Sunday, October 11, 2009

Open House lagi

Aiyoo, sana sini semua open house ni. Makin kimpah le akak macam ni. Tiap-tiap tahun ukurlilit badan akak bertambah diameter dan radiusnya. Kalau kayu balak agaknya kalau diikutkan dengan usia akak yang muda belia ni, kalau di tebang dah boleh buat jambatan menyeberangi tasik titiwangsa agaknya kan.

Anyway, orang kata musuh jangan di cari, rezeki jangan ditolakkan. Jadi akak pun cuba le untuk memenuhi undangan-undangan open house. Tapi banyak jugak le yang akak tak dapat penuhi, mostly sebab akak tak dijemput (hik hik), tapi ada yang akak tak dapat pergi sebab akak tak kuasa nak layan gossip-gossip yang dah sah-sah akan berkisar pada kehidupan akak yang sedih ni. Especially open house yang di buat oleh kawan-kawan sekolah yang dah beranak pinak. Harus le aku jadi bahan kejian dan cacian kan.
Semalam, atas undangan seorang teman blogger, akak mengangkut kawan-kawan akak dan juga moscot baru akak ke Merak Cintanya. Gigih ni mengharungi jem yang sungguh luar biasa semalam. 2 jam memandu dari Ladang getah ke Merak Cinta tu. Memang mencabar jiwa. Hasilnya sampai lambat, tapi sempat lah berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa macam Mama Za dan Mie Ganu.
Kendo sekali abang kat belakang tu, tapi malangnya dia bukan lah toyol yang selalu di gembar-gemburkan di dalam blog kawan akak ni, tetapi rakan kerja dia kot. Dan paling malang sekali dia juga membawa isteri dia yang cantik dan berbadan dua. Abis kalau bini dia dah cantik, apa je lah harapan yang ada kan. Jadi akak pun hanya mampu melihat sahaja.
Selain dari gambar abang kendo kat belakang tu, 3 teruna pingitan kat depan tu tak penting.
Anyway, korang nampak tak sesuatu dalam gambar kat atas???

The infamous pudding roti jelly yang sedap sekali oleh blogger ini. Kenal tak pudding jelly roti ni?

Kalau tak ingat pergi klik kat SINI

Memang sedap sekali pudding roti dia. Pastu mee sup dia pun best, dan semua-semua best lah.


Tapi akak tak dapat tunggu sana lama, sebab akak kena pergi rumah menteri katanya.


Tu dia beraya rumah menteri katanya... hebat camana tah.


Kau ado??


by the way, nampak tak lembu plastik atas tu??

Itu bukan Moomoo, itu cousin dia nama Mekmek.. atau Mek. Moomoo dan mampus di kerjakan oleh anak buah akak.

Kalau Moomoo, di beli di Paka, Terengganu oleh Bard Pondan Raksaksa dengan harga RM5. Mek pulak dihadiahkan oleh Hazwani Osman dan Angel Bubblegummers. Hazwani Osman korang kenalkan, akak dah cerita sebelum ini. Angel ni pulak adalah beeders kenapa Rizman Ruzaini yang banyak buat baju Datuk Siti Nurhaliza. Kebanyakan beeding work kat baju datuk siti semua dia yang buatkan.

Kalau Moomoo di beli di Paka dengan harga RM5, Mek di beli di The Curve, Damansara dengan RM19.90. Mati lah cekik darah.



Anyway, sambung balik cerita tadi..


Akak nak pergi rumah Menteri Pertahanan Malaysia, YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kelas kan.

Actually akak dah kenal lama dah Datuk Seri semenjak akak kerja jadi salah sorang PA kepada seorang senator dulu. Jadi selalulah akak pergi Parlimen tu menjadi hamba suruhan boss akak yang setiap kali pergi bersidang akan menghangkut semua entourage teman kan dia kat parlimen tu. Tak pasal-pasal masa tu, akak bukan setakat jadi hamba abdi kepada boss akak, tapi semua MP MP dan senator kat sana dia suruh akak tolong. Gilo poooo...


Jadi masa kat parlimen tu bila terserempak dengan Datuk Seri akak selalu jadi malu-malu. Pastu akak selalu intai-intai dari jauh Datuk Seri sebab masa tu dia kendo. Akak taste katanya. Pervert macamana tah. Sampai bila akak nampak dia pergi toilet akak sanggup melarikan diri dari boss akak (walaupun dia akan mengamuk-ngamuk carik akak tak jumpa). Akak sanggup berlari ke toilet semata-mata untuk melihat dia dari dekat.

Hazab camana tah akak punya star struck masa tu. Orang lain suka artis, akak suka politician. Nasib baik le akak ni perempuan jadian. Kalau pompuan betul kan best.

Mrasa skandal-skandal dengan datuk-datuk katanya.

Actually ramai lah MP yang akak dok idolised, tapi Datuk Seri Zahid Hamidi ni memang akak "rasa" sekali katanya.

So kesimpulannya, akak kenal Datuk Seri Zahid Hamidi tu.... tapi....


Dia je tak kenal akak dan tak tau pun kewujudan akak di alam maya pada ini... hikk...

sedih hidup akak kan.



So since Hatta Dolmat pun mendapat undangan, sebab dia buat baju Datin Seri, dan akak pun mendapat undangan dari anak Datuk Seri sendiri (sila jangan speku akak pergi sana teman kengkawan sajork ya... kekwat camana ntah), jadi lepas lepak rumah Mirch, kita orang pun bergegas-gegas ke Precint 10, Putrajaya.


Bila sampai sana, tengok parking punya hazab. Tak leh parking kat perkarangan rumah. Kena menapak sikitnya jauh. Sampai berlengas ketiak dan celah kangkang. Punya le advanture, orang semua jalan atas jalan raya tu, kita orang ikut short cut turun bukit naik bukit sampai nak tercabut selipar aku.

Jalan punya jalan sampai lah kat open house tu.





Sampai je open house tu akak dengan wanie pun apa lagi, terus mencarik makanan dan cepat-cepat carik tempat duduk. Ramai tul orang, jadi kita tak boleh berlengah lagi. Hatta dengan Razi pulak tak dapat di kesan. So biaq pi lah dengan dorang kan. Pandai le dorang carik makanan sendiri kan.

Lepas dapat makanan kita orang pun duduk dan makan.. Pastu tiba-tiba ada satu announcement dari pihak tuan rumah.

dia cakap

"Hadirin sekalian, Terima kasih kerana sudi menghadiri ke Jamuan Rumah Terbuka Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia..."


Motif, timbalan Menteri Pertahanan???


Akak pun cam sentap le dengan announcement tu. Suka-suka je sebut timbalan menteri, sedangkan orang tu adalah Menteri Pertahanan. Ini lah MC yang tak suka buat homework suka suka je dorang.

Pastu announcer tu sambung lagi sampai akak tersedak...

"Kami dari pihak Timbalan Menteri Pertahanan Y.B. Datuk Dr. Hj. Abd. Latiff Bin Ahmad mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri... bla bla bla"


Tiba-tiba akak dan hazwanie berpandangan antara satu sama lain. Pastu bila akak toleh kepala ke belakang dan tengok poster kat atas pentas tu punya lah terkejut rupanya kita orang salah rumah!!!!!





tu diaaaaaaaaaa...


suka-suka ko je pergi beraya rumah orang kan. Salah rumah sundel. Akak dengan wanie pun cepat-cepat bangun konon nak gih amik makanan, dan terus keluar dari khemah tu. Tak lama kemudian Hatta pun called membebel-bebel sebab kita orang suka-suka je pergi beraya rumah orang lain katanya.

Rupanya, rumah Datuk Seri Zahid Hamidi kat depan lagi. Tu lah dorang gatal sapa suruh buat open house serentak dan sapa suruh gatal duduk rumah sebelah-sebelah.





Jalan dalam 500 meter baru lah sampai ke Open house yang sebenarnya. Kemudian kita pun sambung melantak. Sebab kita orang lambat, kita tak dapat duit raya RM10. Benci lah Hatta, Razzi, Mama Raz, Azy, Farsya dan Remy semua dah sampai dulu dorang semua dapat duit raya sorang sepuluh ringgit.



bodoh macam lembu!!! Tu aku punya le bengap


Tau tak ini gambar kelly ng mana tah. Akak sentap biji betul dengan dorang. Dah le kita semua punya lah susah payah nak carik table, tiba-tiba 3 orang MGR ni sedap-sedap je join meja kitaorang tak tengok kiri kanan. Pastu tamak macamana tah dorang gih amik makanan sikit punya le banyak. Kalau satay tu sampai tak muat pinggan, tapi makan tak abis. Saja-saja membazir makanan. Nasib baik tak charge makanan tak habis.

Tapi ada satu perkara yang buat akak bengkek sekali dengan 3 stooges ini. Masa akak dok carik air, tong air tu dah abis airnya. Caterer lembab katanya, tak top up air. Pastu akak mintak mineral water pun dah abis. Tiba-tiba akak nampak kat belakang dapur tu ada le beberapa botol mineral water. Akak buat la muka tak malu, akak mintak le waiter tu mineral water yang tinggal beberapa botol tu je. So dia pun kasi lah dua botol , dengan muka tak ikhlas. Ya lah, ko hingat ko feeling2 VIP nak mintak-mintak air mineral yang dorang cuba sorokkan.

Sampai kat meja, akak sambung makan dan letak le air mineral tu atas meja. Tiba-tiba salah sorang dari 3 stooges tu gih pandai-pandai ambik mineral water akak yang tak terbukak lagi dan buat air basuh tangan.

Berbulu lah aku, akak sound dia, pastu dia buat muka konfiden sambil cakap "dont worry, we will take another one for you".

Masalahnya aku baru je pergi menebalkan muka mintak air kat belakang dan mengharungi lautan manusia yang beribu-ribu orang tu dalam keadaan yang panas dan berpeluh-peluh, dan air pun dah takde sebenarnya. Dan lagi hangin bila dia cakap nak amik air baru tapi dorang tak bangun pun dari kerusi tu dan buat muka bodoh dia. Bertambah angin le aku kan. So apa lagi, aku sekolahkan le tiga diva divana devdas tu sampai muka dorang berubah jadi muka bersalah. Kisah apa aku ko tua ke apa ke. Boleh masuk sekolah tua ya dak...

Sakit tul hati dengan orang bangang ni tau. Ada banyak botol mineral yang dah terbukak dia boleh buat air basuh tangan, tapi dia boleh amik air yang belum terbukak. Pastu tak reti bertanya pulak tu. Nasib baik kat rumah orang. Rumah menteri pertahanan pulak tu. Karang aku buat kecoh lebih-lebih karang, kena tembak le pulak dengan askar-askar kat situ kan.
Kalau open house rumah bapok, harus le dah tarik rambut dan kena maki hamun dah.
sebab muthusamy muthusamy ni dah buat air basuh tangan, terpaksa le kita 4 orang share sebotol lagi mineral water tu dengan muka tak puashati.

Sabar je lah.



p/s: moral of the story... kalau tak tau, sila bertanya, nanti teraya rumah orang lain.

6 comments:

Anonymous said...

sebab kau datang umah akak kan so merasa akak jadi orng pertama yang komen kat sini..anyway thanks for coming ..

akak tak bohong memang sedap agar2 roti tu..

Normi said...
This comment has been removed by the author.
Normi said...

Akak ni.. mcm la tak tau perangai Keling.. Baru masuk politik, makan open house rumah menteri, dah rasa mcm diri tu tokong disembah kan...Simbah je dgn air basuh kaki kat muka diorg tu.

Pastu larikkkkkk!

Fiebie said...

mirch : memang sedap

independent queen : amboi, jahatnya mulut ko takde insurans

@xiM said...

boleh pulak ko salah rumah kan..hahaha

imahlenggok said...

tu la kak kiahh...kita ni diDIVAkan tp hakikatnya terpaksa gak tebal muka mintak mineral water sekali sekala kaann...sabar kiahh..sabar..

mak tahan ayat 3 MGR!!! sialllll