Satu pengalaman ngeri telah terjadi pada akak tadi yang menyebabkan kemaluan akak menjadi sangat sempit sangat. Tidak perlu dibasuh dengan sabun sireh atau minum jus kacip fatimah oke.
Tadi akak telah menjadi incredible hulk.
Opss ini bukan incredible hulk. Tapi ini hulk hogan ya.. sila perhatikan underwear mak-mak yang tidak berjenama yang dipakai nya itueww.
Kepit maut katanya.
Ini baru incredible hulk baju koyak-koyak camni.
Hik.
Anyway nak dijadikan cerita, sejak dua menjak ni akak memang terasa berat badan akak telah meningkat melampau batas imaginasi ni. Tapi akak tetap feeling rangka kecil dan halus macam Dato' Sheila Majid. How?
Jadi bila kita tidak sedar diri, lupa limitasi-limitasi maka kita pun feeling lah membeli belah baju yang saiznya feeling-feeling fit kat badan ni ya. Sekali tengok macam karung nangka, dua kali tengok macam karung baju taik lembu gitu.
Padat dan sensasi.
Tapi lately ni badan akak memang berkembang maju selaras dengan motto 1Malaysia, Perut didahulukan, Permakanan di utamakan.
Jadi kadang-kadang kita terlupa bila memakai baju tu bila dah sempit maksudnya bukan badan kita menjadi semakin tuff dan sasa ya.
Tadi nak dijadikan cerita adalah meeting kat opis ni. So akak takde kerja akak gih lah awal, supaya leh dapat seat belakang gitu. Kalau orang lain berebut-rebut nak duduk depan, tempat akak lain. Kalau meeting semua berebut-rebut nak duduk belakang. Sebab dekat dengan air kopi. Sambil meeting leh feeling2 minum kopi.
Kalau ko duduk depan tak ke macam malu nak melangkah meja dan orang semua dok tengok ko gih belakang amik kueh mueh semua kan.
So akak pun riang ria tengok orang tak ramai dan ada tempat yang dekat sekali dengan meja dorang letak makanan tu.
Seronok kerja gomen ni, meeting 10 minit pun ada makanan oke. Makanan bukan cikai-cikai oke. Kalau meeting petang paling busuk roti jala dengan kari ayam dan dua kueh gitu. In fact kalau meeting hari-hari pun oke, sebab jimat duit belanja. Tu tak termasuk makan 6 kali sehari kalau ada kursus. Masa makan lagi lama dari masa kursus.
Gitu lah iklannya ya... panjang lak.
Anyway akak pun girang lah nak duduk sekali ada bunyi.... tuppppppppppp
tu diaaaaaaaa.... akak tengok butang baju akak macam peluru berterbangan ke udara dengan kadar kelajuan bunyi gitu dan berhenti betul-betul depan meja pengerusi mesyuarat.
Nasib baik lah dia tengah sibuk tunggu technician pasang projector...
Akak pun senyap-senyap gi kutip balik butang tu sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk.
Sial sangat.
Akak rasa dia tak nampak. Tapi awat dia pun macam tersengeh-sengeh jugak ah...
sakit nau hati aku menengoknya..
So sejam lebih lah akak dok pegang perut dan makan pun ala-ala skip skip seketul dua kueh ala ala diet gitu sambil makan berdiri. Pastu akak cepat-cepat balik bilik dan jahit butang ni balik.
Tips untuk orang berangka kecil macam akak, always have in handy your sewing kits yang di kebas dari hotel-hotel bertaraf lima bintang.
Kalau korang gi hotel lima bintang kan dia akan kasi nescafe, syampoo, sabun, shower cap, nail buffer dan sewing kits semua tu kan. Kalau korang kaya pergi hotel lima bintang sebulan 10 kali boleh lah ko feeling-feeling tak amik bawak balik. Tapi kalau ko hidup semekin bawak balik semua tu sebab itu dah dikira dalam bill korang duduk hotel tu. Kalau 3 hari, 3 hari lah korang amik. Sesak-sesak boleh guna tau.
Macam sekarang ni shower gel dengan shampoo semua akak tak yah beli oke. ada cukup stock 2-3 bulan ni.
tu dia, tak macam incredible hulk lagi tak tau le aku.
Tapi yang akak sedih bukan setakat butang tu tercabut, tapi baju akak pun tercarik sikit. tercarik sikit katanya, walaupun sebenarnya rabak. Macamana ntah ketatnya baju aku pakai ni kan.
Tapi yang lagi akak sedih adalah... Baju ni adalah Baju British India
dan lagi akak sedih adalah... harga dia sebelum discount adalah RM500 lebih.
Tapi of course takde le aku gila nak beli baju kemeja sampai RM500 kan. Ko ingat bapak aku taukeh balak. Masa tu akak dapat discount 70 percent. Sedih lah, sebab akak sayang baju ni. Maklumlah teringin nak pakai baju mahal tapi tak mampu, beli lah baju discount ya.
p/s: mengingati diri supaya samada membeli baju lebih besar atau mengurangkan muscle-muscle di tubuh dengan segera.
pp/s : sapa tau bila British India nak buat sales lagi ek
11 comments:
fb, i put a link to your blog kat blog saya~ is it ok with you?
mrasa jadi hulk kejap kan.. kalo aku ada dalam miting, mau aku hentak-hentak kepala kat meja sebab tak tahan nak gelak...
hahahahahaha senak perut saya**ops perut tak leh sebut kan akak-sensitip ??**
lucunya butang tu melenting samapi kat pengerusi.... nasib tak landing kat dahi dier... he he he
OMG that is so hysterical! hahahahahahaahahha.. takpela berangka kecil, janji cute. :)
oh my...
teringat cite white chick
HA HA HA.
ya ampunnn part berangka kecil tu stetmen berani mati sgt. hahaha
even cerita ni kelakar nak mampos tp smpt bg tips curik sewing kit n bwk kemana2. timaseh, akan di praktikkan
hahaha.. mmg kelako.. bere tu kalu ada lam situasi tu..
Penat nya cubit idung sebab tak moh ketawa besar. hahahahahaha.
Nak bagitau tips untuk tidak menjadi hulk lagi.. Buat la satu food chart.. segala slimming center yang ada kat KL ni semua buat benda sama.. food chart.. hari hari tulis la apa yang kita makan pagi petang siang malam tengah malam subuh.. kena detail sikit..
P/S: Kat Watson ada sewing kit.. murah je tapi lengkap segala dalam tu..
Post a Comment