Wednesday, November 18, 2009

Asam boi

Hello deknon,

Sihat?

Akak macam ni lah. Hidup segan mati tak mau. Hik.

If only you know what i am going through right now, and if only i could write what i am facing so that the whole world could see.

Kannn.. tiba-tiba feeling cakap omputih katanya.

Tapi tu lah deknon, kadang-kadang kawan-kawan sekeliling tengok kita ketawa gembira bertepuk tampar, tapi apa yang kita lalui tak sanggup kita bagitau. Kalau bagitau pun, kawan-kawan bukan nak amik tau pun. Lagi menambah masalah adalah.

Nasihat akak, dalam hidup ni kadang-kala kita tidak boleh amik risiko bila sesuatu itu melibatkan hati dan perasaan. Bukan semua orang faham dan simpati pada kita. Tapi dia rasa itu yang terbaik, dan harap kita terima itu sebagai yang terbaik untuk kita. Kita pulak, especially dah tua-tua dan emosi terganggu di tambah pulak dengan kesan menapause yang menyebabkan bendalir-bendalir yang melancarkan peredaran darah berkurangan dan penambahan kedutan-kedutan di muka, merasakan mungkin itu yang terbaik untuk kita.

Kita cakap dan beri alasan untuk menyedapkan hati bahawa, this is for the best. This is what i get, and this is what i deserves.

Tapi kadang-kala kita lupa, kita deserve more, dan kadang-kadang kita jugak lupa dari ada menyakitkan hati, baik takde dan hati senang.

Lagi-lagi bila kita cakap mengenai pengorbanan dalam dunia PLU ni. Dunia takde komitmen dan hanya berlandaskan nafsu dan janji-janji kosong yang tidak boleh diikat. Tidak boleh di terima oleh konvensyen manusia, lagi-lagi di terima oleh ikatan agama. Satu dogma dan satu perlakuan di luar etika.

Amboi mana keluar perkataan-perkataan ini. Tetiba akak rasa macam sastrawan. Tapi itu lah orang cakap, manusia hanya mampu berkarya bila dia dalam keadaan paling tertekan.

Anyway, berbalik pada isu tadi. Hubungan tanda komitmen, sampai mana sahaja? Dan sampai mana dapat bertahan bila tidak ada apa pun untuk dipertahankan. Atau perkara yang ingin di pertahankan itu sebenarnya hanyalah sepalit lumpur dalam kubang kerbau.

Anyway, orang cakap hidup ini satu perjalanan, dan dalam perjalanan itu journey itu lebih penting dari destinasi. Dan selagi manusia hidup, manusia tidak akan menjumpai destinasi itu, kerana destinasi itu adalah titik di mana kita menhabiskan hidup kita sebagai manusia. Namun, kat situ pun destinasi kita tidak akan pernah berakhir.


Macam tu lah kiranya, bulan lepas akak dan kawan-kawan akak bercuti-cuti Malaysia dan destinasinya adalah Pulau Pinang....



Tu dia jambatan Pulau Pinang.

Dan dalam menuju destinasi itu, perjalanan itu lebih penting.

Sebab dalam perjalanan itu kita akan menempuh berbagai peristiwa.


Peristiwa dalam hidup kita sebenarnyakan deknon di tulis oleh kita sendiri. Sebabnya apa sahaja cerita atau motif atau plot dalam cerita kehidupan kita memerlukan kita menjadi watak atau karektor utama.

Dan semua perkara akan berlingkungan dan bergerak berdasarkan respon atau tindakan dan tindakbalas yang dibuat oleh pelaku utama ini.

Macam dalam filem, kita tengok hero selalu akan menang, walaupun dalam kebanyakkan keadaan itu tidak lah benar.

Pelaku utama selalunya akan menangis dan kecewa dan mengalami kecederaan fizikal dan mental.

Tapi itu rasmi hidup, ada masam dan manisnya..


Macam asam-asam yang akak tengok di pasar Cutriwalla di Pulau Pinang ini.



mula-mula auntie ni potong lah buah-buah tu



kemudian di campurkan buah-buah itu dalam larutan berasidik dengan dula dan garam secukup rasa.


Pastu jadi lah asam boi dan dijual di kedai untuk di makan dan di rasai oleh orang lain.



comel tak mek mok posing-posing atas asam.

Hidup mekmok senang kan. Dia seekor lembu, dia tak perlu hadapi kehidupan seperti seorang manusia. Sebab dia tau dia tidak akan disakiti sepanjang hidupnya. Dia akan dibelai di manja dan digemukkan sepanjang dia bernyawa.

Dan bila masa untuk dia terseksa adalah ketika nyawanya dipisahkan dari jasadnya, kemudian dagingnya akan dijadikan burger, steak dan sebagainya.

Manusia pulak berbeza, sepanjang hidupnya dia akan terseksa dan terpaksa berusaha untuk mengurangkan seksaannya. Dan seksaannya dengan manusia akan berhenti bila dia mati.

(unless dia ada hutang bank atau hutang along, dan seksaannya akan di sambung oleh keluarganya pulak. hik)




Cantikan asam-asam ni. Berwarna warni macam kehidupan manusia.

Tapi warna warni kehidupan manusia tidak macam asam tu, sebab dia terhad kepada dua warna sahaja. Hitam dan putih atau monochrome.

Kehidupan manusia terhad kepada Yes, no dan maybe sahaja.


Jadi untuk itu, kita sendiri yang perlu mewarnakan kehidupan kita dan memberi kemanisan dalam hidup kita.

Macam cendol manis yang akak minum ini.








Popular macamana ntah cendol kat Chowtiwala ni.

Orang beratur sikit punya panjang semata-mata nak makan cendol ni. Sampai jenuh le cina tu nak memusing mesin dia tak henti-henti melayan pelanggan yang dahagakan cendol yang lemak manis dingin lagi menyegarkan.

Tapi cendol tu tak sedappun. Sedap lagi cendol mamak kat area rumah akak ni. Tapi cendol dia tak sepopular cendol kat area chowtriwalla ni.


Sebab cendol chowtriwala ni popular sebab orang yang jadikan dia popular melalui iklan dan persembahan yang menarik. Macam makan kat hotel tu, sepotong daging, dengan carrot 3 ketul dan kacang buncis harga Rm70 hengget, rasa dia sedap sikit je dari steak RM9.90 kat uptown damansara.


Sedangkan cendol di area rumah akak di jual oleh mamak yang tua, dengan basikal roda tiga yang buruk dan nak runtuh.

Padahal, cendol mamak tu adalah 10 kali ganda lebih sedap dari cendol yang dijual di penang itu.

Macam tu lah kehidupan manusia.


Kita berjalan beribu-ribu batu untuk mencarik sesuatu yang sedap dan elok dan menarik, tapi kita lupa kadang-kala perkara yang lebih sedap, lebih menarik dan lebih cantik itu sebenarnya ada di sisi kita.



p/s : kadang-kadang, tiada adalah lebih baik dari ada, jika ada itu hanya menyakitkan hati. Jangan terkejut dengan tindakan aku nanti!

7 comments:

captainlukman said...

bestnyer cendollllllllllllll!! jugaklah akak, kita tercari yg jauh, yg depan mata ada lupa nka bersyukurkan**tetibe**

Audra Sazreena said...

Jangan nanti bila yang ada yang dikata menyakitkan hati tu sudah tiada, baru kita terasa kehilangan!

Sebab kadang-kadang yang menyakitkan hati itulah yang boleh jadi penawar juga!

Fiebie said...

audra... benci lah dengan kau.

uwaaaaaaaaaaaaaa


captain lukman, u ol best lah boleh mencari merata dunia.

Pnut said...

motif entry berbelit-belit gini??tak faham haku

Lee Novotny said...

Kecur air liur mak tengok asem asem boi ittew noks oiiii... dah lama tak merasa bleyy??

Sebab itulah zaman Sahabat Nabi SAW dulu, para sahabat selalu sangat (dengar dengar riwayat lah ntah sahih ntah idak) wishing diorang ni jadi burung ke...rumput ke...setiap hari kerja berzikir kepada Yang Maha Esa; tak buat dosa pun..lepas mati..habis gitu je..jadik tanah...Opsss sekian tazkirah dari mak untuk hari inniew :P

.::Radzman Osman::. said...

Buatlah sesuatu keputusan itu dengan keputusan dari diri sendiri dan bukan dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar...

Komitmen memang mengundang risiko...dan risiko yang datang kadang-kadang disengajakan...dan gangguan-gangguan yang sengaja ingin mengganggu kebahagian dalam perhubungan..

Sabarlah FB...

SINORA said...

Fb..
tunggu aku balik dari jakarta!
missss uu