Tuesday, December 28, 2010

Hatyai Thailand

Sawade Karp,

welcome to Thailand.

Sihat deknon, akak baru je balik dari merayau tak ingat rumah selama seminggu ke thailand. Tapi akak gih hatyai je. Walaupun plan nya nak gih sampai ke Phuket.

Tapi biasa lah kan, manusia hanya merancang, pendapatan bulanan yang menentukan. Maklum lah rezeki sebagai penoreh getah ni, di anugerahkan tuhan lite-lite sugi je. Lain le kita ni kerja businessman masuk sebulan 3-4 juta, atau buat filem masuk 40 juta macam Dr. Berambut beralun tu ya.

Jadi rancangan akak feeling-feeling orang kaya dan nak drive pergi Penang- Danok- Hatyai - Trang - Krabi - Phuket- Padang besar-Kedah - Penang, telah secara automatik di tukar kepada Penang Hatyai Penang sahajork.

Sedih.

Sebelum tu saksikan kek birthday pemberian dari laki kakak gitu. So sweet, akak begitu terharu sekali walaupun hanya mendapat sebiji kek sajork. Mana tah hadiahnya. Kek hari hari aku boleh beli kat kedai tu.

mati lah gadis urban yang materialistik.


tapi serious, memang akak terharu, dan cara presentation yang sungguh romantik dengan tutup-tutup lampu bagai menyebabkan akak rasa seperti memiliki pukey sekeping yang ketat dan berbateri mampu mengepit sangat masa tu dan sangat bahagia sekali.

Yang penting, secret recipe ya. Sebab dia tau kalau dia beli kek kat kings confectionery harus kena carut dengan akak.

thank you habibie ya maulana ya ya auuu


Berbalik kita pada kisah hatyai.


Perjalanan menaiki kereta dari Penang ke Thailand mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke border di Bukit Kayu Hitam.

Akak dari Penang sebab melawat kawan akak yang melangsungkan perkahwinannya di sana sehari sebelum berangkat. Dan paling best, pengantin tu pun ikut sekali camno. Sebab dia suka makan jugak cam akak, dan dia mengidam nak makan pulut mangga.

Pengsan

Sini paling senang sekali nak pergi dan tak ramai sangat orang. Selain tu kita jugak leh masuk dari Padang Besar, atau kalau korang lagi rajin dan gila dari Penang tu korang leh gih Golok kat Kota Bharu.

Dari Bukit Kayu Hitam, untuk melepasi Border ini menaiki kereta kita perlu melalui proses yang agak mudah je.


Sapa-sapa yang nak memandu kereta ke Thailand, kita kena pastikan kita ada perkara-perkara berikut:

1. Passport atau border Pass
2. Insurans Third Party Siam
3. Geran Kereta Photostat terbaru
4. Kereta


Hik, kalau takde kereta nak masuk driving camno pulak kan.

Since akak pergi berlima, dua orang dari passenger takde passport. Tapi memandangkan dorang orang Kelantan, jadi boleh lah apply untuk border pass kat border.

Kos dia 10 ringgit sajork.

Sesiapa yang dari negeri-negeri yang bersempadankan Siam, seperti Kelantan, Kedah dan Perlis, boleh memohon untuk memasuki Siam tanpa passport. Masa apply tu pastikan kita ada photostat IC, gambar dua keping dan 10 hengget dan bukan penjenayah yang dikehendaki oleh kerajaan Thai atau Malaysia.

Untuk buat insurans siam pulak. Kita kena stop sebelum border dan cari lah banyak kedai tepi jalan kat Changloon tu yang memberi perkhidmatan insuran Third Party Siam untuk tempoh 7 hingga 9 hari sahajork.

Harga dia dalam 15 ringgit ke 17 ringgit.

Masa apply insurans tu dia nak tengok geran kereta kita. Yang photostat sudah.

Pastu dah ada semua tu kita leh masuk sempadan.



Sempadan Malaysia, sangat effisyen dan cepat. Tapi sampai kat sempadan Siam, proses dorang amat melecehkan dan tidak effisyen.

Terlalu banyak steps yang tak perlu.

Kalau kat Malaysia, kita tak perlu keluar dari kereta pun. Kat Siam tu, dia suruh kita chop passport dulu, pastu parking, pastu chop geran kereta, pastu amik kereta, pastu beratur balik untuk check kereta dan dapat kan geran. Walaupun proses itu boleh dibuat dengan begitu mudah sekali.

Pastu officer siam tu dengan tanpa segan silu akan mintak duit dari kita oke. Duit tu bukan untuk perkhidmatan immigresen, tapi untuk dia sendiri. Kita jangan kedekut, bagi kan je 20 Bhat atau dua hengget kat dia.

Hazab akak tengok kakitangan immigresen di siam tu, semua orang dia mintak duit nak chop passport pun mintak duit.

Harus lah kaya raya makan duit haram. Imagine sehari dia chop 500 orang, tak ke pendapatan dia sehari boleh sampai 1000 hengget.

Cilaka tul.

Tapi kat malaysia pun sama je pegawai-pegawai kastam dan immigresen ni.

Sebab anak ayam akak sorang designer terkenal tu ada customer yang kerja di immigresen, bawak kereta cikai, proton saga nak runtuh, tapi bila raya atau bila nak tempah baju, selamba je bayar 10 ribu buat baju kurung 3 helai.

Serious akak tak tipu, sebab akak nampak dengan mata kepala akak sendiri.

Tapi kita pun tak nak lah bersangka buruk ya, mungkin family dia dari family kaya ada kena mengena dengan SM. Nasimuddin kan kita pun tak tau.

NOTTTTTTTTTTTTTTTTT


Anyway, sampai je border siam di Bukit Kayu Hitam, kita akan sampai ke bandar kecil nama Sadao-Danok.

Kalau kita ikut, perlis kita akan sampai Padang Besar. Kalau kita ikut Kelantan, kita akan sampai Golok. Kalau kita ikut perak kita akan sampai Betong.

Kalau kita ikut Negeri Sembilan, kita akan sampai Melaka.




Tu dia pandangan bandar kecil Sadoa-Danok dari mata kecil gadis urban yang genit dalam sebuah restoren.




Amik ko ada gajah tengah-tengah jalan oke. Makan hati orang putih buat filem koboi ada kuda bagai. Kat sini tak main lah kuda. Pakai gajah je. Akak pulak terpaksa nyorok takut gajah ni nampak sekor gadis urbun bertubuh gajah yang cantik pastu naik minyak camana? Risau gak.


Tapi bagus gak ada gajah tengah jalan ni, sebab tu takde mat rempit kat sini. Imagine tengah merempit gajah tu mengamuk di libasnya belalai dia, tak koma ko 6 bulan, tak pun arwah terus.

Tak pun tengah merempit tu tak sempat brek, tersondol bontot gajah tu, tak ke haru masuk paper tajuk "mat rempit dijumpai mati kepala tersepit di celah bontot gajah?"

Sapa yang malu? mereka dan keluarga mereka.


Sampai di Danok je, kita semua tukar-tukar duit dan aktiviti wajib mesti lah makan.

Dan perkara pertama kita mesti merasa kat Danok tidak lain tidak bukan mestilah pulut mangga dia yang super sedap tu. Satu lagi kita mesti makan ayam goreng dia. Sangat sedap menjilat jari.


Best makan kat siam ni. Ntah apa dia letak makanan dia sedap-sedap berlaka. Tapi ada jugak makanan dia yang rasa burit. Bukan semuanya sedap. Tapi kebanyakkan makanan siam adalah sedap-sedap berlaka.



Ini adalah pulut mangga yang mencengkam jiwa dan mencabar minda. Sangat lah sedap sehingga bergetar-getar payudara menelan mangga yang masak ranum.




Kalau tak suka mangga, kita boleh makan pulut durian. Yang ini lagi heaven oke. Sangat lah lemak dan sedap dan disukai ramai.

Selain tu kita ada banyak lagi makanan lain yang kita boleh melantak kat sana.


meh kita tengok meh....








Ayam goreng



Puyuh Goreng




Dim Sum


Udang goreng. Lobster ya, seekor 20 hengget oke. Mrasa





Selepas kita makan-makan di Hatyai dan tukar duit semua, kita boleh meneruskan perjalanan ke Hatyai. Perjalanan dari Danok ke Hatyai mengambil masa dalam sejam gitu. Jarak dia dalam 40 Km dari Padang Besar, dan jalan dia sangat lurus. Takde belok belok nya. Sampai kita nampak signboard kata Hatyai, baru kita belok.


Yang penting takde tol. Tapi, kat sini orang tak ikut undang-undang. Jadi kita pun sama lah tak yah ikut undang-undang sangat. Just berdoa kita tak langgar gajah atau lori yang jalan 10km sejam kat lane kanan.

Macam cilanat.



Ni tempat akak tinggal di Hatyai.



Nama tempat ni Lee Garden Plaza Hotel.

Hotel ini betul-betul di tengah hatyai dan bersebelahan dengan tempat-tempat shopping menarik. Harga dia pun tak mahal dalam RM120 semalam dengan breakfast dan bilik dia besar. Breakfast dia tak tau lah halal ke tak, tapi dia cakap takde pork.

Kalau was-was jangan makan, tapi breakfast dia tak sedap mana pun. Tapi takde lah rasa cam burit.


Tapi hotel ini dengan harga dia adalah sangat worth it, selamat sebab setiap tingkat perlu ada ekses card nak masuk, sampai toilet dia pun kena pakai excess card. Pastu ada swimming pool dengan gymnasium yang meletop.

Di lobi dia pulak ada internet free.






Ni pandangan dari bilik akak. Boleh nampak sebahagian dari Hatyai yang sangat padat itu.


Udang Galah Perisa Burit!!!


Ini lah dia makanan yang berasa seperti burit tu. Benci tul aku.

Akak tengok udang ni cam sedap je merah-merah kan. Walaupun mahal akak tutup mata jugak beli. Sekali bila kita order dia goreng balik dan udang yang kaler merah-merah tadi telah bertukar menjadi kering seperti di atas.

Rasa dia memang hazab sekali dan kering dan berminyak. Macam dia dah goreng menda tu beratus-ratus kali. Akak rasa usia udang tu mau dekat 2 tahun kot. Sebab kali pertama dia di goreng adalah 2 tahun lepas.

Hazabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.

Menyesal akak beli.



Ni pulak tempat shopping depan hotel tu.


Ada banyak lagi cerita pasal Hatyai ni, tapi dah lewat akak nak membuta dulu ya.

Nanti kita borak borak lagi.

Kalau sapa nak baca lagi pasal kisah Thailand ni, sila sebut "cuciter cuciter" 5 kali macam dalam filem Hantu Kak Limah Balik tu.


Oke lah sampai sini sajork.


Dadaaaaaaaaaaaaaa



p/s: Hantu Kak Limah adalah hantu paling babi sekali akak pernah tengok. Best gila cerita tu, sakit perut aku. Memang best.

8 comments:

5th_E Taib said...

cuciter cuciter cuciter cuciter cuciter ~~~ *sambil tangan mangalai-alai ala2 usop*

SINORA said...

wah fb.. segar dr hatyai ya!
salam tahun baru dik.

artisticklytouch said...

sedapnya pulut mangga tuh...inzal tengok!!

mariah said...

menghiburkan................Terima kasih fiebie.

nyah said...

Udang Galah Perisa Buri...ayoh kakak ni suka sgt nyapong ya!!!!matilah paham ke nyapong tu aper?

Toshio (Zharfan) said...

Kat Siam, kereta asing nak masuk Siam kena ada permit, ia dipanggil temporary motor vehicle import permit. Masuk kereta ke Siam memang leceh sikit sebab nak kawal kenderaan asing di jalan raya mereka serta tidak menandatangan perjanjian Vienna 1968. Sama macam kereta Malaysia nak masuk Singapore menggunakan autopass dan membeli VEP. Malaysia tak kenakan apa-apa prosedur untuk kereta asing malah tidak perlu membeli insurans kereta asing untuk memandu di Malaysia. Ia satu kesalahan besar di Siam kalau kereta Malaysia masuk tak ada insurans.

Siam menggunakan face recognition untuk membenarkan masuk ke negara Siam, sebab itu leceh sikit kena turun kereta. Dulu tak ada face recognition (tahun 2003 pergi Betong), tak perlu turun kereta, cuma cop sahaja.

BouNeCHiTT said...

pegi hatyai ekkk... huahuahuahuahua... anyway.. pasal baju kurung 3 helai rm10ribu.. motifff? pegawai imigresen sajork kena?

-abunawati-

hery said...

kak, nk info lbey care nk ke hatyai dgn kete sndri...

aritu gi nek bus n nk gi lg
ajar kite ley
nnti cntct kite ley?
0136523032