Thursday, January 20, 2011

Tummy Trim

Hari ni akak nak cerita pasal penjagaan kesihatan. Subjek ini penting bagi akak sebab kebelakangan ini kesihatan akak agak terganggu, malahan salah satu dari resolusi akak untuk tahun ini adalah untuk menjadi lebih sihat.

Sebagai seorang gadis urban yang genit dan mengiurkan, akak perlu kelihatan lebih sensasi setiap masa. Jadi kelihatan sihat itu penting. Kerana kecantikan walaupun hak milik setiap insan, tapi kalau badan ko macam tong drum, jangankan kata cantik, kesimpulannya tak cantik lah.

Nasib baik lah badan akak ni bergetah dan menjadi idaman ramai.

Anyway, akak bukan lah sangat nak jadi seksi ke kurus ke, akak hanya nak kelihatan dan menjadi lebih sihat je.

So akak decide nak pergi sertai mana-mana gym dan buat sedikit latihan kardiovaskular dan latihan beban yang betul. Kalau pergi gym, baru lah kita bermotivasi untuk mencuci mata bersenam dengan abang-abang tuff tuff dalam tu ya tak. Niat akak memang murni semurni hati akak ni.

Kalau kita sihat pun, nanti akak nak kerja pun best. Pelatih pelatih kelas menoreh getah dan merodok kelapa sawit akak pun akan lebih mendapat faedah dari cikgu dia yang lebih sihat. Tul tak?



Leez kah?


Imagine akak masuk kelas macam kakak kat atas ni. Harus pelajar-pelajar akak semua gerun lagi-lagi kalau dia tengok puting tetek akak yang muscular tu jugak. Harus mereka akan memberi komitmen dan kosentrasi yang tinggi.

Kalau dia orang notty je, akak tunjuk aksi pelempang. harus dorang terkucil dalam kelas. Sebab kalau camtu le lengan nya, kalau kena lempang harus meninggal dunia terus.

Tapi akak tak nak lah sampai badan camtu. Akak dapat badan macam Jeniffer Lopez atau Angelina Jolie pun jadi lah.

Jadi untuk mencapai misi untuk kelihatan lebih sihat, akak pun cari le gim-gim yang ada kat KL ni.

Rupa-rupanya macam-macam gym ada kat KL ni ya, dari yang semahal-mahal macam celebrity fitness tu ke semurah murah macam gym rakyat tu.

Korang pernah pergi tak gym rakyat kat Tasik Titiwangsa tu? Boleh sakit jantung oke tengok abang-abang merembes kat situ. Masing-masing macam incredible hulk.

Gym rakyat ni murah, tak macam fitness centre lain. Tapi yang gi sana kebanyakkannya dah tahap professional. Jadi kita nak gih sana dengan perut 6 pack kita ni pun rasa macam segan. Ya lah orang sick pack kat depan, kita six pack kat depan satu, kat belakang dan tepi badan 5. Camana?

Jadi adalah tempat-tempat lain yang mahal sikit untuk kita pilih dan ramai lah ahlinya yang biasa-biasa je. Jadi ktia tak lah malu sangat ya tak.

Masalahnya tempat-tempat latihan macam fitness first, celebrity fitness ini semua mahal-mahal belaka. Sebulan boleh sampai 2 Ratus. Tapi orang cakap apa lah RM200 tu kalau untuk menjadikan kita lebih sihat ya tak. Tapi kalau pendapatan akak selepas tolak hutang itu ini semua semua sebulan tinggal 250 je akak nak buat camna?

Jadi akak kena cari alternatif lain. Jadi akak cuba lah cari gym-gym yang biasa-biasa je. Gym rumah kediai lah orang cakap. Yang takmahal sangat.

Jadi pencarian akak kini bermula.

Pencarian pertama hari tu telah gagal. Kaedahnya masa akak dengan Ya habibie Ya Maulana Ya Au au akak dok jalan-jalan nampak lah satu gym yang macam menarik di PJ ni. Nama gym tu trim fitness.

Perkataan trim dan signboard kaler pink itu sendiri sepatutnya memberi tahu akak sesuatu, tapi sebab semangat nak jadi cantik dan kurus ni berkobar-kobar kan. Jadi perkataan trim tu menjadi sangat menarik sekali.

So akak pun naik lah kat gym tu. On the way ke atas akak tengok kat tempat kasut tu, semua macam kasut pompuan je. Kiranya dah faham-faham lah kan

Tapi biasa lah orang yang bersemangat waja yang meluap-luap ni akak tetap le naik atas jugak.

Sampai atas memang gym tu semua pompuan je. Dan gym tu memang khas untuk kaum-kaum waniita yang ingin melansingkan badan secara bersenam.

Best je ada support group macam tu. Tapi untuk pompuan je pulak. Benci lah. Takkan akak nak join sorang-sorang kan. Sian habibie akak nanti dia kena ikut akak gi gym pakai baju kurng. Camana pulak.

Tapi takpe, akak akan terun dengan misi akak untuk mencari gymnasiium yang sesuai yang tidak akan menyebabkan akak bankrupt. Maklum lah, kalau kita berlaki muda yang masih tak kerja korang faham-faham je lah kan keadaan nya kan. Nak tak nak terpaksa spedo. Kalau akak gi sorang-sorang nanti dia tuduh aku nak gih merendek mengatal kat sana pulak.

Kalau korang tau mana-mana gym yang oke kat area PJ, Subang Shah Alam, bagitau lah ya.

In the mean time selagi tak dapat gym, akak akan meneruskan aktiviri melantak akak seperti biasa sebab doktor tak kasi diet. Dr tu cakap "dont diet, you have to eat at least 6 times a day, what you need to do is exercise more"


Best kan dr akak, suruh makan 6 kali sehari.

5 comments:

Pnut said...

eh kat kebun getah tempat cari makan tu kan ke ada gym jugak?? belasah je la..

Maklongnya Bedah said...

doc mana tu? nak buat appointment dgn dia jugak laa..

lets download said...

doktor tu mmg pukey!

Leen AshBurn said...

Kat kebun getah kan ada swimming pool? Jom la kita swimming kakak. I pun nak join. Matilah orang report ada badak2 terlepas dari zoo. Matila bila kita keluar pool tu air pool terus kering hiks.

maktam_girl said...

fibs, tak kuasa la pegi gym2 ni, duit kuau ratus2,kurusnya tak jgk tapiiiii kalau 'bergymak' boleh kurus, mau sajork... selain kurus, sedap pon dapat!!! eh! hahahahhahah