Sunday, December 19, 2010

Cinta Putu Mayam Balik Pulau. The Making


Salam sayang dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang.

Akak sekarang melaporkan dari Perda Pulau Pinang, sempena percutian feeling-feeling banyak duit tapi nan ado sebenarnya.

Kali ini akak memilih Pulau Pinang, sebagai destinasi untuk merehatkan minda dan melonggarkan urat-urat kepala yang telah di tahap hyper tensi bekerja tak henti-henti di Kebun Getah nun di samping bertandang di rumah kawan akak yang telah pun selamat melangsungkan perkahwinannya.

Tahniah dan semoga berbahagia ke anak cucu na.

Seperti biasa, kita mula kan dengan cerita makanan.


Tempohari, selepas gih kenduri kat rumah kawan akak, kita orang pun gi le naik pulau. Kita orang ke batu Batu Ferringhi, selepas mendapat maklumat dari kawan akak yang kat sana ada hotel murah (tapi sebenarnya takde, sebab semua hotel penuh. Dari hotel semurah-murah ke semahal-mahal semua dah penuh)

Hampa sangat.

Anyway, nak di jadikan cerita, masa kita orang on the way ke ferringi tu, akak terserempak dengan uncle naik basikal jual putu mayam.

Tapi disebabkan takde le tempat berhenti, tak dapat le singgah. Pastu habibie akak cakap dia nak makan jugak putumayam, sebab dia terbaca posting akak pasal putu katanya. Hebat sangat ada effect ni tulisan akak ni.

Jadi akak pun bagitau dia, kita akan beli bila kita jumpa lah orang jual putu mayam yang lain. Macam le kat penang tu semua orang nak jual putu mayam je kerja nya kan.

Drive punya drive, tahap konfidensi akak pun mula menurun, selepas berbatu-batu jauhnya driving jangan kata penjual putu mayam, uncle maniam tu pun tak nampak sepanjang perjalanan. Ada kat sejam lebih drive ke depan, sampai le akak menjadi lapar katanya.

Masa tu kita orang dah sampai ke Balik Pulau.

Bila sampai ke balik pulau, kita orang nampak pasar malam.

Jadi hati ni pun teringin nak tengok ada apa jual kat pasar malam kat penang ni kan. Ada ke apa-apa makanan special kat situ dan tiba-tiba...


jeng jeng jeng...



Akak nampak orang jual putu mayam!!! off all places.



Dan lebih hebat dari itu, akak nampak sendiri macammana putu mayam disediakan. Walaupun kedai tu baru bukak, dan putu mayam dia pun tak siap lagi, tapi akak gigih menunggu dekat 1/2 jam sampai siap putu mayam dia. And i can see first hand macamana proses penyediaan putu mayam tu.


Seronok.

(keji sangat, tengok orang buat putu mayam pun boleh happy ni)



Jom kita tengok macamana putu mayam di sediakan.

mula-mula kita masukkan bahan nak buat putu mayam tu dalam acuan dia.



Rupa acuan tu macam acuan buat muruku. Dan adunan tepung tu pulak bentuk dia macam separa kenyal dan diperbuat dari tepung beras.


Pastu adunan itu akan dikiraikan macam buat muruku di atas nyiru yang telah di lapik dengan kain muslin putih.


Lepas dah kirai adunan tu atas nyiru/tampi itu kemudian, menda tu di susun berlapis-lapis dan di kukus di atas kuali




Dulu akak ingat putu mayam ni orang buat pakai bihun, patut le akak cicah bihun dengan gula melaka dulu rasa dia macam cipap kering. Rupanya, putu mayam ni ada cara tersendiri nak buatnya.


Pastu lapisan-lapiran nyiru itu di letak atas kuali yang air dia mendidih dan di kukus beberapa minit. Abang tu cakap dalam 7-8 minit siap lah.



Pastu bila dah masak rupa dia macam dah berubah sikit dan dah kembang dan nampak mengiurkan.


tu diahhh panas panas sekali.



Nampak tak beza adunan putu mayam yang belum kukus, dengan putu mayam yang dah dikukus.

yang dah di kukus tu nampak lebih gebu, menyelera dan mengiurkan macam akak jugak.



Sebungkus putu mayam tu ada 8 keping harga dia RM2, dan dalam tu dia bungkus kan sekali gula merah dan jugak kepala parut.


Pastu kita leh makan...


yeahhh..




Sumpah sedap nak mampus makan putu mayam panas-panas ni. Memang power sekali. Rasa nak gi lagi, tapi memandangkan pengalaman memandu dari Ferringhi ke pulau pinang tu amat menakutkan, akak lupakan sajork hasrat itu lah.

Itu lah dia pengalaman putu mayam ku yang ku cintai.


Sekian.

3 comments:

Kak Chik said...

Kat Kelantan, kuah putu mayamnya lagi sooodap...tak jumpa kat tempat lain....
Kami makan dengansos macam custard sos... gula melaka campur tepung beras agaknya....akak beli jer kat pasar pasir mas...so tak tahu ingredient sebenar dia.

Putui bambu paling sedap pula..kat Bukit Mertajam...akak makan tahun 90an dulu masa kat USM.
Hingga sekarang...belum jumpa lagi yang sesedap kat BM.

Kak Chik.

Pnut said...

ape ke jakun beno orang buat putu mayam tak pernah tengok.. hiks, paso malam shah alam takkan takder org buat??

meh paso malam putrajaya..ehehehe..

Independent Queen said...

lol. cipap kering. *ketawa*