Tuesday, October 13, 2009

Hilang Akal

Pernah tak korang rasa begitu marah, korang rasa nak makan meja?

Semalam memang hari yang menguji kesabaran akak dalam dunia menoreh getah ni tau. Masa tu akak memang bersyukur akak bukan zionis yang bekerja dengan Adolp Hitler dulu. Kalau tak abis dah yahudi-yahudi dalam dunia ni akak stepler kan kat batang pokok getah.






Kaedahnya, semalam pagi masa akak sibuk mengajar kelas pengurusan ladang getah berkualiti menyeluruh, ada le satu insiden yang buat akak begitu bengang sekali. Dah le malam tu aku tak cukup tido. Kepala tingtong-tingtong pulak tu. Terpaksa pulak mendengar penoreh-penoreh getah ini bentangkan assignment dorang.

Dan le masing-masing pemalas, dengar dorang cakap je dah tau hasil kerja last minute. Zaman akak belajar dulu, pensyarah tu tak sempat nak kasi soalan assignment, akak dah merayu-rayu cium kaki dia suruh kasi assignment cepat. Punya semangat nak belajar ni.

Budak zaman sekarang ni takde ya. Assignment kualiti macam taik. Taik pun at least ada jugak kualiti boleh buat baja. Dengan kata lain, mengalahkan taik lah. Lagi-lagi dengan kemudahan internet ni, semuanya menjadi semakin malas. Apa susah, lagi sehari nak submit assignment, google, copy and paste. Siap dah satu assignment bertaraf international. Tapi internationalnya part dalam-dalam je, dengan grammar dan english tahap Oxford. Part introduction dengan conclusion macam haram jadah. Sebab part tu je dia buat. Lain semua copy and paste.

Apa ko ingat kita ni bodoh. Kalau bodoh tak le jadi cikgu korang kan. Penat aku belajar tinggi-tinggi.

Jadi masa akak dok menahan diri dari menjadi hyena dan melayankan pembentangan yang macam cipap tu, akak tengok ada sekumpulan budak kat belakang tengah dok bising-bising berbincang sama sendiri. Motif tak sabar nak buat presentation kah?

Yang kawan dia ni dok le sibuk membaca power point tu satu persatu perkataan, macam le dalam kelas membaca katanya. Akak paling pantang sekali kalau student akak membaca powerpoint word by word.

Budak-budak kat belakang pulak makin bising. Yang kat depan tengah present, macam dok bercakap dengan akak sorang. Aku ni dah cukup pandai subject tu, yang ko gih present kat aku tu macam akak pulak nak bersekolah.


Tiba-tiba kepala akan slowly slowly semakin pening. Kat depan dok pot pet pot pet, yang duduk kat belakang pun pot pet antara satu sama lain, pastu akak terus menjerit....

stopppppppppppp....


Tiba-tiba... drama sangat akak masa tu.

Terkejut korang...


Akak terus berdiri jalan ke belakang kelas dan tengok apa budak-budak belakang tu tengah diskus. Hangat sangat kah isu yang dibentangkan, tapi kenapa akak tak tahu.


Sekali akak tengok satu group yang bising ni tengah buat latihan Mandarin.


Terus lah akak meletop le kan. Punya le angin aku dibuatnya. Akak kat depan ni dok terseksa mendengar kawan ko buat presentation macam sampah, ko pulak suka-suka kat belakang buat kelas lain. Two in one sangat.

Sebab masa tu tahap angin akak dah melampau dan kepala akak pening-pening (maybe pembawakan budak..) akak pun tak cakap apa, akak terus ke depan... kutip barang-barang akak, dan akak pose-pose macam Tyra Bank kat depan sambil cekak pinggang dan terus buat ucapan elimination....


"I am sorry to trouble all of you, and i don't wish to waste your precious time. You all can continue to do your work"

Pastu akak terus keluar, dan berlari ke bilik, tak pandang-pandang belakang dan terus on facebook sambil mesej-mesej dengan habibie akak pasal kejadian tadi.

Puas hati aku. Teknik sad card jurus paling tinggi akak kasi tu. Nasib baik tak keluar air mata je, kalau keluar airmata, memang akak menang lah anugerah pelakon terbaik tahun ini.

Akak le jadi Tyra Bank, akak jugak yang kena keluar katanya.

Lima minit kemudian, datang le dua representatives kelas tu mintak ampun dan maaf. Nasib baik tau adap lagi. Lega sikit hati akak di buatnya.


Tapi akak ingatkan masalah akan berakhir kat situ, tapi mengikut Murphy's law lah kan, anything that can go wrong, will go wrong.

Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..

ginger (mati lah mak sat lagi)

Tengahari tu pulak, akak ada kelas lain pulak. Kali ni akak kena ajar pulak kelas Pengurusan Sumber Penoreh-penoreh getah. Subject ni dah le ramai fail time exam. Yang lulusnya pun cukup-cukup makan je.

Benda yang sama berlaku. Tapi kali ini bukan budak-budak buat bising, tapi kali ini lagi advance perangai dorang. Advance sungguh, kalau le mak bapak dorang tau, harus mak bapak dorang berbangga mendapat anak yang soleh macam dorang.

Kaedahnya macam ni...

Bila akak mengajar, akak selalu lah pass kan attendence sheet tu around, suruh dorang sign sendiri. Selalunya akak percaya le dengan dorang. Sekali tu masa akak dok adakan sessi soal jawab, bila akak tanya soalan semua jadi beku macam peti ais. Student Melayu memang macam tu. Maklumlah dah di ajar untuk bersopan santun, dan jangan melawan dan menyampuk cakap orang tua.

Time akak tanya soalan tu le, time tu masing-masing buat-buat busy, buat-buat tulis notes, buat-buat pandang bawah, carik barang dan sebagainya.

Jadi akak pun, amik le attendence sheet tu panggil le nama dalam attendence sheet tu.

"Si polan si polan... as a manager in a rubber estate, would you prefer allocating more on direct compensation or indirect compensation???"

akak tanya....

Diam.. yang akak dengar hanya suara unggas dan mergas tua bersahut-sahutan...

Si polan si polan... where are you??


Rupanya si polan-si polan takde dalam kelas. Akak salah pandang ke? Akak tengok attendence sheet tu balik. Nama dia telah di sign, tapi orangnya takde. Pastu akak tengok attendence sheet penuh.

Akak tak puas hati, akak kira jumlah pelajar dan sebut nama sorang-sorang dalam kelas tu. Rupanya ada 4-5 orang tak datang kelas, tapi nama dorang telah ditandatangani.

Akak pun apa lagi....

Terus pakai sari, tarik sari kat perut dan ikat gelang kaki, dan sapu kan habuk rokok kat dahi dan terus buat aksi macam Sumitra emak si Paro dalam filem Devdas tu.

ko ingatttt ko cantikkkkkk!!!!

(sila masukkan effect kilat sabung menyabung untuk lebih dramatic, sebab masa tu akak memang sedikit drama queen)




Rupa-rupanya dorang dah kasi local standi kat personal assisstant dorang pulak boleh jadi proxy dorang tolong sign-signkan attendence.


Kali ini akak tak leh tahan dah, akak terus bagitau dorang...


"Please tell your friends to come and see me before 5, or they can repeat the paper again next semester"

Pastu akak amik buku, keluar dari bilik kelas, masuk bilik akak dan sambung facebook.



tu diaaaaaaaaaa, kekwat camana tah.


Walaupun sebenarnya itu hanya gurauan manja semata-mata. Akak, just kidding kidding ugut macam tu. Ko gila suka-suka nak failkan anak orang, sekali mak bapak dia datang saman, bengkok badan nak membayarnya. Pastu tak pasal-pasal Boss akak paling besar misai melintang tu jadi Tyra Bank pulak dan eliminate akak keluar.


Kemudian dalam kul 4 lebih camtu, dorang pun datang bersama-sama gitu. Semua yang ponteng ada. Ada pulak kat Ladang Getah tu. Akak ingatkan dorang dah pergi menoreh getah kat Johor ke, atau membantu mangsa bencana Alam di Filipina, Samoa dan Padang.


Masa dorang datang tu, akak sound le dorang.

"Kelas saya tak best ke? Kalau tak best takpe, you dont have to come to my class, i will be gladly give you an E, so you can repeat your paper. Next semester boleh amik dengan cikgu lain pulak. I am sure they are better than me and the class will be more interesting so you would attend bla bla bla (bebel 1/2 jam)"

(Maklum lah bapok membebel kan, faham-faham je lah, macam politician di beri microphone le jawabnya)


Cuak muka sorang-sorang, kelam kabut mintak maaf.


Akak pun tanya le, kenapa dorang tak datang. Rupa-rupanya dorang tengah sibuk buat latihan Mandarin.


Motif semua pakat ramai-ramai sibuk buat latihan Mandarin.


Rupa-rupanya, Cikgu Mandarin dorang nak balik buku workbook sebab nak kasi markah. Memandangkan subject mandarin ini tak boleh copy and paste dari internet dan kena tulis tangan, itu le masing-masing kelam kabut buat latihan. Kalau dah satu semester punya kerja ko nak buat dalam masa 2-3 hari, jawabnya adalah ...


Kalau Dr. Fadzley boleh buat PhD dalam masa setahun (hik),
korang 5 bulan dah dapat PhD.



moral of the story : ada beribu-ribu orang kat luar tu menunggu peluang nak belajar macam korang tapi tak dapat. Bertanggungjawablah dengan tanggungjawab yang di amanahkan kepada korang.



p/s : Very der cakap tak serupa bikinkan, sebab aku pun suka ponteng jugak... wakakakaka, mati lah

8 comments:

Independent Queen said...

Hurmm.. apa kata... akak mengajar subject Mandarin..Boleh belajar sama2 dgn budak2 tu ..Pastuh, bila diorg buat bising2 belakang kelas..cakap je mandarin.. Mopiko Lailaaaaa! sambil buat gaya Bruce Lee pakai baju kuning ketat jalur hitam naik angin tu..Meletop le kan..
Heehee.. jgn marah ye akak..

adibah said...

Nasib baik ada facebook kan,kak..? buat penenang hati dan menahan amarah.. :-)

Leen AshBurn said...

Betul kak. Ada beribu-ribu org yang tunggu nak masuk, tapi kena reject (macam aku) *sniff*

Audra Sazreena said...

Baca cerita Fiebie ni, buat saya rindu pulak nak mengajar semula.. dulu2 mengajar di kolej swasta, memang budak2 takot dan boleh drama kalau keje tak siap. Sebab saya akan jadik transformer ala ala Megatron yang sangat jahat dan selamba meng-fire budak2 yang tak siap keje dan degil dalam kelas. Pernah jugak membuang budak keluar kelas sebab melawan tokey. Mana budak datang lambat dari 15 minit, attendance tak kira.

Kalau kita dulu, gigih ke library carik info nak siapkan assignment. Budak2 sekarang main copy and paste.. sah2 pemalas.

Sebab tu ler bila dah grad, payah nak carik keje, sebab bila gi interview, confirm fail sebab tergagap2 jawab. Bila tak dapat keje, salahkan kerajaan. Tak pernah cermin diri. Elok sangatlah.

Independent Queen said...

Akak.. saya pelajar cemerlang masa belajar dulu.. sbb tu bila dah tua ni boleh pegi jenjalan.. takde nya kawin laki kaya.Taknak nye dorang tu kat aku. Jadi.. kasi ler kata semangat kat budak2 melayu malas dlm kelas tu.. belajar le rajin2..nnt bila tua boleh melancong tanpa perlu spedo lelaki kaya. Keke.

captainlukman said...

yelah camana nak sedar, kalau duit pun berlambak boleh tukar hp evrytime keluar latest brand. tp nk byr yuran mitk kat abg, camana?&**matilahaku**

Red Scoot said...

darling....luv your blog so much...full with energy & expressions. Memang da bomb! Will keep on reading as long u continue to write. You go girl !!!

kardina said...

salam ahkak,

bab dr. fadzley tu tak blah la.. kelakar giler.. mmg saya pun bengang jugak ngan phd setahun dia tu pastu ramai2 dok sembah takjub..nyakitkan hati jer kan kak..
it's me, dina