Tuesday, July 20, 2010

Tranung Kiteee

Pada satu hari bulan lepas precisely 12 hb June, akak bangun pagi. Celik mata je, akak terus call kawan akak Siti Syamsiah Gargentuem Lempukrina. Akak cakap dengan dia..

"u ol, buat apa... jom pergi breakfast"

Pastu dia jawab...

"Lets, u ol. Nak breakfast kat mana?"

Pastu akak jawab...

"Kuantan?"

Pastu dia jawab...

"haaaaaa??? ko dah gila... mabuk toot toottt totott **@$#$$ &^&&* %$$ &^%%... oke lets"

So kita dua pun siap-siap dan pergi lah Kuantan.


Sekian terima kasih.


Anyway, ada lah sebab nya akak nak ke Kuantan tu. Tapi hazab le nak drive sengsorang, jadi akak hangkut le sekali dia. Sebenarnya akak mengalami sindrom bapok gigih pada ketika itu. Memandangkan hari itu adalah besday laki akak dan dia pulak ada kat Kuantan gih jenjalan dengan kawan dia pergi celebrate kat Gambang.

Gigih tak?

Tahap babi punya gigih kan.


Tapi ada aku kisah?


So sampai kat kuantan, takde le waktu breakfastnya pun. Sampai-sampai dah waktu dinner. Camana.

Biasa lah kalau bapok-bapok punya planning, kena di lambatkan 3-4 jam. Kalau dah kul 2 petang baru nak pergi, breakfast kejadahnya. Unless bulan puasa, sempat lah breakfast masa maghrib gitu.

Oh tak lama lagi nak puasa, korang dah fikirkan apa nak makan pada hari pertama puasa?

Akak first day puasa nak makan murtabak, roti john, mee udang, popiah, kueh bingka keladi dan air tebu dengan cendol. Sikit je kan.

So malam tu kita sampai lah kat Kuantan. Pastu since dah malam, tak leh balik ya. Walaupun akak gigih nak ke kuantan, tapi akak takde lah gigih nak balik malam tu jugak.

Jadi kita pun jenjalan lah kat kawasan Kuantan yang maha bosan tu. Pusing 10 minit dah abis dah bandar tu di jelajahi. Supermarket pun ala-ala sedih, pastu makanan kat Kuantan ni takde satu pun yang meletop.

Kalau korang tanya satu ibu negeri paling membosan di Malaysia ini. Akak rasa ramai orang sebulat suara akan cakap Kuantan.

Mati lah akak kena maki dengan Menteri Besar dia yang garang ituewwww.

Maaf ya Dato' Seri Adnan ya.

Kita just kidding kidding je.


Jadi ada menda yang akak nak buat. Menda yang menarik dan lama tak dibuat. Selain dari pergi feeling-feeling baring-baring di tepi pantai Teluk Chempadak sambil tengok bintang gitu. Camana tak romantiknya kuis kuis pasir dengan tangan dalam keadaan malu-malu gitu. Rasa macam keji sangat. Nasib baik tak kena baling batu je time tu.

Somehow, i dont feel satisfied.

Sebab dalam kepala akak ada satu menda yang akak mesti lakukan.

Nak tak nak akak mesti lakukan jugak.

Nak tau apa menda yang akak mesti lakukan tu?

.
.
.
.
Bersambung minggu hadapan. Nantikan episod kedua jalan-jalan ke terengganu
.
.
.
.
.


acah je....

alah, bukan apa pun. Takde le menarik dan misterius sangat pun menda akak nak buat tu.

Alang-alang dah sampai Kuantan akak teringin nak pergi makan roti bakar di Hai Peng Kemamang.


Akak mesti pergi Kemaman... mesti tak kira.. mesti gi jugak.


Dulu masa muda-muda akak selalu gih lepak Hai Peng ni. Masa tu kedai dia kecik je, ala-ala restoren kecik bawah satu bangunan. Sekarang dia dah siap beli bangunan tu dan namakan bangunan tu Wisma Hai Peng bagai.

Dulu nak makan senang je, gerenti dapat tempat tak kira masa sekarang kena beratur dan kena tunggu meja.

Kelas camana tah. Dan semua ini berkat menjual roti bakar je.




Ini lah dia roti bakar yang menjadikan Hai Peng sangat-sangat fofular, jutawan dan meletops letops bak Siti Nurhaliza gitu sebelum dan selepas kahwin gitu.




Tu anak taukeh atau menantu taukeh kat counter tu tengah sibuk kira duit... 1 ribu, 2 ribu, 5 ribu... aku kayaaaaaaa gitu dia cakap dalam hati, tapi dalam bahasa cina.


Konsep Hai Peng ni very der CIMB bank gitu. very der satu Malaysia. Cina, India, Melayu dan Banggali semua datang memeriahkan lagi restoren ini.



Ko jangan feeling-feeling dapat kerusi terus ya. harus kena aim mana-mana meja yang kosong sebatu lagi dan terus berlari kat meja tu. Tak pun kita duduk kat tepi meja-meja yang orangnya dah nak hampir abis makan. Atau pun berdiri je kat sebelah mana-mana meja dan buat perangai cam beruk macam bersin kuat-kuat, batuk-batuk, garuk-garuk badan dan kepala macam kita ni jenis ada penyakit yang berjangkit gitu.

Harus, kejab je orang tu makan cepat-cepat dan mesti belah punya.


Nasib baik akak tak lama, sebab 10 minit lepas tu dapat le tempat duduk.

Nampak tak dua orang pukee Melayu dalam gambar ini. Akak sakit hati nau dengan dorang ni. Masa tu kedai tu penuh, dan dia dua orang duduk satu meja yang ada 3 lagi kerusi kosong. Sedang elok dan ngam-ngam dengan kita bertiga.

Bila kita orang cadang supaya kita join tempat duduk dia, dia orang tak kasi. Dia cakap meja dia dah penuh, ada kawan-kawan dia nak datang.

So tak kisah lah, jadi kita orang tunggu lah meja lain. Pastu ada satu family Cina ni, dia panggil kita orang duduk meja dia. Sebab family dia dah abis makan. Sedangkan sebelah meja tu ada satu kumpulan orang cina yang baru sampai sedang menunggu meja yang sama. Meaning ada dua group lah yang aim meja tu. group akak dan satu group lain.

Akak rasa terharu sebab dia panggil kita orang dan bukan kaum dia untuk offer kerusi tu. Ala-ala family cina tu very der mengikut kuota Merit dan bukan Kuota Kaum gitu.

Satu keadaan yang tidak akan kita dapat lihat di Kuala Lumpur.


You know what happen to that 2 Malay Ladies tu?

Kita orang duduk betul-betul meja dia, dan mengumpat-ngumpat sambil tengok-tengok dorang. Sebab apa tau, sampai la kawan-kawan dia tak sampai-sampai. Sampai abis makan. There were no friends pun yang nak join dorang. Dorang just tak kasi kita join duduk makan kat situ.

Kimak sangat, ko ingat ko chantek (cantik jugak lah sebenarnya) aku nak join duduk tempat korang sebab nak mengurat muka ko yang setakat rupa macam sampan pecah tu dan dengan pakaian yang fashion disaster of the year tu.

Sungguh keji dan memalukan perangai dorang lah.

Tapi laki akak pun satu, orang suruh tanya boleh join ke tak, dia pergi buat aksi ramah tamah dia pulak. Dah tentu-tentu lah pompuan tu ingat kita nak mengurat dia.

Anyway, enufffffffffff


Mari kita sambung






Nyum-nyum bertahun-tahun lama menunggu. Adalah dekat 5-6 tahun, akhirnya akak dapat merasa semula roti kahwin bakar haipeng ini yang lazat sekali ini.


Rasa dia tetap sama. Tak berubah.

Yang berubah hanya lah kualiti servis dia yang menjadi semakin baik dan cepat, presentation makanan dan minuman dia semakin kelas, menu-menu dia yang bertambah dan restoren dia yang semakin sibuk dan meriah.

Memandangkan kita sampai dah agak lewat, jadi takde lah dapat makan menda lain. Kalau kita gih pagi macam-macam makanan ada kat sana. Ada nasik dagang, nasik minyak, karipap ikan, pulut panggang isi ikan, dan macam-macam lah. Kalau lewat tinggal roti je lah.

Tapi its oke, akak memang nak makan roti dia je





Just the way i like it like before. Rasa tetap sama. Roti kahwin ni di bakar di atas dapur arang yang memberi aroma yang mengasyikkan dan di sapu dengan kaya dan mentega yang melimpah ruah.

Sekaya untuk roti ini di buat sendiri oleh kedai ni, jadi rasanya berbeza dan takkan sama kalau ada mana-mana kedai yang cuba copy and paste makanan dia ni.


Akak mengalami orgasm dan kepuasan ketika itu sehingga payu dara akak mengigil kesejukan gitu.




yang ini menu baru. Dulu takde kat Hai Peng.

Air Limau blended. Yang bestnya pasal limau blended ini, dia menggunakan jus limau Nipis dan bukan limau kasturi. Dan kalau korang tengok betul-betul ada kaler hijau-hijau tu kan, itu bukan nya mint tapi adalah daun limau purut yang dikisar bersama dengan jus tersebut.

Rasanya amat nyaman dan out of this world.

Rasa macam tomyam ice.

Sedap sundel, cuba lah.




Ini lah pulak keadaan nak balik KL, selepas tol Karak-Gombak.

Hazabbbbbbbbbbbb.



Tapi takpe, itu lah percutian yang paling bermakna untuk akak tahun ni. Dapat celebrate besday dan jalan-jalan dengan kawan di kuantan dan kemaman.



Sesiapa yang teringin nak gih makan kat Haipeng ni, boleh lah pergi ke Kemamang dan kedai ini betul-betul di persimpangan utama Bandar Kemamang, and you can never miss it.


Oke sampai jumpa lagi.


Chowwwwww cinnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuuuuuu

9 comments:

@rep said...

KERANA CINTA.. KUASA CINTA..

Endnewar Cecilia Edderest said...

kekadang kerana cinta... kukorban segalanya...

kekadang kerana cinta... sanggup kulakukan apa saje..

Demimu cinta..

Kyra said...

tak baik taw cakap kuantan bandar paling bosan....ada tempat yang menarik tapi menjadi larangan untuk uols..bila bersama laki uols...hahaha

makanan di kuantan best la...di tanjung api..tanjung lumpur...berserah...ada tempat yang sangat best...view pun oke...

Cherating??? jangan cakap la...

Sungai Isap....huh....i loike...

East Coast Mall...adakah shopping mall ini berada di KT...or Kota Bharu???

Overall Kuantan adalah pusat utk pantai timur....

kwae orang kuantan...dan bangga jadi rakyat pahang...semuanya ada disana....

Pnut said...

Aku menyesal sungguh masuk sini, merembes ayaq lioqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq
tengok roti tu... gila..

dah la posa ni...

ko ingat kemaman tu dekat ke? aku nak gi sana??? benci la

theblabber said...

hai peng the best!!!

mengikut kuota merit eh? hahaha..lawak giler :)

Anonymous said...

uols mek sms tak reply pon..incase akak slah no lets e-mail mek no uols ... mirch_marcello@yahoo.com


**jap nak komen..dah angau sanggup n gegeg wat apa pun hehe

Beruang Madu said...

Kenapa yek... kat memana pun kalau masak kecil kecilan jer memang jadi sedap.. tapi kalau dah banyak semua jadi tak sedap...

Kalau ke Ganu... wajib di try itu rotih...

ilyannie said...

cepatla update kak fiebie.. dh masuk bulan pose dah ni. citer la something pasal judah berbuka ke..pls pls pls..

::airswift:: said...

airswift likes this post.