Yuhuuu,
Sorry deknon akak dah lama tak post anything dalam social networking site yang ini sebab akak sibuk dok social networking dalam facebook. Boleh kata, setiap hari akak spend masa dekat 4-5 jam lah untuk membuang masa dekat facebook tu, menyemakkan profile orang lain, pastu komen-komen dan baca post orang lain yang kadang kala tidak ada kena mengena dengan kehidupan akak. Sampaikan orang tu makan apa, berak kul berapa, mandi berapa kali sehari pun akak tau lah. At the same time, akak pun sibuk lah menulis aktiviti-aktiviti akak yang tak menarik konon-konon ada orang baca, sampai satu tahap takde benda nak tulis akak tulis lah apa-apa pun semata-mata nak tunggu orang komen.
Habisnya masa aku semua tunggang langgang, kerja tak siap, dan aktiviti akak yang lebih bersifat fizikal dan lepak-lepak dengan kawan semua dah abis. Dan walaupun dok lepak dengan kawan kat meja makan ni, tapi tangan memasing semua tak lepas dari BB dan iphone memasing dan bukan buat apa pun, dok bukak Facebook dan twitter sambil masing-masing tersengeh-sengeh cam orang orang gila.
Hebat tul penangan facebook ni kan dalam mengubah cara orang berkomunikasi dan bermesyuarah.
Satu hari nanti, orang nak nikah kahwin pun tak yah majis-majlis, Tok Kadi, bakal isteri dan suami, dan dua orang saksi boleh berinteraksi mengunakan facebook. Kelas gitu. Tak yah susah susah gih thailand nak kahwin express gitu.
Anyway, hari ni akak nak cerita pasal stick it atau post it notes.
Tau tak apa tu post it notes? Kalau tak tau memang korang ni .... toot toottt toottt
Anyway untuk pengetahuan korang, post it notes ini adalah antara satu invention yang berinovasi yang terbaik di dunia, walaupun hakikatnya adalah sehelei kertas dengan gam yang tak berapa nak lekat. Syarikat yang mencipta dan mempaternkan post it ini adalah 3M.
Tapi walaupun dia hanya lah invention bodoh yang biasa, kesan pengunaan dia adalah sangat hebat. Akak gunakan untuk mengurus masa dan jugak untuk tujuan pengajaran, especially bila akak buat affinity diagram dengan pelatih-pelatih toreh getah dan menyodok kelapa sawit akak.
Selama ini akak guna kan post it ini mengunakan kaedah biasa lah. Amik kertas tulis, pastu tampal kat mana-mana. Usually akak tampal kat PC je, sebab kita mengadap Pc tiap-tiap hari jadi kita akan sentiasa di ingatkan dengan tugas kita yang tak siap.
Bila dah siap, kita cabut je post it dan buang dalam tong sampah.
Semudah itu.
Ah nampak post it akak.
Sebenarnya yang betul nya ada satu dua je, akak saja je tampal lelebih untuk lebih effect dan drama gitu.
tu dia, busy macamana tah. Perdana Menteri pun tak busy cam ni.
Dan actually akak tak pakai dah pun post it tu, sebab akak dah jumpa satu kaedah baru yang lebih bersesuaian dengan gadis urban yang genit dan gemilang lagi cemerlang, malahan cantik, pandai memasak, pandai mengurut dan jugak melentikkan badan macam akak ni.
Function ini akak baru je tau beberapa bulan lalu bila opis kasi akak PC baru dengan windows 7.
Akak suka- akak suka, sekarang akak sangat berteknologi tinggi.
Dan pengunaan dia pun senang je, nak buat apa apa tulis,
pastu dah habis just tekan tanda X. mengurang kan penggunaaan kertas dan membantu kepada persekitaran yang lebih sihat.
Jadi post it yang lebih-lebih tu boleh lah kita buang atau pun kita gunakan untuk tujuan lain, seperti membuli pekerja-pekerja baru atau buat pakaian fesyen baru macam kat bawah.
Anyway adios, akak akan bercuti next week untuk menenangkan otak akak yang benak dan mengurangkan stress, walaupun akak tau akak akan bertambah stress sebab takde duit sangat nak gih jalan ni pun.
Apa pun...
Bangkok and Pattaya, here i comeeeeeeee...
Sampai jumpa lagi, pembaca pembaca yang kucingtaik.
1 comment:
ader geng rupanay yang dok asyik menghadap pc..... chaiyokklahh
Post a Comment