Thursday, February 18, 2010

A.M. Tarbush

Kembali bersiaran dalam rancangan Jalan-jalan Melantak siri Pantai Timur.


Sebelum tu, jawapan untuk soalan sebelum ini, telah pun di jawab.

Soalannya, kenapa burung garuda mengambil masa 8 minit untuk ke matahari dan 4 minit untuk turun ke bumi?


Sebab masa dia nak naik ke matahari dia pakai satu kepak je. Sebab satu lagi nak tutup mata dia dari silau. Masa turun baru dia pakai dua-dua kepak.

Gituhhhhhhhh...


Mrasa semua jadi kanak-kanak tadika kejab. Tapi akak tau jenuh korang cari jawapan kan. Ada yang siap search internet semua.

Jangan tipu.


Anyway, bila kita gih Kelantan of course kita akan cari makanan tradisional orang sana yang memang terlalu-lalu banyak lah kaedahnya. Orang cakap tak menang tangan lah kalau makan kat sana. Kalau spend 7 hari 7 malam makan makanan kelantan yang berlainan jenis pun tak abis dan tak sempat. Sebabnya hari ke 7 you all dah mati.

Kat sana pun ada jugak makanan-makanan yang international gitu. Makanan siam tok sah cerita lah. Dah sah-sah dia duduk sebelah je. Sebab tu banyak abang-abang di KB ni kendo-kendo putih melepak sebab ramai dah campur-campur darahnya.

Tapi ada gak yang muka waruk pecah rumah tu. Bukan semua kendo lah, tapi kebanyakkan memang kita akan tengok sambil meleleh air liur dan air hingus semua ya. Kadang-kadang elok sangat tanpa kita sedari air mata kita pun meleleh-leleh sebab tangkap syahdu melihat wajah-wajah bercahaya nur bagai.

Kendo camana pun, kita kena tunggu dia senyum dulu, takut muka kendo bila senyum gigi rongak ke apa ke, terus jadi tak kendo katanya.

kannnnnnn...

aku nak cerita pasal makanan ke pasal jantan ni.


Anyway, hari ni kita akan makan-makan di restoren arab lah. Nama restoren ini adalah A.M. Tarbush. Adalah ala ala macam filem penyamun tarbus gitu.

Korang ingat tak filem penyamun tarbus?




Dengan bermotokan Makanan Arab Citarasa Malaysia, restoren ini menyajikan makanan-makanan arab yang telah di Malaysianize kan gitu.

Basically menu dia berasaskan nasi yang lebih kurang rasa macam nasi briyani dengan lauk-lauk seperti ayam dan kambing.



Ni le nasib briyani yang di ambil dari telefon akak yang sedih. Nampak tak menarik langsung kan. Gambar banyak dalam phone Nokia 5800 akak satu lagi. Tapi akak tak sempat nak copy telefon akak telah di kebas you all.

Bukan akak buat door gift oke.

Tapi hilang kat rumah kawan akak. Kaedahnya telefon tu takde bateri, jadi akak tinggalkan lah kejab kat rumah kawan akak dalam beg oke.

Selang dua hari bila akak nak charge telefon tu, tengok dah takde dalam beg.

Cam nak mampus aku kerja mengumpul duit nak beli telefon canggih sampai tax pun akak tak bayar lagi ni, senang-senang je dia kebas phone tu.

Dah le banyak gambar-gambar yang penuh memori dalam tu. Tak termasuk gambar-gambar yang dikategorikan 18PG. Risau jugak lah empunya diri kan.

Tapi yang akak terkilan dalam rumah tu ada 3 orang je. Sorang tak duduk situ, dia duduk rumah laki dia. Lagi 2 orang tu buat-buat tak faham je bila akak tanya, dan boleh buat muka selamba macam tak penting sangat phone tu hilang.Jadi akak pun malas le nak besarkan hal ini, akak anggap macam takde rezeki je lah. Telefon boleh beli lain, kawan-kawan tak boleh beli.

Tapi dalam redha-redha tu akak menyumpah seranah jugak le, dan akak berdoa suatu hari nanti tuhan jadikan dia Public Phone, supaya dia boleh memberi perkhidmatan kepada semua orang yang tidak ada telefon.



pose-pose Nabilah sambil menadah tangan
dan berdoa pada tuhan



Memang penyamun tarbush sungguh lah.


Citer pasal Nabilah kan. Kawan akak ada cerita satu kejadian yang sungguh mengasyikkan dan kelakar macam siyal sangat.

Kaedahnya macam ni...

tapi sebelum tu ko tau ke Nabilah tu sapa? Kalau tak tau malas aku nak explain lelebih. Nabilah tu nama budak yang berlakon filem Indon yang sikit-sikit ada masalah berdoa, sikit-sikit ada masalah berdoa.

Berdoa je lah kerja dia, takde makanan berdoa, takde air berdoa, bapak hilang berdoa, arnab hilang berdoa, mata buta berdoa, kena marah cikgu berdoa..

pendek kata semua dia doakan le.


anyway, kisah nya camni. Kawan akak cerita pada suatu hari dia pergi rumah makcik dia. Masa tu ada cerita Nabilah ni lah. Masa tu Nabilah ni berdoa pada tuhan untuk mendapat kesejahteraan ibu dia lah.

Tiba-tiba ada sorang cousin dia yang kecik ni naik hantu dan jadi emosi. Terus bergegas dan berlari ke dalam bilik emak dia.

Dorang pun heran lah, pastu dorang pun ikut lah budak tu masuk bilik. Punya le terkejut satu rumah ketawa bagai nak rak.

Nak tau apa jadi?

Rupa-rupanya budak tu lari ke dalam bilik emak dia dan dah pakai telekong emak dia dan duduk di atas sejadah sambil berdoa pada tuhan.

Murni sangat hati budak tu kan.


tapi... adalah lah masalahnya sikit...



Masalahnya.... budak tu bukan budak perempuan tapi budak lelaki.


Mrasalah kecil-kecil sudah feeling Nyah Waruk katanya.

Dah besar boleh jadi Ustanyah katanya. Boleh gantikan Imah lenggok.



Oke mari kita sambung cerita pasal Restoren A.M. Tarbush.



Tapi sila lah lihat gambar di bawah, yang akak kebas dari flickr dan website sapa tah. Kesemua gambar nya menceritakan pasal restoren yang sama.

Nampak le sikit punya beza kalau kita pakai kamera mahal dengan kamera murah ni ya. Menda yang nampak biasa jadi macam lazat camana tah.




Yang ni nasik briyani ayam



Yang kat atas ni pulak nasi briyani daging kambing.


Ni ntah apa ke namanya tak ingat. Tadi dia macam kebab, tapi kita tak makan dengan roti. Dia kasi salad pastu kita makan begitu sahaja atau dengan nasi.




Hat yang ni makaroni bakar.



Ayam bakar ada, ayam simbah kueh lemon dan minyak zaiton pun ada.




Kat atas pulak antara lauk pauk yang kita boleh pilih. Nampak cam kari ayam dengan rendang ayam je kan.


Sekian lah sahaja entri kali ni dengan gambar-gambar yang sedih walaupun macam-macam aku order malam tu.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik di link di bawah.


http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/18/nation/2055891&sec=nation





oke lah...



chowwwwwwwwwwwww cinnnnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuuuu

7 comments:

Sherita Aziz said...

i took my mum there once, she didn't like it..

huhuhuhu...

siti salwa alias said...

btw cik fiebie klu nk try udang lipan steam pulau aman, roger2 lah i..leh tumpang..ahakssss

i nk suggestkan u, nasik beryani kg pelet, area bukit mertajam, penang...lg superb beryani nyer getuwww!!!

n0n0n said...

uish...kat mana ni?ni yg nk pegi try ni....sgt delicious pulak aku tgk....len kali g kelantan kene try ni,wajib...

Fiebie said...

sherita, i dont really like it either.

siti salwa, macam macam le ko suggest kan. ntah bila le aku nak gih nya

nonon, tidak sesedap mana. sedap lagi kat cyberjaya atau yang kat jalan damai ampang. tapi harga dia murah sikit dari yang kat kl

arep said...

syabas u ol.. seru nama imah terus dia update blog.. hahahaha

Independent Queen said...

Fieb, mamat kelantan memanglah kendo, tapi suka kawin lebih satu. tak silap I..kawin cerai tu mcm tukar spender jer senangnya.

Kalau U nak rasa arab/lebanese cuizine yg bebetul arabbbbb gitu.. just pegi Tarbush Bukit Bintang or Sunway je la... Kelantan jauh sangat tu.. tambang ..masa semua kan..pastuh u cakap tak best sangat pulak kan..

AkU said...

ingatkan Tarbush yg kt Starhill nih..
ngee~~