A Malaysian pop star with a bogus doctorate has been running a college offering University of Wales degree courses, a BBC investigation shows. A Bangkok college that Thai authorities say has been operating illegally, is also offering courses leading to degrees from the Welsh institution. Week in Week Out examined the way in which the University of Wales validated courses in overseas institutions.The university said it was dealing "thoroughly" with the issues raised. The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration.
But both came from a bogus university
click sini untuk baca lebih lanjut.
Hahh, tu dia bold siap kaler merah lagi aku bagi kan.
Tau tak apa rasanya kepada academic macam akak yang terpaksa bertungkus lumus bersengkang mata keluar air mata darah untuk belajar dan seterusnya ada hak untuk mengajar? Dia rasa macam satu kemenangan bila yang terkubur semua di gali kembali.
Dengki camana ntah aku ni.
Ada aku kisah?
Orang academic semua dah memperkatakannya di Malaysia. Tapi no one dares to say anything sebab political affiliation family dia yang kuat. Dan orang melayu sendiri ni semua jenis bersopan santun takut nak kecikkan hati orang walaupun integriti sistem menara gading itu sendiri dipertikaikan.
Jadi anak-anak semua kalau nak pilih college, sila lah buat pilihan yang betul. Boleh call Malaysian Qualification Agency atau Lembaga Akreditasi Negara dan tanya mereka soalan-soalan tentang University atau college yang telah di akreditasikan.
Dan Akreditasi ini sendiri ada banyak latihannya, banyak lapisnya. Mula-mula di akreditasinya universiti itu, tapi kursus tidak di akreditasikan. Dan peringkat pertama di akreditasikan secara minima dulu.
Pastu bila Universiti dan kolej dah di akreditasi, baru lah kursus-kursus nya pulak di akreditasi.
Jangan terpedaya bila jurujual kolej swasta (marketing department) cakap kolej mereka ada MQA atau LAN. Kolej mungkin ada, tapi kursus yang korang amik tu camana pulak.
Contoh macam ada satu Universiti Rumah Kedai yang dengan sekejab je dapat status Universiti, tapi sekarang dah ada bangunan sendiri ni macammana ntah dia dapat status Universiti ntah. Akak dan kawan-kawan akak yang kerja sana gelak je, ntah berapa lah dia belanja makan orang-orang kat kementerian tu.
Pasal kolej tu, U dia memang telah di akreditasi, tapi dia punya kursus perundangan misalnya tidak di terima dalam sistem perundangan negara. Sapa yang amik law degree dia tak boleh practice. Ramai student tertipu dulu. Tapi dengar kata sekarang mereka dah lebih berintegriti bila orang tanya, dia akan bagitau awal-awal yang law degree dia tidak boleh practice.
Bila dah buat law degree dia, jadi lah korang kerani cabuk kat syarikat Dr. Fazley.
Mati lah.
Bukan apa, bayangkan tuition fee untuk diploma dan degree sekarang dekat 40-50 ribu. Plus living expenses untuk 4-6 tahun dalam 30 ribu.
All in all korang akan buat pinjaman PTPTN dalam 80 ribu untuk buat degree dan diploma. Jadi plus interest pengurusan PTPTN 4 percent setahun dah berapa puluh ribu ko kena bayar. Ala-ala sampai tua dah beranak pinak pun masih nak bayar pinjaman PTPTN ke?
Tup-tup dah abis degree, tengok2 degree tu tak diiktiraf. Nak dapat kerja tetap dan berpencen kerajaan pun haram. Nak kerja swasta sekarang, kalau ko pemalas dan tak berapa nak pandai belajar kat kolej swasta yang tak top ko ingat ko leh bersaing dalam dunia swasta tu? Tapi bukan semua lah. Segelintir je.
End up, ko join multi level marketing, berangan nak dapat kereta BMW free tu.
Haram Jadah.
Dari kerja tak tentu arah, baik kerja Security Guard, confirm gaji minimum RM800 sebulan.
Oke lah, cukup lah aku membebel ni. Tak pasal-pasal dapat surat saman pulak.
adioussssssssssssssssssssssssss amigos
p/s: a satisfied customer will tell 2 person, an unsatisfied customer will tell at least 11 people.
6 comments:
tu le dulu ingat tak? kecoh kat forum kesah mamat ni? forumer perlekehkan dia..now baru tauuuuu
akak..i rasa 'dr' fazley mesti sangat sedih..tapi i rasa akaklah insan paling gembira ye tak..
baru plan 2 tahun ni nak siapkan master dan doctorate..express lagi deras
love this post...love ure blog. u are rite. orang yg study jer tau betapa susahnyer study tu. huhuhu...datuk, tan sri boleh lah org beli. tapi Dr.,Prof nie...takyahlah mimpi. Bidang Akademik tu Suci...not like politik.
bukan akak nak rasa gembira dengan kesedihan atas predicement yang dia lalui. tapi he knows right from the start what will happen later kalau dia buat degree itu, if dia rasa dia dalam golongan bijak pandai, dia tau there is no short cut.
we have to set a standard supaya later tak jadi masalah macam ni sebelum dia jadi pekung yang tidak boleh diatasi lagi.
dalam hal ini, sorry lah kalau dia celebrity ke apa ke, takde sapa patut terlepas.
dan salah aku ke dia celebrity?
tapi macam mana pulak ada sesetengah orang sering memperlekehkan universiti-universiti kebangsaan di malaysia....
saya amat pantang sekali bila melihat perilaku sebegini....
"Setuju dengan Saya bahawa kecuaian itu berlaku atas kehendah diri awak sendiri" kuda....
well, saya telah ada dalam dunia pendidikan ini selama lebih kurang 15 tahun, dan dalam 15 tahun itu 12 tahun adalah mengajar.
dan dalam 15 tahun itu saya telah mengajar 4 kolej swasta, bantu mengset up kan 3 pusat MLVK, 2 pusat tuition dan terakhir bila sudah puas di swasta saya memilih sektor awam.
trust me ada banyak bezanya.
nanti cerita na.
Post a Comment