap mengigihkan diri macamana pun walaupun keluar air mata darah sekali pun.

Tapi hari ni akak nak cerita satu perkara yang menyebabkan akak rasa begitu bodoh sekali (walaupun sebenarnya memang bodoh pun, walaupun tahap pendidikan akak tinggi lah sikit dari 75 peratus rakyat malaysia. Mati lah ko riak cam khinzir)

Kisahnya macam ni...


Pada suatu hari, lebih kurang 3 tahun lepas, akak memulakan kerjaya sebagai instructor penoreh-penoreh getah separa professional dan professional di sebuah ladang getah yang tidak menerima orang bukan melayu.

Maklumlah, aktiviti getah mengetah ni kan selalunya di monopoli oleh kaum india, jadi dorang nak lah jugak buat institut penyelidikan dan pengurusan getah untuk orang Melayu.

Anyway, bila akak masuk sini akak dibekalkan dengan sebuah PC second hand peninggalan seorang cikgu penoreh getah yang dah pindah tempat lain. Masa tu komputer tu masih lagi baru.

PC tau tak?

Kalau tak tau, sila bunuh diri.

So bila technician tu bawak PC tu kat bilik akak dan dia pun pasang-pasang lah wayar bagai. Akak pun begitu girang sekali tidak sabar untuk mengunakan PC second hand itu untuk kegunaan rasmi dan tidak rasmi seperti mengupdate blog, membaca-baca blog dan mendownload filem lucah dan sebagainya.

Masa tu belum ada facebook-facebook lagi.

Bila semua wayar dah siap di pasang, maka akak dan technician tu pun girang dan cuba on kan komputer tu dan tiba-tiba...


ada keluar asap dan bau macam terbakar dan letupan berbunyi "pop"

dan setakat itu sahaja lah kegunaan PC tu di bilik akak.

Tak sempat gunapun, sempat on je. Nyala pun tak lagi.


Macam kesial.


So technician tu pun, bawak le turun ke komputer lab untuk diperbaiki.


Rupa-rupanya, ada wayar dalam CPU tu telah digigit tikus dan menyebabkan kotak switch power supply dia rosak.

Jadi technician tu pun gih le repair PC tu.


---------------------------------------------------------


Tapi seminggu tak siap, dua minggu tak siap... sampai le sebulan akak tunggu dan akak dah mula merengsa akak yang pose-pose penyabar masa tu, maklumlah baru bekerja kita kena lah tunjuk hati yang mulia kan, telah mula hilang kesabaran.

Akak call le technician tu dan cakap, awat lambat sangat nak repair CPU tu.

Rupanya dia cakap, nak beli switch CPU tu dia kena keluarkan order form, kena tunggu orang buat invoice, hantar DO, buat LO bagai.

Motif, switch harga 7o hengget kena keluarkan LO ke.

So akak pun menjadi begitu sentap. Nak tunggu dorang keluarkan LO dan nak tunggu repair harus lah akak dah pencen pun tak sampai-sampai PC tu katanya.

So akak pun gi le beli CPU baru pakai duit sendiri.

Kaya camana tah.

Tapi akak beli CPU second hand je. Tapi oke lah.

Jadi akak pun gunalah komputer akak sendiri, dan selang dua hari selepas tu technician tu call cakap CPU yang meletop tu telah direpair.


macam pantatttttttttttt..


opsss, sorry tercarut (by the way, technician tu pompuan tua yang kalau sekali tengok orang takkan sangka dia technician IT, sebaliknya adalah makcik yang menjual zhullian, sebab badan dia penuh dengan produk zhullian ala-ala walking signboard dan merangkap jurucakap zhulian lah kaedahnya.


so akak pun bercadang nak bawak balik PC akak ke rumah dan pakai PC opis je.


Bila akak cucuk kan semua wayar-wayar yang patut di cucuk, tiba-tiba monitor pulak tak menyala.

Sudah....

Dah le hari tu rosak cpu switch ni rosak apa pulak.

By the way, kalau sapa yang ingat dan pernah baca blog akak 3 tahun lepas, akak ada ceritakan kos untuk merepair pc akak tu adalah RM900 ringgit.

Gilakan yang rosaknya adalah CPU switch yang kalau beli kat lau yatt tak sampai RM 70.


Merasa le anak beranak pinak makan duit haram sangat tau dorang-dorang ni. Tapi bukan semua lah.

Jadi akak call le technician tu dan komplen dan dia cakap dia busy dan akan tengok kemudian, tapi cam haram tetap tak datang-datang. Akak tau-tau dia dah transfer ke fakulti lain pulak.

Binatang sangat.

Tapi akak pun malas nak fikir sangat, takut nanti tunggu berapa lama pulak dorang nak repair pc tu, dan berapa pulak dorang nak charge dan tak ke buruk rekod akak nanti bila segala harta menda bagi kat akak lingkup katanya kan.

jadi akak diam kan sahaja dan terus mengunakan PC sendiri. CPU opis ni jadi lah tukun tiruan tak terusik-usik selama hampir 3 tahun di dalam bilik akak ni.


tu dia kat bawah tu tukun tiruan yang
3 tahun tak pakai gedabak besar cam lori.

--------------------------------------------------

Nak di jadikan cerita, PC yang akak gunakan sekarang tiba-tiba buat hal. Ntah camana tah akak dok gatal gih terima file dari microsoft terus akak kena warning window tak original katanya.

PC akak jadi lembab dan storage dia pun dah penuh pastu dengan segala mala virus lah ada dalamnya. Kalau lah PC ni seorang manusia, dah lama mati dah kot.

Pendek kata, PC akak ni tunggu masa je nak ke alam barzakh le kaedahnya.


Jadi akak pun tiba-tiba nak buat penyiasatan semula kat PC lama yang duduk diam lama kat bilik akak ni. Apa masalah dia sampai tak leh hidup monitor ni. Ada masalah dengan VGA ke, atau monitor ni tak compatible ke.

Actually akak memang tahu le sedikit sebanyak pasal PC ni. Kalau nak repair pc sendiri pun akak boleh je, tapi aku tak kuasa dan malas je nak buat.


Akak cuba lah nak on pc lama tu.

Akak cucuk lah semua wayar yang perlu termasuk lah wayar mouse, keyboard, speaker, monitor dan sebagainya tapi tetap tak mau on jugak. Tapi kat speaker tu boleh dengar window dah start.

Meaning memang VGA atau graphic card problem lah.


Keji lah repair pc separuh-separuh camni. Kenapa lah masa repair tu dorang tak settle kan betul-betul. Sakit jiwa akak dibuatnya, jenuh aku dok jampi serapah.


Tiba-tiba kan, masa akak dah tahap nak hempas pc tu kan, akak ternampak ada satu lagi port untuk cucuk vga tu kat bawah. Rupanya, pc ni ada dua port VGA. Macamana aku tak perasan tah.


hik...

sebenarnya selama ini, aku yang bengap bodoh piang camana tah. Orang suruh cucuk lobang tang lain, aku cucuk lubang tang lain.


Bila akak cucuk je terus menyala PC hanjeng ni. Cipap tul.

sekali salah lobang daaaaa.
Orang cucuk bawah ko cucuk atas


3 tahun PC tu duduk terbongkang semata-mata sebab kebodohan diri sendiri. Rasa cam dungu lembu camana tah aku masa tu. Lembu pun akak rasa lagi pandai kot. Pastu tak pasal-pasal aku gelak sorang-sorang cam orang gila dalam bilik.

Hik.


Sekarang akak dah ada PC baru yang lama.

yeayyyyy...


maklum lah, kita wanita biasa ni mana le reti cucuk-cucuk ni. Kena cucuk reti le.


Sekian lah cerita tak perlu ini.


jumpa lagi...



chowwwwwwww chinnnnnn chauuuuuuuuuu...



p/s: where is the wisdon we have lost in knowledge, where is the knowledge we have lost in information (T.S. Elliot)

7 comments:

siti salwa alias said...

well sometimes we need to learn from mistake rite..even dah 3 tahun kan pc tu mcam pekasam..at least bukan 3 abad =)

btw nice blog..especially part food tu....awesome!!!

yOnnA said...

my god!! saya gelak tak renti2 ni akak!!!! T____________T HAHAHAHAHHAHA rupanya salah cucuk je, sudahnya 3 tahun tersadai hahaha

captainlukman said...

akhirnya kembali jua, eh akak sy pembaca akak yg ke 13 tp SR je. Mrasalahkan?

La Diva said...

budak diploma dah siap grad 3 tahun tu! (unless yg bengap) hiks.

::airswift:: said...

i feel for you!

so strange, apsal technician IT tu boleh pakai barang kemas semua?

we as IT people kenalah pakai as simple as we can, sebab senang nak squat down masuk bawah meja dan sebagainya.

and then fixing charges RM900? boleh beli CPU baru dah tu...

monstorious wife said...

akak nih kelakar lah... motifff nan ado kah technician lelaki??

Kat tempat iolss theyollss ala2 pose2 bagi kitorang PC yang lembab nak mampus.. tahap windows 98.. Nak loading programming pon lembab sangatss...

izzu said...

hahahah, lawak gila la, kak