Wednesday, September 22, 2010

USB Port

Zaman sekarang ni semua orang ada computer. At least ada mengunakan komputer di pejabat. Ada yang pakai PC, ada pakai Laptop, ada pakai notebook dan sebagainya. Ada yang lebih technology savvy akan mengunakan PDA phone dia macam I-phone dan Blackberry, HTC dan sebagainya sebagai komputer peribadinya dan untuk membuat tugasan-tugasan di opis.

Macam akak, gadis urban, semua nota-nota dan powerpoint presentation akak disimpan di dalam blackberry akak, dan bila akak perlu baca nota atau buat revision akak tak perlu on laptop, semua boleh di baca dalam blackberry. Dan bila akak nak buat presentation di luar, akak just cucuk je blackberry akak di mana-mana laptop, dan walllaaaaaaaaaaaa... akak terus boleh buat presentation dengan jayanya sekali.

Meletop tak akak? Meletop pom pom pom katanya...


Tapi untuk memastikan peranti akak di sambungkan di peranti satu lagi, akak memerlukan USB port.


Apa tu peranti, apa tu USB port?


Tahu?


Tak tau memang korang bodoh. Itu masalah ko, bukan masalah aku.


waakakakakkaakaka...


acah je, tak tau meaning sebab korang tak amik tau lah. Tapi mostly semua orang tau lah.


USB port ni secara teknikalnya akak pun tak tahu lah nak explain, tapi secara cakap biasanya, dia adalah macam penyambung peranti-peranti atau alat-alat yang kita sambungkan pada komputer dan ia juga mempunyai litar yang menyambungkan sumber kuasa.


Ala-ala 2 in one gitu, selain menyambung peranti, dia juga ada power supply.


Jadi kebanyakkan alat-alat elektronik boleh di sambung terus pada computer kita tanpa kita terkial-kial nak cari powercord extension lah, suis elektrik lah dah sebagainya.


Contoh USB port macam kat bawah ni.




Ah nampak, jangan buat-buat terkejut ya. Semua PC sekarang ada menda ni. Unless korang guna PC yang zaman jepun dulu yang boleh dibuat tukun tiruan dan monitor dia hanya keluar warna hijau sahaja.


Jadi ada sesiapa yang tertanya apa kejadahnya lubang-lubang depan PC ni, memang korang bebal. Ini lah namanya USB port!



Tepuk tangan tepuk tangan...



Jadi sebagai gadis urban yang maju dan aktif, lagi bergaya dan sensasi dan berdaya saing lagi berteknologi tinggi, akak banyak sekali mengunakan USB port ini dalam urusan harian akak bila mengunakan PC.



Tu dia nampak, sampai abis port tu akak gunakan untuk bermacam-macam perkara. Nasib baik dia bagi 4 port je, kalau dia kasi 80 macamana?

80-80 port akak gunakan.

Tapi 4 port ini pun tidak cukup untuk kegunaan akak yang super sensasi dan berteknologi tinggi. Akak terpaksa menambahkan USB ini dengan mengunakan USB Adapter pulak. Macam kat bawah ni.


Tu dia kelas tak akak? Kelas kan...

Tak rugi korang baca blog akak yang super kelas orangnya ni. Korang patut rasa beruntung sebab selain dari cantik, pandai memasak, berbudi bahasa dan berhemah tinggi, akak juga teknologi savvy gitu.

Perdana Menteri pun kalau boleh nak kawan dengan akak tapi dia malu je sebab nanti orang cakap apa pulak kan.

Tapi takpe, at lease dia connected dengan akak melalui Facebook.



Macam-macam akak sambungkan pada PC akak ni.

Opss, sila abaikan beg kertas Louis Vuitton yang akak sengaja tak crop tu.

Ini menunjukkan akak bukan sahaja cantik, berbudibahasa, pandai memasak dan berteknologi tinggi, ia juga menunjukkan akak ni high fashion dan lagi bergaya gitu.


walaupun nan hado isi dalam beg itu setakat beg show off show off sahajork.


Selain dari alat-alat biasa macam telefon dan PDA, bermacam-macam lagi alat boleh kita sambung pada USB ni, macam gambar-gambar kat bawah ni.



Kita boleh sambung printer


Boleh sambung alat pemanas air. Satu hari nanti, dapur gas dan microwave oven pun kita leh sambung kat USB port komputer.

Boleh lah kita sambil kerja di opis memasak kek dan lauk pauk dan sebagainya.


Selain itu, USB port juga boleh digunakan oleh orang wanita untuk kegunaan harian dia macam video di bawah ini.


http://www.youtube.com/watch_popup?v=lsjU0K8QPhs&vq=medium


cuba lah klik link kat atas ni. Akak nak embed tak leh pulak.

Pandai pandai lah korang sendiri ek.



Oke lah, kelas dah start, infact dah start 10 minit tadi dah. Akak masih kat opis menulis blog lahanat ini. akak kena berambus dulu.


chowwwwwwwww cinnnnnnnn chowwwwwwwwwwwwww



Tuesday, September 21, 2010

New BB



remember dulu masa akak feeling-feeling nak jadi gadis urban, akak beli blackberry bold. Pastu akak punya happy macam jakun untuk tempoh beberapa bulan je sehingga lah BB bold akak tu kojol.

Pastu untuk memastikan akak tetap dalam band wagon gadis-gadis urban tu, akak beli pulak bold 2.


Kaya camana tah. Baik akak guna duit tu buat gi Beijing lagi best.

Tapi tu lah, orang cakap, ones yoy go black you never go back.

So akak terpaksa lah jadi orang miskin untuk mengumpul wang nak beli phone baru sehingga menyebabkan berat badan akak berkurang 0.05 gram sebab terpaksa mengurangkan intake makanan.

Pastu akak pakai tapi akak tak berapa happy sebab walaupun Bold 2 ini adalah superdupper lebih baik dari Bold 1 dari berbagai segi macam kelajuan, space, teknologi dan sebagainya, tapi screen dia kecik sikit menyebab mata akak sedikit juling juling air nak membaca tulisan dia tu. Lagi pun keyboard dia yang comel tu sangat lah tidak sesuai dengan jari-jemari akak yang halus mulus kudus bak sosej berkeju ni.

so guess what????

teka akak buat apa?





Yes, i bought a new one!!!! A Storm 2.

hahahahahahah ahahahahhaah ahahahhahaha ketawa gila macam orang bodoh.

Punya lah bengong, akak sendiri tak tau apa masalah akak. Feeling2 orang kaya, walaupun sebenarnya Hadoooo

Nasib baik lah electronic goods dan data connection bill ni ada tax deduction. At least tak le aku rasa bengap sangat.



p/s: suddenly akak gilakan BB torch pulak yang boleh slide slide tu. camana?

bila rasa ku ini rasa mu

sungguh syahdu sekali tajuk album kita kali ini. Lama sudah akak tidak menulis apa-apa di dalam blog ini. Bukan takde menda nak tulis, tapi sebab hari-hari akak tak pernah ada kesempatan untuk menulis apa-apa dalam ni. Dan lately, kebanyakkan entry dalam blog ini semua berkisarkan makanan. Blog ponen lain semua keluarkan gambar-gambar sensasi, blog akak keluarkan gambar makanan. Nampak sangat akak ni gems gems kan. Tapi bak kata kawan akak, we are not fat, we are big bones. kadang kala dia cakap, we are not fat, we are fluffy gitu.

Tapi yang pasti nampak sangat akak dah macam tidak berminat untuk menulis.

Anyway selamat hari raya akak nak ucapkan pada semua. Tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya, raya akak tak pernah nak meriahpun. Semenjak kehilangan arwah abah 20 tahun lepas, akak tak pernah nak rasa kemeriahan raya. Akak tak mampu nak adakan perasaan itu. Tapi akak cuba untuk buat orang lain happy. Akak cuba buat mak akak, adik beradik akak, dan anak buah akak happy pada hari raya. Walaupun akak akan menjadi bankrupt pada hari raya kedua. As long as they are happy, i am happy. Somehow bila hari raya menjadi semakin komersil, what makes people happy always put a hole in your pocket.

Money seems to be the centre of happiness nowadays. And as a ponen, the only way to make people happy with me, is to have lots of money. No one likes a poor ponen. They might clap at your jokes, they might admire your deceptive and fraudulent beauty, they might tell you many wonderful things infront of you, but before you can even turn yourself back, they might have sweared and insulting your existence and make a mockery out of your life.

Sebab tu kita tengok ponen-ponen yang di puji dan terima atau so called di terima masyarakat adalah yang berduit. dan circle tu berterusan berduit, berkerjaya, berpelajaran dan sebagainya. Ada ke orang nak memuji pondan-pondan lorong dan pondan-pondan bodoh.

Hanya kaum-kaum atau group-group dorang je yang memuji satu sama lain. Sedih kehidupan mereka.

Tapi what happen kalau kita berduit (at least sikit), berpelajaran tinggi, berkerjaya tapi kita tetap di hina? Dan what happen kalau yang menghina kita sendiri itu adalah orang yang paling rapat dengan kita?

Kadang-kadang manusia ini di hina bukan dengan kata-kata sahaja, tapi manusia juga boleh di hina dengan perbuatan. Sometimes, tanpa perbuatan dan kata-kata dengan diam sahaja kita boleh rasa di hina. Lagi-lagi kalau orang tu supersensitif macam akak ni.

Eh ke mana aku nak gi ni.

Akak nak ucapkan selamat hari raya je sebenarnya.

Tapi itu lah, kadang-kadang manusia lupa. Kita boleh cakap macam-macam pasal orang lain, kita boleh banyak tak puas hati dengan orang lain. Tapi kita alpa yang masalah ini semua timbul sebab kita yang letak standard terlalu tinggi, atau kita terlalu mengharap kesempurnaan dari orang lain, walhal kita sendiri penuh dengan kejelekkan.

Tapi kita takkan nampak kelemahan dan hinanya diri kita sendiri. Yang kita nampak adalah pekung orang lain. Yang kita buat permasalahan adalah kudis orang lain.

kadang-kadang akak tak larat lagi bila orang menghina perbuatan akak, bukan perbuatan buruk akak, tapi menghina apa yang akak rasa akak cuba berbuat baik. Ala-ala orang putih cakap, insulting one's intelligence lah gitu. Tapi kali ini insulting one's good moral behavior. Insulting my friendship, insulting my sincerity, insulting me for being true to myself, insulting me as a person who have feelings.

Yes, i have feelings too.