Friday, November 20, 2009

BBM- Aku Gadis Urban

BBM bukan Bukit Bintang Malaysia ek.


Ni nak cerita ni, kaedahnya telefon akak telah menjadi mangsa eksperimentasi anak buah akak. Telefon yang akak baru beli tak sampai 4-5 bulan ini telah di touchscreen kan oleh mereka mengunakan kaki.



Tu dia, terus hancur screen depan tu kena pijak.

Bila masa pula Nokia amik dorang jadi tester tak tau lah.

Jadi akak pun menjadi begitu sugul dan sedih, pastu dengan paksaan-paksaan kawan-kawan akak yang masing-masing feeling urban dan maju, maka akak pun akhirnya tewas juga.



Dengan ini adalah di maklumkan bahawa, Akak juga telah pun meningkatkan taraf akak kepada taraf gadis-gadis Urban yang ranggi lagi maju dan berteknologi tinggi, dengan menghabiskan duit aku yang sebenarnya nan ado itu dengan membeli....


jeng jeng jeng...







blackberry!!!!


Yeah akak suka, akak suka. Boleh menambahkan lagi bil-bil bulanan aku yang melambung-lambung tinggi dan mengkayakan si Kelly Ng taukeh maxis yang sememangnya sudah kaya raya itu.

Tapi akak beli second hand je. Nak beli baru tak mampu.


Tapi janji ado.... Ko ado???


Kekwat camana tah macam lahanat sangat.



Dan menambahkan keserabutan kepala otak aku yang sudah cukup serabut dengan wayar-wayar yang banyak dan menyerabutkan iniewww.




p/s: Kalau tengok camera function, pakai nokia lagi cantik gambar kan. Pastu Blackberry ni mahal je lebih, 3G call pun tak boleh.

Wednesday, November 18, 2009

Asam boi

Hello deknon,

Sihat?

Akak macam ni lah. Hidup segan mati tak mau. Hik.

If only you know what i am going through right now, and if only i could write what i am facing so that the whole world could see.

Kannn.. tiba-tiba feeling cakap omputih katanya.

Tapi tu lah deknon, kadang-kadang kawan-kawan sekeliling tengok kita ketawa gembira bertepuk tampar, tapi apa yang kita lalui tak sanggup kita bagitau. Kalau bagitau pun, kawan-kawan bukan nak amik tau pun. Lagi menambah masalah adalah.

Nasihat akak, dalam hidup ni kadang-kala kita tidak boleh amik risiko bila sesuatu itu melibatkan hati dan perasaan. Bukan semua orang faham dan simpati pada kita. Tapi dia rasa itu yang terbaik, dan harap kita terima itu sebagai yang terbaik untuk kita. Kita pulak, especially dah tua-tua dan emosi terganggu di tambah pulak dengan kesan menapause yang menyebabkan bendalir-bendalir yang melancarkan peredaran darah berkurangan dan penambahan kedutan-kedutan di muka, merasakan mungkin itu yang terbaik untuk kita.

Kita cakap dan beri alasan untuk menyedapkan hati bahawa, this is for the best. This is what i get, and this is what i deserves.

Tapi kadang-kala kita lupa, kita deserve more, dan kadang-kadang kita jugak lupa dari ada menyakitkan hati, baik takde dan hati senang.

Lagi-lagi bila kita cakap mengenai pengorbanan dalam dunia PLU ni. Dunia takde komitmen dan hanya berlandaskan nafsu dan janji-janji kosong yang tidak boleh diikat. Tidak boleh di terima oleh konvensyen manusia, lagi-lagi di terima oleh ikatan agama. Satu dogma dan satu perlakuan di luar etika.

Amboi mana keluar perkataan-perkataan ini. Tetiba akak rasa macam sastrawan. Tapi itu lah orang cakap, manusia hanya mampu berkarya bila dia dalam keadaan paling tertekan.

Anyway, berbalik pada isu tadi. Hubungan tanda komitmen, sampai mana sahaja? Dan sampai mana dapat bertahan bila tidak ada apa pun untuk dipertahankan. Atau perkara yang ingin di pertahankan itu sebenarnya hanyalah sepalit lumpur dalam kubang kerbau.

Anyway, orang cakap hidup ini satu perjalanan, dan dalam perjalanan itu journey itu lebih penting dari destinasi. Dan selagi manusia hidup, manusia tidak akan menjumpai destinasi itu, kerana destinasi itu adalah titik di mana kita menhabiskan hidup kita sebagai manusia. Namun, kat situ pun destinasi kita tidak akan pernah berakhir.


Macam tu lah kiranya, bulan lepas akak dan kawan-kawan akak bercuti-cuti Malaysia dan destinasinya adalah Pulau Pinang....



Tu dia jambatan Pulau Pinang.

Dan dalam menuju destinasi itu, perjalanan itu lebih penting.

Sebab dalam perjalanan itu kita akan menempuh berbagai peristiwa.


Peristiwa dalam hidup kita sebenarnyakan deknon di tulis oleh kita sendiri. Sebabnya apa sahaja cerita atau motif atau plot dalam cerita kehidupan kita memerlukan kita menjadi watak atau karektor utama.

Dan semua perkara akan berlingkungan dan bergerak berdasarkan respon atau tindakan dan tindakbalas yang dibuat oleh pelaku utama ini.

Macam dalam filem, kita tengok hero selalu akan menang, walaupun dalam kebanyakkan keadaan itu tidak lah benar.

Pelaku utama selalunya akan menangis dan kecewa dan mengalami kecederaan fizikal dan mental.

Tapi itu rasmi hidup, ada masam dan manisnya..


Macam asam-asam yang akak tengok di pasar Cutriwalla di Pulau Pinang ini.



mula-mula auntie ni potong lah buah-buah tu



kemudian di campurkan buah-buah itu dalam larutan berasidik dengan dula dan garam secukup rasa.


Pastu jadi lah asam boi dan dijual di kedai untuk di makan dan di rasai oleh orang lain.



comel tak mek mok posing-posing atas asam.

Hidup mekmok senang kan. Dia seekor lembu, dia tak perlu hadapi kehidupan seperti seorang manusia. Sebab dia tau dia tidak akan disakiti sepanjang hidupnya. Dia akan dibelai di manja dan digemukkan sepanjang dia bernyawa.

Dan bila masa untuk dia terseksa adalah ketika nyawanya dipisahkan dari jasadnya, kemudian dagingnya akan dijadikan burger, steak dan sebagainya.

Manusia pulak berbeza, sepanjang hidupnya dia akan terseksa dan terpaksa berusaha untuk mengurangkan seksaannya. Dan seksaannya dengan manusia akan berhenti bila dia mati.

(unless dia ada hutang bank atau hutang along, dan seksaannya akan di sambung oleh keluarganya pulak. hik)




Cantikan asam-asam ni. Berwarna warni macam kehidupan manusia.

Tapi warna warni kehidupan manusia tidak macam asam tu, sebab dia terhad kepada dua warna sahaja. Hitam dan putih atau monochrome.

Kehidupan manusia terhad kepada Yes, no dan maybe sahaja.


Jadi untuk itu, kita sendiri yang perlu mewarnakan kehidupan kita dan memberi kemanisan dalam hidup kita.

Macam cendol manis yang akak minum ini.








Popular macamana ntah cendol kat Chowtiwala ni.

Orang beratur sikit punya panjang semata-mata nak makan cendol ni. Sampai jenuh le cina tu nak memusing mesin dia tak henti-henti melayan pelanggan yang dahagakan cendol yang lemak manis dingin lagi menyegarkan.

Tapi cendol tu tak sedappun. Sedap lagi cendol mamak kat area rumah akak ni. Tapi cendol dia tak sepopular cendol kat area chowtriwalla ni.


Sebab cendol chowtriwala ni popular sebab orang yang jadikan dia popular melalui iklan dan persembahan yang menarik. Macam makan kat hotel tu, sepotong daging, dengan carrot 3 ketul dan kacang buncis harga Rm70 hengget, rasa dia sedap sikit je dari steak RM9.90 kat uptown damansara.


Sedangkan cendol di area rumah akak di jual oleh mamak yang tua, dengan basikal roda tiga yang buruk dan nak runtuh.

Padahal, cendol mamak tu adalah 10 kali ganda lebih sedap dari cendol yang dijual di penang itu.

Macam tu lah kehidupan manusia.


Kita berjalan beribu-ribu batu untuk mencarik sesuatu yang sedap dan elok dan menarik, tapi kita lupa kadang-kala perkara yang lebih sedap, lebih menarik dan lebih cantik itu sebenarnya ada di sisi kita.



p/s : kadang-kadang, tiada adalah lebih baik dari ada, jika ada itu hanya menyakitkan hati. Jangan terkejut dengan tindakan aku nanti!

Monday, November 16, 2009

Jawapan Trivia

Hik, ada jugak orang membaca blog akak ni ek. Pastu siap amik bahagian dalam menjawab trivia. Harus korang memang takde kerja kan.

Mari kita tengok jawapan-jawapan yang diberi lebih kurang 12 ribucomment. Tapi sebab system akak sedikit gila, jadi blogger hanya dapat menayangkan 3 komentar sahaja.

Mari kita lihat sapa yang kena...


Blogger Lee Novotny said...

hamboii teka teki githooo.... mak rasa rasa serkap serkap, uols jadik model for those gaun gaunan vass vurgidebass kan?? kan?? hikhikhik ..

November 16, 2009 6:27 AM

Blogger Pnut said...

jawapannya..ko terlibat dalam pemilihan fabrik...
vaasssssssssssss

November 16, 2009 4:44 PM

Blogger mirch_marcello said...

akak rasa mesti uols yang tatarias theyouls or kau saja2 wat sibuk **teksi

mis u:)




Tu dia, jawapan Trivia sorang adalah socialites dari Malaysia yang kini menetap di UK dan dua lagi adalah kakitangan kerajaan.

Opsss.

Jawapan paling tepat sekali adalah.....


Jeng jeng jeng...


Jawapan Mirch Marcello...


Betul sekali...

akak hanya buat-buat sibuk sambil menatarias dan membuat headgear dan jugak menjahit manik untuk pakaian-pakaian yang telah di tayangkan gambarnya sebelum ini dan juga memasang pelamin.



ah itu sahaja lah entri yang tak mendatangkan hasil.


Apa-apa pun, akak dah masuk rumah Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' K siap di hidangkan sarapan lagi.


Sila lah Makan hatiiiiiiiiiiiiiiii


p/s : Bila le ada Dato H ke I ke J nak amik akak jadi permaisuri hatinya. Merasa le akak duduk rumah besar.

Trivia

Sila lihat baik-baik gambar di bawah dah jawab soalan Trivia yang akan di beri.



Gambar 1 : Super Diva Dato' Siti Nurhaliza in Hatta Dolmat's creation, inspired from far east couture mengunakan silk chifon dan heavy beaded embelishment . Project pertama untuk Dato Siti Nurhaliza untuk concert seribu warna yang dihadiri oleh 10,000 penonton di Stadium Malawati Shah Alam.

sila lawati : Hatta Dolmat's website




Gambar 1: Grey tulle for Dato' Siti Nurhaliza, Saida dan Saerah, especially made and cut by Hatta Dolmat for Dato' Siti Nurhaliza Seribu Warna Concert.

Sila lawati : Hatta Dolmat's website

Gambar 3 : Dilla Sharihah, Malaysia's top model wedding dress design by Zery Zamry from Zery Zamry RM 20K couture wedding dress, using 70 meters fabric of tulle, lace, satin silk and heavy embroidered sequins fabric.

Sila lawati : Zery Zamry's Website



Gambar 4: Supermodel Lily Black in Hatta Dolmat Sogni Belli, wedding dress collection for BDA-MIFW.

Sila lawati : Hatta Dolmat's website




Soalan....

Soalan pertama : Cantik tak gambar-gambar di atas??
Soalan kedua: Apa kah hubungan akak dengan gambar-gambar di atas???




Jawapannya, selepas ini (tak tau bila).







adiosssssssssssssssssssssssss

Tuesday, November 3, 2009

Mr. Bean

Hello sundel,


Macamano?

Lama dah tak tulis apa-apa kat dalam blog sunyi ni kan. Al maklumlah akak busy sebab penoreh-penoreh dan pengembala lembu junior semua sedang sibuk bersengkang mata di assess cara penorehan dan mempicit tetek lembu, jadi akak pun sama-sama lah membuzykan diri.

takde apa nak tulis, kecuali tadi akak masa nak turun gih minum, rupanya cafeteria dah ditutup oleh kementerian kesihatan selama dua minggu katanya. Frust le tak dapat minum sambil bermalasan terpaksa le keluar jauh nak beli makanan.

Tapi masa akak balik akak ternampak van mr. bean.

Harus semua orang pernah tengok Mr. Bean kan. Dia tu antara icon popular di dunia tu. Tapi dalam nampak bodoh-bodoh dia tu, Mr. Bean tu sebenarnya adalah mempunyai PhD dan seorang professor dalam physics dari universiti yang bukan calang-calang orangnya.

Korang pernah tengok tak kereta Mr. Bean, perasan tak kunci dia camana?


Ni akak nak tunjuk satu,


mempersembahkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....



VAN MR. BEAN.




tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





itu je.


sungguh membuang masa sekali entry ini kan.


Tunggu lah deknon sampai berjanggut ya, sebab akak busy sampai 20 hb nanti.


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, October 23, 2009

Belanjawan 2010

Sedih lah takde bonus.

tapi duit RM500, untuk pegawai peringkat gred bawah 41, dipanjangkan kepada pegawai gred 41 sampai 54. Mrasa le bulan disember nanti akak dapat RM500 sajork. Macam tau tau je akak nak gi Bali bulan 12 ni.

Oke lah tu, at least dapat RM500. Pegawai gred 41 ke bawah dapat RM250 je, sebab dorang dah amik separuh sebelum raya hari tu.

Mrasa beli phone blackberry secondhand.

Yeahhhhhhhhhhhh

(sila undi PKR selepas ini. Mati lah)



Tapi takpe, adik-adik, kakak-kakak, bapok-bapok sekelian cepatlah bersatu dan bergabung tenaga. Ini kerana kita semua akan busy melayan jantan-jantan melayu yang tidak akan laku lagi especially pekerja kilang.

Sebab belanjawan mengatakan.

para 26, Belanjawan Malaysia 2010


" dengan itu juga, kemudahan PR akan dipanjangkan kepada lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita warganegara Malaysia seperti mana yang diberikan kepada wanita warga asing."

Mrasa le semua pukey-pukey kilang akan berkahwin dengan bangladesh, Indonesia, Pakistan, Myanmar, Afrika semua. Kesian jantan-jantan melayu kena layan pondan je.

hahahaha...


Tapi jangan lupa... once dia kahwin perempuan melayu, dia boleh kahwin lagi 3 ya. Dan mrasa le lagi 3 bini dia di import dari Indonesia, Bangladesh dan Pakistan bagai, mrasa semua dapat PR.



Very der Satu Malaysia.



Hoooooooooo liauuuuuuuuuuuuuuuu...


Bagus sekali Datuk PM!!!!



.... sat nak gih sambung baca Bajet, tapi banyakkan untuk pendidikan sajork.

Tuesday, October 20, 2009

Kemalangan paling ngeri

Akak dapat email ni, katanya karangan terbaik UPSR. Tak tau le betul ke tak betul. Tapi karangan dia memang macam pantat akak baca sampai nak terpecah rahim akak dibuatnya. Nasib baik rahim akak diperbuat dari silikon dan ada guarantee 10 tahun.


bacalah....



Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.