Wednesday, January 12, 2011

GMGM: Tahun Bharu di Johor Bharu


Awal January detik permulaan
pengiraan tahun kafir laknatulah
dari kota Hat yai ke Johor Bharu
Pergi jalan-jalan menghabiskan duit feeling kaya raya walaupun nan ado...



Selamat datang ke Johor Bharu. Dari utara ke selatan lah katanya. Tu diahhh, mengalahkan Julia Robert dalam filem eat love pray akak kan merayau tak hengat dunia. Pastu tengah bulan mengagau cari maggi mee.

Tapi takpe, masa tengah sihat dan ada duit nak spend dan belum busy ni lah kita gih jenjalan. Nanti kalau komitmen dah tinggi susah nak buat semua ni kan.

Anyway, atas jemputan kawan-kawan dari Kota Singa, dan sentap kerana kawan-kawan lain telah bertahun baru di Pattaya dan Bangkok, akak, my habibie ya maulana ya au au, dan dua orang kawan yang tak penting pun telah mengdecidekan diri untuk pergi bercuti di Singapura pada hujung tahun dan sempena menyambut Tahun Baru 2011 di Tambak Johor.

Yeahhhh....

Last time akak gih JB adalah untuk membantu Abang Bad, dan Hazwani Osman untuk menyiapkan majlis pernikahan Diddy dan Allen. Sekarang ni Allen dah berbadan dua dan dah nak meletop dah pun.

Hebat Diddy.

Anyway, sikit punya lama lah kan.

Dan masa tu, disebabkan kesuntukan masa dan bukan pergi nak berjalankan, kita orang sempat gi lepak-lepak di Kampung Melayu Majidee dan makan Yong tau foo dan satay sahajork.

Macam lah kat KL ni takde menda alah tu.

Jadi korang boleh lah imagine betapa frustnya akak ni. Sebagai gadis urban berdaya maju, cantik lite lite feeling tak sudah, berwibawa, berwawasan, feeling kelas dan tak sedar diri ni akak perlukan aktiviti-aktiviti yang luar biasa.

Kalau gih makan kat tempat orang, akak perlu makan makanan yang Authentic. Baru lah kelas. Kalau orang sana makan lipas tu kira authentic, akak pun akan makan lipas jugak. Kalau dorang makan ulat bulu, akak pun akan makan ulat bulu. Kalau dorang makan babi guling bermadu dengan apple sangkut di mulut???

Akak makan apa???




Makan pelempang...


Nak mampus makan babi. Lain le akak di lahirkan dengan gelaran Anak Perempuan a/p kat IC tu. Itu lain lah cerita ya tak.


Berbalik kita pada cerita Johor. It was an, impromptu idea sebenarnya. Suddenly, bangun-bangun someone suggested kita ke Johor, tahu-tahu kita berempat terus naik kereta dan masuk highway KL Seremban dan sampai dah Johor.

Sampai kat Johor kita orang dah terlewat, jadi hotel yang di Booking telah di releasekan untuk hari tersebut. Untuk keesokan harinya ada. Terpaksa lah kita orang duduk kat Bus Stop.

Tapi sebab kita belum lagi gila untuk duduk di busstop kita decide untuk mencari hotel di kawasan berdekatan dengan hotel tu. Kita orang pilih hotel HanyaSatu di Meldrum Road. Kebetulan hotel itu kawan-kawan akak dari Singapura pun menetap kat situ.

Jalan Meldrum adalah sangat happening sekali. Akak suka sangat duduk area tu, dan dia berdekatan dengan banyak tempat menarik di Johor. Kat sana hotel semua harga berpatutan dan nak makan senang, nak jenjalan senang dan selamat. Semua kemudahan disediakan.

Sampai-sampai je check in hotel, its almost 11 pm. Jadi kita orang pun siap-siap untuk celebrate new year di the Zon, Stulang Laut yang jaraknya tak sampai 4 KM dari hotel.

Bila dah siap, akak pun dengan pantas sekali driving ke sana, tapi akak salah simpang. Camana?

Ko tau aku salah simpang mana?

Akak salah simpang masuk Woodland, Singapore. Mati lah akak dah masuk lorong nak masuk sempadan katanya. Berpeluh akak mencari jalan nak u-turn, pastu bila akak nampak je ada satu ruang untuk u-turn, akak pun masuk lah.

Tiba-tiba semua orang menjerit dalam kereta.

Sebab apa tau???

Sebab akak masuk jalan motorsikal. Boleh??

Harus lah tiba-tiba akak di lambai-lambai oleh seorang abang yang agak kendo dan berbadan sasa dengan pakaian uniformnya yang sangat hensem gitu.

Abang tu pun nak berkenalan dengan akak. Over tau, tepi jalan pun nak berkenalan. Cantik sangat ke akak ni. Abang tu pun mintaklah IC dan Lesen akak semua.

Over tau. Salah sikit pun nak tahan.

Akak dengan muka cuak, dan muka berfoundation penuh yang belum pecah minyak, bak tepung gomak bersalut tepung goreng pisang, hanya mampu tersengeh dan buat-buat aksi bodoh sahaja untuk mendapat simpati dari abang tu.


Dan aksi gadis urban yang manja dan bimbo lagi menjijikan laksana bohsia lapar maggi mee akak sentiasa berjaya, dan dia pun lepaskan kita orang jalan. Tapi no such things as u-turn-uturn.

Akak kena masuk sempadan dan melepasi immigresen untuk pusing balik.

Nak di jadikan cerita, proses untuk u-turn tu mengambil masa dekat 1 jam ya. Bukan senang-senang ko nak feeling uturn kat immigresen tu. Kena pass IC, kena duduk kat opis dia, kena interview lite-lite. Kena tunggu segala dokumen di check dan takde apa apa laporan askar, polis, immigresen bagai, pastu baru kena dapatkan kebenaran dari immigresen singapura pulak ke hapa, baru lah dia kasi kita u-turn. Dan untuk proses tu, kita orang kena jumpa 3-4 orang pegawai baru lepas.

Jawabnya???

Nampaklah bunga api masa countdown, di dalam kereta dekat immigresen department.

Itu lah dia cerita sambutan tahun baru akak yang kelas.

Korang mampu???

Tapi seriously, bunga api kat johor sedih je. Kalau nak dibandingkan dengan show bunga api kat KL masa sambutan tahun baru adalah tahap kentut je sebenarnya.

Mati lah.


Anway, selepas peristiwa pahit di immigresen tu, kita orang meneruskan ke Stulang Laut dan sampai je sana adalah maha hebat maha tidak masuk akan punya traffic jam, dan jalan pun di tutup.

Akak kena parking kat hujung jalan dan untuk pertama kali dalam hidup akak, telah di paksa berjalan sejauh 2 kilometer ke tempat kejadian.

Kalau akak kira jumlah perkataan dan carutan akak hari tu, kira boleh penuh lah satu dictionary 3000 muka surat gitu.


Hangin seluruh badan aku di buatnya.

Tapi takpe bila fikirkan kawan-kawan, akak gagahkan diri jugak dan sampai le the Zon dengan keadaan selamat walaupun lewat. Sempat lah kita happy-happy kat sana.

Pagi tu, lepas habis lepak-lepak kita orang balik hotel dan tido lah berimpit-impit 4 orang dalam hotel kecik tu kejab dan bersiap-siap untuk ke Singapore dan tukar Hotel. Mrasa lah akak tido depan toilet. Hazab

Hotel yang kita orang duduk lepas tu adalah Hotel JB Sentral. Hotel ni harga dia mungkin sedikit mahal dari Hotel Hanyasatu tu, tapi puas hati sangat.

Sebab bilik dia sangat besar dan dapat katil double, satu queen dan katil single satu.




Puas hati duduk hotel ni sebab bilik dia besar, 15 orang pun boleh duduk. Lain kali kalau ada rombongan cik kiah ke Johor memang akak pilih hotel ni. Walaupun sedikit tua dan nampak scary tapi kat dalam dia oke lah. Tidak lah mewah, tapi yang penting selesa.

Kat bawah ni pemandagan dari bilik akak.


Kompleks Immigresen department malaysia yang cantik dan menyebabkan akak sesat tu.


Tu dia boleh nampak Singapore.

So petang tu kita orang decide nak pergi Singapore, tapi akak buat-buat tertinggal passport dalam kereta. Walaupun sebab tidak munasabah dan menyebabkan kawan-kawan akak sentap biji tapi ada aku kisah.

Sebenarnya akak macam malas nak masuk singapore, sebab 1, duit takde sangat, dan 2, akak terlalu penat untuk spend masa kat singapore.

Kalau sapa pernah pergi sana tahu lah kan. Kat sana kita kena berjalan kaki yang banyak sekali untuk sampai ke satu destinasi ya. Sebab kalau nak naik teksi mahal. Jadi my friend sorang je masuk dengan my other friends from singapore. Sentap biji dorang.

Akak buat muka sedih konon terkilan tak dapat masuk sana, tapi sebenarnya akak ada plan lain yang lebih menarik dan penting, iaitu....

PLAN MELANTAK TAHAP BABI HUTAN GILA

So akak call my friend kat JB dan suruh dia bawak jenjalan.

first destination, Padang Merdeka untuk excursion of Authentic JB food.



Opss, model mana tu tak tau.

Itu lah dia menara Sultan Abu Bakar, kalau tak silap akak di padang merdeka JB. Tempat ni dulu popular dengan hantu lilin.

Di sebelah kanan dataran ini ada tempat makan hawker style yang sangat menari sekali.


Yeahhhh food and abundance of food. Kiri food, kanan food, depan belakang food. So akak dah menjumpai my world heaven gitu.

Kalau di lihat pada kerangka badan akak yang seksi dan tubuh akak yang langsing, tapi voluptuous dan mengetar jiwa jejaka-jejaka yang melihatnya, semua boleh agak yang hobi akak adalah melantak ya.


Tiga perkara yang kita cari hari itu.

1. Tauhu Bakar
2. Mee Rebus
3. Sup tulang

Guess what semuanya ada di sini.

Jom kita tengok-tengok gambar yang akak sempat amik di Dataran Kemerdekaan Johor Bharu.




tahu bakar dia bukan size kecil ya macam ktia selalu tengok tu. Setiap satu tauhu tu adalah sebesar pinggan oke.


Selain tau, ada jugak Chakoi bakar



Tauhu bakar yang marbeles


Chakoi bakar yang jugak super marbeloso


Nyum nyum makan hati tak???



Amik ko, 3 pinggan besar dengan tauhu besar-besar , hanya bawah 10 hengget. KAlau kat uptown atau kat KL, harus kena sembelih



Sup tulang.

aik, gambar lain aku upload, gambar lain yang kuar, dua kali pulak tu.








Dan yang penting, finale nya.... dan hanya paling sedap dan authentic hanya di Johor Bharu sahaja, tidak lain dan tidak bukan.....


Jeng jeng jeng.....


Mee Rebus super marbeles.


Yes, itu lah dia aktiviti makan, akak part 1 di Johor Bharu. Nantikan part-part seterusnya.



Sampai jumpa lagi. Chowwwwwwwwww cinnnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuuuuu


p/s: i miss that tauhu bakar dan mee rebus, and i am definitely going there again soon. Tungguuuuuuuuuuuu

14 comments:

Cik Benang said...

haiyoo.. meriah skals sambutan tahun baru akak!

@rep said...

kat mana nak dapatkan dictionary 3000 pages tuh? nak belajar lah carutan u ol. :)

Fiebie said...

Ah ah meriah lah sangat. Aku pukul ko nanti.

Rep, nanti akan di keluarkan setelah ditapis DBP

Tia said...

very the gelak itu cerita u-turn!!!

hOtMaMa said...

mak suka klu yg meriah dng makanan sajork.. sesuwai sngt dng tema badan mak yg gedem ini... noks, bg la tahu dng lebih terperinci kot2 boleh diletakkan sekali gogel maps ke kt sini.. kt manakah lokasi tauhu bakar gergasi itew?!!! merembes mak tgk noks! mrasa blk kg laki mak nanti mak hentak2 kaki nak pg mencekik kt sana...

Fiebie said...

big mama, hazab oke. rasa macam orang bodoh je. memang bodo pun. hik

hot mama, cadangan yang cantik. tak pernah terfikir lak kasi direction dan map kan. you all sangat lah gadis desa berteknologi tinggi.

merk sukeeee

artisticklytouch said...

hazabnya Zah sambutan tahun baru kau tapi merasa menyambut tahun baru di oversea gitew kan..

ish iols pergi JB harituh, tak merasa pun melepak kat sini...nak pergilah next week. gituh, terus next week katanya

Ikeen Ismail said...

tahu bakar paling meletop ialah di bakar batu...
mee rebus paling sedap ialah mee rebus haji wahid di angsana...
sup ekor paling sedap x tau...

Yard_dean Apple said...

aku yg duk jb nih selalu pikir nak bawak mana la kengkawan kalau pi jb, nampak gaya dgn tahap keterujaan fb ni, bole la aku mereka ke tpt2 ni semua, tp kan kalau x makan sup tulang merah mcm x meriah je dtg jb

highheelseliparjepun said...

Oh My!!I love tauhu bakar!!Kat sarawak ni I pernah makan tauhu bakar in 2007 n 2008 je..tu pun masa Rainforest World Music Festival..I makan banyakk..Harga tahun 2007,rm8 ..ada 2 keping..tp tahun 2008 jadi rm12 untuk 2 keping..sedap sgt la...tahun 2009 n 2010 takde plak abang tu jual tauhu bakar..so,dah 2 tahun tak merasa..huhu..

SINORA said...

sakit perut baca post..
memang marbeles.
tp mesej laagi marbeles!!

kirim salam tauhu bakar & mi rebus.
fb.. ko pintarr bkarya!!

faizfiraz said...

hahaha..memang best....sedeyy kan tgk firework dalam kereta jerk....memang pernah rasa kejadian mcm tu....

sam zahri said...

i want mee rebus i want mee rebus uwaaa!!

Leen AshBurn said...

Uols! Kenapa tak makan sate Wak Radol, Yong Tau Foo Kpg Bahru (KL and JB punya lain) and paling penting sekali, ABC!!