Tuesday, November 9, 2010

Bogus Doctorate

Ingat tak akak dulu selalu mempertikaikan doctorate degree seorang penyanyi cum pengacara cum owner of multicompany cum consultant cum trainer cum penjual dictionary electronic yang orang dah tak pakai lagi sebab telefon 3310 pun dah boleh install dictionary sekarang (talking about innovation) yang kalau tahap artis dia miskin sikit je dari Tok Ti.

Anyway, as i said in an academic world, there is no short cut. You have to do it all the way.

BBC News wrote:-

A Malaysian pop star with a bogus doctorate has been running a college offering University of Wales degree courses, a BBC investigation shows. A Bangkok college that Thai authorities say has been operating illegally, is also offering courses leading to degrees from the Welsh institution. Week in Week Out examined the way in which the University of Wales validated courses in overseas institutions.The university said it was dealing "thoroughly" with the issues raised. The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration.

But both came from a bogus university

click sini untuk baca lebih lanjut.

CLICK SINI LE...

SINI PUN BOLEH...

SINI JIUUGEEEE

Hahh, tu dia bold siap kaler merah lagi aku bagi kan.

Tau tak apa rasanya kepada academic macam akak yang terpaksa bertungkus lumus bersengkang mata keluar air mata darah untuk belajar dan seterusnya ada hak untuk mengajar? Dia rasa macam satu kemenangan bila yang terkubur semua di gali kembali.

Dengki camana ntah aku ni.

Ada aku kisah?


Orang academic semua dah memperkatakannya di Malaysia. Tapi no one dares to say anything sebab political affiliation family dia yang kuat. Dan orang melayu sendiri ni semua jenis bersopan santun takut nak kecikkan hati orang walaupun integriti sistem menara gading itu sendiri dipertikaikan.

Jadi anak-anak semua kalau nak pilih college, sila lah buat pilihan yang betul. Boleh call Malaysian Qualification Agency atau Lembaga Akreditasi Negara dan tanya mereka soalan-soalan tentang University atau college yang telah di akreditasikan.

Dan Akreditasi ini sendiri ada banyak latihannya, banyak lapisnya. Mula-mula di akreditasinya universiti itu, tapi kursus tidak di akreditasikan. Dan peringkat pertama di akreditasikan secara minima dulu.

Pastu bila Universiti dan kolej dah di akreditasi, baru lah kursus-kursus nya pulak di akreditasi.

Jangan terpedaya bila jurujual kolej swasta (marketing department) cakap kolej mereka ada MQA atau LAN. Kolej mungkin ada, tapi kursus yang korang amik tu camana pulak.

Contoh macam ada satu Universiti Rumah Kedai yang dengan sekejab je dapat status Universiti, tapi sekarang dah ada bangunan sendiri ni macammana ntah dia dapat status Universiti ntah. Akak dan kawan-kawan akak yang kerja sana gelak je, ntah berapa lah dia belanja makan orang-orang kat kementerian tu.

Pasal kolej tu, U dia memang telah di akreditasi, tapi dia punya kursus perundangan misalnya tidak di terima dalam sistem perundangan negara. Sapa yang amik law degree dia tak boleh practice. Ramai student tertipu dulu. Tapi dengar kata sekarang mereka dah lebih berintegriti bila orang tanya, dia akan bagitau awal-awal yang law degree dia tidak boleh practice.

Bila dah buat law degree dia, jadi lah korang kerani cabuk kat syarikat Dr. Fazley.


Mati lah.


Bukan apa, bayangkan tuition fee untuk diploma dan degree sekarang dekat 40-50 ribu. Plus living expenses untuk 4-6 tahun dalam 30 ribu.

All in all korang akan buat pinjaman PTPTN dalam 80 ribu untuk buat degree dan diploma. Jadi plus interest pengurusan PTPTN 4 percent setahun dah berapa puluh ribu ko kena bayar. Ala-ala sampai tua dah beranak pinak pun masih nak bayar pinjaman PTPTN ke?

Tup-tup dah abis degree, tengok2 degree tu tak diiktiraf. Nak dapat kerja tetap dan berpencen kerajaan pun haram. Nak kerja swasta sekarang, kalau ko pemalas dan tak berapa nak pandai belajar kat kolej swasta yang tak top ko ingat ko leh bersaing dalam dunia swasta tu? Tapi bukan semua lah. Segelintir je.

End up, ko join multi level marketing, berangan nak dapat kereta BMW free tu.

Haram Jadah.

Dari kerja tak tentu arah, baik kerja Security Guard, confirm gaji minimum RM800 sebulan.


Oke lah, cukup lah aku membebel ni. Tak pasal-pasal dapat surat saman pulak.


adioussssssssssssssssssssssssss amigos


p/s: a satisfied customer will tell 2 person, an unsatisfied customer will tell at least 11 people.

ps/s: awat tulisan aku lari-lari ni. bergurau lak dia

Monday, November 8, 2010

Happy Deepavali

Ada orang lagi ke ni?

Ke tinggal jin-jin je duduk melangut kat blog yang hidup segan mati tak mau ni? Seriously akak sibuk nak mampus lately ni. Maklum lah, petani-petani moden dan penoreh getah di bawah kawalan akak perlu menjalani sessi peperiksaan semenjak dua menjak ni. Jadi akak pun busy lah sebab seperti biasa, awal-awal akak malas nau nak mengajar jadi akak ajak dorang borak-borak je dalam kelas. Macam-macam le aku borakkan. Tau-tau dah sampai waktu peperiksaan, lagi 3 minggu baru akak perasan akak baru cover 5 dari 13 chapter. So macamana, terpaksa le akak membuat kelas sepantas kilat gitu. Dengan alasan kat dorang "saya memang sengaja buat kelas slow-slow supaya kamu faham konsep dan teori betul-betul sebelum kita belajar tool dan practice nya.

Walaupun sebenarnya, akak sibuk buat menda lain.

Hazab...

Tapi ada aku kisah.

Lagi pun akak tak leh nak concentrate blog ni sebab laptop akak kena kebas dengan student kot. Sial nau, in between kelas akak turun sat nak gih beli air. Bila naik dah lesap. Hanjeng tul tau. Kalau tak mampu beli laptop pakai lah calculator ke pastu feeling2 laptop lah. Atau pun gi lah curi family atau kawan-kawan ko punya. Baru lah dorang boleh cakar-cakar muka korang.

Tapi akak story lain kali pasal tu. Sebab ada sesuatu yang miracle berlaku.

Anyway, akak nak ucapkan selamat pulih kepada Siti Ahmati Izatti yang dah pulih sepenuhnya dan boleh start menghanjeng di alam maya seperti biasa, walaupun satu ketika itu nyawa dah dihujung tanduk gitu. Syukur lah masih di beri kesempatan untuk terus mencarut di alam cyber. Semoga kali ini, siti ahmati menjadi anak-anak yang soleh. Jangan jadi macam akak yang tak tahu hujung pangkal ini.

Akak jugak nak ucapkan selamat hari jadi pada Mirch, yang menyambut besdaynya yang ke 19 (tipu) hari tu semoga you all semakin cantik dan semakin ayu hendaknya.

Dan pada semua akak nak ucapkan selamat Deepavali, bagi pembaca-pembaca kelly Ng dan pembaca yang berperangai macam Kelly Ng (mati lah racist) selamat menyambut pesta cahaya, semoga muka korang bercahaya-cahaya...


Dan tidak lama lagi, kita akan menyambut raya Haji Aidil Adha, akak nak ucapkan selamat menyambut Aidil Adha semoga kita semua bergembira hendaknya. Akak ni tak sabar-sabar nak bercuti ni... Tapi duit takde dan tak tau nak gi mana. Tapi akak teringin sangat nak gi Zoo. Seumur hidup akak, sekali je akak pergi Zoo masa umur 10 tahun dulu. Itu pun berkat usaha cikgu sekolah buat rombongan. Walaupun orang bergembira melihat beruk dan babi, akak sungguh berduka cita, sebab mak akak buat-buat lupa kasi duit lebih, tapi dia bekal kan mak dengan sandwich je.

Akak sedih tengah semua orang dok gembira-gembira beli macam-macam dan beli roti dan pisang bagi beruk makan, tapi akak terpaksa berdiet sebab akak share sandwich yang mak akak bekal kan tu dengan babi. Seriously, akak kagum sangat dengan babi pada masa tu sebab kat TV zaman akak dulu jarang tunjuk rupa babi kat TV.

Kira babi tu happy, akak pun happy jugak lah.

Anyway, untuk semua terima lah video yang akak berlakon khas untuk korang semperna Deepavali ini. Semoga bergumbira.


Ekslusif akak persembahankan....





Thursday, October 21, 2010

Mama Mia

Imagine, ada sorang insan yang you all suka dan agong-agongkan dan dah usha lama dah, tapi buat derk je dengan kehadiran korang. Dan hasilnya korang mememdam perasaan dan hanya melihat gambarnya di facebook atau print gambar yang dorang letak dalam facebook dan dibuat modal untuk onani malam-malam.

Imagine, one day, seorang insan itu tiba-tiba menyapa you all. Dan you all dengan seronok dan tanpa segan silu telah mengajak dia keluar dating makan-makan.

Imagine, korang dengan bangganya, disebabkan nak menunjukkan diri ni up sangat telah mencadangkan kat insan tersebut nak bawak dia gih dating makan makanan Itali malam tu jugak. Insan itu pulak tiba-tiba bersetuju.

Pastu korang pun suka pastu balik rumah kul 3 petang dah siap mandi-manda dan memakai baju paling cantik dan mensyampoo rambut dan membuang bulu-bulu hidung bagai walaupun temujanji lagi 5 jam.

Pastu korang pun online YM dan FB dan bagi tahu satu dunia bertapa gembiranya korang hari tu sebab korang akan pergi dating dengan orang yang korang gila-gilakan selama ini.

Pastu sambil-sambil korang bukak maybank2u nak tengok balance dalam bank, dan korang jadi terkejut beruk sebab balance dalam bank hanyalah RM61.25 sen sahajork!!!!

So apa pilihan korang?

A. Call insan tersebut dan cakap tak dapat gi dating malam tu sebab nenek you all akan melahirkan anak?
B. Decide untuk keluar dan pergi tengok wayang tapi bila time nak gih dinner tiba-tiba buat-buat demam atau sakit perut dan kena balik.
C. Cadang untuk pergi lepak kat kedai mamak dan bagitau you all terbaca kat internet bahawa makanan Itali tidak baik untuk kesihatan
D. Telefon kawan-kawan dan pinjam duit untuk pergi dating dan jadi bahan semburan kawan-kawan sehingga kamu berumah tangga, beranak pinak dan meninggal dunia?


Kalau anda memilih salah satu dari jawapan di atas, maka bersedialah untuk di hanjengkan seumur hidup korang.

Tapi jangan risau, Italianies ada jalan penyelesaiannya.

Dengan duit RM60 itu anda akan bahagia sehingga ke anak cucu.


Gituuuuuuuuuuuuuu..



Mukadimah macam hanjeng, walaupun sebenarnya nak tunjukkan gambar-gambar akak dan kawan kawan akak makan di Italianies hari tu.

Kalau tunjuk gambar terus orang kata kita feeling nak menunjuk kelas pulak, walaupun sebenarnya nan hado kelasnya.

Tapi memang betul you all, dengan RM60 anda boleh dating bersama your love one di Italianies sebab kat sana ada promosi yang cukup menyeronokkan.

Italianies menyediakan makanan Itali yang authentic dan sedap. Banyak pilihan tapi paling best, dia ada promosi 2 course meal yang meletop.

Kita pilih satu starter/ entree dan satu main course dengan harga RM27.00 dan masih ada wang untuk order dessert yang best.

Jadi dengan RM60, kita boleh order:

1. 1 Meal, entree and main course RM27.oo yang servingnya boleh dikongsi-kongsi dengan alasan lebih romantik.
2. 1 Cawan air ice lemon tea atau corbonated drink yang free flow berharga RM10 (korang minum air kosong je, dengan alasan menjaga kesihatan)
3. 1 pinggan dessert yang meletop (RM13)

Total baru RM 50 ++


So ada balance untuk bayar parking dan beli sebungkus kondom kalau korang tidak mahu lagi beronani sendirian di waktu malam. Yang ini dosa tanggung sendiri.


mari kita tengok apa yang di hidangkan oleh Italianies.


Starter

Mula-mula, kalau kita duduk je order makanan dia akan kasi kita roti yang dicicah dengan rosemary infused olive oil dan balsamic vinegar.



Itu dia roti dan olive oil.


Sila klik gambar di atas untuk melihat makanan-makanan itali yang lebih seksi...



Walaupun rupa olive oil dengan balsamic vinegar itu tidak memberangsangkan dan nampak begitu pelik sekali, tapi bila di cicah dengan roti tu rasa sedap sekali.

Sila jangan cuba buat di rumah tapi mengantikan dengan minyak kelapa sawit pulak ya.


Entree

Pastu kita order Entri, ada empat pilihan entree yang boleh di pilih. Macam kat bawah ni




Kita boleh pilih bruschetta. (sila abaikan ejaan akak ya)

Bruchetta ni adalah roti yang di bakar dan di served dengan tomato salsa macam tu.



Pastu kita leh pilih clam soup atau satu lagi soup ntah apa namanya ntah, or kita boleh pilih yang kat bawah ni.

Ala-ala pizza dengan Buffalo Cheese gitu, yang akak tak tau nama nya.


Main course


Pastu, lepas kita makan entree kita boleh pilih berbagai-bagai main course ada lebih dari 30 pilihan untuk kita buat. Antaranya macam yang kat bawah ni.



Ini adalah fethuchini in cream sauce. Nampak tak senduk yang dia bagi tu. Serving dia bukan kecik ya. Memang banyak dan boleh di kongsi.


Yang macam karipap ni pulak, nama dia folded pizza. Nama itali dia, haramjadahakutaktau.


Dalam dia ada daging dan meatball dan cheese dan sangat sedap.

By the way, akak suka karipap Ikea. Tapi akak perasan karipap Ikea tak sesedap macam dulu-dulu kan?



Pastu boleh makan ayam panggang, half grilled chicken with whatever lah.




Atau kat atas ni, nama dia Milanese Grilled Chicken.



Atau kalau korang tak mau order makanan promosi RM27 korang boleh order menda lain macam Pizza ke, dan ada banyak lagi makanan lain.

Serving di sini memang besar. Semua serving dia di buat untuk di share. Nak makan sorang susah nak habiskan.






Yang atas ini adalah peparoni Pizza, harga dia RM30. Sedap sundel.

Dessert

Ini part yang akak suka sekali...

Dessert dia memang meletop sekali menyeronokkan. Ala-ala makan terus rasa bahagia macam tu. Maklumlah, tengok le badan.




yang atas ni nama dia Cheese cake on a bed of strawberry sauce. Adalah to die for sekali. Cheese cake dia paling best lah in town. Seriously it is much better dari cheese cake yang kat secret recipe. Harga sepotong kek ni adalah Rm13.

Somehow, akak ada order the same dessert dekat Italianies di One Utama, tapi rasa dia tak sesedap cheese cake yang ada di Italianies di Empire, Subang Jaya.

Tengok pun dah tahu. yang paling atas tu yang di served di Italianies One Utama, yang bawah tu di Italianies Empire Subang.




Ini adalah mud pie, tapi its actually a chocolate and vanilla ice cream sahajork. Nothing fancy. Harga dia RM13 lebih kurang.





Yang ini is the best.

nama dia cream brulle. Memang syiokkkkkk sekali.



Cream brulle dia sangat lembut tapi padat dan creamy and melt in your mouth dan di atasnya ada gula caremel yang di bakar.

Again, akak found out, yang di served di italianies Empire subang adalah much better dari yang di hidangkan di One Utama.


dah habissssssssssssssssssss.....



So i guess, kalau korang nak cuba Italianies ni, akak recommend korang makan yang di Empire Subang. Sebab service dia lebih pantas, sebab dia akan sectionkan seorang waiter dekat area kita makan so senang nak panggil. Sedangkan di Italianies One Utama, waiter dia selalu ntah ke mana, dan akak tetap terpaksa menjadi tikut mengsuitttttt suittttt waiter untuk dapat service.


Sungguh tidak fine dining dan romantic sekali.


Oke lah, cukup bulan ni nak pergi fine dining lagi di Italianies dengan Kak Za, Mama Raz dan my lau kong...

Dan pastinya pilihan kami, di Italianies Empire Subang.


Chowwwwwwwww chinnnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuuuuuu


p/s: sila klik gambar-gambar itu untuk nampak lagi jelas.... kecuali gambar no 1 tu ya

Wednesday, September 22, 2010

USB Port

Zaman sekarang ni semua orang ada computer. At least ada mengunakan komputer di pejabat. Ada yang pakai PC, ada pakai Laptop, ada pakai notebook dan sebagainya. Ada yang lebih technology savvy akan mengunakan PDA phone dia macam I-phone dan Blackberry, HTC dan sebagainya sebagai komputer peribadinya dan untuk membuat tugasan-tugasan di opis.

Macam akak, gadis urban, semua nota-nota dan powerpoint presentation akak disimpan di dalam blackberry akak, dan bila akak perlu baca nota atau buat revision akak tak perlu on laptop, semua boleh di baca dalam blackberry. Dan bila akak nak buat presentation di luar, akak just cucuk je blackberry akak di mana-mana laptop, dan walllaaaaaaaaaaaa... akak terus boleh buat presentation dengan jayanya sekali.

Meletop tak akak? Meletop pom pom pom katanya...


Tapi untuk memastikan peranti akak di sambungkan di peranti satu lagi, akak memerlukan USB port.


Apa tu peranti, apa tu USB port?


Tahu?


Tak tau memang korang bodoh. Itu masalah ko, bukan masalah aku.


waakakakakkaakaka...


acah je, tak tau meaning sebab korang tak amik tau lah. Tapi mostly semua orang tau lah.


USB port ni secara teknikalnya akak pun tak tahu lah nak explain, tapi secara cakap biasanya, dia adalah macam penyambung peranti-peranti atau alat-alat yang kita sambungkan pada komputer dan ia juga mempunyai litar yang menyambungkan sumber kuasa.


Ala-ala 2 in one gitu, selain menyambung peranti, dia juga ada power supply.


Jadi kebanyakkan alat-alat elektronik boleh di sambung terus pada computer kita tanpa kita terkial-kial nak cari powercord extension lah, suis elektrik lah dah sebagainya.


Contoh USB port macam kat bawah ni.




Ah nampak, jangan buat-buat terkejut ya. Semua PC sekarang ada menda ni. Unless korang guna PC yang zaman jepun dulu yang boleh dibuat tukun tiruan dan monitor dia hanya keluar warna hijau sahaja.


Jadi ada sesiapa yang tertanya apa kejadahnya lubang-lubang depan PC ni, memang korang bebal. Ini lah namanya USB port!



Tepuk tangan tepuk tangan...



Jadi sebagai gadis urban yang maju dan aktif, lagi bergaya dan sensasi dan berdaya saing lagi berteknologi tinggi, akak banyak sekali mengunakan USB port ini dalam urusan harian akak bila mengunakan PC.



Tu dia nampak, sampai abis port tu akak gunakan untuk bermacam-macam perkara. Nasib baik dia bagi 4 port je, kalau dia kasi 80 macamana?

80-80 port akak gunakan.

Tapi 4 port ini pun tidak cukup untuk kegunaan akak yang super sensasi dan berteknologi tinggi. Akak terpaksa menambahkan USB ini dengan mengunakan USB Adapter pulak. Macam kat bawah ni.


Tu dia kelas tak akak? Kelas kan...

Tak rugi korang baca blog akak yang super kelas orangnya ni. Korang patut rasa beruntung sebab selain dari cantik, pandai memasak, berbudi bahasa dan berhemah tinggi, akak juga teknologi savvy gitu.

Perdana Menteri pun kalau boleh nak kawan dengan akak tapi dia malu je sebab nanti orang cakap apa pulak kan.

Tapi takpe, at lease dia connected dengan akak melalui Facebook.



Macam-macam akak sambungkan pada PC akak ni.

Opss, sila abaikan beg kertas Louis Vuitton yang akak sengaja tak crop tu.

Ini menunjukkan akak bukan sahaja cantik, berbudibahasa, pandai memasak dan berteknologi tinggi, ia juga menunjukkan akak ni high fashion dan lagi bergaya gitu.


walaupun nan hado isi dalam beg itu setakat beg show off show off sahajork.


Selain dari alat-alat biasa macam telefon dan PDA, bermacam-macam lagi alat boleh kita sambung pada USB ni, macam gambar-gambar kat bawah ni.



Kita boleh sambung printer


Boleh sambung alat pemanas air. Satu hari nanti, dapur gas dan microwave oven pun kita leh sambung kat USB port komputer.

Boleh lah kita sambil kerja di opis memasak kek dan lauk pauk dan sebagainya.


Selain itu, USB port juga boleh digunakan oleh orang wanita untuk kegunaan harian dia macam video di bawah ini.


http://www.youtube.com/watch_popup?v=lsjU0K8QPhs&vq=medium


cuba lah klik link kat atas ni. Akak nak embed tak leh pulak.

Pandai pandai lah korang sendiri ek.



Oke lah, kelas dah start, infact dah start 10 minit tadi dah. Akak masih kat opis menulis blog lahanat ini. akak kena berambus dulu.


chowwwwwwwww cinnnnnnnn chowwwwwwwwwwwwww



Tuesday, September 21, 2010

New BB



remember dulu masa akak feeling-feeling nak jadi gadis urban, akak beli blackberry bold. Pastu akak punya happy macam jakun untuk tempoh beberapa bulan je sehingga lah BB bold akak tu kojol.

Pastu untuk memastikan akak tetap dalam band wagon gadis-gadis urban tu, akak beli pulak bold 2.


Kaya camana tah. Baik akak guna duit tu buat gi Beijing lagi best.

Tapi tu lah, orang cakap, ones yoy go black you never go back.

So akak terpaksa lah jadi orang miskin untuk mengumpul wang nak beli phone baru sehingga menyebabkan berat badan akak berkurang 0.05 gram sebab terpaksa mengurangkan intake makanan.

Pastu akak pakai tapi akak tak berapa happy sebab walaupun Bold 2 ini adalah superdupper lebih baik dari Bold 1 dari berbagai segi macam kelajuan, space, teknologi dan sebagainya, tapi screen dia kecik sikit menyebab mata akak sedikit juling juling air nak membaca tulisan dia tu. Lagi pun keyboard dia yang comel tu sangat lah tidak sesuai dengan jari-jemari akak yang halus mulus kudus bak sosej berkeju ni.

so guess what????

teka akak buat apa?





Yes, i bought a new one!!!! A Storm 2.

hahahahahahah ahahahahhaah ahahahhahaha ketawa gila macam orang bodoh.

Punya lah bengong, akak sendiri tak tau apa masalah akak. Feeling2 orang kaya, walaupun sebenarnya Hadoooo

Nasib baik lah electronic goods dan data connection bill ni ada tax deduction. At least tak le aku rasa bengap sangat.



p/s: suddenly akak gilakan BB torch pulak yang boleh slide slide tu. camana?

bila rasa ku ini rasa mu

sungguh syahdu sekali tajuk album kita kali ini. Lama sudah akak tidak menulis apa-apa di dalam blog ini. Bukan takde menda nak tulis, tapi sebab hari-hari akak tak pernah ada kesempatan untuk menulis apa-apa dalam ni. Dan lately, kebanyakkan entry dalam blog ini semua berkisarkan makanan. Blog ponen lain semua keluarkan gambar-gambar sensasi, blog akak keluarkan gambar makanan. Nampak sangat akak ni gems gems kan. Tapi bak kata kawan akak, we are not fat, we are big bones. kadang kala dia cakap, we are not fat, we are fluffy gitu.

Tapi yang pasti nampak sangat akak dah macam tidak berminat untuk menulis.

Anyway selamat hari raya akak nak ucapkan pada semua. Tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya, raya akak tak pernah nak meriahpun. Semenjak kehilangan arwah abah 20 tahun lepas, akak tak pernah nak rasa kemeriahan raya. Akak tak mampu nak adakan perasaan itu. Tapi akak cuba untuk buat orang lain happy. Akak cuba buat mak akak, adik beradik akak, dan anak buah akak happy pada hari raya. Walaupun akak akan menjadi bankrupt pada hari raya kedua. As long as they are happy, i am happy. Somehow bila hari raya menjadi semakin komersil, what makes people happy always put a hole in your pocket.

Money seems to be the centre of happiness nowadays. And as a ponen, the only way to make people happy with me, is to have lots of money. No one likes a poor ponen. They might clap at your jokes, they might admire your deceptive and fraudulent beauty, they might tell you many wonderful things infront of you, but before you can even turn yourself back, they might have sweared and insulting your existence and make a mockery out of your life.

Sebab tu kita tengok ponen-ponen yang di puji dan terima atau so called di terima masyarakat adalah yang berduit. dan circle tu berterusan berduit, berkerjaya, berpelajaran dan sebagainya. Ada ke orang nak memuji pondan-pondan lorong dan pondan-pondan bodoh.

Hanya kaum-kaum atau group-group dorang je yang memuji satu sama lain. Sedih kehidupan mereka.

Tapi what happen kalau kita berduit (at least sikit), berpelajaran tinggi, berkerjaya tapi kita tetap di hina? Dan what happen kalau yang menghina kita sendiri itu adalah orang yang paling rapat dengan kita?

Kadang-kadang manusia ini di hina bukan dengan kata-kata sahaja, tapi manusia juga boleh di hina dengan perbuatan. Sometimes, tanpa perbuatan dan kata-kata dengan diam sahaja kita boleh rasa di hina. Lagi-lagi kalau orang tu supersensitif macam akak ni.

Eh ke mana aku nak gi ni.

Akak nak ucapkan selamat hari raya je sebenarnya.

Tapi itu lah, kadang-kadang manusia lupa. Kita boleh cakap macam-macam pasal orang lain, kita boleh banyak tak puas hati dengan orang lain. Tapi kita alpa yang masalah ini semua timbul sebab kita yang letak standard terlalu tinggi, atau kita terlalu mengharap kesempurnaan dari orang lain, walhal kita sendiri penuh dengan kejelekkan.

Tapi kita takkan nampak kelemahan dan hinanya diri kita sendiri. Yang kita nampak adalah pekung orang lain. Yang kita buat permasalahan adalah kudis orang lain.

kadang-kadang akak tak larat lagi bila orang menghina perbuatan akak, bukan perbuatan buruk akak, tapi menghina apa yang akak rasa akak cuba berbuat baik. Ala-ala orang putih cakap, insulting one's intelligence lah gitu. Tapi kali ini insulting one's good moral behavior. Insulting my friendship, insulting my sincerity, insulting me for being true to myself, insulting me as a person who have feelings.

Yes, i have feelings too.