Monday, November 22, 2010

Rokok

Yuhuuu, jumpa lagi dalam blog yang sedih lagi nan hado ni. Maklum lah blog akak ni semakin lama semakin jauh dari kontroversi-kontroversi macam blog-blog kakak-kakak yang berlawan-lawan sapa dapat ciktan lagi segem, atau blog super kontroversi macam blog pakcik carik hantu, yang diri dia sebenarnya hantu, yang muka macam roti canai hangus, tengok ketam, ketam lagi bagus tu. Harus feeling-feeling Doddy Al-Fayed yang dating dengan princess Diana katanya.

Arwah Doddy Al-Fayed tu kaya raya nak mampus, ko tu spender pun ntah mampu tukar atau tak. Dah sah sah le apa punya mandrem dan jin ko pakai tak tau lah.

Akak harap sangat, cik puan yang pernah jadi permaisuri agong dulu bukak lah mata dia besar-besar dan sedar lah pengkisahan cinta buta dia tu sebenarnya bukan sahaja buta, malah tuli, keji dan sebagainya. Perlu ke, kalau bf kita sayang kat kita, pergi aibkan kat satu dunia perbuatan-perbuatan kita.

Untuk bukan sayang, itu self interest.

Anyway hari ni akak nak ceritakan kisah yang agak kontroversi jugak. Tajuk dia rokok.

Kalau sapa-sapa yang tak tau, rokok ni kat Malaysia semakin tahun semakin mahal harganya. At least, paling kurang setahun rokok akan naik harga 2 kali.

Masa akak belajar isap rokok dulu, rokok free je. Sebab akak kebas rokok bapak akak. Huwakkakaka... sampai lah dia dapat tahu, dan akak dilibas sebanyak 15 kali.

Akak pun berhenti lah merokok.... tapi 2 hari je.

Sebab lepas tu akak kebas rokok abang akak pulak.

huwaak huwak huwak.

Yes, akak isap rokok dari zaman sekolah lagi oke. Sekolah rendah masa darjah 6 akak dah belajar isap rokok. Dan masa tu takde pengaruh-pengaruh TV dan video game ganas. Masa tu akak tengok isap rokok tu macam kelas dan vass. Walaupun sebenarnya... di luar sedar ketika itu, akak sebenarnya bila isap rokok curi-curi akak boleh join abang-abang notty kat kawasan perumahan akak masa tu isap rokok. Patut lah akak suka sangat main bola, main basikal BMX dan buat kerja-kerja jantan dulu. Sebenarnya ada udang di sebalik batu macam Uncle Seekers juga. Especially lepas main bola masa sekolah dulu, akak lah first sekali lari masuk bilik air, dan last sekali keluar sebelum dan selepas main bola. Masa tu akak tak tau kenapa. Sekarang dah tahu.

Hik.

Anyway, kalau kat Asia tenggara ni lah. Malaysia rokok antara paling mahal lah kiranya. Paling mengarut sekali adalah kat Singapura, harga rokok dia dekat 10 dollar, tukar duit malaysia dalam 25 hengget.

Tapi pendapatan bulanan dorang sebulan camana pulak ya?

Akak ingat masa akak gi singapura hari tu akak punya sanggap tak mampu beli rokok bebanyak, rasa nak sedut eksos kereta je masa tu. Akak lupa nak bawak rokok dari Malaysia. Bila akak beli sekotak, terkejut beruk akak dengan harganya yang menusuk kalbu. Bertambah-tambah terkejut beruk bila kawan-kawan akak telah beramai-ramai dengan sukahati dan sukarela mewakafkan rokok akak ketika itu. Hanjing memasing.

Anyway, macam akak cakap, korang jangan expect kerajaan akan kurangkan harga rokok, sebab pendapatan dari cukai rokok adalah sangat tinggi. Dan cukai rokok itu penting untuk dikongsi bersama oleh menteri-menteri dan isteri-isteri menteri untuk mencucuk kologen, vitamin C, dan botox bagai. Dan juga untuk kemudahan persekolahan dan kesihatan negara lah. Tapi akak sangat berbangga kerana, politician kita dan isteri mereka masing-masing menjadi semakin cantik bila meningkatnya usia.

1Malaysia boleh.

Cerita pasal rokok mahal ni. Kat Indon dengan Kat Siam rokok ala-ala 3 hengget sekotak. 1 kotak kat sini, boleh dapat 3 kotak kat sana. Seronok sangat bila perokok-perokok dapat gi negara dorang. Rasa macam syurga dunia gitu. Walaupun tak pergi jenjalan melawat kawasan-kawasan menarik, atau buat aktiviti-aktiviti kat sana pun takpe. Tak terkilan, janji dapat rokok. Masa tu isap rokok 3 batang sekali gus. satu kat tangan kiri, satu kat tangan kanan, satu lagi sumbat dalam lubang hidung. Best.

So apa boleh kita buat untuk mengurangkan perbelanjaan merokok kita yang tinggi ni? Bayangkan sekotak rokok 20 batang adalah RM10.00. Kalau sehari sekotak, 30 hari dah 30 kotak. 30 kotak darab 10 dan RM300.00.

RM300 ringgit tu, kalau orang dah berkeluarga boleh bayar sebahagian dari sewa rumah, atau bayar duit anak kat tadika, atau boleh kasi mak kat kampung, atau boleh dibayar insuran premium untuk dua orang, atau boleh disimpan di dalam ASB untuk dapat interest.

Kalau suami isteri merokok, dah RM600 sebulan. Setahun kumpul dan boleh bayar duit muka Proton Inspira.

Inspira lah sangat kan, ntah apa tah inspirasinya meniru kereta orang tak. Patut jangan pakai nama inspira, tapi tukar nama jadi Proton Copycat, atau Proton No idea, atau Proton Malas.

Oii banyak lah aku bebel ni ya.

Anyway, camana ni? apa kita nak buat?

Satu cara kita berhenti merokok. Berhenti merokok cold chicken. Berhenti terus. Atau kita boleh amik ubat untuk membantu kita berhenti merokok. Tapi ada kajian di Korea dan Taiwan yang mengaitkan kebarangkalian untuk membunuh diri adalah lebih tinggi di kalangan orang yang mengambil ubat untuk berhenti merokok.

Macammana? iklan kat kotak cakap, merokok membahayakan kesihatan, tapi berhenti merokok boleh menyebabkan kita bunuh diri?

Solution kedua adalah membeli rokok yang lebih murah. Kat KL ni ada banyak kedai yang kita boleh beli rokok seludup. Murah gila harganya, sekotak dalam 3-4 hengget je. Tapi rokok ni kebanyakkannya berasa seperti tungkik. Macam isap kertas oke. Jadi orang yang kekwat macam akak tak isap rokok gitu. Lagi pun takut masa beli-beli tu kena tangkap lagi jenuh.

Jadi di sini akak ingin mencadangkan solution ke tiga... iaitu...


jeng jeng jeng....


kita buat rokok kita sendiri.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa...


(sebenarnya nak tunjukkan mesin gulung rokok yang akak baru beli kaedahnya)


Camana kreatif tak akak?

Dah lah gadis urban, cantik bergaya, berdaya saing, kreatif, pandai masak lagi suka membantu orang lain menjana ekonomi dengan lebih cemerlang.

Lahanat sangat kan?



bahan-bahannya adalah seperti berikut.



Mesin pengulung rokok




Cigarette tubes dengan cigarette butts



Tembakau mengikut kesesuaian



Mula-mula kita bukak mesin tu, dan kemudian kita sumbatkan tembakau macam kat bawah ni.




Kita masukkan lah tembakau secukup rasa. Tapi korang jangan lah terlebih kreatif masukkan daun ketum atau daun ganja dalam tu pulak ya. Itu ajaran sesat akak tak ajar.

Kalau nak lagi sedap masukkan lah daun kari ke, daun limau purut ke dan sebagainya. Kalau nak jimat pulak masukkan rumput atau daun daun kering. Kalau nak wangi korang masukkan lah sekali potpourri, kasi dia wangi sikit. Kalau mati sila tanggung sendiri.


Pastu kita tutup dan padat-padatkan rokok tersebut



Padat-padatkan macam ni sampai dia tak nampak berserabai macam bulu ketiak belum trim ya.



Pastu sediakan kerongsang kosong ni. Nampak kerongsang ni takde isi kan, kejab lagi akak buat magic mesti korang kagum.


Pastu sumbatkan kerongsong kosong tu ke dalam lubang pengulung rokok ni. Keadaan ni nampak sedikit lucah, tapi menyeronokkan.

Kita boleh berimaginasi sebentar bila kita buat menda ni. Seksi sangat.


Tu dia keadaan batang yang sedia untuk menyumbat lubang sangat. Very der.



Pastu kita tarik mesin tu laju laju dan tolak balik, dan tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Magicccccccccccccccccccccccc




Dah siap dah rokok sebatang.


Boleh lah dibuat hidangan bersama keluarga di waktu jamuan teh petang. Seterusnya boleh lah kita isap rokok banyak-banyak sehingga kita mati ke alam barzakh.


Sekian...


Chowwwwwwww cinnnnnnn chauuuuuuuuuuuuuu...


p/s: Akak kena tukar tembakau lain, sebab tembakau akak beli ni berasa tungkik.


5 comments:

Anonymous said...

feel jap ***sbb akak jadi 1st komentar hehhe

ala kekadang bagus gak rokok mahal, so ciken2 yang tak mampu nak beli rokok akan datang kerumah akak, sekali akak hidang rokok dunhill leh dapat 4-6 ciken ...heaven hisap rokok !!!!

Anonymous said...

sib baik mek x isap rokok..huhu..btul gak kate kak Mirch..rokok mhl ciken x mampoo beli..bole la spedo..btw, luv this blog..bnyk informasi..

Fiebie said...

aiyakkkkkkkkk... dua kakak kakak meletop komen di blog merk.

mak bangga.... (isap rokok keluar asap kepul-kepul)

Pnut said...

mana beli menatang tu? nak buat perusahaan la...

SINORA said...

fb.. tq post terkini.
segala yg tersurat &
tersirat sgt bermakna
selain tulisan yg menghibur.

bila start 'menulis'..
miss ur post always
& dah add blog ini d
fav... jumpa lagi.