Akak hadir!!!
Kembali lagi kita kali ini dengan entri apa lagi, kalau bukan entri melantak.
Asyik-asyik entri melantak mana le tak gemuk cam belon kan. Tapi ada aku kesah?? Nanti dah kena sakit jantung baru nak kisah kot ya..
Anyway, sempena dengan kemasyukan yang maha lebat untuk bulan ini, designer kita Hatta Dolmat dengan bermurah hati membawa famili makan-makan di restoren siam kegemarannya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Tu dia, sangat berteknologi tinggi sekali. Nak makan tekan loceng sahajork. Dinch perlu jerit-jerit macam tarzan atau suitt suitt macam tikus yang selalu kita buat bila gih restoren-restoren kat Malaysia.
Kadang-kala akak tengok orang kita ni, kat restoren mewah dan hotel-hotel pun ada yang panggil jenis suittt suitt macam tikus tu. Sungguh tidak ekslusif sekali bila mulut muncung gitu nak amik order.
So kat sini tak payah buat camtu. Kita tekan loceng sajork, dan dalam masa 0.0008 saat seorang waiter akan terpacul dan memberi perkhidmatan yang memuaskan nafsu serakah kita.
Anyway, selain dari makanan yang sedap, Hatta Dolmat suka makan kat sini sebab dia suka kaler putih.
Itu je alasan dia.
Boleh???
Ala-ala tema restoren ini adalah restoren Siam bertema English dengan perabut murahan yang langsung tidak selesa dan canopy-canopy berwarna putih yang hazab sekali, tetapi disusun dengan begitu rapi supaya nampak seperti feeling kelas.
Tapi oke lah, tak la buruk. Kecuali kerusi-kerusi dia mengingatkan zaman sekolah akak sebab macam kerusi kat bilik darjah gitu.
Makanan kat restoren ini, boleh dikategorikan sebagai superb jugak, dan layanan dia cepat. Jadi takde le kalau kita order makanan tu, lepas kita nikah, bermukah dan beranak dua dan anak kita berjanggut baru lah makanan nak datang.
Kalau masa tak ramai orang, dalam masa 15-20 minit kita akan dihidangkan dengan makanan.
Mula-mula sebagai appertizer kita makan lah keluarga sendiri sebagai kudapan gitu.
Itu dia, sotong goreng tepung yang sebenarnya merupakan tepung goreng sotong.
Jangan tertipu dengan size yang besar itu kerana sotong di dalamnya adalah begitu ciput sekali. Akak pun gatal lah order sotong, sebab last time order udang, takde sapa nak makan, ramai yang alergik. Udang goreng tepung dia lebih berbaloi baloi baloi....
Tapi ada satu makanan yang marvelous kat sini adalah tomyam dia.
Tomyam merah dia tak pedas langsung. Sebab dia pakai cili kering je, takde cili api dalam tu. Dan kuah dia masam-masam rasa macam asam jawa. Sikit-sikit rasa macam masak asam pedas kurang belacan pun ada jugak.
Jadi ada dua pendapat berbeza, ada yang suka ada yang tak suka. Basically akak agak suka sebab dia tidak begitu pedas, sesuai di makan oleh semua orang. Takde le terkejut bila makan tomyam tu.
Yang orang dok komplin tu pun, melantak je lah kan. Banyak lak songeh ko tu kan. Itu pun nasib baik orang tu nak belanja.
Yang penting apa???
Yang penting Ikhlas....
Sebelum makan tomyam kita kena lah bersalam-salaman dengan ketam-ketam yang sizenya hidup segan mati tak mau dalam tu.
Kira oke lah, at least ada jugak dia bubuh ketam kan. Kadang-kala kalau kita makan kat gerai-gerai dalam tu banyaknya serai dan bawang je.
Ini pulak ikan siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri tiga rasa.
Bersesuaian dengan situasi politik kita sekarang, kita boleh tukar pantun tu kepada siakap senohong gelama ikan haruan, bercakap bohong lama-lama hilang jawatan.
hahahha, tak kelakar langsung.
cam tah apa apa ntah.
Ini pulak adalah ikan tiga rasa yang telah di kekoh dengan begitu kejam sekali.
Ikan tiga rasa dia biasa je. Nothing special dan terlalu masam banyak tomato dan banyak rasa tomato sos. Ikan tiga rasa akak tetap suka kat restoren Vichuda.
Gambar-gambar makanan lain akak tak kuasa nak edit dah. Tiba-tiba aku datang malas.
Sebagai pengakhir jamuan, kita makan dessert pulak.
Kita makan pulut mangga dan jugak colek buah atau rojak buah.
Sambil makan kita tengok permandangan indah Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan neon-neon yang berwarna warni.
Jadi pada sesiapa yang nak makan makanan siam, tetapi tidak boleh sebab tidak sukakan makanan yang terlalu pedas. Atau sapa yang feeling-feeling nak makan kat restoren mewah tapi sebenarnya tak mampu, boleh datang kat restoren feeling-feeling mewah ini.
Sapa-sapa yang bisu dan sukar untuk memanggil waiter sambil memuncungkan bibir dan mengeluarkan bunyi switttt swittt, pun boleh lah datang kat Restoren Sukhumvit kampung baru.
dan apa lagi....
Tekan loceng tanya selera
sekian sajork, adiosssssssssss.....
ralat: untuk dua entri terdahulu akak tulis pasar Chutriwala yang jual asam-asam tu, sebenarnya adalah bernama Chowrasta.
Cutriwalla itu adalah kedai jual kain kat Klang. Hik
Maafkan akak ya.
4 comments:
vichuda is the best..:)
Fieb,
Selamat Hari Raya Qurban...(tetiba) hiksss...raye kt ner?
AIYOO MAK TAKUT JOINT KAU..makan..makan..makan..!mak takut!!
Vichuda ni zaman aku bujang tahun 2002 dulu aku dah layan...Sekarang Sukhumvit lagi layan compare to vichuda yang semakin mahal, sedap tak seberapa.
Post a Comment