Thursday, May 7, 2009

i am lost

Tadi kan akak dok borak-borak dengan kawan akak kat YM. Dia kerja cikgu pendidikan jasmani. Kerja dia hari hari bersukan je. Bestkan.

akak dulu kan malas tul kalau kena sukan ni. Akak selalu buat excuse tak nak join. Akak lagi sanggup tak bawak baju sukan, dan kena denda cuci longkang dari pergi kelas pendidikan jasmani.

Dari sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, macam-macam excuse dah akak buat, selalunya sebab tak bawak baju lah.

Kadangkala akak cakap famili akak dari keluarga miskin tak mampu beli baju sport. Kadangkala akak cakap baju tu tak sempat basuh. Kadangkala akak cakap baju tu basah kena hujan. Pernah sekali akak cakap baju sukan akak kena curi. Abis satu sekolah kena buat sportcheck, tapi yang dorang jumpa bukan baju sukan. Dorang jumpa video blue lah, jumpa majalah gila-gila lah, jumpa alat make up, game & watch dan macam-macam lagi lah tapi tetap tak jumpa baju sukan.

Mak akak sikitnya sentap siap bungkus kan baju tu cantik-cantik supaya akak pergi bersukan, tapi akak tetap cuba carik alasan tak mau sukan. Sebab tu le akak bertubuh mungil ya (mungil nauuuu). Tapi yang peliknya, masa sekolah menengah dulu, bila ada pertandingan merentas desa hebat lak aku berlari ya. Sebab mungkin masa tu akak dah dapat rasa itu satu je sukan yang akak perlukan bila kena lari bila Jawi buang checking kot.

Sebenarnya akak malas bersukan tu bukan sebab tak suka berpeluh. Tapi akak malas nak join budak-budak laki tu main bola lah, main rugbi bagai (tapi akak pernah wakil sekolah main hoki, camana? Itu pun sebab akak taste dengan salah sorang senior yang main hoki, akak gigihkan diri ya). Nampak sangat sekolah akak hauk (haus dan beruk) bab-bab sukan ni. Ko pernah naik bas sampai 3 kontigen, pastu muka malu bersepah bila team volleyball ko kena 15-0, 15-0 dengan Victoria Institution??

Akak selalu bosan je kalau kena main bola. Akak selalu amik posisi pertahanan. Alah posisi sebelum gol keeper tu. Tak yah kejar bola. Pastu bila bola dah lepas, tengok je gol keeper tu melilau tunggu bola. Tak kuasa akak nak tunggu bola tu. Akak berdiri je satu tempat bila bola tu secara tak sengaja sampai ke kaki akak, akak cepat-cepat tendang biar dia outside. Tapi bila bola tu dok jauh, akak mengintai-gintai padang sebelah, pastu dok makan hati tengok budak padang sebelah tu main bola macam best je.

Hati akak tempat lain.

Dorang semua tak faham ke, akak tak suka main bola.

Sebab...

Akak nak main Netball.

Benci lah.

ALL THE MAN THAT I NEED (Whitney Houston)

you


I used to cry myself to sleep at night
But that was all before he came
I thought love had to hurt to turn out right
But now he's here--it's not the same
It's not the same


He fills me up, he gives me love
More love than I've ever seen
He's all I've got, he's all I've got in this world
But he's all the man that I need

And in the morning, when I kiss his eyes
He takes me down and rocks me slow
And in the evening, when the moon is high
He holds me close and won't let go
He won't let go

p/s: Jiwang karat camana tah. Buang tabiat nak mampus dah kot agaknya...

4 comments:

imahTHESTAR said...

motif ala2 jiwang kampung?

Leen AshBurn said...

ni macam kena karaoke je ni hehe.

nadishas said...

NAPE KAH CIK FIEBIE SENYAP JER DAH LAMA...BOSAN LA.

Prince Of Metroxylon said...

Hii Fiebie... I was introduced 2 this blog by my friend.. That time still mentally disturbed blog...

My wish, pls update sll k... I like the way u c things... Funny at the same time meaningfull...

Thanks 4 ur briliant idea in all entry u made.... Chiaooooo