Gapo dio tu Pade Bah. Demo tau tok pade bah tu gapo?
Pade bah tu pat pade untuk bah lah boh. Bah ake berhenti tubik ore di pade bah. Supo sie doh kawe kecek molek sokmo lagu tu.
hik
Anyway,
Dah dapat dah jawapan untuk teka gambar semalam???
apa benda ni?
Ini lah dia satay perut ayam. Delicacy ini sungguh istimewa di Kelantan sebab boleh di dapati di sini sahaja. Belum lagi sepanjang umur akak yang muda selama 18 tahun ni akak jumpa dengan satay perut ayam di jual luar dari Kelantan.
Not for the faint hearted, hanya sapa yang berani sahaja akan mampu makan satay perut ayam ni. Kebanyakkan orang geli nak makan, walaupun rasanya sebenarnya boleh tahan sedap. Its a do or dare situation yang mana once you eat it, you either like it, or you wont eat it again.
But, trust me, if you are in Kelantan have it a try. Rasa ayam percik je.
Mana lokasi yang mudah untuk dapatkan percik perut ayam ni, kalau tak lain dan tak bukan di Padang Bas, Kota Bharu Kelantan.
Padang Bas
Actually Padang Bas ni bukan padang bas pun. Dia adalah dataran yang berdekatan dengan Parkson Kota Bharu (Yes Kelantan ada Parkson, ko ingat apa??? Mydin superstore pun dia ada tau). Nama kawasan ni akak tak tau, tapi bila bagitau orang sana nak gih makan-makan di Padang Bas dorang akan bawak ke sini. Sebut je Pade Bah.
Tapi kalau dorang bawak ko gih bus station tempat bas ekpress berhenti tu nasib korang le. Kena le jalan kaki sikit, tak jauh mana pun.
Kalau kat Malaysia ni bila kita sebut pasal makanan mesti orang sebut Penang, Johor dan Kelantan. Sebab makanan dorang very authentic to their culture. Kalau negeri-negeri lain tu makanan dah banyak campur-campur.
Jadi kalau di Kelantan nak merasa makanan-makanan dia kena pergi banyak tempat di seluruh kelantan. Nak makan gulai itik yang sedap kena pergi tumpat, nak makan nasi kumok kena gih takbai, nak makan nasik kerabu kena pergi stadium, nak makan sup belut kena pergi ke sana ke mari. Eh banyak pulak tempat nak pergi kan.
Kalau masa kita terhad sehari dua, dan kita nak merasa semua makanan-makanan ni di satu pusat penjaja kita datang le di Padang Bas. Almost everything kelantanese can be found here.
Almost je tau.. bukan everything. The best way to enjoy Kelantanese food is to explore the state. Masa jalan-jalan cari makan tu boleh cuci mata tengok ciken-ciken kelantan. Orang-orang kelantan ni ramai very good looking.
Peringatan: Padang Bas kota Bharu ni akan di tutup dari jam 7 malam sampai 8 malam untuk menghormati dan mengalakkan orang ramai mengerjakan solat di Masjid Berhampiran. Kalau korang gih sana dalam kul 7.30 feeling-feeling nak makan jugak, nanti orang masjid datang ramai-ramai baca talkin dan sembahyang mayat untuk korang na.
Gi Solat dulu baru leh sambung shopping.
Orang cakap nak buat Laksa dia kita kena masakkan air tepung beras di atas tudung periuk yang panas dan kemudian digulung-gulung. Bila nak serve kita potong-potongkan seperti di bawah gitu.
Pastu, kita bubuh lah all the condiment such as taugeh, ulam-ulam, kacang panjang yang di racik, dan sebagainya. Bubuh sikit cili dan makan dengan kuah Santan yang dicampurkan dengan isi ikan.
Di padang bas ini kita leh dapat macam-macam makanan lain, of course kita tak boleh tinggal ayam percik.
Pastu ada jugak nasik-nasik yang popular macam nasi dagang, nasi berlauk, nasi kak wok, nasi kukus, nasi kumok dan sebagainya.
[ralat: dalam entri lepas akak tulis nama nasik kunyit tu nasi gumok kan, sebutan sebenarnya adalah Kumok. Nasi gumok tu nasik orang gemuk]
kawe oyat doh kawe tok sir make nasik hok kaler biru tuhh..
Bade kawe loni doh hok kaler kaler lagu ni.
Mace mano kawe nok gih tubik denge gewe kawe male ni.
huk alohhhh...
ada somtam
Ada pulut durian/Pulut mangga
Kueh mueh
Ni bukan lauk. Ini juga bukan gajah. ni jugak bukak nasik kumok. Ini kawan kawan akak yang gumuk-gumuk berlaka.
gemuk lah korang.
Ni lagi dua orang pun gemuk jugak.
Malu akak jalan dengan korang yang gemuk-gemuk ni tau. Semua mata memandang. akak ni dah lah tak suka kan kontroversi dan tak suka jadi perhatian ramai. Siti rasa seperti hilang kebebasan siti. Siti teringin nak merasa jalan-jalan seperti orang biasa.
Ni pun kawan-kawan akak jugak. Motif sapa pulak yang baju merah yang gemuk sangat jugak tu.
Hazabbbbbbbbbbb nauzubillah.
Aikkk... yang tengah-tengah tu mak lampir mana pulak tu???
Kan.... Ko ingat ko Kajol nak pakai baju macam ni kat tengah-tengah Kota Bharu. Nasib baik kita semua tak kena rejam dengan batu masa tu. Kalau lah ada Nik Aziz masa tu dah sah sah kita semua kena azan tak pasal pasal.
Menangis tok nik Aziz tengok tau.
watper demo beli baju hok besar sangat sampa terlebih bahu tu.
maghi deh date pejabat kawe amik bantuan baitulmal.
p/s: Jangan lupa untuk klik iklan di bawah dan di tepi ya sayang-sayang semua. Muahssss
2 comments:
Wah, artikel yang menarik.. Dulu mase kecik2 ikut ayah balik kampung x da rasany dia bawa ke sini.. and now berjodoh with orang Kelate, da 3-4x balik pun x pernah sampai lagi kat sini.. bulan 11 ni nak balik sana, wajib pergi.. encik Suami memang pernah cerita pasal sate perut ayam tu.. tapi nenek and mak long dia buat sendiri.. now nenek da arwah and mak long pun da uzur.. so encik Suami pun x tau mana nak cari sate ni.. thanks for the info..
Nice post, keep it up. Hope you are well.
mercury in water
mercury vapor analyzer
mercury in food
Post a Comment