takut tak?
Imagine korang jalan malam-malam tiba-tiba ada sorang aci ni buat camtu kat depan ko. Tak terburai isi perut ko tengah jalan. Tak pun terus innalilah kat situ jugak katanya.
Yes, entri makan lagi katanya. Sempena Deepavali yang akan datang tak lama lagi (lagi 3-4 bulan) akak nak buat entri makanan india pulak.
Akak ni memang ada masalah dengan indian food. Akak suka gila makan makanan india, akak pun tak tau kenapa. Mungkin sebab muka akak yang hitam legam ni ada konsep-konsep kelly ng sikit kot. Tak pun masa kecik mak bapak akak kutip akak dari rumah orang India, akak pun tak tau. Tapi masa kecik-kecik dulu amah yang datang jaga akak dan adik-adik akak kat quaters LLN dulu adalah orang india.
Ntah-ntah masa mak akak gih kerja tu dia nenen kan akak dengan susu dia kot. Tak pasal-pasal akak ada ibu susu Aishwarya Rai katanya.
Kadang-kala akak pun pelik camana ntah akak boleh reti cakap tamil sikit-sikit, dan bila tengok filem tamil akak selalu rasa macam akak faham apa dorang cakap, especially masa zaman sekolah dulu masa akak kena gossip dengan kumpulan-kumpulan militan tamil kat sekolah akak macam faham apa dorang cakap, siap boleh maki balik dalam bahasa tamil ni.
Kadang-kala akak sendiri heren dengan keupayaan akak.
Oke kembali kepada entri makan-makan kita kali ini.
Kali ini akak nak review makanan di Restoren Nasik Daun Pisang Khanna, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Khanna Curry House terletak di Petaling Jaya berdekatan dengan Hospital University dan berhadapan dengan Sekolah La Salle PJ ini menyediakan himpunan-himpunan makanan India yang nalarekek sekali.
Nasi Daun Pisang adalah makanan orang India Selatan yang terdiri dari nasi putih yang dihidangkan di atas daun pisang. Hidangan ini selalunya adalah makanan vegetarian dan dimakan bersama beberapa jenis lauk-lauk yang berasaskan sayur-sayuran. Kemudian beberapa jenis kuah kari akan dituang di atas nasi tersebut dan boleh le kita memakan seperti orang kebuluq.
Tapi di Malaysia, konsep makanan ni dah berubah sikit bila nasik daun pisang ini jugak di hidang dengan ikan, ayam dan kambing.
Tapi korang jangan le pulak gila gi mintak kari lembu kat restoren India. Dorang hempuk korang dengan kerusi karang.
Jom makan
Tu dia, nasi dia lembut dan gebu gitu. Orang india dia tak tanak nasik. Dorang rebus nasi itu, dan selalunya masa rebus nasi dorang bubuh sikit sodium bicarbonate atau serbuk penaik. Bila nasi tu dah hampir masak, dorang akan tapis nasi tu dan tos kan sehingga kering. Sebab tu nasi dorang tak bergumpal-gumpal.
Tu dia, 3 orang gemuk sedang siap sedia untuk melantak. Akak di teman oleh Syamsiah Buncit, Asmidar Gorgon dan akak sendiri Putri Mulia Chantaque Fiebie Rossa Imani.
Camana tah sedap namanya, sesedap nasik daun pisang.
Sila perhatikan alur daun pisang itu akan sentiasa ke kanan. Atau pangkal daun sebelah kiri, dan hujung daun sebelah kanan.
kalau tidak susun camtu, tukang hidang dia akan masuk neraka.
Kemudian beberapa jenis sayur-sayuran akan diletakkan. Kebiasaannya 3 jenis dan jugak sedikit acar limau yang super masam sekali.
Kat atas tu ada timun, dan kari kacang kuda dan kentang
Pastu ada cauliflower masala
Bergantung pada restoren dan apa sayur yang dihidangkan hari itu, jadi menu utama itu akan berubah-rubah. Kadang-kala dapat kobis, kadang kadang dapat timun, tapi selalunya acar timun dengan tairu tu mesti ada punya lah kat mana-mana
Pastu kita ada 3 pilihan kari. Kari ayam, kari ikan dan kari dhal, atau ada orang sebut Sambar Curry.
Di kebanyakan restoren ada waiter akan bawak bekas ini dan tolong tuangkan curry tu. Tapi di Khana dorang terus letak bekas curry tu atas meja makan. Jadi sapa suka curry sikit, bubuh sikit. Sapa suka banyak bubuh lah banyak. Kalau korang nak mandi curry tu pun boleh. Ikut suka lah. Tak pun korang mintak le straw sedut je curry tu macam minum air, pun boleh takde sapa nak marah.
Curry kat sini dia tidak begitu pedas sangat, walaupun berasa curry dia. Mungkin sebab patrons dia ramai orang Cina yang tidak suka makanan yang berempah sangat, jadi dorang ubahsuai sikit rasanya. Dan memang bersesuaian dengan dekak akak lah.
Kadang-kala kalau curry tu terlalu over powering sangat pun tak sedap sangat. Curry di Khanna ni just nice.
Tu dia, kemudian kita diberi pilihan yang ini tidak termasuk dalam harga set. Ini kira lain. Macam restoren nasik padang, dia akan bawak le segala mala lauk. Ada kari ikan, kari kambing, masala udang, masala kambing, curry ayam dan sebagainya.
Tapi kali ini kita makan nasik dengan Ayam Goreng dan Cendawan Goreng.
Serious, ayam goreng dia sedap gila. Tah apa di letaknya dalam rempah tu tak tau lah.
Ni first time akak makan cendawan goreng yang goreng macam ni. Sedap gak, rasa cam ayam. Cendawan tu dicampur dengan rempah dan digoreng deepfried kejab, pastu di keluarkan dari minyak panas dan digoreng semula dengan bawang putih, bawang dan daun kari.
Boleh cuba sendiri di rumah.
Lepas makan kita kena lipat daun pisang tu. Cara lipat daun pisang tu pun penting dan ada maksud dia yang tersendiri.
kalau kita suka, selepas makan kita lipat daun pisang tu ke arah kita.
Kalau kita tak puas hati dengan hidangan tu, kita lipat daun pisang menghadap ke luar, maksudnya kita tak suka lah dengan makanan dia. Pastu korang tengok le muka waiter atau taukeh tu macam sentap.
Tak caya cuba lah.
Menu
Di sini menu nya seperti biasa lah, nasik daun pisang, tossei, roti canai dan sebagainya
Harga
Harga dia agak munasabah. Untuk set nasi daun pisang, ayam goreng, cendawan goreng dan minuman akak kena charge dalam RM14.
Set nasi tu dalam 4-5 ringgit je. Dan nasik daun pisang ni dia konsep free flow gitu. Bila mintak nasik dan lauk sayur tambah dan korang makan lah selagi boleh selagi tak meninggal kat restoren tu.
Restoren Khanna Curry house ada beberapa cawangan di PJ dan kat Klang pun ada. Cuba la ya sekali-sekala kita makan-makan konsep 1Malaysia gitu ya.
Sampai jumpa lagi, nanti akak ceritakan beberapa lagi restoren nasik daun pisang yang popular dan yang mana sedap yang mana tak sedap.
3 comments:
Jgn makan selalu Fieb.. nanti ketiak bau hangit!! hahahaha
gamaknya melantak gini, tak merasalah aku nengok ko kurus fibie..
opsss ngata orang sendiri pun gendut hahahaha
mmg sedap giler makan kt sini! tp tak penah try lak cendawan goreng tu. nk try la pasnih! esok nk gi lunch kat kanna la!! hihihi ni yg best keje kat area pj ;D
Post a Comment