Thursday, April 1, 2010

Tou

Korang tau toa tak? Tak tau toa tu apa? Tak tau tao takpe, tau toa takpe.

Toa tu adalah sebuah restoren di Autocity, Juru, Penang. Toa menyajikan makan Asian secara buffet ala-carte.

Camana tu kaedah buffet ala-carte.

Dah lah buffet, ala-carte pulak.

Kaedahnya, ala-carte dia adalah jenis eat all you can gitu. Bayangkan korang makan buffet, tapi tak yah beratur dan mengangkat bontot berat dari kerusi ke meja buffet. Ko mintak je makanan, waiter tu akan hantarkan ke meja lepas satu satu sampai montot you all melekat terus kat kerusi itu sampai 3 jam. Dan korang makan lah sampai mata dan telinga keluar darah sekali pun, selagi loceng last order itu tidak berbunyi korang leh makan apa sahaja korang nak dalam menu tu.

when i say everything, i mean everything.

Satu pengalaman yang mengembirakan kepada kaki-kaki makan yang pemalas dan malu-malu nak gih bangun 50 kali amik makanan.

Masa makan tu akak suka nau, tapi tadi baru akak perasan sesuatu masa tengah tulis blog ini yang menyebabkan akak terfikir dua tiga kali apa aku dah buat.

Anyway, lets look at some of the pictures Tao have to offer for a very exciting gastronomic excursion.


Lets..






Ini lah restoren dia. Dia punya deco memang cantik sangat-sangat. Ada influence Bali di dalamnya. Nak masuk je ada satu patung Buddha tembaga yang besar, ala-ala terkejut le jugak bila tengok kan.




Masa kita orang pergi tu, bertujuh, restoren tu gelap gelita dan tak nampak apa-apa pun. Sebab masa tu adalah earth hour. Jadi dorang tutup lampu. Order makananpun melalui pengalaman kawan-kawan yang pernah pergi sebelum ni.

Dorang order akak melantak.

Kaedah order dia, kita tengok menu dan mintak berapa set kita nak. Tunggu 5 minit dia hantar. Jadi dalam masa dia nak hantar makanan, kita order lagi makanan lain secara road relay gitu. Non stop, jadi makanan atas meja pun tidak stop stop di hidang.

Ia memerlukan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kualiti, strategic management dan logistic management yang tinggi supaya makanan semua sampai dalam konsep Just-in-Time (JIT) gitu dan tidak menyebabkan pinggan-pinggan kosong dan yang berisi bertimbun-bertimbun dan terlalu banyak di ruang meja yang kecil.



Ini menu dia, masa tu gelap akak seriously tak nampak. Bila aku dah transfer gambar ni baru akak perasan ada menu D14 tu Ham Asparagus Age.

gulp...


Tapi sungguh, kita orang tak order tu. Sebab kita order ayam, ikan dan kambing sahaja. Ketika menulis entri ini, tekak akak menjadi begitu kembang sekali.

Tapi tidak masa makan di restoren tu, over excited macamana ntah.


Tapi serious, akak ada pusing-pusing tengok orang jugak, memang ada akak nampak orang Melayu makan kat situ, dan kat bahagian luar tu ada jugak seorang perempuan bertudung sedang berdating dengan BF dia.




Menu dia memang meletop dan masakan dia memang sedap best in class gitu. Restoren ini menghidangkan makanan-makanan Asia dari Jepun, Korea, Thailand dan sebagainya.




Sambil menunggu makanan ala-carte pertama dihidangkan, kita boleh lah mengambil makanan di meja buffet yang ada salad dan sushi counter. Jadi takde lah dok terperok menunggu makanan gitu.


Ini sushi apa ntah, akak baru first time makan sushi macam ni. Ada cheese gitu. Sedap gak, masam-masam manis.

Sushi dia boleh amik lah berapa banyak ko nak. Dan macam-macam lah ada. Sapa-sapa yang gila sushi yang selalu makan kat Sakae atau Sushi King mesti gembira sebab tak yah dok tunggu mesin tu pusing-pusing bawak sushi ghitu.

Dan sapa yang suka sushi akan tahu betapa mahalnya harga sushi-sushi ini.


Ini adalah Shashimi. Shashimi ini adalah hidangan mentah sotong, salmon, tuna abalone dan sebagainya. Kalau kat restoren jepun, satu hidangan Sashimi ni boleh sampai 40-50 hengget, walaupun rasanya nan hado oke.

presentation je meletop.

Seterusnya kita makan-makan makanan bercengkerang pulak you all.



Ini adalah scallop. Satu set akan dapat 2 ketul scallop. Jadi kita 7 orang, kita order 7 set dulu lah.


Sedap gila sundel scallop ni.



yang atas ini pulak mussel. Sedap gak, tapi pedas sikit.


Ini pulak kulit mussel.



Kemudian kita makan ikan pulak.


Ini adalah baked salmon.

Tahukan anda bila kita menyebut perkataan Salmon kita jangan tekan atau sebut kan huruf L tu.

sebutan sebenar untuk salmon adalah [sa] [man]

atau macam kita sebut kacang almond, sebutan dia adalah [a'] [man]


Itu dia pembelajan Bahasa Inggeris kita hari ini.



Ini adalah grilled salmon pulak. Kalau tadi di baked dengan cheese kot, yang ini di grilled dengan bawang halia whatever dan memang best sekali.


Yang ini popular dalam makanan Jepun. Menu ini adalah Steam Unagi. Unagi tu belut.

Proses untuk buat unagi ini adalah sangat rumit sekali oke. Belut tu di masak beberapa kali digoreng dibakar, di steam di goreng di bakar di perap dan macam-macam lah sampai dia rupa camtu.

Pastu unagi tu di bubuh atas tauhu kemudian di steam.

Jadi takde le rasa belut pun, dia rasa manis je.



ni nama dia ikan mengandung. Dalam dia ada telur. Ikan dia kecik-kecik je, besar sikit dari ikan tamban tu. Kalau kat Sushi King harga ikan goreng ni dalam 20 hengget 4 ekor. Kat sini kita boleh makan lah sebanyak mana kita suka sampai ikan tu pupus katanya.


yang ini ikan kod. Ikan yang orang buat scott emulsion tu. Buat minyak ikan yang rasa cam ntah apa-apa tu. Risau gak nak makan. Tapi bila makan sedap, daging ikan ni macam butter. Tekstur dia pelik tak macam ikan lain yang pejal.



Ni ikan apa ntah. Rasa cam sardin ada, macam ikan kembung pun ada.

Selain dari sushi, sashimi kat sini pun ada Tempura.

Tapi tempura ni dia banyak tepung dan kalau makan cepat kenyang. Pastu ada sayur-sayur tu dia kasi sekali. Kat sini konsep dia apa kita tak abiskan kena bayar balik. Jadi walaupun udang tu best, tapi tak order banyak. Takut tak abis.



Yang ni pulak adalah abalon, yang dia buat cam yee sang gitu. Abalone adalah makanan laut yang sangat mahal. Abalone dalam tin pun harga dah 50-60 hengget setin yang tin dia besar cam tin sardin cap ayam tu.

tapi rasa dia sebenarnya biasa je.



Ni paling best... Grilled Teriyaki Chicken. Memang mantoppppppp














Yang ini pulak grilled lamb, lagi le bertambah-tambah mantap sebab akak memang suka gila dengan lamb.




Dan makanan lain-lain pun adalah macam kat bawah ni.


Ini nama dia chawan mushi


Yang ini pulak adalah shark fin soup


Yang ini makanan korea yang popular iaitu Kim Che. Kim Chee ni kobis cina yang panjang tu di peram beberapa minggu kemudian di masak lah dengan apa-apa pun. Kat atas ni kimchi ni di masak dengan oyster.

Rasa dia macam pantat hantu.

Hik.


Anyway ada banyak lagi makanan yang kita orang makan, tapi tak sempat amik gambar. Pastu ada banyak makanan dalam menu yang kita orang tak order, sebab dah tak larat, dan tak tau nak sebut.


Itu je lah untuk kali ini.


p/s: motif akak tulis skema macam haram posting kali ini katanya. Mode hari jumaat kot.

6 comments:

5577 said...

tgh bloghopping! best baca blog ni, straightforward.. i like! heee..

jom exchange links nak?

Moose said...

akak, tak bagitau harga pun? mau meletops perut ai klo melantak banyak macam ni

Independent Queen said...

ohhh... *sapu air liur berjejehan atas keyboard...*

zulharisyam said...

ada cop halal tak?

bayieng said...

alaa terliurnyaaaaaaaaaa!!! tp kalo dh ade ham tu...ragu2 la plak kehalalannya. kaka fiebie kejam tau! dpt tgk gmbr la sajork :nangis:

AkU said...

ala2 Tenji kat Solaris..