Wednesday, April 7, 2010

Jalan-jalan melantak Penang : Mee Udang Sungai Dua

Korang pernah tak rasa bila bangun tidur macam ada sesuatu yang kurang dalam hidup. Macam ada matlamat atau objektif hidup yang tidak tercapai. As if ada sesuatu yang kita ingin lakukan tapi tidak dapat dibuat.

Kalau ikut teori Maslow bila hierarki itu semakin meningkat keperluan manusia mula berubah. Dari peringkat pertama kita perlukan keperluan harian, naik ke keperluan untuk keselamatan, pastu keperluan untuk rasa disayangi dan sense of belonging sampai lah ke atas sekali bila kita perlu mencapai self actualization.

Korang tau apa self actualization korang tak?

Do you know what you need to do to make your life complete, or things you need to do to fulfill your life destiny.

Seriously, i don't know what i want. Tapi there are part of me saying that my life is not complete. Or course orang akademik macam akak dia kata self actualization tu berlaku bila you go all the way sampai puncak tertinggi dalam bidang kita lah. Dapatkan doktor ke, jadi professor ke, jadi professor emeritus ke atau what ever lah.

Tapi itu self actualization dari segi kerjaya. Dan itu adalah presets standard yang telah ditentukan oleh masyarakat.

What about matlamat hidup kita sendiri?

Apa yang nak kita capai dalam hidup???

Adakah akak perlu meneruskan cita-cita akak untuk membesarkan tetek yang sudah sedia ada besar ini?

ntah lah...


Tapi kebanyakkan adik-adik yang akak kenal self actualization dia berlaku bila dia berjaya melancong ke Jakarta.

Seronok kalau kita jenis cepat puas macam tu. Tak payah nak penat-penat kerja atau belajar cam nak mampus, dan kehendak kita senang di capai dan sedang dipuaskan.

Anyway, berbalik pada kisah makan-makan kita kali ini.

Matlamat seterusnya di Pulau Pinang, adalah untuk makan Mee Kuah Tulang. Mengikut kata pakar permakanan di sana, Mee Kuah Tulang tu yang ada di kawasan Politeknik adalah super marvelous sekali. Tapi malangnya kedai tu tutup hari Ahad, jadi takde rezeki lah.

Lokasi terpaksa di tukar ke Sungai Dua. Tapi di Sungai Dua tidak ada mee kuah tulang, tapi popular dengan Mee Udangnya.


Tapi sebelum tu, orang cakap necessity is the mother of all inventions. Kadang-kadang bila kita terdesak kita akan jadi creative. Dan bila kita terdesak dan memerlukan kita akan mencipta sesuatu yang baru.

Invention and innovations berlaku bila kita explore knowledge. Bila kita dah explore kita capture, leverage and kita exploit knowledge tersebut. Untuk menghasilkan sesuatu yang lebih komersil.

So satu hari tu, akak dok rumah sorang-sorang kelaparan. Nak gih kedai malas, sebab dah lewat pastu hujan. So akak pun decide le nak masak. Bila akak tengok dalam peti ais, takde apa untuk di masak dengan cepat.

Ikan dan ayam yang ada semua beku. Kalau nak tunggu cair harus lah makan jam. Pastu yang ada mee segera. Akak pulak tak berapa suka mee segera. Tapi kadang-kala akak boleh jadi suka gila mee segera, tapi selalunya tak suka langsung.

Yang akak tengok yang boleh dimakan dengan cepat adalah sayur campur dan telur.

Emmm


sayur campur ni mix vegies lah. Yang ada kacang peas, jagung dan carrot tu.


Nak masak apa dengan sayur campur tu ek. Takkan nak masak nasik goreng, nak kena tunggu masak nasik lagi. I need to eat fast, sebab akak masa tu lapar sangat.

Pastu akak dapat satu idea. Idea nak buat cekodok.


So akak amik tepung, potong bawang, bersihkan ikan bilis, pastu akak campurkan semua bahan-bahan tu dengan mixed veggies yang beku tadi dan kacau dengan telur dan sedikit garam.

Terus dah jadi cekodok mixed veggies dengan ikan bilis.




Tu dia kalerful sekali kan.

Mixed veggies tu tak perlu di nyah bekukan. Masukkan je terus dalam tepung tu. Pastu goreng, dan walaaaaaaaaaaaaaaaa



Terhasilkan sebuah product yang di innovasikan dari tacit knowledge yang explore, di capture dan dileverage kan tadi, yang kemudiaannya di exploit untuk menjadi lebih commercial gituhhhh.


Dan akak codifiedkan personalization experience of the taxit knowledge akak kepada satu bentuk manual yang explicit untuk di kongsi bersama.

very der knowledge management katanya.

Hebat blog ini kan.


Sedap gak sundel. Cuba lah...


Kembali kepada kisah...


MEE UDANG SUNGAI DUA


Kalau pergi penang, ada makanan-makanan yang sinonim dengan penang ni. Contoh macam nasi kandar, char keuw teow, popiah, rosak pasambur dan sebagainya.

Salah satu makanan yang so uniquely penang adalah Mee Udang nya lah.

Dan mee udang Penang ada berbagai-bagai version bergantung pada restoren yang menyediakannya. Ada yang nampak cam mee soup, ada yang nampak cam mee jawa, ada yang asas dia macam mee rebus. Tapi yang penting, bahan asas dia mesti udang. Dan kuah dia mesti ada rasa udang.

Ada yang rebus udang, ada yang rebus kepala udang, ada yang pakai udang kering.




Masa kita orang gih makan sana, ada lah dekat 15 orang. Tadi 2 orang je makan mee udang. Yang lain makan menda lain.

Jadi nak makan mee udang ni ada pilihan, nak makan mee udang biasa je, atau mee udang galah atau mee udang laut atau udang kertas.

Bila tanya waiter tu harus lah dia promote yang paling mahal ya dak.

So dia pun suruh lah makan mee udang kertas katanya.


Bila dah siap ni lah hasilnya...


Amik kau, 3 ekor udang penuh satu mangkuk besar.


Sila ambil perhatian bahawa udangnya adalah sebesar dan sepanjang sudu tu ya.

Masa tengok mee udang tu akak dah rasa akak akan di pancung sebentar lagi. Maklum lah kalau sapa-sapa yang rajin pergi pasar tau le harga udang kertas saiz besar tu boleh mencapai sampai 60-70 sekilogram.

Tapi takpe, sekali sekala je.




Rasa dia biasa je. Tidak lah wow sangat.

Tidak macam mee udang yang akak pernah makan kat tepi sungai jambatan sungai dua. Restoren tepi jambatan tu lagi sedap walaupun rupa kedai dia macam nak runtuh.

Kedai ni dok betul-betul tepi highway. Kalau kita ikut laluan utara selatan tu bila ada simpang sungai dua, dalam 100-200 meter je dari simpang tu.


harga dia... jeng jeng jengggggggggg....


Tak lah mahal sangat actually bila tengok udang yang dihidangkan tu.

Sepinggan mee udang itu hanya RM3.50.


tapi...


Tapi harga udang tu RM13 hengget ya adik-adik.


Udang timbang lain. Jadi total harga semangkuk mee udang adalah 16.50 sen.


Kira oke lah. takde le macam akak pernah makan kat restoren Insaf di Jalan Tengku Abdul Rahman dengan kawan akak. Dia amik udang seketul, harga 28 hengget. Dengan nasi briyani jadi sampai 30 lebih mengalahkan makan buffet. And this is like 10 years ago.

Menurut katanya, dia terus insaf nak makan kat restoren insaf tu.


Sekian lah perkongsian maklumat untuk kali ini.


Jumpa lagi bila akak rajin semula...


dadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

6 comments:

AkU said...

Maslow hierarchy...lol..

mee udang sgau 2 d best..^^

@rep said...

restoren insaf yer.. ok.. noted. thanks kakakh

akubukanpilihan said...

try makan mee udang dekat tok kun, Bukit mertajam plak. Lagi sedappp :)

BabyShop said...

Shops at BEST price for baby clothings and accessories with us. Also grab the cute baby toy sock at only RM6/pair from BabyShop!!

@xiM said...

tak best sangat pun mee udang sungai dua..

Reggae Butik said...

What we need is LOVE..

Salam singgah...

http://reggaebutik.blogspot.com/