Wednesday, February 17, 2010

Nasi Ulam Kota Bharu

Mari kita dengar cerita makan lagi hari ni. Kali ni kita makan nasi ulam pulak.

Bye the way, seronok je jalan kat KL semenjak dua menjak ni. Nak gi mana-mana cepat dan senang. Tapi minggu depan dah teruk balik lah ya.

Kembali bersiaran.


Untuk siri makan-makan kali ini, akak nak ceritakan pasal nasi ulam. Selain dari nasi-nasi yang popular di kelantan ni macam nasi dagang, nasi berlauk, nasi air, nasi kukus, nasihat dan sebagainya satu lagi nasi yang popular adalah nasi ulam.

Actually nama je nasi ulam. Nasi dia biasa je dengan lauk-lauk biasa tapi lauk utama dia mesti ada ulam-ulaman, dan dimakan dengan mencecah ulam-ulam tu dengan budu, tempoyak, sambal belacan dan sebagainya.


aiyoooo... cerita pun akak dah lapar dah. Camana? Baru intro je.





Kalau kita pergi jalan-jalan di KB, kita mesti gih try makan kat restaurant nasi ulam depan muzium ni. Orang KB panggil Nasi Ulam Muzium. Sebab dia depan Muzium.

Kalau depan zoo harus le dorang panggil nasi ulam zoo ya tak.

Kalau depan toilet dia panggil apa?




Kedai dia pun kemas dan cantik, dan kita makan kat sini pun rasa feeling-feeling class. Tapi tidak menyebabkan poket kita bocor. Kat KB makan le kat mana pun, harga maintain je.

Actually, tempat ni bukan pun restaurant pun. Dia sebenarnya macam pusat menjual barang-barang seni di KB tu macam pasar seni. Tapi ntah kuat camana tah taukeh ni dia boleh dapat tempat ini menjadi misteri nusantara.

Tu dia sambil makan-makan kita boleh membeli belah barang perhiasan rumah dan sebagainya untuk mengisi masa lapang sambil menunggu boypren korang beratur amik lauk.

Best kan.

Restoren ni kira restoren nasi ulam yang paling popular di Kota Bharu ni. Ada satu lagi restoren nasi ulam di pengkalan Chepa berdekatan dengan Istana Pengkalan Chepa. Taukeh dia sama je sebenarnya. Kecuali yang di Pengkalan Chepa harga dia murah sedikit.




Punya lah ramai orang makan sini. Segala gala tok nek makan kat sini. Masa akak dengan kawan-kawan akak makan, akak terserempak dengan salah sorang student akak makan dengan famili dia.

Terkejut beruk le akak masa tu, sebab akak berpakaian seksi dan menjolok mata ketika itu. Mak bapak dia tengok akak atas bawah macam tak percaya je akak ni instructor kat kebun getah.

tapi ..... ada aku kisahhhhhhhh???




Mrasa ulam-ulam kat sini bukan di letak dalam mangkuk-mangkuk kecik selalu kita tengok kat kl ni tau. Dia masuk dalam raga plastik besar camtu. Macam beli sayur kat pasar je.

Mrasa le makan ulam cam lembu oke.


Tak cukup dalam bekas tu, kat bekas lauk pun ada banyak ulam-ulam yang lain.

Ulam-ulam ni ada di makan fresh, ada yang di rebus terlebih dahulu.



Tu dia abang-abang tengah bincang nak makan ulam apa untuk kasi ceknek kuat.

Ramai jantan kendo makan sini, tapi akak tak leh amik gambar sebab laki akak jenis cemburu hazab. Tapi dia sendiri jenis peramah dengan orang lain. Pepetz sangat. Jadi akak boleh amik gambar abang-abang tak kendo je.

Nak tengok jantan kendo KB, kena baca blog sherita.



Nak makan nasik ulam ni, kalau kita jenis vegetarian kira oke lah amik ulam je. Tapi sebab akak tidak mau kelihatan seperti seekor kambing, jadi adalah lauk-lauk lain yang menjadi lauk sampingan.

Selalu kita makan dengan ikan dan ayam goreng dan ikan singgang je. Jangan amik lauk pelik-pelik nanti tak berapa best makan.



Tapi masa akak datang tu ayam goreng dah abis. Sentap.

Baru kul 1.30 lauk semua dah nak abis tau. Jadi kita kena datang awal untuk pilih lauk dan dapatkan tempat.

Kalau korang feeling-feeling nak makan kat sini datang kul 2 kan, korang makan je rumput-rumput dan daun-daun di sekeliling restoren sajork.



Bila ada ayam goreng sedap kalau ada lauk kuah lemak. Kat tengah-tengah itu adalah bahan paling penting untuk makan nasi ulam versi kelantan. Kalau takde bukan kira versi kelantan.

Itu lah budu you all.

Budu ni kita kena pecah-pecahkan cili dan ikan rebus yang takde garam dalam nya.



Kat atas ni lauk ikan singgang patin. Akak tak leh makan langsung ikan patin dan ikan-ikan yang sewaktu dengannya. Akak tak leh nak go dengan bau tanah tu.


Yang ini pulak ikan semilang atau ikan keli goreng. Ikan keli dia bukan jenis kecik-kecik anak oke. Ni jenis gedabak besar punya.


Besarrrrrrrr punyaaaaaaaa...


Ni ulam yang kita pilih, ada pucuk pegaga, timun, kacang panjang, ulam raja, dan paling best daun ketereh.

Daun ketereh tu adalah daun gajus.




dan ini lah hasilnya bila selesai...




Sekian sahaja untuk entri Jalan-Jalan carik makan, di pantai timur siri kedua.

Nantikan untuk siri yang seterusnya.




chowwwwwww cinnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuu



p/s: teka teki... kenapa burung garuda mengambil masa 8 jam untuk naik ke matahari, tetapi 4 jam sahaja untuk turun balik ke bumi?

Sila jawab

5 comments:

monstorious wife said...

sebab masa pegi dia sesat, masa balik dia dah tau jalan balik. Sekian jawapan dari mek..

Fiebie said...

Jawapan yg kreatif... Tapi salah.

Cuba lagi

Anonymous said...

boleh x sy mjwb secara saintifik cik fiebie???
mase nk pi matahari lawan tarikan graviti, so kne de daya yg tinggi, mase balik ikut daya graviti, so mase singkat??? ~confem salah kan~

btw topic nasik ulam ni mmg awesome sbb sy peminat ulam2...klu mkn mmg mcm kambing..dpt plak keli goreng cecah budu...masyuk!!!


cik fiebie bile nk try merasa udang lipan steam + mee udang pulau aman, penang???

~sYam'Z LimiTeD EdiTiON~® said...

sebab burung garuda tu terbang naik guna 1 sayap sajork disebabkan oleh silau! dah turun menggunakan kedua2 belah sayapnyer...nGee~

Fiebie said...

siti salwa. jawapan yang sangat saintifik tapi tidak tepat. tapi mee udang tu sangat menarik sekali.

syam keji dah tau jawapan tak leh masuk.

benci lah.