Friday, December 25, 2009

Gossip segera

U ol, akak nak gossip ni.

Ingat tak kisah penceraian seorang penyanyi wanita dengan seorang pelakon lelaki dulu. Penyanyi ni popular gak, tapi tetap di label low class second grade, laki dia pulak agak kendo dan orang pernah speku gibek. Kalau sapa-sapa duduk kat sentul flat yang cam nak runtuh tu tau le dua orang artis ni, sebab asal usulnya kat situ.

Dapat tangkap dah?

Anyway, masa penceraian itu penyanyi pompuan ni keluarkan statement laki dia yang lately selalu berlakon jadi polis sebab badan dah sedap, walaupun satu ketika dulu pernah berlakon jadi bapok ni kan sebagai tidak bertanggungjawab lah, itu lah ini lah dan sebagainya.

Sian ek.

Anyway, hari tu kawan kepada kawan kepada kawan akak nampak penyanyi pompuan ni baru balik dari function you all di sebuah hotel di kebun getah ni.

Yang penting tiba-tiba sebuah kereta Jaguar mewah datang dan penyanyi perempuan itu terus masuk duduk di kerusi belakang, macam mam besar.

Kalau setakat jadi artis second grade, jangan kata nak beli jaguar, ini kan siap pakai driver. Harus lah kaya raya ni kan.


Wahhhhhhhhhhh....


Kelaskan.


Jadi mak datin-mak datin atau bini-bini ahli perniagaan (harus le kan, kalau kakitangan kerajaan atau kerja makan gaji, nak beli proton saga pun menitis air mata) yang suaminya ada kereta jaguar, silalah perhati-perhatikan laki you all. Takut nanti laki you all pulak keluarkan statement you all tak bertanggungjawab pulak.


takiuutttttttttttt



p/s: dalam kehidupan kita banyak bola-bola api yang akan menyerang kita dan harus kita selalu hati-hati dan elakkan.

Sunday, December 20, 2009

the day

happy birthday to me.

Tuesday, December 15, 2009

Salam Pantai Timur- Siri Satu

Akok-akok, abe-abe, semuo. Guano gamok? Harap sihat sokmo belake. Maghi deh kawe nok caro sikit, cito pasa makane makane hok ado di pantai timur ni weh.


mati lah macam siam gila sebenarnya kan.


Yessa, akak sekarang berada di Serambi Mekah, yang akak tak nampak pun mana serambinya kot ya. Yang akak nampak banyak mat rempit (sangat-sangat banyak) dan jugak gabas-gabas berkeliaran di stadium sajork.

mati lah pech lobs

Tapi sekali sekala nampak jugak le abe-abe dan daddy-daddy kendo kat sana sini pakai serban dan jubah. Kadang-kala rasa nak masuk dalam jubah dorang dan bermaustatin di dalam tu. Konsep-konsep camping dalam khemah katanya

Tapi one thing for sure, dan ini akan di akui oleh ramai adik-adik yang pernah datang Kelate ni, peratusan cikjans-cikjan kendo adalah paling padat di sini ya, termasuk lah ciklaks akak paling kendo sekali kat mata akak ni. Walaupun, tak kendo sebenarnya.

*nanges

Gigih macamana tah, jumpa ciklaks sanggup datang sini tu. Kalau nak pergi berkebun atau gi menoreh getah kat estate tu malas tul aku rasa kan.

Untuk siri pertama ni, dan mungkin siri-siri pantai timur seterusnya akan berkisar tentang makanan sahajork. Kota Bharu ni adalah food heaven. Kat mana-mana ada jual makanan. Bagi orang-orang yang bertubuh comel dan mungil macam akak ni, sangat bahaya sekali di Kelantan ni ek. Lagi-lagi bila makanan-makanan dorang memang manis-manis berlaka.

Orang kelantan ni suka sangat business. Kat mana-mana kita pergi dari masuk je area Machang sampai ke penghujung Kota Bharu, bila ada jalan besar je, kita akan nampak kedai-kedai atau tapak perniagaan merata-rata sepanjang jalan.

Sekali tengok macam kawasan perniagaan dia tidak terurus, tapi bila tengok dua kali, baru kita perasan yang keadaan ini tak berlaku di mana-mana di Malaysia. Ada kedai bangunan-bangunan tinggi, bangunan rendah, rumah kayu, gerai-gerai macam-macam lah. Pendek kata segala jenis bangunan tepi jalan adalah entiti perniagaan, atau pun pejabat-pejabat kerajaan. Kawasan perumahan pulak berada di dalam-dalam atau belakang kedai-kedai ni.


Orang-orang Kelantan ni suka meniaga. Segala jenis menda lah dia niagakan. Itu orang cakap kat kelantan ni, rakyat dia kaya, kerajaan miskin. Untuk pengetahuan semua, kerajaan negeri tidak boleh memungut cukai pendapatan atau cukai perniagaan, mereka hanya boleh memungut cukai tafsiran, atau cukai pintu.

Semua jenis cukai pendapatan pulak adalah hak kerajaan pusat.


oke ENUF about that.

Kita tak mau cerita pasal keadaan sosiopolitik atau sosioekonomi di negeri kelantan ni, tapi kita nak cerita pasal makanan.

Hari ni, kita akan melawat kedai bernama...


YATI AYAM PERCIK,

Kedai ni terdapat di Jalan Pekeliling, Kota Bharu.

or was it Hayati Ayam Bakar, or was it Hazaki, atau Hazami akak pun tak ingat. Tapi yang penting nasik kerabu dia meletopss sekali.


Jom tengok apa akak dan kawan-kawan makan hari tu.





Akak makan Nasi Kerabu!!!


Ini adalah nasik kerabu paling biru akak pernah tengok dan pernah makan seumur hidup akak. Terus akak teringat nila yang emak akak bubuh kat baju sekolah akak dulu. Selalu jadi bahan je kat sekolah orang lain baju kaler putih, baju akak kaler biru-biru. Adik-adik sangat masa tu tau.

Emak akak pun satu, suka tau over expose mak masa kecik dulu. Tengok, sekarang sapa susah. Dah besar-besar ni, akak jugak yang jadi bapok.

Ini semua salah emak!!!


Mati lah anak durhaka.






Tu lah wak, saya cakap jangan makan nasik kerabu ni hari-hari. Tengok kita dah jadi kaler camni.

Diam!!!


Selain dari makan nasik kerabu, tu akak bertiga memilih lauk-lauk berasingan pastu kita semua share-share.





Ini kerabu kaki ayam paling marvelous akak pernah makan. Sedap sekali dan lembut macam jelly, akak suka gila.

Ini solok lada. Lada kat sini kaler dia hijau muda camtu. Cantik je.


Ini adalah daging bakar yang berlemak-lemak yang menyebabkan akak hampir pitam dan hilang pertimbangan badan.

note to self: medical check up bila balik KL nanti.




Ini adalah ayam bakar hayati yang special tu. Ayam bakar dia sedap, tapi kuah dia manis sungguh. In fact semua makanan-makanan dia manis-manis belaka.

Makan sekali sekala oke lah. Kalau makan selalu, harus le darah tinggi dan kencing manis. Agaknya berapa lah statistik rakyat Kelantan yang ada kencing manis ni ek?


Selain dari nasik kerabu ni, kedai ni jual bermacam-macam makanan. Makanan dia semua nampak begitu menarik sekali presentationnya. Kalau orang yang jakun cam akak ni, harus le kalau boleh semua nak beli. Macam budak-budak dalam kedai candy, atau dalam toys'r'us katanya. Rambang biji mata.

Tapi akak takut lah nanti badan akak jadi macam bas sekolah, jadi akak beli suku sajork.

Kaedahnya.


Sebenarnya, sebab ciklaks akak marah, kalau aku gih sorang dah sah-sah aku memborong kueh mueh dia semua.



Meh kita tengok-tengok gambar yang menghairah kan ini jom.


Selain dari menjual ayam bakar dan nask kerabu. Kedai ini menjual bermacam-macam juadah lauk yang popular macam gulai kawah, gulai itik serati, dan macam-macam lagi lah.



Kawan depan tu sangat besar ya, sangat-sangat besar. Akak pun boleh masuk dan berenang-renang dalam tu. Boleh buat swimming pool.










Meletop kan lauk pauk dia.

Itu baru sikit tu akak amik. Maklum lah, akak amik gambar pun cepat-cepat. Keji le akak hari-hari kena tebalkan muka amik gambar makanan nak tulis blog ini.

Orang tengok mesti dia kata, mana le tak gemuk budak ni. Gambar makanan pun nak amik.


Selain dari lauk pauk yang nampak sedap-sedap belaka, kedai ini pun menjual kueh-mueh yang sangat-sangat menghairahkan sehingga menyebabkan payudara kita bergetar-getar.


















Sekian sahaja, siri pertama Salam Pantai Timur kita untuk kali ini.

Jumpa lagi, di waktu yang sama, bila-bila aku nak update.


daaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sunday, December 13, 2009

Pangkor Laut Restaurant



Hello awak!

Rindu kat kita tak? Kita rindu lah kat awak semua. Kakak cuti seminggu, dia gih menjual diri dan maruah dia di satu negeri di utara tanah air. Jadi kita take over blog dia seminggu.

Anyway, kita nak bagitau yang sedara mara kita kini boleh di dapati dengan mudah di stesyen-stesyen petronas di Shah Alam dan kawasan sekitarnya.

Tapi sebelum tu, mek nak tanya korang pernah tengok pondan stim tak?




Pernah tengok tak macamana agaknya rupa pondan stim?

Kita selalu tengok, jadi tak sanggup nak explain camana rupanya bila pondan tengah stim. Kalau nak tengok boleh gih kat blog Ita Johnson.


Mati lahhhhhhhhhhhh mekkkk


Ampun kak ita. Kita suka blog kak ita, kita nak order underwear lobang tu satu please.

(mati lah sapa tak faham)



Anyway, kalau dah pose-pose kacang camtu mesti lah gih makan kat restoren cina kan. Restoren melayu jangan kata kacang, tapi mintak sambal belacan pun muka dorang akan berubah macam belacan gak.

Tapi kacang tu bukan free pun. Kalau kita gih restoren cina, selalu dia akan charge RM2-3 ringgit untuk kacang sepiring tu. Memang pandai tul dorang buat duit kan.

So konsep hari ni adalah konsep jalan-jalan melantak. Dan projek mengembangkan perut dan menguncupkan wallet ini adalah tajaan Leen AshBurn, sempena menyambut harijadi Abang Bad yang ke 24.

Lama dah tak jumpa Leen dengan Abang Bad. Masih maintain sexy kedua-duanya dan mempastikan projek akan berjalan lancar.

Terima kasih daun keladi kepada Leen AshBurn, yang khabarnya telah pun join gym rakyat untuk menjadi ahli bina badan wanita kebangsaan pertama setelah video dan ujibakat dia kat the biggest looser asia tidak berjaya.

Takpe you all. Big is beautiful.

Anyway, lokasi untuk perjumpaan kali ini dikenali sebagai Restoren Pangkor Laut Restaurant, or was it Pangkor Village Restaurant yang terletak di Kelana Jaya, or was it PJ. Tapi dia berdekatan dengan stesyen LRT kelana jaya dan berhadapan dengan Fatty Crab restaurant.

Plan awal nak gih fatty crab, tapi abang bad rekemen kita cuba makan kat restoren pangkor ini. First look at the restaurant memang sapa yang tidak berpengalaman akan menjadi seriau untuk masuk ke dalam restaurant ini. Sebab restaurant ini typical chinese restaurant dan menyebabkan kita menjadi sedikit risau ya.

Tapi bila dah masuk dan tengok keliling, rasa confident sikit sebab ada orang Melayu makan kat sini, dan abang Bad sendiri selalu lepak makan kat kedai ni. Lagi pun ini restaurant makanan laut ya tak? Paling kuat pun dia serve hanjeng laut atau kuda laut je. Sebab babi laut orang belum ada lagi dalam discovery channel.

Tapi apa pun, makanan dia memang sedap dan hanya one word to describe the gastronomic excursion experience kat sini...


MELETOPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP



Tu dia, huruf besar lagi katanya. Gitu lah meletopnya.

Seperti biasa kita tengok gambar sudah deh.



Kita start dinner kita dengan appertiser yang light-light sugi.

Ini adalah crabmeat taufu dan dimakan dengan thai sos.

Kat menu cakap ini adalah antara most popular dishes tapi rasanya biasa je. Takde yang istimewa, sama je macam tauhu yang boleh kita beli di tesco.

Rasa dia B+ ( 70-75)

Ini nama dia apa ek? Tak ingat, tapi dia ada udang lipan atau mantis prawn tu dan dimasak macam kungpow chicken tu.

Rasa dia sedap dan dapat A- (80-85%)
Ni close up gambar mantis prawn ni sungguh mengasyikkan. Udangnya sangat ranggup dan lembut dan sos masam manis nya sangat masam manis.





Menu kedua adalah Mantis Prawn dengan Salted Egg york. Ini adalah personal favorite abang bad dan di recommended oleh abang bad, dan rasanya sangat marlevous sekali.

nampak dengan lemak-lemak kuning telur asin tu melekat pada mantis prawn sangat mengasyikkan sekali.

Masa ni toksah cerita pasal kolestrol lah. Memang sapa yang fikir pasal kolestrol tak yah datang restaurant ni sebab memang takde makanan dia yang heart friendly.


Dan ini adalah roti yang di goreng panas-panas. Roti ini konsistensi dia macam kueh pau, dan bila dia digoreng dan di makan panas-panas jadi sedap pulak.

Dan ia menjadi semakin sedap bila di cicah dengan main dish kita malam itu.... apa lagi kalau bukan...


Jeng-jeng-jeng





KETAMMMMM PONDAN STIMMMM



Ini lah rupa dia ketam pondan steam tu. Ada kuah masam-masam manis di sira di atas ketam yang sangat fresh. Kuah dia rasa masam-masam macam plum sos dan di campur dengan bahan-bahan lain dan cili api.

Jadi rasa dia memang sedap sekali, sumpah tak tipu.

Seperti biasa restaurant china akan served ketam batu.

Biasa le ada dua pandangan tentang ketam batu ni. Ada orang cakap boleh makan, ada orang cakap tak leh makan.

Tapi bila dah berlaku percanggahan pendapat camni, kiranya ada khilaf, jadi akak pun dengan confidentnya makan sajork.



Emm, bukan setakat ketam tu je aku makan, ada benda lain yang tidak di kategori sebagai khilaf pun akak makan gak, sebab pondan-pondan lain makan gak.

Hik, ada aku kisah.



Kisah you all, tapi aku insan yang lemah, hanya mampu berserah.


*Nanges



(faham??? tak faham takde, kalau faham buat-buat tak faham oke)





Dan ini adalah hasilnya bila projek jalan-jalan melantak itu berakhir.

Selesai semuanya sekali, khilaf tak khilaf.

Hik.


Anyway TANKS TO COME kepada Leen Ashburn, kerana dengan baik hatinya mengajak akak dan TANKS TO COME kepada abang Bad kerana menyambut besdaynya, merasa le merk makan makanan sedap-sedap ni.


To abang bad, Happy Birthday and many happy returns,

To Leen Ash burn, semoga more prosperous dan dimurahkan rezeki, dan jangan malu-malu ajak lagi oke.



p/s: Birthday abang bad, dah hampir sebulan berlalu. Tapi disebabkan oleh waktu yang tidak mengizinkan, entri ini di tulis sebulan kemudian. At least tak le sempat masuk tahun baru kan. By the way, birthday akak adalah seminggu dari sekarang.

Tuesday, December 8, 2009

Sariwan

Akak hadir.

Hello adik-adik melayu, adik-adik kelly ng, adik adik OC dan adik adik orang asli sekelian (srious, ada adik-adik orang asli tau). Salam Satu Malaysia.

Memandangkan sekarang ni semua orang dok sibuk-sibuk memikirkan cara untuk mensatu malaysiakan segala-galanya, akak pun teruja juga le nak sama-sama tergolong dalam bandwagon yang sama.

Tapi bila dok fikir-fikir, sedihlah bila tengok semua negara lain di dunia ni menfokus pada isu-isu ekonomi yang lebih global, kita kat Malaysia ini masih lagi terperuk dengan isu-isu perkauman. Sampai terpaksa mengeluarkan cogankata yang seakan-akan mengambarkan bahawa negara kita tercicir jauh dari segi kerjasama kaum ini. Sepatutnya, in my humble oppinion lah, duit yang beratus-ratus juta yang di spend oleh kerajaan dan pihak swasta untuk buat iklan dan aktiviti 1Malaysia dichannelkan ke arah lain yang lebih bersifat menguntungkan.

Again politician tak mahu belajar-belajar bahawa bila negara banyak duit dan semua orang kaya, semua orang akan happy. Masalah perkauman di Malaysia (walaupun sebenarnya tidak ada masalahpun) adalah disebabkan oleh pengagihan ekonomi yang tidak serata.

Well, akak nak kasi lecture pun bukan korang nak dengar kan.

Anyway, hari ni sekali lagi, akak tak mau cerita pasal politik atau ekonomi atau sosial dan sebagainya. Kalau korang nak belajar menda-menda tu, korang boleh baca dalam bermacam-macam blog lain yang penulisnya cuba menunjuk pandai dan sebagainya, walaupun sebenarnya nan ado.

Akak nak cerita pasal makanan.

Kan, tak abis-abis cerita pasal melantak.

Selalu akak cerita pasal restoren-restoren tahap rendah gitu, sebab itu je akak mampu kan. Tapi kali ini akak nak cerita pasal restoren upclass sikit. Restoren peringkat atasan yang hanya mampu di lihat oleh adik-adik yang mesekin sahajork.

Akak pun mesekin gak. Itu pun sebab ada orang belanja. Nak pergi sendiri haram le jawabnya.

Sekali-sekali nak jugak merasa makan kat restoren mewah ya tak. Kalau dah selalu makan kat restoren-restoren atau gerai yang banyak tikus yang sikit-sikit bila nampak tikus lalu semua angkat kaki. Bila nampak tikus dan jantan kendo, sambil angkat kaki menjerit-jerit buat statement "saya lah bapok... lihat saya menjerit macam bapok" dengan harapan jantan-jantan tu akan tengok. Walhal jantan tu sikit punya menyampah, kalau lah membaling cawan adalah tidak salah di segi undang-undang, nescaya ada cawan melekat kat dahi bapok-bapok tu.

Pastu restoren-restoren tahap marhein ini korang tengok tak sudu dan cawan berkerak. Pastu pinggan sumbing semua dibagi le macam le kita orang Malaysia ini kebal dari serangan-serangan virus dan bakteria yang melekat kat kerak-kerak tu.

Tapi paling akak pantang sekali adalah restoren yang bagi pinggan ada bekas cucuh rokok. Yang menghisap rokok tu pun satu sial, tak belajar adap. Tempat korang makan tu ko pergi bubuh abuk rokok tu apasal. Nanti ko jugak yang nak datang kat situ. Kalau takde ash-tray buang je kat bawah. Kalau korang feeling pembersih korang makan je abu rokok tu.

Ehhhh membebel pulak akak.

Tapi tu lah, kalau boleh beruk-beruk yang suka sangat membuang habuk rokok dan mencucuh kat pinggan plastik restoren atau gerai tu, silalah hentikan perbuatan yang tidak beretika dan keji tu ek.


Anyway, sebelum akak nak cerita pasal restoren ala-ala mewah ni, akak nak bagi satu soalan Trivia.

Soalannya, apakah persamaan di antara semua adik-adik, kakak-kakak, bapok-bapok dan pondan-pondan sekelian, tidak kira di Malaysia, di Ulu benut, di Karak, Ukraine, Afghanistan, pendek kata seluruh dunia lah??






Yaa.. betul...




Jawapannya, adalah FEELING.



Kesemua adik-adik adalah feeling atau berangan. Ini adalah sifat semulajadi yang diberikan tuhan kepada semua adik-adik selain dari sifat sukakan menda alah tu.


Tak kira apa kelas dan status, tahap pelajaran, jenis pekerjaan atau apa apa sekali jenis demographic sekali pun, setiap adik-adik mempunyai, at least sedikit sebanyak perasaan berangan atau feeling itu.


Jadi bila kita pergi restoren mewah kita pun feeling-feeling lah order dalam bahasa orang putih, padahal waiter tu sendiri tak faham, pastu balas balik dalam bahasa Melayu.

Cerita pasal feeling ni kan. Ada satu kali tu akak teman kan kawan akak gih TP. Untuk sesiapa yang tahu, tahu lah apa tu TP. Untuk sesiapa yang tidak tahu, eloklah korang tak tahu. Akak tengok makin ramai le adik-adik yang feeling kat situ dan kalau bercakap tu suara mengalahkan guruh sehingga pesakit-pesakit jantung di hospital berdekatan ini boleh mati lah mendengar suara dorang.

Very der tak macam zaman-zaman akak dulu bila semua feeling wanita muslinyah gitu, cakap perlahan dan bersopan santun dan jalan berkepit telur. Adik-adik sekarang perangai macam tarzan, dan kalau boleh dan diizinkan dorang nak chop kat dahi dorang tu "aku bapok" gitu.

Keji lah.

Anyway, dalam banyak-banyak tu akak tengok adalah satu group ni paling feeling sekali lah. Dengan jaket top man dan baju branded paling murah di kedai ni sedang bergurau senda gegak gempita dan bersahut-sahutan macam beruk antara satu sama lain.

So dalam group tu adalah sorang adik-adik ni dok melepak duduk di atas bonet kereta belakang proton saga buatan tahun 1990 gitu. Feeling kelas camana tah dia duduk sila peha gitu di bonet kereta tu.

Nak dijadikan cerita, kawan dia yang memandu kereta tu pun bergerak, dan dia masih lagi kat boot belakang tu sambil feeling-feeling melambai kawan-kawan macam miss-miss yang diarak dalam kereta berhias gitu.

Sekali tu, ntah macamana kawan dia terpress kereta dia terlaju sedikit, dan gedegukkkkk.. dia jatuh terduduk macam nangka busuk menyembah bumi di tengah-tengah jalan raya berhadapan dengan beratus-ratus manusia yang feeling2 belaka betul-betul di kawasan paling terang di kawasan tu.

Macamana agaknya perasaan dia masa tu ek. Masa tu dia ada feeling tak?

Yang pastinya, akak tengok semua orang (termasuk kawan-kawan dia) dok ketawa dan tersengeh-sengeh melihat kejadian cikcuran paling mengaibkan untuk tahun 2009 ni.

Nasib baik takde Imah Lenggok masa tu. Mrasa lah ko nescaya menjadi bahan blognya sehingga 22 entri.


Oke berbalik pada cerita makanan tu, akak atas pelawaan kawan akak telah makan di restoren Sriwan di Seksyen 13 Shah Alam, yang terletak di apartment paling mewah di Shah Alam iaitu Apartment Acapella. Walaupun, apartment tu kalau di bandingkan dengan apartment-apartment di KL sebenarnya adalah nan ado sajork.


Restoren Sriwan atau seriwan, (actually lupa lak namanya) menyediakan makanan asli Siam, yang bila akak makan macam tak asli sangat pun. Akak tau lah, sebab akak pernah feeling-feeling pergi Bangkok dulu.

Lets tengok gambar sajork oke.



Tu dia. pandangan dalam restoren sriwan. Feeling-feeling cosy macam mana tah, dinch ada tikus bagai dalam tu. Takde lah mewah sangat pun, ala-ala kadar je.




ah ni menu makan dua orang, nampak sangat yang makan tu bukan dari golongan berbadan miss-miss macam Ginger dan LKY kan.


Imah Lenggok sila tutup mulut!!!!


awas loh... jangan coba coba....




Ini namanya dia Spicy Chicken meat wrapped in pandan leaf, atau nama siam dia choupraya namnam chupchup hai madai-madai, atau nama melayu dia ayam pandan.

Rasa dia oke je. B-


Kalau grade tempat akak B- tu adalah markah antara 65-70.




Ini Beed in ginger and oyster sauce with spring onion

Daging dia sedap dan segar, tapi sos dia biasa je dan tidak berperisa yang wow.

C+ (55-59%)



Ini bukan ikan yang mati disebabkan oleh pencemaran alam kerana tumpahan minyak hitam ya. Ini adalah Ikan 3 rasa. Yes! akak pun agak terkejut dan tergamam bila melihat ikan tiga rasa dia kelihatan seperti itu. Akak dok imagine ikan tiga rasa dia kaler-kaler merah, tapi tidak ya. Di berikan ikan berkaler hitam begitu ya.

Rasa kuah dia sangat binatang sekali dan tidak sedap, tetapi ikan dia sangat fresh dan tebal sekali, dan bukan ikan siakap yang di bela di sangkar.

Rasa dia B-




In sotong goreng tepung, yang disaluti oleh tepung goreng KFC sahajork. Tapi sedap le jugak.

Ini dapat B+ (70-75)


Ini pula adalah tomyam dan jangan tertipu dengan udang galah yang besar di dalam mangkuk itu ya. Ini kerana, dalam periuk yang besar itu, itu lah satu-satunya udang yang ada di dalamnya. Paling busuk pun, kalau ko nampak dua orang makan bubuh lah dua ketul udang tu kan. Berapa sen sangat le udang sekor tu.

Rasa dia biasa je. I was expecting something nice, tapi what i got was just plain tomyam macam yang boleh di dapati di gerai-gerai biasa.

Rasa dia B- sahajork.



Dan sebagai penutup jamuan dan pencuci mulut adalah Sagu dengan cendol dan santan atau nama siamnya kapkhunkap sawasdee kap.

Sagu dengan cendol, water chestnut dan nangka dalam santan yang disira gula.

Yang ni je akak suka.


Rasa dia A- (80-85)


Itu lah menu yang kita orang order. Ada banyak lagi menu lain, tapi sebab menu dalam bahasa Siam jadi kita order je lah makanan yang dah biasa makan. Mana le tau, salahorder dapat daging monyet salai atau ular masak lemak ke kan.

Kesimpulannya, makanan di restoren ini adalah sangat biasa sahaja. Tidak lah teruk sangat, tapi dengan harga yang diletakkan, ternyata restoren ini gagal mengimpress perut akak yang super besar ini.

Nak tau harga dia???


Lebih kurang RM200 untuk dua orang makan oke. Akak rasa dia ketuk kat harga ikan tu, sebab takde tanda harga. Tapi terkilan bukan sebab harga dia, tapi bila dok mengenangkan keadaan restoren yang nampak mewah dan harga yang dipaparkan di menu, ternyata restoren ini tidak mampu melawan walaupun makanan-makanan di gerai pun dari segi rasa dan presentation.

Apapun, restoren ini sangat selesa, perkhidmatannya sangat cepat (walaupun waktu dinner, tidak ada orang di dalam restoren ini ya) dan bahan-bahan yang digunakan adalah segar-segar belaka.

Jadi sapa ada banyak duit untuk dibazirkan, boleh lah makan di restoren ini tetapi kalau sapa yang suka the real authentic thai food with affordable price (ataupun dengan kata lain, kedekut) boleh lah makan di gerai-gerai biasa sahaja.

Tapi sapa nak pergi dating dan tunjuk kelas dan feeling kat pasangan masing-masing boleh lah datang ke

Sariwan Thai Restaurant
Acapella Apartment
Section 13, Shah Alam.



Sampai sini sahaja...


Chowwwwwwwwwww cinnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuu


Sawasdee Karp....

Monday, December 7, 2009

Myspy



The secret to be a successful comedian is to not try too hard to be funny. Ataupun, what we call as naturally funny comedian.

Harun Salim Bachick is fucking hilarious, and A.C Mizal is trying to hard to be funny!!!

Pardon my french, tapi itu lah akak rasa bila tengok buah tangan terbaru dari pengarah Afdlin Shauki, sebuah filem aksi komidi yang menampilkan Harun Salim Bachik, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie, Afdlin Shauki, Carmen Soo, Defni Iking, Maria Farida, Ridzuan Hashim

Yes! Seriously, Carmen Soo dan Defni Iking pun ada dalam filem komidi separa Melayu, separa english, separa One Malaysia ini. Kalau ada Kanchana Dewi dan Sathiya, lengkap lah filem satu komidi yang menutup tahun 2009. Seorang bloggers terkenal juga membuka tirai filem ini sebagai seorang along yang kejam. Pandai Afdlin nak menarik minat peminat-peminat bloggers yang berpuluh ribu ini untuk menonton filemnya.

Filem yang diarah oleh seorang Blogger (Afdlin Syauki), di tulis oleh seorang Blogger (Amir Hafizi) dan dibuka oleh seorang blogger ini at least boleh menarik minat 40,000 penonton yang membaca blog sekurang-kurangnya.

Dua buah tangan dari Afdlin Shauki dengan Papadom dan Myspy, dan beberapa filem sebelumnya, akak tabik spring pada Afdlin kerana secara prolificnya telah menghasilkan filem berkualiti untuk tontonan ramai.

Filem di bawah penerbitan KRU, selain menjadi iklan terpanjang kerjasama Perodua Myvi dan Celcom Blue Prepaid ini tidak seperti filem-filem komidi melayu lain yang bukan sahaja membodohkan pelakon, malahan membodohkan penonton. Filem ini agak inteligence jalan ceritanya, walaupun kebanyakkan aksi komidinya di cedok dalam banyak filem hongkong dan hollywood, (somehow sepanjang filem akak selalu cakap dengan diri akak, "i have seen that scene somewhere")

The best part of this film is the editing. Editing dia meletop dan kemas. transition dari satu babak ke satu babak dan plot kepada plot adalah effortless dan nampak begitu professional.

Filem ini mengisahkan dua orang penyiasat persendirian yang tidak sebulu dan berbeza dari segi pemikiran yang telah di upah oleh seorang client untuk menyiasat perbuatan suaminya. Seorang adalah perfectionist dan seorang lagi jenis happy go lucky, tapi kedua-duanya tidak mahir dalam apa yang mereka lakukan.

Dalam menjalankan penyiasatan mereka, kedua penyiasat yang tidak sebulu ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berkerjasama dan hasilnya adalah huru-hara.

Harun Salim Bachik sebagai seorang pelawak yang natural dan berbakat memang sungguh kelakar, manakala AC Mizal, sedikit "mencuba" untuk menjadi kelakar, tapi masih dalam kawalan dan tidak cuba over shadow pelakon-pelakon lain.

Filem ini bukan macam filem Malaysia langsung. Ia adalah filem yang mengunakan formula, nuansa dan feel sebuah filem Hong Kong. Tapi tak kisahlah sebab the formula works, dan jalan ceritanya walaupun simple tetapi sangat menarik.

Akak tak mau ulas terlalu banyak filem ini tapi akak rekemen kalau korang suka filem kelakar dari Hong Kong, korang akan suka filem ini.

Tapi sedikit warning, filem ini sedikit lucah dan kasar bahasanya. Filem ini juga banyak membuat lawak terhadap isu-isu dan perbuatan gayism. Somehow, most people think that homesexuality adalah sesuatu yang melawakkan.

Pelik tadi benar.

Tapi oke lah, at least orang boleh laugh about it, and not get to fucked up about it.

Filem ini jugak agak fictional sedikit dengan cubaan untuk memperkenalkan gadget-gadget spy yang tidak masuk akal, tetapi sangat kena dengan genre sebuah filem komidi. Jadi jangan lah berlagak pandai dan cuba nak menyamakan gadget-gadget dalam filem ini dengan filem kat US sana.


Overall, akak kasi filem ini 7.5 out of 10, dan untuk sebuah filem Malaysia, akak agak sedikit bangga menontonnya sebab ia memang kelakar, dan sangat rekemen korang pergi tengok. Dan akak rasa seronok sebab filem ini memang kelakar selepas berapa lama tidak menonton filem yang betul-betul lawak (selepas zaman P. Ramlee dan Zaman Ibrahim Pendek dan hamid Gurkha) dan tidak membodohkan pelakon (ie. senario) dan bukan dari pengarah yang bodoh (i.e professor Mydin supermarket - bukan nama sebenar) yang membodoh-bodohkan penonton (isi tempat kosong).


Adlin Aman Ramli pun oke, AC Mizal, not bad lah actually, tapi kemenyampahan akak padanya menyebabkan akak rasa dia tak lawak pun.

sorry akak bias. My bad.


Tapi one thing for sure...


Harun Salim Bachick is so fucking funny.


Akak suka akak suka.


Go and watch it. Its worth your RM10.



p/s: psssttt pssttt, korang ada dengar gossip terbaru Dephne Iking yang melibatkan penceraian seorang artist dan model tak? Akak ada dengar you all.

takuttttttttttt... tak leh cerita sini

Tuesday, December 1, 2009

No Regrets

Warning : this video clip might be offensive to some. Watch it at your own risk.





Have it ever crossed your mind that one day you might just dropped dead out of a sudden, and you regret not telling your loved one enough how much you love them.

Just taking this opportunity to tell everyone that I love, I love you so much.


Habibie, Thank you.

No Regret!