Friday, December 10, 2010

Plaza Premium Lounge

Hello Deknon...

Sihat korang? Macamana indeks jiwa korang kesan dari kenaikan harga minyak dan barang-barang runcit kat negara kita ni?

Minyak naik 5 sen, gula naik 30 sen dan macam-macam lagi le naik. Gaji je tak naik-naik ya.

Masih boleh meneruskan kehidupan dengan rasa gumbira?

Tapi elok jugak, harga gula naik. Boleh mengurangkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan gula ni.

Anyway, speaking about gula, hari tu akak balik Kota Bharu.

Tu diahhhhh balik KB katanya, walaupun kampung halaman sebenarnya di rembau. Feeling berlaki sangat kan. Ala-ala balik jumpa pak mertua gitu. Walaupun sebenarnya menyorok-nyorok sebab kalau pak dan mak mertua terserempak abis le akak kena sula kat depan pusat kraftangan kota bharu tu karang.

Saja je akak gi sana pun. Saja nak jalan-jalan makan angin, makan nasik, makan kueh mueh dan sebagainya. Lama sangat kerja kat ladang getah tu, hari-hari mengadap getah dan kelapa sawit memang agak membosankan. Jadi sempena ada cuti awal muharam, akak pun feeling jenjalan sana.

So akak gi driving le ke sana, dengan my lau kong. Plan nye nak duduk sana seminggu dua, tapi tak pasal-pasal ada email suruh balik cepat nak kena siapkan dokumen pastu akak kena menghadiri seminar tak dapat lah spend time sana lama-lama.

Sepatutnya kalau ikut perancangan, akak nak drive balik sorang-sorang ni ke KL. Feeling wanita perkasa dan independent, lagi urban dan sophisticated.

Tapi masa on the way ke KB tu, akak telah menyaksikan eksiden yang maha hebat di jalan Kuala Kerai-Machang yang melibatkan beberapa kereta dan sebuah lori. Seram tengok kereta Myvi tu terbelah dua macam kertas yang carik.

Masa tu pulak barangan bergelimpangan dan ada dua tiga tubuh bergelimpangan tengah jalan. Masa akak sampai tu, menda baru berlaku. Akak sempat tengok sorang kakak ni tengan memujuk salah sorang dari keluarganya yang sudah terdiam kaku di sirami hujan gerimis malam yang tidak henti-henti sejak dari Gua Musang.

Sedih, sayu dan Pilu sangat keadaan itu. Bayangkan lah dorang dah drive jauh dari KL, dah nak dekat sampai dah ke kampun halaman pastu rezeki takde.

Niat hati nak menolong, tapi tak tau nak tolong camana. Dan seriously aku pulak memang tak de keberanian dan kepandaian nak menolong menda-menda macam ni. Since menda tu berlaku kat atas jambatan, kalau akak berhenti kan kereta pun akan menyusahkan orang lain, jadi akak teruskan jugak perjalanan ke KB.

(walaupun sebenarnya takut nak menolong)

Jadi lepas dua tiga hari lepak kat KB, masa nak balik tu hujan sayup-sayup. Pastu akak tiba-tiba rasa seram sejuk dan hilang konfiden, pastu akak buat muka comel ala-ala wanita pasrah yang lagi lemah dan gemalai pastu laki akak tak sampai hati, dia pun ikut teman akak balik KL semula. Sampai KL nanti dia akan naik bas balik ke KB.

So sweet...

Hik.


Kan gigih camana ntah, dua dua.

Walaupun akak cakap je kat dia akak boleh balik KL sendiri, tapi itu semua sekadar cakap palsu je. Kalau dia suruh akak balik KL sorang-sorang, harus lah akak lancarkan perang saraf selepas itu selama 3 bulan. Nasib baik dia tak berani nak kasi bini dia yang comel bak ikan paus ni balik sendiri.

On the way nak balik KL tu, sian pulak nak suruh dia naik bas kan. Tangan pulak dok gatal-gatal tengok Airasia, pastu ada tiket murah gila, terus akak book flight je. Kalau aku tau tiket gi KB murah macam tu, takde lah akak gigih drive 6-7 jam ke sana.

Esok nya, pada hari yang sama , anak ayam akak dua orang akan ke London sebab dorang menang peraduan menjahit-jahit baju piala tenun apa ntah. Tapi flight dorang kul 2, flight laki akak pulak lewat kul 4.

Jadi kita orang pun gi lah awal ke airport. Tapi tak sempat pun jumpa dorang, sebab dorang dah masuk boarding room. Hazab.

Pastu nak kena tunggu 3 jam le jawabnya nak menunggu flight ke KB.

Jadi le kita dua macam orang bengong, berjalan tak tentu arah ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan.

Tiba-tiba akak terjumpa kawan akak kat airport lcct.

Kawan akak yang super best tu ajak lepak kat Plaza Premium Lounge kat LCCT tu.

Mula-mula akak agak keberatan le malu-malu kucing, dan bagi alasan nak jenjalan kat airport, (walaupun sebenarnya tak mampu nak masuk premium lounge tu). Tapi bila dia cakap, masuk je, dia settle kan semua, akak dengan hati girang pun masuk le lepak-lepak kat premiun lounge tu.

Mana tak nya nok, nak masuk premium lounge tu kena beli tiket first class atau business class. Kalau ko setakat beli tiket low class, jangan harap le nak dapat masuk dalam tu free.

Kalau tak beli tiket first class/business class kita kena bayar RM180.00 untuk dua jam. Jadi bayangkan kalau dua orang tak ke dan RM360 hengget. Tu tak kira tax-taxnya lagi.

Jadi bila orang dah offer, maka akak dengan rasa penuh bangga dan kembang hidung yang sedia ada kembang macam bunga reflesia ni pun masuk le dalam tu. Macam best je tengok orang lain semua macam makan hati tengok akak masuk dalam bilik tu.

Dalam tu semua orang putih je, sebab RM180 tu bagi dorang cam sikit je. Orang kita tak biasa lagi konsep-konsep holding room ni. Unless dorang beli tiket first class.

Best you all dalam Premium Lounge ni. Macam-macam ada. Dan bila dah bayar RM180 kita leh buat apa je dalam tu free dan boleh makan-makan semua free gitu. Nak mandi manda pun boleh.






Ah tu dia, boleh guna internet free.
Ada perkhidmatan photostat free



Pastu ada cafe boleh makan-makan free.

Tengok dalam peti ais tu, beer pun free you all. Sapa-sapa yang kaki botol tu harus merasa gumbira boleh minum-minum free sampai mabuk muntak terbelahak katanya.


opss tangan sapa yang gemuk tepi tu.


Ni akak suka sekali, ada kerusi urut free. Akak dulu teringin nak beli kerusi urut ni. Ada le sekali tu mulut ni gatal le nak tanya jurujual kerusi ni berapa harganya.

Bila dia cakap harga kerusi ini yang sama mahal dengan yuran akak buat masters dulu, terus akak kansel.

Dari aku beli kerusi ni baik akak buat lagi satu masters.



Paling penting sekali ada makan-makan free you all. Ko melantak lah sesuka hati sehingga mati terguling dalam tu selama dua jam. Takde sapa nak marah. Buat je macam rumah sendiri.

Tapi jangan lah expect ada steak ke lemang ke, rendang ke, ayam belanda panggang dan sebagainya ya dalam tu. Tapi yang basic-basic macam pasta, nasik goreng, semua adalah.


Ramai mat salleh dalam tu, tapi dorang tak makan pun. Yang melantak nya kita dua orang je. Dorang duduk dalam tu semata-mata nak membuta je.

Baik dorang kasi akak RM180 sorang, akak siap kasi bilik sewa lagi lengkap dengan butler dan tukang urut lagi.


ada cereal bar


ada salad bar


ada pudding



ada pasta, nasik goreng, ayam goreng bagai.



Seronok je akak dengan laukong makan dan lepak-lepak kerusi urut, tengok tv bagai tak henget pastu terlewat beratur masuk boarding room. Sampai kena panggil nama kat public announcement tu. Glamer camana ntah.

Nasib baik dah web check in awal, dan dia orang kasi naik kapal terbang. Kalau tak merasa le beli satu lagi tiket kapal terbang katanya kan.


Jadi sapa-sapa ada duit banyak, pastu gi airpot tu bosan-bosan tak tau nak buat apa. Boleh lah lepak kat Plaza Premium Lounge dan feeling-feeling orang kaya gitu.

Best. Cuba lah

1 comment:

Cik Benang said...

Lah, awat x ghoyak akak dtg KB. Awal Muharram tu saya buat perarakan dari rumah ke rumah (konsep xmas carol, tapi marhaban la kaann). Kalu x boleh akak join n mengurangkan sket indeks kegajahan akak ittew. *tu diaaah. 1st time komen terus caruts akak2.