Sunday, December 12, 2010

Putu Putu Putu

Cerita pasal makan lagi ya hari ni.

Keji lah blog ni kan. Blog bapok lain semua dok cerita pasal lemang, blog aku dok cerita pasal mencekik, menketedarah dan melahap je. Nampak sangat lah apa hobi akak kan, walaupun tak payah bagitau.

Anyway, semua orang perlu mencekik beza nya banyak dan sikit je, sama seperti membezakan kancil dan kerbau. Dalam konteks akak aktiviti mencekik akak lah yang telah menyumbang kepada keseksian dan lekuk-lekuk yang mengiurkan dan menghairahkan di tubuh akak ni.

Macam mana orang lain ada dua payudara, akak ada enam!!

2 di depan, 4 di belakang. More to love gitu. Jangan marah.

Tak perlu gi jumpa Dr. Nara ke Dr. Kuladet ke, atau gi bangkok buat tetek.


(tepuk tangan)


Berbalik pada kisah makanan kita hari ini. Akak nak sambung cerita pasal makanan di Kelantan. Di Kelantan selain dari popular dengan makanan-makanannya yang uniknya terdapat kat sana je, macam nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasik kukus, laksam dan sebagainya, mereka juga popular dengan kueh-muehnya yang sungguh cantik-cantik.


Kalau sesiapa yang pernah merasa ke Kota Bharu especially masa waktu bulan puasa, akan melihat bermacam-macam jenis kueh mueh di seluruh kelantan akan di satukan di satu tempat. Actually, tak perlu tunggu bulan puasa pun. Setiap hari kita leh dapat cari kueh mueh kat Kelantan tu kalau tau tempatnya.


Kueh-kueh kat kelantan ni kebanyakkannya manis-manis dan banyak menggunakan pulut, kelapa dan telur sebagai bahan asas. Rasanya kalau kita buat kajian, mungkin penguna gula terbanyak di Malaysia adalah orang-orang kelantan. Kueh-mueh dia memang manis tahap gaban. Ala-ala kalau kita melantak kueh orang kelantan ni hari-hari penuh lah hospital dengan pesakit kencing manis.

Tapi yang peliknya, orang kelantan ni sihat-sihat je. Mungkin badan dorang dah terevolusi boleh menerima gula yang banyak kot. Ntah lah.

Anyway,


Hari ini akak nak ceritakan satu jenis makanan yang kita biasa tengok kat KL ni, atau mana-mana negeri kat Malaysia, tapi di Kelantan dia ada sedikit twist gitu. Macam orang dia jugak, kueh dia lain dari yang lain.


Akak nak ceritakan pasal Putu Piring.


Tapi sebelum tu mari kita lihat perihal putu-putu ni.


Akak tau tau lah berapa banyak jenis Putu yang kita ada, tapi yang paling popular sekali dah tentu lah putu piring, putu bambu dan putu mayam macam gambar-gambar kat bawah ni.

Tapi sebelum tu akak nak buat disclaimer oke. Gambar-gambar ni banyaknya akak kebas di internet sajork. Copy and paste, tapi akak tak bubuh link dia. Satu sebab blog ini bukan untuk tujuan commercial dan dua, sebab aku malas dan tak kuasa sebab takde nya akak amik gambar dorang, dorang jadi miskin. Dan takde nya gambar-gambar ni menjadikan dorang jutawan.

Marah katanya.


Maklumlah dulu akak pernah dapat call dari sorang pompuan feeling ni nak saman akak semata-mata akak bubuh gambar kek dia dalam blog akak. Macam le akak ni kerja buat kek kan. Dapat masuk dalam blog aku yang ada 5 orang pembaca ni pun dah cukup baik dah, dari blog dia yang ada 3 pembaca itu je. Dia, suami dia, dan orang gaji dia.

Keji.



First kita ada putu mayam. Putu mayam ni dah sah-sah le bukan makanan Kelantan ya. Putumayam adalah kueh orang india. Dan nak cakap kueh pun tak jugak, sebab orang india makan putu mayam ni untuk breakfast. Dan akak pun tak tau samaada nak di letakkan dalam kategori yang sama dalam putu-putu yang lain. Tapi sebab bahan dia dan cara pembuatan hampir sama, jadi kira oke lah.

Putu mayam ni diperbuat dari tepung beras yang kemudian di kiraikan di atas nyiru kemudian di stimkan.

Pastu di tabur dengan gula merah, dan kepala parut. Sedap sundelll...

Putu mayam ni pun boleh di makan dengan kari atau kueh dal dan rasanya sedap seperti menjilat pundek katanya.

Sedap camana tah.




Kemudian kita ada putu piring. Sama macam putu mayam, ia jugak diperbuat dari beras. Tak tau lah beras pulut atau beras biasa.

Kaedah yang sama juga di mana kueh ini akan di stim di dalam bekas-bekas buluh dan dalamnya telahpun di sumbat dengan gula, gula melaka dan ditabur dengan kelapa parut.

Bila makan panas-panas, mak mertua korang lalu pun korang tak perasan, dan kalau mak mertua ko mintak sikit, korang akan rasa benci dengan mak mertua korang dan wish ko tak pernah kahwin dengan anak dia.



Kueh seterusnya adalah putu piring.

Sama macam putu bambu, dari segi rasa, bahan dan kaedah membuatnya. Kecuali dari rupa bentuk dan acuan agak berbeza. Kalau putu bambu tu bentul silinder, dia berbentuk piring, thus the name putu piring.

Tekstur dia pun berbeza gak. Sebab dia lebih lebar dan kadar permukaan dedahan yang terkena stim tu lebih besar sebab jejari darab pai kuasa dua dia lebih dari putu bambu (gituuuuuuuuuu, saintifik sangat) maka kueh ini lebih lerai dan lebih lembut.

Putu bambu tu dia padat sikit lebih moist, makakala putu piring ni sedikit dry gitu.

Camana hebat ntah akak dalam hal putu-putu ni. Konfiden je akak kasi fakta kan.

Walaupun sebenarnya fakta tak betul.

Tapi zaman sekarang ni people believe what ever they want to believe, dan they believe what ever people write, especially in the new media macam blog ni. Orang tak percaya dengan mainstream media kononnya.

Sebab tu sekarang ramai orang semakin bodoh sebab percaya je apa yang ditulis di dalam blog-blog konon itu lah apa yang sebenarnya berlaku, sedangkan kebanyakkan penulis blog ni propah je lebih, dan tulis sesuka hati tanpa ada unsur sensitiviti, tanpa menyelidik, tanpa membuat sebarang kajian dan tanpa fakta yang tepat, dan tetap penulisan mereka popular walaupun tidak mendapat latihan menulis yang betul, atau menulis perkara yang betul.

Lain lah macam akak. Akak penulis yang jujur tanpa ada sebarang niat komersil, dan suci murni tidak mencari publisiti murahan, urban, maju dan sophisticated, cantik dan bertubuh seorang model international, berbudi bahasa, pandai masak dan terpelajar.

Mati lah..


(Sila bunuh diri sekarang)


Anyway, jeng jeng jeng....


Berbalik pada kisah putu.


Di Kelantan, kalau kita naik kereta dan pergi atau balik sepanjang perjalanan dari Kota Baru-Machang-Kuala Krai, kita akan nampak gerai-gerai yang menjual putu piring jugak.

Tapi putu piring dia tak sama langsung dan rasa sangat berbeza sekali.

Putu Piring di KB tidak mengunakan beras.


PUTU PIRING HALBA




Nampak tak Kaler dia pun lain sikit. Rasa pun berbeza, teksturnya juga berbeza.

Putu Piring di Kelantan mengunakan ubi kayu (rasanya kot, atau sagu) tapi tidak mengunakan beras. Dan dia ada sedikit rasa rempah sebab campur dengan halba.

Sebab tu kaler dia sedikit kekuning-kuningan camtu.


Halba tau apa? Nama saintifik dia Trigonella Foenum-graecum.

Kelas kan nama.



Halba ni banyak khasiatnya.


Salah satu kebaikkan Halba dia boleh mengurangkan penyakit kencing manis gitu. Sebab tu orang Kelantan sihat-sihat walaupun makan benda manis-manis.


Orang cina pulak mengunakan halba untuk ubat kuat nafsu lelaki dan perempuan dan mengurangkan masalah mati pucuk.

Orang Kelantan kuat makan halba. Nasik dagang dia pun ada halba gitu.

Sebab tu orang kelantan power-power.

opssss.


Actually, rempah ratus ni banyak khasiatnya. Sebab tu dulu orang eropah sanggup bergadai nyawa, belayar beribu-ribu batu menjajah, berperang nak dapatkan rempah ratus ni. Contoh macam Black cumin atau Habatus Sauda tu pun lagi banyak gila khasiatnya. Macam-macam penyakit dia boleh sembuhkan.

Tengok orang India misalnya sihat-walafiat. Jarang terkena penyakit pelik-pelik. Especially kat India misalnya, masa orang semua sibuk H1N1, selsema burung lah selesema babi lah, dorang releks je. Sebab dorang dah mangli penyakit-penyakit ni sebab banyak makan rempah ratus.


Apa kejadah nya aku cerita pasal rempah ratus ni pulak.


Oke lah sampai sini je lah.


chowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

4 comments:

Kak Chik said...

putu halba ni di buat daripada ubi kayu parut yang di perah airnya.
putu ni paling banyak bila musim tengkujuh, sebab masa tu musim mencabut ubi terutamanya yang ditanam ditebing sungai kelantan. masa tu segala mak nenek ubi ada kat klate. ubi keling, ubi itik, ubi badak, ubi setela (keledek)dan ubi kayu.Pelbagai kueh dari ubi boleh makan sepuasnya. Antara yang best...poli ubi kayu. Simple sangat membuatnya..tapi best giler.

Fiebie said...

poli ubi kayu????


tak tau pun. tak jumpa. nak kena rasa ni.

ahh, tu ha segala sejarah putu halba telah dikeluarkan.

bravo kak chik

SINORA said...

salamm.. penggemar blog fb.
jan marah dik.

sedap post kali ini.
sempat lagi gelak...
tp yg sedih 1 pun
belum pernah ku rasa.
kirim salam ja la putu.

hebat fiebie & mesti la
kak chik jg..

Aan Andes said...

satu lagi..beko ubi kayu. ubi kayu parut, pastu masak ngan gula melaka, pastu served with kepala santan (santan + tepung gandum + garam)

haha dah jadi blog makanan pulak.

anyway halba juga digunakan utk tambahkan susu.

hmm when u said it can promote libido, how ironic because I was browsing papers last night and came across this iklan on kohimitsu, the japanese drink, ada drink utk promote libido and one of the ingredients is halba (fenugreek) and I was like..laa..senang je nak treat this problem (a bit TMI here but for knowledge sharing) after gave birth normally perempuan susah nak catch balik the old libido, or will take time, mcm mine took like 9 months baru ok balik. Kalau tau halba ni can help, dah lama telan hahaha.

Oh ya, halba pun can be a nice scrub, grind it with beras pulut, and scrub ur body, kulit halus jer.

Anyway keep on writing FB ;)