Hidup sebagai PLU di Malaysia memerlukan kekuatan diri yang hebat. Hidup sebagai seorang PLU chub di dalam sebuah komuniti yang kecil di negara kita bukan sahaja memerlukan kekuatan yang hebat, tetapi memerlukan muka yang tebal, perasaan yang kental dan jiwa yang kebal.
Hidup sebagai seorang PLU chub yang mempunyai pasangan chaser yang bertakhta dalam jiwa ramai chub lain, yang sentiasa dahagakan kasih sayang seorang chaser tidak kira chaser itu sudah mempunyai tanggungjawabnya sendiri memerlukan jiwa telahpun mati.
Hidup sebagai seorang PLU chub yang mempunyai pasangan chaser yang bertakhta dalam jiwa ramai chub lain, dan chaser itu adalah manusia yang peramah dan merasa perlu menjaga semua jiwa chub lain. Chub yang mempunyai kekuatan diri yang hebat, chub yang bermuka tebal, dengan perasan yang kental dan jiwa yang kebal dan juga chub yang telah mati jiwanya - anda tidak boleh memiliki sebarang jiwa.
Saya seorang PLU chub yang tiada jiwa.
This is my story.
Bukan niat untuk memalukan diri sendiri, atau untuk memalukan diri orang lain. Hanya sebagai tauladan pada semua orang lain. Tauladan dan contoh kepada semua plu yang merasakan bahawa mereka layak untuk dicintai sama seperti makhluk-makhluk lain. Memang semua orang layak untuk di kasihi atau di sayangi. Tapi bukan semua orang berhak. Ini kerana, pada kebanyakkan masa kita semua sedar akan realiti diri kita yang sebenarnya adalah golongan yang tidak akan mempunyai hak dari mana-mana segi pun. Dari segi kekeluargaan, society, undang-undang dan juga keagaamaan. Dalam mana-mana society, undang-undang dan agama sekali pun. Lumrah manusia memang tidak pernah di cipta begitu kejadiannya.
Namun ada segelintir dari kita, menipu diri sendiri dan mengatakan bahawa hak itu wujud. Kita sama seperti makhluk lain yang dicipta berpasang-pasangan. Kita mencipta realiti sendiri bahawa pasangan kita adalah takdir yang telah ditentukan untuk kita. Betapa bodoh sekali pengertian tentang perasaan kita sanggup menghadapi risiko, cemuhan, hinaan dan termasuk menjadi bahan ketawa sebahagian dari kaum kita sendiri yang tidak pernah percaya dengan ketentuan itu. Mereka melibatkan dosa seketika dan mendapat kesedapan yang mereka perlukan pada waktu diperlukan, manakala sebahagian dari kita bukan sahaja melibatkan dosa seketika itu, tetapi memanjangkan lagi dosa itu atas nama cinta. Its not a one time certain moment event, but a prolonged engagement of sinful relation. Seakan-akan berumah tangga.
What we are doing is just making a fool of our self.
I will tell you my story. A misery that i had to endure for the past 5 years. The 5 years, i created my own fantasy as being my most beautiful dream, which in reality is the worst nightmares of my life.
Because why. Because, i let myself being fooled.
Being fooled by myself.
This is my story.
And i will tell you later.
Till we meet again.