Tuesday, June 22, 2010

Sex and the City

Sedih, dah dua minggu tayang baru le akak nak tengok. Tapi janji dapat tengok itu yang penting.

Anyway, cantik tak background baru blog ni sekarang, berkat dari usaha blogger nak mencantikkan lagi blog-blog bawah naungannya.

Nampak cam kelas kan.

Macamana tah feeling kuat.


Anyway berbalik pada Sex and the City, akak rasa tak perlu le nak buat ulasan pun sebab rasanya ramai dah orang ulas filem ni. Bila baca kat internet banyak dapat bad review, as being not as good as the first one. Tapi bagi akak, akak tetap bagi two thumbs up. Sebab sex and the city is not meant to be a super serious movie. Its about celebrating life and celebrating it fashionably.

If you don't like any of these elements, sex, gay, fashion, glorious food, holiday, class, more sex, more gay, shopping, expensive clothes, shoes and outrageous accessories, complicated-i-want-a-perfect-love-my-way, and more sex... then you will totally hate this story.

But if you are:
1. gay
2. love shopping
3. a die hard fan sex and the city series
4. adore beautiful clothes
5. drool over sexy man, and
6. your motto in life is "biar papa asal bergaya"

you will definitely love it no matter what.



tapi what interest me, while i was watching it alone, after work, and there are only 5 people in the cinema at that time, which consist of a chinese and a malay couple, which makes me feel miserable and lonely and desperate, and hate my existence, and feel that the world is not being fair to me, with 200 grams of famous amos chocolate chip cookies that makes me feel useless and fat and ugly , which in fact is true, is that the movie was release for show by the malaysian censor board.

kelasssssssssss...


ada konek stim, ada puting tetek basah, ada perkataan fuck beberapa kali dan ada hand gesture tunjuk the middle fingers dan macam-macam lagi.


emmmmm... tak tau pulak semua itu dah diluluskan di Malaysia.


or someone did not do his job well masa censoring this movie.


Anyway, personally i love the movie so much and there are so many things to learn from it.

Itu je lah untuk hari ini.

Thursday, June 10, 2010

Ayoyo Kadavele



huwwwwwwwwwwaaaaaaaa makan budak....



takut tak?

Imagine korang jalan malam-malam tiba-tiba ada sorang aci ni buat camtu kat depan ko. Tak terburai isi perut ko tengah jalan. Tak pun terus innalilah kat situ jugak katanya.

Yes, entri makan lagi katanya. Sempena Deepavali yang akan datang tak lama lagi (lagi 3-4 bulan) akak nak buat entri makanan india pulak.


Akak ni memang ada masalah dengan indian food. Akak suka gila makan makanan india, akak pun tak tau kenapa. Mungkin sebab muka akak yang hitam legam ni ada konsep-konsep kelly ng sikit kot. Tak pun masa kecik mak bapak akak kutip akak dari rumah orang India, akak pun tak tau. Tapi masa kecik-kecik dulu amah yang datang jaga akak dan adik-adik akak kat quaters LLN dulu adalah orang india.


Ntah-ntah masa mak akak gih kerja tu dia nenen kan akak dengan susu dia kot. Tak pasal-pasal akak ada ibu susu Aishwarya Rai katanya.



Kadang-kala akak pun pelik camana ntah akak boleh reti cakap tamil sikit-sikit, dan bila tengok filem tamil akak selalu rasa macam akak faham apa dorang cakap, especially masa zaman sekolah dulu masa akak kena gossip dengan kumpulan-kumpulan militan tamil kat sekolah akak macam faham apa dorang cakap, siap boleh maki balik dalam bahasa tamil ni.

Kadang-kala akak sendiri heren dengan keupayaan akak.

Oke kembali kepada entri makan-makan kita kali ini.


Kali ini akak nak review makanan di Restoren Nasik Daun Pisang Khanna, Jalan Gasing, Petaling Jaya.




Khanna Curry House terletak di Petaling Jaya berdekatan dengan Hospital University dan berhadapan dengan Sekolah La Salle PJ ini menyediakan himpunan-himpunan makanan India yang nalarekek sekali.

Nasi Daun Pisang adalah makanan orang India Selatan yang terdiri dari nasi putih yang dihidangkan di atas daun pisang. Hidangan ini selalunya adalah makanan vegetarian dan dimakan bersama beberapa jenis lauk-lauk yang berasaskan sayur-sayuran. Kemudian beberapa jenis kuah kari akan dituang di atas nasi tersebut dan boleh le kita memakan seperti orang kebuluq.

Tapi di Malaysia, konsep makanan ni dah berubah sikit bila nasik daun pisang ini jugak di hidang dengan ikan, ayam dan kambing.

Tapi korang jangan le pulak gila gi mintak kari lembu kat restoren India. Dorang hempuk korang dengan kerusi karang.


nyum nyum nyum

Jom makan


Tu dia, nasi dia lembut dan gebu gitu. Orang india dia tak tanak nasik. Dorang rebus nasi itu, dan selalunya masa rebus nasi dorang bubuh sikit sodium bicarbonate atau serbuk penaik. Bila nasi tu dah hampir masak, dorang akan tapis nasi tu dan tos kan sehingga kering. Sebab tu nasi dorang tak bergumpal-gumpal.



Tu dia, 3 orang gemuk sedang siap sedia untuk melantak. Akak di teman oleh Syamsiah Buncit, Asmidar Gorgon dan akak sendiri Putri Mulia Chantaque Fiebie Rossa Imani.


Camana tah sedap namanya, sesedap nasik daun pisang.

Sila perhatikan alur daun pisang itu akan sentiasa ke kanan. Atau pangkal daun sebelah kiri, dan hujung daun sebelah kanan.

kalau tidak susun camtu, tukang hidang dia akan masuk neraka.



Kemudian beberapa jenis sayur-sayuran akan diletakkan. Kebiasaannya 3 jenis dan jugak sedikit acar limau yang super masam sekali.


Kat atas tu ada timun, dan kari kacang kuda dan kentang



Pastu ada cauliflower masala


Bergantung pada restoren dan apa sayur yang dihidangkan hari itu, jadi menu utama itu akan berubah-rubah. Kadang-kala dapat kobis, kadang kadang dapat timun, tapi selalunya acar timun dengan tairu tu mesti ada punya lah kat mana-mana




Pastu kita ada 3 pilihan kari. Kari ayam, kari ikan dan kari dhal, atau ada orang sebut Sambar Curry.




Di kebanyakan restoren ada waiter akan bawak bekas ini dan tolong tuangkan curry tu. Tapi di Khana dorang terus letak bekas curry tu atas meja makan. Jadi sapa suka curry sikit, bubuh sikit. Sapa suka banyak bubuh lah banyak. Kalau korang nak mandi curry tu pun boleh. Ikut suka lah. Tak pun korang mintak le straw sedut je curry tu macam minum air, pun boleh takde sapa nak marah.


Curry kat sini dia tidak begitu pedas sangat, walaupun berasa curry dia. Mungkin sebab patrons dia ramai orang Cina yang tidak suka makanan yang berempah sangat, jadi dorang ubahsuai sikit rasanya. Dan memang bersesuaian dengan dekak akak lah.

Kadang-kala kalau curry tu terlalu over powering sangat pun tak sedap sangat. Curry di Khanna ni just nice.



Tu dia, kemudian kita diberi pilihan yang ini tidak termasuk dalam harga set. Ini kira lain. Macam restoren nasik padang, dia akan bawak le segala mala lauk. Ada kari ikan, kari kambing, masala udang, masala kambing, curry ayam dan sebagainya.


Tapi kali ini kita makan nasik dengan Ayam Goreng dan Cendawan Goreng.



Serious, ayam goreng dia sedap gila. Tah apa di letaknya dalam rempah tu tak tau lah.



Ni first time akak makan cendawan goreng yang goreng macam ni. Sedap gak, rasa cam ayam. Cendawan tu dicampur dengan rempah dan digoreng deepfried kejab, pastu di keluarkan dari minyak panas dan digoreng semula dengan bawang putih, bawang dan daun kari.

Boleh cuba sendiri di rumah.



Lepas makan kita kena lipat daun pisang tu. Cara lipat daun pisang tu pun penting dan ada maksud dia yang tersendiri.




kalau kita suka, selepas makan kita lipat daun pisang tu ke arah kita.

Kalau kita tak puas hati dengan hidangan tu, kita lipat daun pisang menghadap ke luar, maksudnya kita tak suka lah dengan makanan dia. Pastu korang tengok le muka waiter atau taukeh tu macam sentap.

Tak caya cuba lah.


Menu

Di sini menu nya seperti biasa lah, nasik daun pisang, tossei, roti canai dan sebagainya


Harga

Harga dia agak munasabah. Untuk set nasi daun pisang, ayam goreng, cendawan goreng dan minuman akak kena charge dalam RM14.

Set nasi tu dalam 4-5 ringgit je. Dan nasik daun pisang ni dia konsep free flow gitu. Bila mintak nasik dan lauk sayur tambah dan korang makan lah selagi boleh selagi tak meninggal kat restoren tu.



Restoren Khanna Curry house ada beberapa cawangan di PJ dan kat Klang pun ada. Cuba la ya sekali-sekala kita makan-makan konsep 1Malaysia gitu ya.

Sampai jumpa lagi, nanti akak ceritakan beberapa lagi restoren nasik daun pisang yang popular dan yang mana sedap yang mana tak sedap.

Wednesday, June 9, 2010

Winner

Yessssssss, ladies and gentlemen we have a winner...




Congratulation Bed, you just won yourself a scrumptious lunch/dinner/breakfast/tea what whenever you like of a Megamac, sundae ice-cream, apple pie and an ice lemon tea at mcdonalds.

Just email me you bank account number and go and buy yourself your meal.


email to fiebierossa at yahoo dot com


And most importantly you have won yourself my undying love that defies gravity.


i lap you. i lap everyone of you.



mode : over acting

cepat cepat

cepat-cepat you all. sapa cepat dia dapat you all.






Menanti orang yang ke seratus yang takde kerja dan dok masih melangut dalam blog akak yang hidup segan mati tak mau. Camana tah feeling diri ini ada fan ni. Mrasa leh akak lagi banyak fan dari Nurul yang album hanya terjual beberapa unit tu je.

Dengan cerita artis tak laku tu sedang bergaduh dengan fashion designer yang dia selalu dok mintak-mintak baju free dulu tu.

Sungguh tak tau malu.


Sapa-sapa yang menjadi ahli guru yayah yang ke seratus akak akan belanja you all MegaMac, Apple Pie, Chocolate Sundae dan Ice lemon tea.


Just emailkan saja no akaun you all.


I love you all.


p/s : me, a nobody with fans. I am proud

Monday, June 7, 2010

Sandwich

Do you like to eat sandwich. I love eating sandwiches, especially those that will make you fat. You know with cheese, mayo, and everything fatty. Sedap je bila makan sandwich bila sos-sos tu dok menjejeh-jejeh bawah dagu dan ended up kat atas meja, which in my case, sos tu selalu dia ended up atas perut.

Hik maklumlah.

Sandwich ini basically is made of bread and whatever in the world lah. Burger pun sejenis sandwich. Infact, anything yang ada layer tengah-tengah cam biskut berkrim kat tengah macam oreos tu pun kita panggil sandwich.

Kalau tengah threesome kalau 3 ways gitu pun kita consider sandwich jugak.

Infact, ada sandwich yang takdepun three layer gitu. Ala-ala open sandwich, ada bread pastu ada perkara-perkara atas tu pun kita boleh consider sandwich jugak.

Untuk memudahkan pemahaman kita, kita anggap lah sandwich tu anything yang involve apa-apa yang dikepitkan di antara dua keping roti gitu.

Sandwich can be very healthy food. Its fast fulfilling and its cheap. And most importantly its easy to do, and you can never be wrong in doing sandwich. Its a very fun food.

Kalau orang melayu kita sandwich paling popular harus lah sandwich sardin kan. Paling mudah nak buat ala-ala lenyek sardin, bubuh bawang dan cili api dan curah asam limau sikit, dan bubuh tengah roti dua keping. Dapat dah sandwich.

So hari ni akak akan tunjukkan cara-cara untuk membuat sandwich yang mudah, berkhasiat sedap dan tidak mengambil banyak masa penyediaan. Orang paling malas dalam dunia pun boleh buat. Jangan risau


Bahan-bahan yang diperlukan adalah...

1. Sedikit wang, dan
2. sedikit imaginasi.


Cara-cara membuatnya...

1. Mula-mula start kereta, pergi lah ke mana-mana kedai berdekatan yang ada Restaurant Subway, dan beratur dan mula lah order apa kita nak.






yeah dah sampai... mula-mula kita beratur



Kemudian kita pilih lah roti apa kita nak. Awa wheat, honey oat, parmesan oregano dan hearty italian.


Kita leh pilih 1 foot, kalau korang lapar atau 6 inches, kalau korang gi dating malu nak makan banyak.

nam inci pun sodapppp



pastu kita pilih lah kita nak sandwich versi apa. Ada steak and cheese, ada turkey, ada roast chicken dan sebagainya. Kalau kita malas nak pilih kita order je sandwich of the day. Akak suka pergi hari selasa sebab ada turkey ham sandwich.



tu kat atas tu ada steak, ada salami, ada roast chicken dan sebagainya


Pastu kita pilih lah sayur apa kita nak. Selalunya akak akan pilih all. Maksudnya selagi boleh sumbat dia sumbat lah. Ada lettuce, tomatoes, zuchinnis atau timun, ada timun jeruk tu, ada bawang, pastu ada capsicum

and dont forget the olives and also the jalapenos dan bawang.

kalau korang rasa tak cukup jugak, korang boleh gih kat luar dan petik rumput dan daun-daun kat pokok-pokok tu suruh dorang tolong isikan. Kalau sapa lagi advanture boleh lah bubuh batu-batu, atau sampah sarap dalamnya.


Lepas tu kita pilih sos apa kita nak dalam sandwich tu. Ada mayo, mustard, chilly, tomatoes, teriyaki, bbq sos dan sebagainya.

A good sandwich mesti ada mayo dan mustard. That is a must for me. Sometimes akak akan cuba BBQ sause.




Tu dia dah dikepuk-kepukkan dalam roti tu.





pastu kita leh pilih desert. Ada cookies. Pastu pilih lah air dan apa-apa makanan tambahan macam soup of the day to make it a full meal.

dan .....

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...





RM15 meal


We have a healthy, complete, hassle free meals. Senang kan.



Kalau kita disect rupa dalamannya camtu lah. Sedap gila sundel. Kat atas ini adalah steak and cheese, with everything on it.



Kat atas ni, kawan akak makan. Chicken Teriyaki with Parmesan Oregano Bread. Sedap sekali.
Oke itu lah sahaja pelajaran kita untuk hari ini.

Adiossssssssss... chow cin cauuuuuuuuuuuuuuuuuu

p/s : a 6 inches sandwich would cost around 8-10 per serving, and kalau kita order sandwich of the day dapat discount, so harga dia dalam 7 ringgit lebih sahaja. Subway Restaurant ada di merata-rata tempat, so dont ask me. You can google it in the internet.

Thursday, June 3, 2010

Legenda Budak Setan


Hari ni kita nak buat movie review.

Yesterday was a movie day out of the Yaya Phat Sister, and we decided to watch Lagenda Budak Setan, a movie adapted from Ahadiat Akashah very old novel (lebih kurang 20 years) while he was very naive and fresh in this writing novel.

Kalau sesiapa yang rajin membaca novel melayu, especially novel-novel cintan cintun akan menganggap dan mengangkat Ahadiat Akashah ini macam Lynne Graham of Mills and Boon lah kiranya. well minus the sex sex scene lah.

His novel is always sweet with a little tinge of tragedy with almost very happy ending at the end. And Ahadiat Akashah stories always injected a light humor in the storyline. What best way to keep readers attention other than elevate the plot with happiness and kills everything with tragedy. A sure sell concept.

At the time when there isn't any internet, blog or networking website, reading novels or just reading is a favorite past time for almost everyone who can read, a trait that is almost lost by everyone in the world, including university's students. And reading lite novel is very popular.

And kalau sesiapa yang dok baca Ahadiah Akashahs book, akan tau Lagenda Budak Setan ini adalah sebuah trilogy. Jangan ingat Lord of the Rings je ada trilogy tau. And LBS was not the best of his book, although i was one of the best selling novel in Malaysia of all times. The story gets better with the next novel.

So bila sebuah novel yang berusia lebih kurang 20 tahun ingin di buat movie, my expectation was set very high.

Masa akak tengok tu, dan melihat produksi kerja yang berkaitan dengan karya ini yang kebanyakkan bukan orang tempatan, termasuk lah dua nakhoda utamanya pengarah dan pengarah visual, sorang kelly ng, seorang mat salleh.


So sebelum akak menonton filem cinta suci murni remaja ini akak telah benchmark kannya dengan filem Ada Apa dengan Cinta. Forget my heart yang terlalu cliche dan Ayat-ayat cinta yang terlalu artistic. Ada Apa dengan Cinta adalah filem yang sepatutnya ditewaskan.

Malangnya, akak agak kecewa... ia gagal segagalnya, within the context of the people working in this movie.

To me, filem ini jangan kata nak tewas filem Indon atau Siam, filem melayu macam Popadom dan Cinta adalah lebih hebat dari filem ini.

Sebelum itu mari kita lihat sinopsis sepintas lalu.


Sinopsis

Lagenda budak setan adalah kisah mengenai Janji. Orang melayu memang ada masalah dengan janji. Orang melayu kita akan tepati janji, tapi lambat. Macam nak gih mana-mana lah, kalau janji jumpa kul 3, kul 4 baru sampai. Alasan traffic lah dan sebagainya. Bila call cakap on the way.

Filem ini pun pasal janji melayu. Janji lembab dan lambat. Janji di buat, di tepati tapi its a little bit too late, and almost to late.

Filem ini mengisahkan seorang boboy bernama Kashah lakonan Farid Kamil (kat malaysia ni dah takde orang lain ke nak berlakon jadi hero???) yang berjanji akan membenci perempuan sebab boboynya telah di cili oleh emaknya semasa kecil. Tapi kebencian nya pada perempuan tak nampak pun dan tidak difokuskan pun, sebaliknya awal-awal dia di potray sebagai lebih sebagai seorang don juan, yang ada attitude problem with everyone yang bukak geng dia which i think defeat the purpose of this movie.

And dalam one of his stupid stunt, dia hampir menyebabkan Ayu (Lisa Surihani) mati tercekik. Dan somehow disebabkan oleh kecantikkan Ayu ini menyebabkan dia terus berubah menjadi baik dan suka perempuan, yang tak tahu pun dia ada masalah dengan perempuan sebelum ini.

By the way, Lisa Surihani memang superb.

Dan nak dijadikan cerita, mereka bercinta dan membuat janji-janji.

Tapi Ayu, sudah pun dimiliki oleh Azmi yang telah pun mencocok pepetznya satu ketika dulu, dan you know lah orang melayu kan. Kalau pepetz telah dicucuk makanya gunung berapi lah kan, tapi nan ado. Ala-ala, farid kamil just frust tutup mata dan its oke gitu. Ala-ala kalau tak bagitau dia takde vagina yang segar pun takpe.

Azmi pulak is a conniving bastard played by Que Haidar, whose love to Ayu masih tidak luntur dan sayang gila. Somehow Ayu hates him for whatever reason pun tak tahu lepas dia sanggup menyerahkan pepetz nya untuk di rodok.

Lepas kena rodok marah lak si Azmi.


Helloooooooooooo??? it takes two to tango.


So kebencian dia terhadap Azmi menjadi-jadi sampai mak kandung dia sekali pun dia benci lah. Tapi one day mak dia sakit, dan sebelum mati mak dia sempat pesan suruh Ayu kahwin dengan Azmi, tapi mak dia tak mati pun. Malahan sihat walafiat macam tak pernah sakit pun selepas itu.


Tapi masa tu ayu kahwin tanpa kerelaan dan kashah tak tau sebab dia gih masuk hutan gih buat research dalam hutan sorang-sorang dia walaupun dia adalah undergraduate yang mendapat dana dari University, yang tak pernah di buat orang, mengalahkan doctorate degree holder yang ditaja oleh National Geographic gitu.

WOWWWWW


Anyway, bila dia balik dia dapat tahu yang Ayu dah kahwin, dan dia frust sampai terduduk. And that is it.

Apa yang dia tak tau ialah, Ayu lakonan lisa surihani yang putih melepak tu dah mengtransform muka dia menjadi anak mami pulak yang tanned lite lite selepas eksiden. Maybe masa dia buat plastic surgery itu dia buat tanned kulit sekali.

Anddddddd....


dalam tempoh setahun... dia kahwin - eksiden - plastic surgery - open up a successful company - own her own bungalow - and takes Kashah as one of his employee. and have a new identity iaitu Emilia.


WOWW...

The family must be bloody rich maybe.


Anyway, Kashah somehow bercinta dengan Emilia and they got married, tapi sebelum tu Emilia sempat hilang ingatan, dan she eventually died of labour complication, kat hospital KMJ????

oh my god, what is this 1940s???

Maybe she died because, dia mengandung terlalu lama sampai 3 tahun, sebab bila anak dia lahir je melalak macam budak umur 3 tahun.

And masa semua ho-hum ini berlaku, wujud seorang wanita nama Katrina (lakonan Fazura) yang syiok kat kat Kashah.

Oke-oke it is in the novel, so shut up and just bear with it.


Review: The Bad

Filem ini terlalu lembab dan draggy. Banyak scene yang tak perlu di tarik-tarik menyebabkan jadi macam dokumentari dan iklan. Contohnya scene main bola, scene naik boat, scene mak sakit, scene memacam le yang tidak membantu menguatkan cerita pasal Kashah yang budak setan. Nama pun budak Setan, tunjuk le dia setan sikit. live up to the expectation gitu kan.

Filem ini macam dilakonkan oleh beberapa orang je. Pelakon extra lain macam tak perlu dan menyebabkan mereka buat expression-expression tak perlu dan over acting, macam kawan-kawan Kashah itu, in particular yang sorang pelakon muka cam mamak tu. I don't really know why he is there, and why should he make stupid face amateurish acting tu.

And transition kesedihan itu yang patut di pass around tak sampai. Contoh kisah sedih Ayu patut di sampai kan oleh Raja Farah lesap macam tu, dan kesedihan mak dia meminta dia kahwin lesap, dan banyak lah the "ohhhhhh" moment yang nak grab the attention of the viewer to be sad takde. Hasilnya ramai orang ketawa dalam panggung wayang.

Dah paling haram sekali adalah lakonan hebat Lisa Surihani yang mantap dan meletop yang penuh emotion dan expensive expression di gantikan dengan pelakon baru yang emotionless, keras macam kayu dan hancur. It wasnt entirely bad, tapi Ayu kedua atau Emilia itu bukan tandingan Lisa Surihani.

Filem ini terlalu mengikut chapter, macam baca buku menyebabkan kita rasa bosan nak tunggu satu scene dan satu scene. Sebab dalam movie, tak payah lah nak adapt macam tu sekali. Baik amik pengarah Malaysia je. Dalam movie kita leh pergi here and there and main dengan plot sub plot, and cerita dalam cerita, window dalam window, you know just to make everything more interesting dan logical, instead of following the chapter sebiji macam dalam buku.

Lagu dalam filem ini ada satu je. Lagu tu sedap, tapi bila dah berulang-ulang kali sampai 100 kali orang jadi bosan le pulak ya. Macam tak mampu ke nak buat satu album OST terus gitu.


Review : The Good

Lisa Surihani adalah sangat-sangat fantastic. Dia ada segalanya untuk menjadi primadona filem Malaysia. Ala-ala move over Fasha Sandha. Dia cantik, lakonan dia mantap dan bersahaja, body language dia hidup, dia connected with the other actor/actresses dengan baik, she has a nice voice and almost sexy and she don't need to have a cheap plastic surgery memanjang kan dagu atau memancungkan hidung atau menembamkan pipi macam kebanyakkan pelakon-pelakon di Malaysia.

Que Haidar: Orang cakap itu lah Que Haidar, nothing new about him sebab memang dia mampu buat semua tu. Tapi dia memang superb actor. Lakonan dia sangat ikhlas dan cukup manis, masin, masam nya. Tak over do it dan scene masa gaduh dengan Lisa Surihani tu was one of the best lah dalam Malaysian Cinema. Memang menangkap sekali.

Camera work filem ini adalah sangat best, tapi kadang kala terlalu best ada part-part tu macam menonton documentary pulak.


Overall Review

Secara generalnya, filem ini oke, tapi disebabkan ia di adaptasi dari antara novel yang terpopular di Malaysia oleh antara novelis paling terkenal di Malaysia, mungkin akak je yang terlalu meletakkan high expectation.

I was looking forward for a good execution, so kita boleh bangga dengan filem ini dan boleh dikongsi bersama orang Indon ke, macam filem-filem Indonesia. And akak put a too high expectation macam filem Ada Apa dengan Cinta.

Again macam akak cakap tadi lah, to me Lagenda Budak Setan was not the best of Ahadiat Akashah work. So, filem kedua dari siri novel ini harap lebih baik, sebab itu lah janji penerbitan pada penonton bila dia cakap "Sekian bahagian pertama" pada pengakhir filem. Maksudnya, dia berjanji akan ada bahagian-bahagian seterusnya.


Itu je lah review tak perlu ini. I wonder ada orang baca ke lagi blog akak ni. Samada still significant untuk aku menulis blog dah.


Oke lah... Adios dan chowwwwwwwwww cinnnnnnnn cauuuuuuuuuuu

Wednesday, June 2, 2010

Manhattan Fish Market


Makan makan makan... macamana le tak gemuk cam babi.


Benci lah..


Anyway, hari tu tahun lepas akak, dengan kyra, dengan asmidar, the yaya phat sister dengan mampan dan elyana gih makan kat subang.

pastu kita makan ikan.


sekian.



ikan bilis goreng


sos dia


ikan cod



Ceaser salad


sotong, udang dan ikan


cendawan goreng