kelas macamana tak tajuk hari ni.
Jangan ingat businessman kaya je boleh ada taman dalam office. Akak yang duduk dalam opis gomen ni pun boleh buat taman dalam opis oke.
Jangan ingat businessman kaya je boleh ada taman dalam office. Akak yang duduk dalam opis gomen ni pun boleh buat taman dalam opis oke.
Bukan taman apa pun, taman lite lite sugi akak beli hari tu. Macamana ntah, akak feeling-feeling feng shui hari tu akak pun beli lah air terjun mini kat Metrojaya sempena Hari Raya Cina.
Kalau part membuang duit dan membeli barang-barang yang takde hasil dan end up jadi sampah sarap dan memenuhkan lagi ruang-ruang yang dah cukup penuh kat opis ke kat rumah ke, ko serahkan je pada akak.
Tapi bila kita beli menda-menda tak berfaedah yang membuat kita happy, especially bila menda tu murah dia seakan-akan memberi kesan therapeutic gitu. Seolah-olah kita telah mencapai kejayaan peribadi yang kita saja yang bertanding, dan kita saja yang akan menang.
Comel tak air terjun mini akak.
Air terjun mini yang boleh dioperasi mengunakan bateri atau adapter elektrik ini siap ada batu-batu, ada konsep api dari lampu diod berwarna kuning, ada konsep air yang mengalir dengan derauan bunyi-bunyian persis air terjun, dan diperbuat dari kayu yang sebenarnya adalah plastic akak rasa.
Pastu bila air tu mengalir keluar dari bahagian atas tu akan keluar buih-buih yang akan menghasilkan udara yang bersih gitu.
Walaupun sebenarnya nan hado. Tapi ada aku kisah????
Bukan mahal mana pun untuk kepuasan sendiri kan.
Untuk melengkapkan taman mini ni akak beli jugak, candle holder dengan rona yang sama seperti air terjun tu yang di hiasi dengan batu sungai kecil di sekeliling bekas lilin tu.
Memberikan suasana yang cukup romantik, Zen dan berfeng shui.
Sekarang bilik opis akak sungguh ranggi dan sophisticated, selayaknya untuk seorang gadis urban yang genit dan berdaya saing dan sentiasa mengatasi teknologi.
Mati lah.
Tadaaaaaaaa
Gabungan air terjun dan bekas lilin ni persis membentuk sebuah taman mini yang indah dan automatis menjadikan meja sisi akak semakin hebat, menarik dan kelas gitu.
Ko ado?
Walaupun....
p/s: funny how small things can make you happy, and bigger events will not move your heart a bit.
p/p/s: funny how i can make myself happy, when i am supposed to be sad. Our mind sometimes have a mind of its own.
5 comments:
"Our mind sometimes have a mind of its own."
Saya suka phrase ni kak...thanks.. minta idjin untuk guna dihari muka kelak
kelasssss koooo
tp mmg cantik la..kalo ada lagi tulung beli bulih??? akak nak letak dalm bilik tido...
agar lebih memberikan kesan 'sensasi' wakakkakaak lariiik
gadis urban yang genit dan berdaya saing <--- that never failed me to LOL!
wow so cool lah your office!
wah mcm batu bersurat terengganu sudah...takde tulisan jawi-sanskrit kuno jer...
aka beli kat mana, candle holder ngan batu2 tu ? cantikla. nak cari jugakla
Post a Comment