Tuesday, February 14, 2012

Piglet

comel lah. I rasa nak bela sekor lah.

.. You nak bela apa?

I nak bela piglet.

.. Eh mana boleh bela piglet lah. Haram.

Mana ada haram lah. ramai je my friend bela.

.. Piglet apa dorang bela ni?



Piglet le... yang macam tikus tu. Piglet!



Piglet katanya. Bodoh macam piglet!



Thursday, February 9, 2012

Pade Bah


Gapo dio tu Pade Bah. Demo tau tok pade bah tu gapo?

Pade bah tu pat pade untuk bah lah boh. Bah ake berhenti tubik ore di pade bah. Supo sie doh kawe kecek molek sokmo lagu tu.


hik

Anyway,

Dah dapat dah jawapan untuk teka gambar semalam???


apa benda ni?



nampak???


Ini lah dia satay perut ayam. Delicacy ini sungguh istimewa di Kelantan sebab boleh di dapati di sini sahaja. Belum lagi sepanjang umur akak yang muda selama 18 tahun ni akak jumpa dengan satay perut ayam di jual luar dari Kelantan.

Not for the faint hearted, hanya sapa yang berani sahaja akan mampu makan satay perut ayam ni. Kebanyakkan orang geli nak makan, walaupun rasanya sebenarnya boleh tahan sedap. Its a do or dare situation yang mana once you eat it, you either like it, or you wont eat it again.

But, trust me, if you are in Kelantan have it a try. Rasa ayam percik je.

Mana lokasi yang mudah untuk dapatkan percik perut ayam ni, kalau tak lain dan tak bukan di Padang Bas, Kota Bharu Kelantan.

Padang Bas

Actually Padang Bas ni bukan padang bas pun. Dia adalah dataran yang berdekatan dengan Parkson Kota Bharu (Yes Kelantan ada Parkson, ko ingat apa??? Mydin superstore pun dia ada tau). Nama kawasan ni akak tak tau, tapi bila bagitau orang sana nak gih makan-makan di Padang Bas dorang akan bawak ke sini. Sebut je Pade Bah.

Tapi kalau dorang bawak ko gih bus station tempat bas ekpress berhenti tu nasib korang le. Kena le jalan kaki sikit, tak jauh mana pun.

Kalau kat Malaysia ni bila kita sebut pasal makanan mesti orang sebut Penang, Johor dan Kelantan. Sebab makanan dorang very authentic to their culture. Kalau negeri-negeri lain tu makanan dah banyak campur-campur.

Jadi kalau di Kelantan nak merasa makanan-makanan dia kena pergi banyak tempat di seluruh kelantan. Nak makan gulai itik yang sedap kena pergi tumpat, nak makan nasi kumok kena gih takbai, nak makan nasik kerabu kena pergi stadium, nak makan sup belut kena pergi ke sana ke mari. Eh banyak pulak tempat nak pergi kan.

Kalau masa kita terhad sehari dua, dan kita nak merasa semua makanan-makanan ni di satu pusat penjaja kita datang le di Padang Bas. Almost everything kelantanese can be found here.

Almost je tau.. bukan everything. The best way to enjoy Kelantanese food is to explore the state. Masa jalan-jalan cari makan tu boleh cuci mata tengok ciken-ciken kelantan. Orang-orang kelantan ni ramai very good looking.




Peringatan: Padang Bas kota Bharu ni akan di tutup dari jam 7 malam sampai 8 malam untuk menghormati dan mengalakkan orang ramai mengerjakan solat di Masjid Berhampiran. Kalau korang gih sana dalam kul 7.30 feeling-feeling nak makan jugak, nanti orang masjid datang ramai-ramai baca talkin dan sembahyang mayat untuk korang na.

Gi Solat dulu baru leh sambung shopping.



Misi akak kali ini adalah untuk mencari laksam. Not just any laksam, but Laksam Padang Bas. Small portion of Laksam ni boleh di dapati di Padang Bas dan jugak di Pasar siti Khadijah. Laksam adalah laksa versi Kelantan. Sama juga macam Laksa Kuah Mentah di Terengganu, kecuali dia tidak memakai mee laksa. Sebaliknya dia menggunakan tepung beras yang nampak seperti kuehteuw.

Orang cakap nak buat Laksa dia kita kena masakkan air tepung beras di atas tudung periuk yang panas dan kemudian digulung-gulung. Bila nak serve kita potong-potongkan seperti di bawah gitu.






Pastu, kita bubuh lah all the condiment such as taugeh, ulam-ulam, kacang panjang yang di racik, dan sebagainya. Bubuh sikit cili dan makan dengan kuah Santan yang dicampurkan dengan isi ikan.



Sedapppppppp


Di padang bas ini kita leh dapat macam-macam makanan lain, of course kita tak boleh tinggal ayam percik.




Ayam percik dia saiz giant gitu..




Nampak tu tangan kawan akak yang giant sekali tu. Tak ke sama besar dengan seketul ayam percik dia. Memang puas hati makan.

Pastu ada jugak nasik-nasik yang popular macam nasi dagang, nasi berlauk, nasi kak wok, nasi kukus, nasi kumok dan sebagainya.

[ralat: dalam entri lepas akak tulis nama nasik kunyit tu nasi gumok kan, sebutan sebenarnya adalah Kumok. Nasi gumok tu nasik orang gemuk]


Nasik berlauk



Nasik Kumok



nasi kerabu putih



Nasi kerabu Avatar



kawe oyat doh kawe tok sir make nasik hok kaler biru tuhh..
Bade kawe loni doh hok kaler kaler lagu ni.
Mace mano kawe nok gih tubik denge gewe kawe male ni.
huk alohhhh...



ada somtam



Ada pulut durian/Pulut mangga



Kueh mueh


Ni bukan lauk. Ini juga bukan gajah. ni jugak bukak nasik kumok. Ini kawan kawan akak yang gumuk-gumuk berlaka.

gemuk lah korang.

Ni lagi dua orang pun gemuk jugak.


Malu akak jalan dengan korang yang gemuk-gemuk ni tau. Semua mata memandang. akak ni dah lah tak suka kan kontroversi dan tak suka jadi perhatian ramai. Siti rasa seperti hilang kebebasan siti. Siti teringin nak merasa jalan-jalan seperti orang biasa.



Ni pun kawan-kawan akak jugak. Motif sapa pulak yang baju merah yang gemuk sangat jugak tu.

Hazabbbbbbbbbbb nauzubillah.


Aikkk... yang tengah-tengah tu mak lampir mana pulak tu???

Kan.... Ko ingat ko Kajol nak pakai baju macam ni kat tengah-tengah Kota Bharu. Nasib baik kita semua tak kena rejam dengan batu masa tu. Kalau lah ada Nik Aziz masa tu dah sah sah kita semua kena azan tak pasal pasal.


Menangis tok nik Aziz tengok tau.




Huk aloh ... guano gamok demo jadi lagu ni.
watper demo beli baju hok besar sangat sampa terlebih bahu tu.
maghi deh date pejabat kawe amik bantuan baitulmal.




p/s: Jangan lupa untuk klik iklan di bawah dan di tepi ya sayang-sayang semua. Muahssss

Cuba teka apa saya.

Gituueww... Ada teka teki katanya. Macam rancangan kanak-kanak ribena sangat blog ini kan. Interektif sangat. Sambil kita tengok-tengok gambar kita boleh menghanjeng manusia-manusia di sekeliling kita.

Taking about menganjeng, ada le sorang umat ni boleh dia delete akak yang glamour ini dari BBM contact dia semata-mata akak forward message berantai pasal perkara-perkara keislaman gitu. Alasannya dia tak suka orang forward-forward message di BBM.

Hello, ko pun nasib baik aku nak forward msg kat BBM ko tu. Aku ni glamour tau, ko tu apa ada.

Anyway, tadi dia boleh message akak kat facebook. Elok je dia tanya, "you all busy? you all sihat?

Aku tahu selalu bila dia message aku kat facebook dia ni nak bantuan-bantuan je.

Macam ada sekali tu dia sibuk mintak bantuan sapa nak buat make up le, pelamin le, baju kahwin dia le macam-macam le. Nak kahwin le katanya. Dah sah sah le yang ko suruh aku rekemen tu kawan-kawan aku. Dia pun kenal je semua orang tu, tapi kalau guna nama akak, dapat le ko diskaun gila gila babi kan. Tapi masa tunang haram dia tak jemput aku pun. Actually akak tak tau le dia dah tunang ke belum, tapi rasanya dah.

Pastu dah dapat contact and recommendation, terus senyap tak berbunyi. Sampai le hari ni baru message.

Ntah ntah masa kahwin pun dia tak jemput aku punya. Tak jemput sudah, ada aku heran. Selamat set cawan aku beli kat Mydin Hypermart ni.

Anyway, kaedahnya tadi dia message aku baik punya introduction. Tup tup dia kasi keluar soalan bonus.

Dia tanya... sudikah anda menjadi permaisuri hati ku.. aku dah lama pendam kan rindu dan cinta pada mu...


of course lah tidak kan. Itu berangan je.


Dia tanya... "Kakak, boleh tak kakak jadi guarantor kita nak pinjam bank rakyat RM40 ribu. Separuh nak guna buat kahwin, separuh lagi nak guna buat bayar loan PTPTN"

Macam haram, ko ingat aku ni Bill Gates ada duit juta-juta semua orang nak kahwin aku boleh jadi guarantor. Tony Fernendez pun boleh jual AirAsia dengan MAS sekali kalau dia buat gitu selalu.

Kalau perangai ko elok boleh le aku consider, ini perangai serupa hamja, lagi berani mati nak suruh aku jadi guarantor.

Pastu part separuh nak bayar PTPTN tu yang aku tak sanggup dengar tu. Akak speku harus le ko nak bayar PTPTN sebab ko nak pergi honeymoon gih luar negeri kan. Mesti dah kena blacklisted dengan Immigresen ni.



Ya lah konsep orang kuala lompor ni, lagi-lagi yang berkawan dengan gadis sensasi, unggul dan berkerjaya professional lagi cantik macam akak ni harus lah honeymoon ko tak nak kalah kan. Paling tidak ko nak pergi Bali kan.

Ko ingat aku tak tau???

Immigresen pun satu hal, orang kalau tak bayar PTPTN biar lah orang PTPTN yang gi buat kerja. Yang ko sibuk-sibuk nak blacklisted orang, pastu terkubur orang punya kerja dan sangkut aktiviti-aktiviti orang tak ke menyusahkan orang lain. Apa ko ingat orang hutang PTPTN 20-30 ribu tu nak lari pergi luar negara ke. Duduk dalam negara pun dorang tak tentu lepas lagi. Paling tidak bila dia gih luar negara terbukak sikit mata dia nak buat business ke, jadi semakin rajin bekerja ke, apa ke. Ini tidak, menyusahkan orang je kerja.


Eh terbebel pulak kita wak.

Anyway, kahwin nak grand bagai. Tapi duit hampeh takde. Kalau dah takde duit sangat tu buat lah kahwin lebih kurang. Jangan dok menyusahkan diri nak berhutang sampai 10-20 tahun semata-mata ko nak impress orang sehari dua je. Yang nak kahwin nya ko, bukan orang yang nak menonton. Tak payah le grand-grand sangat.

Tengok macam akak nanti. Kalau akak nak kahwin, akak nak buat simple simple je. Akak nak nikah kat Mekah, pastu malam tu akak nak sponsor kawan-kawan akak trip ke Dubai makan nasik Lamb Kabshah. Esok nya pulak, akak nak bawak kawan-kawan gih Paris, amik gambar ramai-ramai di Eifle Tower. Pastu seminggu selepas tu buat buat sanding kat ICT, Shah Alam di bawah bunga bunga elektrik dan akak nak ajak Wings, Lefthanded dan Search buat show, dan seminggu lepas tu pulak akak nak buat reception dekat Bali atau di Maldives dan sambung honeymoon akak kat sana.

ah kan simple je macam tu.


Sekarang ni akak tengah cari laki kaya mana-mana yang banyak duit, kalau boleh muda dan single tapi kalau takde duda pun oke. Kalau tak dapat duda, laki orang pun boleh jugak lah. Akak tak kisah. Walaupun kertu, dan eractile dysfuction, akak tak kisah sangat.


Oke oke. mari kita kembali ke rancangan teka teki. Kali ini kita masih lagi dalam tema Pantai Timur. Kalau semalam kita ke takbai, hari ini mari kita pergi makan-makan area Kubang Kerian pulak.


Jom teka gambar apa ni???

Sapa kata tapai???

di salah

teka lagi. Meh akak kasi clue lagi. Dia adalah breakfast.


Sapa kata nasik lemak dan nasik tumpang pun salah....


dia di perbuat dari pulut, kelapa, nisan dan gula.



sapa kata putu mayam. memang ko bodoh nak mampus.



Ah tu dia...

ini adalah pulut kacau dengan kelapa dan gula. Nama kelantan dia akak tak tau. Dia macam wajik sikit lah. Tapi wajik manis, yang ini pulut tu tawar tawar manis buah.


Jom kita teka lagi...

cuba teka apa ni?? Ini jugak kadang-kala boleh jadi breakfast.




dapat??

Meh akak kasi clue lagi





dia ada ayam goreng dan nasi.

Sapa teka nasik gomak salah.


sapa teka nasi dagang pun salah.


ini lah namanya nasi kukus.

Makanan kelantan ni kebanyakkan nya simple simple je. Macam nasik kukus tu, ada nasi yang di kukus. Jadi nasi nya berderai dan gemuk gemuk tapi masih berkanji. Jadi makan sikit pun kenyang. Pastu di makan dengan ayam goreng, di tabur dengan kuah gulai, sedikit air lada dan timun.

Nasik kukus ni boleh di dapati di merata KB. Tapi paling popular ada dua tempat iaitu di Haikal Nasi Kukus on the way ke Pengkalan Chepa, dan juga Zaiman Nasik Kukus di area town.



Oke kita teka lagi...




apa benda ni??



Sapa tau diam. Tutup mulut ko kalau tak aku sumbat dengan speaker computer ni.



Kalau sapa tak tau... Nantikan entri akak esok.

or maybe lusa..

or maybe bulan depan..

mungkin jugak tahun depan, atau tak keluar keluar langsung.




Sehingga itu, chowwwwwww chinnnnn cauuuuuuuuuuuu...



p/s: Kalau korang ada abang, ayah ke, atuk ke yang single dan kaya raya, rekemen lah kat akak ya. Boleh kita gih Bali sama sama.
p/p/s: korang sayang akak tak? Kalau sayang korang klik klik lah iklan kat dalam blog ni na.

Wednesday, February 8, 2012

racism

we have come to a point where whatever kelly ng and cinapek say anything it is called human right, and whenever malay say something its consider racism.


haram jadah!


Kalau aku jadi PM, aku tutup sekolah vernakular. Masa tu baru hang boleh masuk UiTM.




p/s: Please read my comment as a human right statement, not a racist assertion. Thank you.

Takbai

Selamat datang ke pengkalan Kubur, Kelantan.

Di sini kita boleh membeli periuk, pinggan mangkuk, cadar dan toto yang murah. Tidak lupa juga pakaian-pakaian palsu yang akan menyebabkan badan-badan kita gatal gatal bila memakainya. Sebagai seorang gadis urban yang up to date, akak tak boleh pakai baju-baju tiruan ni.


padahal, tak jumpa size.


anyway...

mula mula kita cari parking dulu




Ini bukan trip pertama akak ke sini. Jadi lama-lama jadi jemu le jugak tengok menda yang sama je. So kali ni, kita akan buat kerja gila sikit.

Instead of membeli belah di Malaysia, mari kita pergi oversea gitu dengan kos tidak sampai RM10 hengget.



Takbai, bukan tak baik, adalah sebuah bandar kecil di daerah Narathiwat Selatan Thailand. Bandar ini berkedudukan bersempadan dengan Malaysia di Pengkalan Kubur, Kelantan. Kalau dulu kita kenal Takbai ini pasal insiden Takbai tahun 2004-2005 yang menyebabkan ramai orang terbunuh, tapi kali ini, akak nak membawa korang berjalan-jalan di Takbai. Dengan harapan tidak ada sesiapa yang ditembak mati oleh tentera siam kali ini.

Ini lah destinasi kita. Pekan Takbai dan Pengkalan Kubur di pisahkan oleh Sungai Golok. Untuk menyeberangi sungai ini kita boleh memilih untuk menaiki kapal terbang dari Kota Bharu ke Bangkok, kemudian naik bas ke Narathiwat, kemudian naik Tut-tut dari station bas Naritiwat ke Takbai tapi kos nya akan menjadi sangat tinggi.

Untuk menjimatkan kos, kita boleh juga berenang dari Pengkalan Kubur ke Taibai dan perkhidmatan ini adalah percuma. Hanya sediakan kos pengkebumian sahaja jika kita mati lemas, mati di baham buaya atau mati di tembak oleh Askar sempadan.

Jadi alternatif lain adalah dengan menaiki bot penambang yang disediakan dengan harga RM1 sahajork.

mula mula kita bayar tiket, dan kita tunggu lah bot sampai.



Sampai dah bot nya.

Ini adalah speed bot, kos dia mahal sikit, RM2. Bila akak tengok bot ini akak terus nak kansel percutian mewah akak ke Siam.

Tapi jangan risau, dia ada lagi satu bot yang lebih besar, murah dan mewah.





Tu dia mewah camana ntah... Bersabung nyawa nak pergi shopping punya pasal ni.


Satu yang menarik mengenai perjalanan ini adalah, kita boleh gamble je masuk tanpa sebarang dokumen perjalanan. Tak perlu tunjuk IC atau passport dan masuk secara haram. Of course cara ini tidak di galakkan malahan menjadi kesalahan kepada dua-dua negara.

Tapi cara ini memang telah di amalkan oleh kedua-dua pihak immigresen yang tidak seketat tempat lain. Mudah dan cepat, dengan syarat jangan tertangkap sudah. Sekurang-kurangnya di pejabat immigresen Malaysia masih ada orang yang menjaga dan pegawai yang menanti di pintu masuk. Di sebelah Siam pejabat immigresen dia pun rupa macam rumah hantu. Yang ada hanya berpuluh puluh orang askar dengan M16 di sekitar kawasan sempadan.

The best way adalah untuk membawa passport dan juga mengambil border pass.





Tengok muka akak tu terkejut sebab dia tengok akak yang kerdil dan mungil ini menaiki bot bersamanya. Apa dia ingat kalau aku naik nanti bot ni karam ke apa. Hanjeng tul.

Tapi akak speku dia tengok akak sebab dia tersilap orang. Maybe dia rasa dia ternampak Lisa Surihani, sebab ramai kawan kawan akak cakap wajah akak saling tak tumpah dan persis Lisa Surihani bila di pandang berkali kali.

Kuasa tuhan dek. Nak buat camna.





Good bye Malaysia... Thailand here i come...



Sampai dah




Seriously akak tak berani nak amik gambar-gambar kat Takbai ni sebab ramai sangat askar dok memerhati. Takut lah pulak mengambil gambar ni menjadi satu kesalahan, jadi akak amik gambar makanan je lah. Seperti biasa lah kan.

Tapi apa pun, walaupun sempadan ini jaraknya adalah lebih kurang 200 meter je, perbezaan dari segi bahasa, rupa, bentuk bangunan dan budaya amat ketara. Kadang kala kita lupa untuk mensyukuri apa yang kita ada di Malaysia, sehingga lah kita sampai di Negeri orang.

Jom kita makan makan.

Makanan pertama yang kita akan cari adalah ... jeng jeng jeng... Nasik Gomak....


nasik Gomak

Nasi Gomak adalah macam nasik kunyit lebih kurang kalau kat Malaysia ini. Rasa dia pun macam nasi kunyit, kecuali dia takde lauk-lauk yang berkuah. Dia di makan dengan ayam goreng je.

tapi jangan silap dengan kueh gomak atau muka tepung gomak macam kat bawah ni ya.

kueh tepung gomak

Hi, kami kumpulan baru. The Gomaks,
nantikan album terbaru kami di pasaran.

(p/s: Gambar di atas telah di cedok di internet dalam blog Dr. Romzey.
Harap maaf na, nanti saya beli Herbalife na.. Jangan marah tau..)

Nasi gomak dan ayam goreng sedapppp... nyum nyum..

Nasi gomak kat takbai ni murah sungguh. Kalau kat Hatyai dia mahal sikit dalam Rm5-6 hengget. Di sini sebungkus nasik dengan dua ketul ayam hanya RM3 sahaja, itu kalau kita amik peha dan kepak. Kalau kita amik Peha dan tight, harga dia RM3.50 gitu.


Selain dari nasik gomak ada jugak jual pulut ayam. Orang siam ni suka makan pulut sebab tu kulit dorang cantik macam memakai SK2 gitu. Orang dok membayar sampai beratus-ratus nak membeli SK2 padahal di perbuat dari beras je.

Effect dia sama je kalau pakai bedak sejuk sebenarnya.

Sedapkan.

Ketika menulis ini akak terus mengalami kemurugan dan kelaparan yang terlampau.

Benci lah


ini nama dia somtam. Kerabu betik muda. Hanjeng macamana sedap tak somtam dia. Apa dia bubuh dalam tu pun akak tak tau. Tapi memang tak sama dengan Somtam yang jual kat KL nun.





Ini pulak hotdog Siam. Hotdog dia lain sikit sebab dalam hotdog tu ada pulut dan dia pedas-pedas sikit. Kadang kala orang panggil lok-lok gitu.

Menatang haram ni memang sedap sundel.

Kalau gi Takbai boleh beli yang belum masak dan bakar je di rumah nanti. Harga 2 dozen dalam RM12 hengget je. Kalau beli yang dah siap bakar tu dalam RM 0.80 -RM1 . Kalau beli kat kota bharu dia charge RM2.



ini pun sedap jugak lah. Serba serbi sedap. Yang ini adalah ubikentang rebus yang di potong-potong dan di celup breadcrump dan di goreng. Kemudian di bubuh sos dan mayonis. Simple tapi marvelous.

Cost untuk kesemua makanan di atas untuk 3 orang adalah

3 nasik gomak X RM3= RM 9
2 bungkus pulut ayam = RM 6
1 somtam = RM3
Hotdog dan kentang = RM 4
5 gelas air =RM 5

Total cost = RM 27

Dalam RM9 seorang dan kenyang sampai malam oke. Kalau le akak duduk kat Takbai ni dengan gaji akak yang ciput sekarang ni, rasanya dah cukup nak kumpul duit beli banglow kat sana.



Nak balik dah. Bye bye takbai.



Ah itu je lah percutian Luar Negara akak untuk kali ini. Sampai kita jumpa lagi.


chow cin cauuuu