Friday, January 28, 2011
busuk punya orang.
Macam ni, apa perasaan korang masa korang tengah beratur kat mesin ATM nak keluarkan duit. Pastu orang yang dok beratur Tu pulak sikit punya ramai ni. Tiba-tiba korang terdengar bunyi halusss Tak halus sangat kuat Tak kuat sangat.
Sian orang depan korang Tu malu-malu sebab terkentut. Sian dia maybe dia sakit perut ke apa ke kan.
Kalau menda Tu jadi kat korang apa perasaan korang kalau yang terkentut Tu adalah korang sendiri?
Mesti rasa malu Dan nak lari sambil tutup muka Dan bunuh diri kan.
Akak faham sangat apa orang Tu mungkin rasa. Sebab yang apa tau?
Sebab yang terkentut Tu adalah akak sendiri.
Uwaaaaaa. Hanjeng tau time-time Tu ko nak melepaskan. Memang takde insurans punya lubjub.
Sumpah akak Tak kan pergi keluarkan duit kat ATM Tu, Dan akak nak pindah dari kebun getah ni takut terserempak dengan orang depan Dan belakang akak.
Benci lah.
Thursday, January 27, 2011
Stick It
Thursday, January 20, 2011
Tummy Trim
Wednesday, January 12, 2011
GMGM: Tahun Bharu di Johor Bharu
Sunday, January 9, 2011
TOLONGGGGGGGGGG
Tapi sebelum tu stage meletop, tapi gandingan pengacara dengan lawak-lawak kesiannya tahun ni tak menjadi.
Seriously, Awat lah Yuna nak pakai baju macam tenggiling tu? Perlu ke?
And kenapa Tomok nak jadi Adam Lambert?
And Shahir nak terbang mana? dah rupa elvis presley gila siap dengan pompuan gila.
And Black awat dengan baju siap ada kertas timah nampak murah dengan show recycle tu?
And hafiz tu pulak awat pakai baju rupa macam suhaimi baba????
cukup cukup lah pening kepala aku
Wednesday, January 5, 2011
Its oke not to be oke
&
its oke not to be oke
~~Jessie J Cornish~~
A truly inspirational line from a song taken from the Step Up 3 soundtrack by Jessie J Cornish.
This would be my power song for 2011.
2010 was not great, but it was not bad at all for me. A few set-back and broken heart but nothing that i cant handle. I am bless with good friend, lovely family and a loving significant others, my habibie ya maulana ya au au. the reason for me to move on, and providing me with the strength to charter my steps.
Above all, to god almighty for being very gentle on me. I surrender all my faith to you.
In 2011, i am promising myself new things, new adventures, and new experience.
nak kerja lebih keras lebih serious, nak jadi penoreh getah yang lebih professional dan disegani, dan nak tulis lagi banyak papers untuk di kongsi ilmu dalam dunia toreh menoreh.
Nak kumpul duit banyak-banyak to make my mother and family happy, and nak kurangkan membazir, unless if its really makes me happy.
Here for a more beautiful year.
Love you all, especially my readers yang masih melekat membaca ulasan-ulasan tak berfaedah ku.
love you so much.
Tu dia, grammy award punya ucapan sangat.
Jessie J Cornish. Who you are.
I stare at my reflection in the mirror
Why am i doing this to myself?
Losing my mind on a tiny error, i nearly left the real me on the shelf
No no no no
Don’t lose it all, In the blur of the stars
Seeing is deceiving, Dreaming is believing
Its oke not to be oke
Sometimes its hard to follow your heart
Tears don’t mean you’re losing
Everybody’s bruising
Just be true to who you are
Brushing my hair do i look perfect?
I forget what to do to fit the mould
The more i try, the less its working
Cause everything inside me screams
No no no no!
Don’t lose it all, In the blur of the stars
Seeing is deceiving, Dreaming is believing
Its oke not to be oke
Sometimes its hard to follow your heart
Tears don’t mean you’re losing
Everybody’s bruising
There’s nothing wrong with who you are
Yes most ego, fake show like woah
Just go and leave me alone
Real talk real life good love goodnight
With a smile, that’s my home
Thats my home...
(no)
Rojek Tonggek Revisited
if i'm not mistaken this is what we penangites called 'Lok-lok'. it was banned in the 90's if not mistaken as they found out that sharing the dipping souce was the culprit for spreading of hepatitis b or c at that time
January 5, 2011 1:02 AM
Monday, January 3, 2011
GMGM : Rojak Tonggek
Tidak lain tidak bukan, the ever popular ROJAK TONGGEK PANTAI ROAD.
Oke, Sekian sahaja mukadimmah akak paling pendek untuk abad ini. Sebab sempena tahun baru 2011, no more wordy-wordy entry orang tak baca. Kita fokus gambar-gambar sahajork.
By the way, if you ask kenapa nama dia rojak tonggek? Mari kita tengok abang kat bawah ni...
Tu diahhhhhhhhhhh, baik punya tonggek. Kalau lebih sikit lagi boleh patah pinggang tu abang oii.
Gerai-gerai rojak tonggek ini terletak di Pantai Road, Butterworth. Nak pergi sini agak sukar sikit kalau kita tak tau jalan dan kita miskin. Sebab kalau kita miskin kita tak mampu beli GPRS system.
Dan kalau ko miskin tak boleh beli GPRS, itu bukan masalah aku.
Matilah.
Jadi tanya lah kawan-kawan atau sapa-sapa yang duduk kat Penang tu, tau le dorang. Lokasinya berhampiran dengan sebuah taman yang berhadapan sebuah gereja, yang jugak merupakan cruising area pada waktu malam.
Kadang-kadang kakak-kakak ponen india kerja angkat barang di pelabuhan akan dragoon di kawasan ini waktu malam. Kalau kita bernasib baik, dapat lah kita melihat kakak-kakak india body builder bertubuh remy isyak, fahrin ahmad dan Malek Noor kat situ dengan tangan maskul dan berurat, dengan kaki berketul bak pemain bola sedang memakai skirt pendek. Mesti Sherita dengan Mirch taste punya.
Satu pemandangan yang sungguh mengasyikkan, menghairahkan dan boleh mendatangkan serangan sakit jantung.
Kalau kita lagi bernasib baik, kita sempat lari sebelum dorang berjaya tangkap kita dan rogol kita di khalayak ramai.
Kalau gibeks-gibeks penang gerenti akan tau tempat ni.
Nama rojak tonggek ni, bukan akak yang kasi, tapi memang dah orang sana panggil macam tu. Sebab masa kita makan rojak ni, kita secara automatik akan menonggek. Bukan sedap sangat sampai rasa nak beromen, tapi sebab takut baju kita kotor kena kuah dia.
Dekat kawasan ini, ada beberapa kedai yang menjual rojak tonggek. Selain tu ada satu kedai jual popiah basah yang boleh tahan rasanya, dan jugak kedai-kedai menjual minuman.
Sedikit advanturous nak makan ni, dan sapa yang pengeli mesti tak mampu makan. Sebabnya masa makan rojak ni, dia tak kasi pinggan ya.
Konsep dia macam makan steamboat tepi jalan tu. Bezanya kalau steamboat tu kita rebus pastu letak kuah dalam pinggan. Kalau rojak tonggek ni pinggan tidak disediakan. Kita pilih mana kita nak makan dan celup terus dalam kuah rojak berkacang yang dia sediakan. Kalau jenis orang bertimbang rasa tu dia akan celup sekali dan makan.
Ada setengah orang tu sekali gigit dia celup sekali gigit dia celup, merasa segala airliuq dan taik gigi semua masuk sekali dalam kuah tu. Nasib lah kalau kita dapat jenis yang double-dip ni.
Tapi nasib baik masa akak makan hari tu takde orang buat gitu. Mungkin masing-masing dah tau apa perlu buat, jadi masa celup tu semua agak berhati-hati dan berhati perut lah.
Tapi kan, menda macam tu yang menyebabkan makanan ini begitu unik sekali.
Tapi kalau kita tak sanggup makan macam tu, jangan risau. Kita boleh mintak supaya dia bungkus kan rojak tu. Nanti dia masuk dalam plastik dan bubuh kuah yang baru dalam tu.
So sissy!!!
Macam-macam buah ada. Sepotong dalam 50 ke 6o sen macam tu.
Ada telur puyuh, fishball, tauhu.
Telur puyuh celup kuah rojak ni memang marbeles.
ada kedongdong, jambu batu, belimbing, sengkuang dan timun
Ada carrot, mangga, betik dan nanas.
Akak rekemen sapa-sapa ke penang tu, selalu kita dok carik nasik kandaq, rojak pasambuq dan popiah sekali-sekala apa kata kita cuba rojak tonggek ni pulak.
Satu pengalaman yang sungguh menarik sekali.
Jom kita menonggek di Penang!!!
Oke sampai sini sajork.
Adiosssssssssssssssss
notes : Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan telah di tukar kepada GMGM (gi mari gi mari) kerana takut di saman oleh stesyen TV katanya. Walaupun sebenarnya, takde sapa tau kewujudan blog ini.