Macamana le tak membesar bagai johan kan. Kalau tiap kali update blog akak cerita pasal makanan. Orang lain dok cerita gih jenjalan lah, gih piknik, gih oversea, cerita beli perabut, beli beg, beli peti ais, ada blogger akak tengok beli pampers anak pun di blognya jugak. Tak cukup dengan tu, cara-cara nak tukar pampers pun dorang tulis.
Akak dok citer pasal kaedah-kaedah membesarkan perut je.
Bukan apa, lately akak rasa takde menda yang menarik berlaku dalam hidup akak. Sebab semuanya menarik-menarik jadi tak tau mana paling menarik. Karang kalau aku cerita orang cakap akak ni berangan, walaupun sebenarnya nan ado. Walaupun, sebenarnya memang nan ado cerita pun.
Jadi nak tak nak kita cerita le pasal makanan sajork.
Anyway, hari tu masa akak dengan kengkawan akak dok gih jenjalan cari barang kat KL tiba-tiba terasa macam nak makan something international. Nak gih makan kat restoren Itali ke Sepanyol ke Jepun ke takut tak mampu. Jadi yang mampunya makan makanan segera sajork lah.
Selepas dekat 3 jam berdiskusi makanan segera mana yang paling memberikan keriangan paling maksimun, jadi kita pun decided nak makan pizza.
Bila dah decide nak makan pizza, kita orang diskus lagi 2 jam, pizza mana paling sedap. Masing-masing mengeluarkan teori dan hipotesis memasing. Ended up, kita decide untuk cuba makan pizza di restaurant Pizza terbaru di Klang Valley ni nama dia Yellow Cab Pizza.
Tu dia, punya lah decide nak makan lunch dari kul 1, kul 5 baru boleh makan. Akak sumpah masa tu akak dah nampak kurus sikit sebab nak tunggu budak-budak ni decide nak makan apa.
Tu diah, rakan kongsi proses pengembangan perut kali ini. Zaza Gabor dan Hazwanie Osman. Kalau sapa tak tau, akak nak bagitau ni. Si Hazwanie Osman ni lah yang selalu dok design baju artis-artis lelaki di Malaysia. Sekarang ni dia rajin dok design baju Faizal Tahir. Artis-artis lain dia pernah buat macam Mawi, Diddy, Fazly Zainal, Tomok, penyanyi-penyanyi AF yang tak perlu yang menang tempat ke 3 ke 4 dan ramai lagi lah. Hazwani ada blog jugak, tapi dia pemalas nak update. Jadi tak kuasa le aku nak linkkan.
Kalau dah malas tak yah lah bukak blog kan. Menyusahkan orang je.
anyway, jadi akak pun selalu amik kesempatan gih buat-buat busy ikut dia pergi fitting baju walaupun sebenarnya bila kita gih fitting baju tu sempat le kita meraba artis-artis tu... (kalau tak pegang camana dorang nak pakai dan fitting baju gila... jadi jangan salahkan akak jika terpegang artis kegemaran korang)
Kau ado??
Tapi itu dulu lah.
Sekarang akak dah tak kuasa nak buat kerja adik-adik when i grow up. Sekarang akak fitting datuk-datuk dan datin-datin je. Maklum lah memandangkan client budak-budak ni pun dah makin ramai dan tak terhad pada artis sahajok yang asyik nak diskaun je. Mana le tau kan, kalau rezeki tiba-tiba dok fitting datuk datuk ni tiba-tiba dorang terpesona dengan akak dan ajak buat bini. Akak jugak yang senang.
Maklumlah takde le namanya bapok kalau tak berangan kan. Kalau akak ni bercipap dan cantik, tak perlu le aku berangan. Akak gih pose-pose je kat hardrock cafe tu, dan cekup je mana-mana datuk. Jadi bini ke empat pun tak kisah.
Janji masyukkkkkkkk...
Masa tu Datuk Siti jangan cobaaaa cobaaaa.... Mrasa akak jadi Datin K.
Kadang-kadangkan kalau kita berangan tu, kita sampai jadi lupa diri katanya....
Kat atas tu nama dia apa tah... tapi dia ada pineapple dan ayam dan daging. Sedap camana ntah pizza nya.
By the way, Yellow Cab pizza ni masih lagi baru di KL ni (atau sebenarnya dia dah lama aku je yang tak tahu). Dekorasi dalam kedai ini mengunakan elemen-elemen dan feel di New York gitu. Kalau kita makan kat sini, kiranya kita rasa macam makan kat New York lah.
Restoren dia bersih dan selesa dan environment dia very friendly gitu (akak cadangkan korang gih yang kat jalan ampang tu sebab waiter-waiter dia semua kendo-kendo. Manager dia pun kendo jugak. Sila abaikan waitress dia yang cantik-cantik tu tak penting)
Yang ni pulak nama pizza dia ntah apa tah...
Meriah macamana tah dia punya isi dia. Ada capsicum, bawang, peperoni, ayam, olive dan cheese yang melimpah ruah.
Saiz yang kita makan ni saiz paling kecil sekali.
Nampak lazat sekali kan.
Yang ini akak tau nama dia.. Nama dia potato halves.
Ibu kentang ni di belah dua, di korek isinya sikit dan di bubuh cheese dan ditabur dengan daging paperoni dan di makan dengan sour cream. Masa makan panas-panas memang sedap sungguh
ah itu lah dia, cerita pasal Pizza. Cuba lah deknon. Restoren yang akak pergi ni kat Jalan Ampang. Akak rekemen korang pergi sini. Sebabnya, beberapa hari selepas itu (pelahap camana tah) akak dengan kawan akak pergi lak Yellow Cab pizza kat Taipan USJ. Dah le dia punya cashier dia Myanmar mana tah dia kutip, dan pizza dia pun macam tak berapa masak dia punya crust tu. Tak macam yang kat Jalan Ampang tu.
Harga dia pun oke, harga untuk small pizza dalam RM20 ke RM25 dan agak besar juga memandangkan dorang tak kedekut topping pizza dan cheese dia macam sedap pulak rasa dia.
Oke itu je lah entri pasal makanan.
Minggu ni minggu open house. Akak busy melawat open house yang tak sudah-sudah dan masing-masing nampaknya cuba untuk melawan open house sapa paling meletop. Somehow tahun ni akak tengok speghetti bolognese tu menjadi kurang popular.
Apa kata sapa-sapa nak buat open house tu korang hidang mini pizza pulak. Mesti kelas.
Meh akak ajar cara-cara masak mini pizza.
MINI PIZZA
- Beberapa keping roti gardenia ke, hi-5 ke
- Tomato
- Tomato cauli/ puree
- olive oil
- parmeson dan chedder cheese
- oregano atau apa ntah herba tu nama dia tak ingat.
Sapu sedikit tomato puree kat roti dan tuangkan sedikit oregano, letakkan tomato hiris dan taburkan dengan dua jenis cheese yang di hancurkan tu.
Masak dalam oven sehingga cheese cair, keluarkan bila nak hidang tuangkan sedikit olive oil. Pastu potong roti tu dan susun cantik atas pinggan Noritake atau Queen Anne (atau apa je pinggan paling mahal korang adalah) dan hidangkan.
Mesti open house korang jadi class dan international.
Okeeeeeee daaaaaaaaaaaaaaaa
1 comment:
sedapnya pizza tu.... terliur
Post a Comment