Wednesday, April 28, 2010

Pijar

Akak sedih lah you all. BB kesayangan akak telah menjadi arwah tidak sampai beberapa bulan je hidupnya. Pastu akak beli lak yang di off load dari stock maxis dan takde guarantee. Nak murah punya pasal.

Hasilnya, meninggal.



Innalilahiwainnalilahiroijiun...




Kaedahnya, akak terlebih charge lah telefon ni. Tapi akak pandai, akak tak pakai charger yang disediakan. Tapi akak pakai charger motorola memandangkan kepala tempat nak cucuk dia sama.

Sama lah cam manusia gak ya tak. Kalau menda tu dah disediakan untuk orang asia, kita gih main dengan mat salleh. Maka jawabnya akan menjadi lobos dan tidak boleh digunakan lagi kan.

Gitu lah diibaratkan BB ni.

Bila akak charge pakai charger nokia sepuluh hengget tu. Akak pun membuta. Bila akak bangun pagi akak tengok BB akak tak berkelip-kelip dah. Pastu bau hangit. Pastu tak mau start-start camana?

Bila bawak gih kedai, dorang tak leh repair sebab mother board BB dia ada unique chips yang kalau rosak tak leh ganti. Macam kad pengenalan dia. Kalau nak repair gak, akak kena hantar kat mana BB ni di manufactured gitu.

Bila akak bukak belakang dia cakap "Made in Hungary"

So akak lupakan lah sahaja niat untuk di repair kan BB itu.


Sedih sangat.

Akak rindu kan BB yang akak selalu gentel-gentel puting tu sehingga akak merasa puas. Dan dia tidak pernah lah menyebabkan akak rasa kesunyian sebab boleh facebook hari-hari. Tapi bila dah rosak, akak rasa macam dunia ini kembali kecil.

Dua minggu akak pening takde BB...

Pastu....





Akak beli yang lain.

Boleh???????


Macam haram dah lah mesekin duit takde. Tapi tetap nak membazir kan. Kereta akak yang bumper depan nak tercabut tu tak aku repair-repair.

Pastu akak kembali menjadi happy semula... dan dah boleh tulis blog.




Ucapkan selamat datang pada Syarifah Bibi Aloya Junior yang mengantikan Syarifah Bibi Musalmah Senior yang telah kembali ke rahmatulah.

By the way, akak ada cerita makian hamunan khas untuk MAXIS yang akan akak buat tidak lama lagi.

Nantikan... ko kelly Ng laha yang tak cukup-cukup kaya tu ke.

Haramja.



Anyway, sebab akak tertekan sangat. Akak kena makan.


Jom kita gih makan you allssssssss..


Hari ni kita makan Makanan Jowo di restoren...


WONG SOLO





Tu dia hijau camana tah. Nasib baik taukeh ni jumpa hijau biasa ni. Kalau ada hijau matelik harus dan dia pakai kaler tu kot. Hazab.

By the way nampak tak abang sebelah kiri tu. Kendo jugak, tapi abang depan dia lagi kendo ya amat sampai pening-pening kepala siap baca ayat seribu dinnar akak tengok kekendoannya. Nasib baik akak tak buat sujud sejadah je.

Tapi disebabkan akak gih makan dengan laki akak, jadi akak tak leh lah tengok lelebih tak pasal-pasal meja terbalik ya tak.

Jadi akak tengok lite-lite sugi je. Walaupun sebenarnya laki akak tau akak dok menjeling-jeling sebab dia dok diam sepanjang masa kesentapan.

Tengok je lah, bukan buat apa pun. Itu pun nak marah.

Anyway...


Wong Solo ni menyediakan makanan Jawa. Dan makanan jawa ni punya lah pedas nak mampus, kalau makan segala-gala mala air keluar dari badan. Air mata bergelinangan ala-ala makan sampai terharu gitu. Pastu peluh-peluh kat badan semua keluar sampai lembab-lembab tetek akak dibuatnya.



Ni lah basic nasik dengan lauk ayam kampung penyek. Macamana dia penyek kan ayam tu jangan tanya. Tapi akak speku dia pijak beramai-ramai kasi penyek.

Set nasik ni berharga RM10.90 dengan ayam, tempe dan tauhu goreng dan sayur-sayur salad dan timun yang nan ado. Kemudian di hidangkan bersama sambal pecal, sambal belacan dan sambal kicap. (Sila baca dengan nada Maria Tengku Sabri)



Yang ni pulak sambal tere, atau sambal ikan bilis goreng. Cukup masam dan manisnya, dan cukup pedas sekali.

Sambal tere ini harga dia RM11 kalau tak silap.





Yang ini pulak empel daging. Daging goreng yang lembut dan dipenyek-penyek untuk menjadi bertambah lembut.

Harga Empel Daging ni dalam 6 hengget ke 7 hengget camtu.






Ini lak namanya cumi goreng. Bukan cumi dan ciki atau cumi jelly manis ya.

Orang indon sebut sotong dengan nama cumi. Kan manis bunyinya, kalau bapok-bapok yang kena jerit bapokkkkk... bapokkkk... sotonggggg sotonggg, di tukar kepada cumiiii cumiiiiiiiii... Harus bapok-bapok tu tak terasa malahan bertambah gembira di panggil sotong gitu.

Camana kat Melaka ada sorang pensyarah bapok bernama Cumi. Mesti dia suka makan sotong.






Yang ini pulak adalah ayam kampung penyek. Sila lah tengok cili dia tu dengan biji-biji cili overdose tu.

Ini kalau main tak pam dulu harus lekat-lekat segala perhiasan yang ada kat lubang tootttttttt lekat lekat terus kat kepala tooottttt dan toottttttt... sampai tootttt tooootttt jadi macam tootttt ttttooooottt....


maaf terpaksa di sensor ayat-ayat di atas.





Restoren Wong Solo Shah Alam kini baru di buka di Seksyen 7 shah alam di belakang kedai Kain Jakel yang maha besar sekali itu dan bersebelahan dengan Butik Hatta Dolmat Couture yang baru di buka.

Hatta Dolmat juga berpesan pada akak... dia cakap...


"Mak hayammmm, kalau ada sapa-sapa nak oder baju raya sila order cepat, sebab order dah masuk mak takut nanti mak tak sempat buat baju customer mak ayam..."


Gitu lah cakap Hatta Dolmat, sentiasa lebih kan customer-customer akak dulu. Jadi ingat pesan dia, sapa-sapa nak buat baju tu cepat-cepat lah ke Jakel Shah Alam membeli kain dan terus ke Butik Hatta Dolmat untuk membuat tempahan dan kemudian gih makan dekat restoren Wong Solo ni.


Sapa-sapa nak contact hatta dolmat boleh lawat blog dia dan amik no telefon dan alamat di situ dengan melayari link di bawah: -





p/s: Tips untuk kengkawan: Kalau korang nak beli kain untuk buat baju kahwin ke baju raya ke untuk di hantar ke butik, jangan memandai beli sendiri. Ajak je designer-designer tu temankan. Sebab dorang boleh mix and match kaler yang sesuai dan paling penting dorang boleh dapatkan diskaun untuk kain-kain tu. Kalau korang gi sendiri parah jugak wallet tu.

6 comments:

Mr Not Sure said...

Seram tgk sambal cili dia.. Terngiang2 rasa pedas di bawah selepas membuang.. Wong tu still solo meyh? Tak ske komitmen kot..

Pnut said...

harus kalau aku nak ke sana, ku roger kamu...

anyway,Innalillah to BB ko yang dah meninggal...

nak tempah batu nesan meh kabo..
nak book kubur corner lot, yang ada fengshui baik pun meh kabo...

mirch_marcello said...

wah ada BB baru lagik ..congrat !!! BB lama kira jadi baby yang kena campak kat sungai lah yer ??sedehhh

Nz JuDe said...

iols beli kain sendirs last year ok jek rakan2 designer lain bersetuju pilihan iols tepat...ini tahun tgk lah kemantapan wallet dulu baru bleh order...tp kita pegi cari kain sama sama yer M.A

adi said...

Hahaha. But only 4 comments? An entry like this should have at least 20. Unless of course, if there are many silent readers around.

Mr Not Sure said...

we want more! we want more!