Wednesday, February 8, 2012

Takbai

Selamat datang ke pengkalan Kubur, Kelantan.

Di sini kita boleh membeli periuk, pinggan mangkuk, cadar dan toto yang murah. Tidak lupa juga pakaian-pakaian palsu yang akan menyebabkan badan-badan kita gatal gatal bila memakainya. Sebagai seorang gadis urban yang up to date, akak tak boleh pakai baju-baju tiruan ni.


padahal, tak jumpa size.


anyway...

mula mula kita cari parking dulu




Ini bukan trip pertama akak ke sini. Jadi lama-lama jadi jemu le jugak tengok menda yang sama je. So kali ni, kita akan buat kerja gila sikit.

Instead of membeli belah di Malaysia, mari kita pergi oversea gitu dengan kos tidak sampai RM10 hengget.



Takbai, bukan tak baik, adalah sebuah bandar kecil di daerah Narathiwat Selatan Thailand. Bandar ini berkedudukan bersempadan dengan Malaysia di Pengkalan Kubur, Kelantan. Kalau dulu kita kenal Takbai ini pasal insiden Takbai tahun 2004-2005 yang menyebabkan ramai orang terbunuh, tapi kali ini, akak nak membawa korang berjalan-jalan di Takbai. Dengan harapan tidak ada sesiapa yang ditembak mati oleh tentera siam kali ini.

Ini lah destinasi kita. Pekan Takbai dan Pengkalan Kubur di pisahkan oleh Sungai Golok. Untuk menyeberangi sungai ini kita boleh memilih untuk menaiki kapal terbang dari Kota Bharu ke Bangkok, kemudian naik bas ke Narathiwat, kemudian naik Tut-tut dari station bas Naritiwat ke Takbai tapi kos nya akan menjadi sangat tinggi.

Untuk menjimatkan kos, kita boleh juga berenang dari Pengkalan Kubur ke Taibai dan perkhidmatan ini adalah percuma. Hanya sediakan kos pengkebumian sahaja jika kita mati lemas, mati di baham buaya atau mati di tembak oleh Askar sempadan.

Jadi alternatif lain adalah dengan menaiki bot penambang yang disediakan dengan harga RM1 sahajork.

mula mula kita bayar tiket, dan kita tunggu lah bot sampai.



Sampai dah bot nya.

Ini adalah speed bot, kos dia mahal sikit, RM2. Bila akak tengok bot ini akak terus nak kansel percutian mewah akak ke Siam.

Tapi jangan risau, dia ada lagi satu bot yang lebih besar, murah dan mewah.





Tu dia mewah camana ntah... Bersabung nyawa nak pergi shopping punya pasal ni.


Satu yang menarik mengenai perjalanan ini adalah, kita boleh gamble je masuk tanpa sebarang dokumen perjalanan. Tak perlu tunjuk IC atau passport dan masuk secara haram. Of course cara ini tidak di galakkan malahan menjadi kesalahan kepada dua-dua negara.

Tapi cara ini memang telah di amalkan oleh kedua-dua pihak immigresen yang tidak seketat tempat lain. Mudah dan cepat, dengan syarat jangan tertangkap sudah. Sekurang-kurangnya di pejabat immigresen Malaysia masih ada orang yang menjaga dan pegawai yang menanti di pintu masuk. Di sebelah Siam pejabat immigresen dia pun rupa macam rumah hantu. Yang ada hanya berpuluh puluh orang askar dengan M16 di sekitar kawasan sempadan.

The best way adalah untuk membawa passport dan juga mengambil border pass.





Tengok muka akak tu terkejut sebab dia tengok akak yang kerdil dan mungil ini menaiki bot bersamanya. Apa dia ingat kalau aku naik nanti bot ni karam ke apa. Hanjeng tul.

Tapi akak speku dia tengok akak sebab dia tersilap orang. Maybe dia rasa dia ternampak Lisa Surihani, sebab ramai kawan kawan akak cakap wajah akak saling tak tumpah dan persis Lisa Surihani bila di pandang berkali kali.

Kuasa tuhan dek. Nak buat camna.





Good bye Malaysia... Thailand here i come...



Sampai dah




Seriously akak tak berani nak amik gambar-gambar kat Takbai ni sebab ramai sangat askar dok memerhati. Takut lah pulak mengambil gambar ni menjadi satu kesalahan, jadi akak amik gambar makanan je lah. Seperti biasa lah kan.

Tapi apa pun, walaupun sempadan ini jaraknya adalah lebih kurang 200 meter je, perbezaan dari segi bahasa, rupa, bentuk bangunan dan budaya amat ketara. Kadang kala kita lupa untuk mensyukuri apa yang kita ada di Malaysia, sehingga lah kita sampai di Negeri orang.

Jom kita makan makan.

Makanan pertama yang kita akan cari adalah ... jeng jeng jeng... Nasik Gomak....


nasik Gomak

Nasi Gomak adalah macam nasik kunyit lebih kurang kalau kat Malaysia ini. Rasa dia pun macam nasi kunyit, kecuali dia takde lauk-lauk yang berkuah. Dia di makan dengan ayam goreng je.

tapi jangan silap dengan kueh gomak atau muka tepung gomak macam kat bawah ni ya.

kueh tepung gomak

Hi, kami kumpulan baru. The Gomaks,
nantikan album terbaru kami di pasaran.

(p/s: Gambar di atas telah di cedok di internet dalam blog Dr. Romzey.
Harap maaf na, nanti saya beli Herbalife na.. Jangan marah tau..)

Nasi gomak dan ayam goreng sedapppp... nyum nyum..

Nasi gomak kat takbai ni murah sungguh. Kalau kat Hatyai dia mahal sikit dalam Rm5-6 hengget. Di sini sebungkus nasik dengan dua ketul ayam hanya RM3 sahaja, itu kalau kita amik peha dan kepak. Kalau kita amik Peha dan tight, harga dia RM3.50 gitu.


Selain dari nasik gomak ada jugak jual pulut ayam. Orang siam ni suka makan pulut sebab tu kulit dorang cantik macam memakai SK2 gitu. Orang dok membayar sampai beratus-ratus nak membeli SK2 padahal di perbuat dari beras je.

Effect dia sama je kalau pakai bedak sejuk sebenarnya.

Sedapkan.

Ketika menulis ini akak terus mengalami kemurugan dan kelaparan yang terlampau.

Benci lah


ini nama dia somtam. Kerabu betik muda. Hanjeng macamana sedap tak somtam dia. Apa dia bubuh dalam tu pun akak tak tau. Tapi memang tak sama dengan Somtam yang jual kat KL nun.





Ini pulak hotdog Siam. Hotdog dia lain sikit sebab dalam hotdog tu ada pulut dan dia pedas-pedas sikit. Kadang kala orang panggil lok-lok gitu.

Menatang haram ni memang sedap sundel.

Kalau gi Takbai boleh beli yang belum masak dan bakar je di rumah nanti. Harga 2 dozen dalam RM12 hengget je. Kalau beli yang dah siap bakar tu dalam RM 0.80 -RM1 . Kalau beli kat kota bharu dia charge RM2.



ini pun sedap jugak lah. Serba serbi sedap. Yang ini adalah ubikentang rebus yang di potong-potong dan di celup breadcrump dan di goreng. Kemudian di bubuh sos dan mayonis. Simple tapi marvelous.

Cost untuk kesemua makanan di atas untuk 3 orang adalah

3 nasik gomak X RM3= RM 9
2 bungkus pulut ayam = RM 6
1 somtam = RM3
Hotdog dan kentang = RM 4
5 gelas air =RM 5

Total cost = RM 27

Dalam RM9 seorang dan kenyang sampai malam oke. Kalau le akak duduk kat Takbai ni dengan gaji akak yang ciput sekarang ni, rasanya dah cukup nak kumpul duit beli banglow kat sana.



Nak balik dah. Bye bye takbai.



Ah itu je lah percutian Luar Negara akak untuk kali ini. Sampai kita jumpa lagi.


chow cin cauuuu

Tuesday, January 31, 2012

How to eat nasi daun pisang

How to eat your nasi daun pisang.


First, plant a banana tree...





Sampai jadi besar besar macam pokok pisang ni.



Kemudian potong potong seperti ini. Gunakan daun yang original.

Pastu letak atas meja dan bubuh nasi. Pastikan nasi tidak lebih dari daun pisang. Jangan lupa bawak kawan kawan kita yang gemuk gemuk untuk join sekali makan.


Pastu bubuh lah sayur sayuran secukup rasa



Pastu pilih kari dan tuangkan di atas nasi.






dan tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..




dah siap nasik daun pisang. Pastu boleh pilih ikan, ayam, kambing dan sebagainya.




Pastu kita makan!!!!


vangey vangeh cikero soru sapede,
koli kari yareke, min kari yareke,

ongo appa amma kari yereke...



sekian...

Tuesday, December 20, 2011

happy birthday

happy birthday to me.





the older we get, the more we realised the time to achieve our goals becomes more limited, and the further it goes.


well, you cant have your cake and eat it too.

Monday, October 24, 2011

aiyoo

oh my goodness.

i forgot i have a blog.

hik.



Anyway, selamat menyambut hari deepavali.

Midum sandipum.

Tuesday, August 23, 2011

erkkk

23 hari berpuasa, dan sehingga kini tiada apa yang menarik perhatian aku untuk di catitkan dalam naskah elektronik yang hampir hilang makna ini.

well, sekurang-kurangnya 23 hari aku tak perlu menulis apa apa yang menyakitkan hati orang lain. Boleh dikira sebagai satu kemenangan juga itu.

Tapi kalau nak cerita jugak, ini ada beberapa perkara yang perlu aku ceritakan.

1. Pasar Ramadhan yang harga camharam.

Pasar ramadhan sekarang ni macam punya mencari kekayaan segera peniaga-peniaga bermusim ni. Kalau dulu niaga semata-mata untuk mencari wang saku lebih sikit untuk berhari raya. Tapi kali ini meniaga sebab nak beli rumah banglow.

- Ayam golek tahun lepas RM12, tahun ini RM18 ada sampai RM 22.

- Munculnya murtabak berinovasi baru, walaupun hakikatnya sama dan di beri nama yang lebih international seperti Murtabak Singapura yang harga boleh mencapai RM10-12.

- Kueh popiah goreng dan popiah basah, kini telah mencapai harga baru iaitu RM1.00 sebiji. Popiah yang dibungkus dengan tepung dan diisi dengan taugeh semata-mata yang dulu berharga 25 sen, yang naik ke 30 ke, ke 50 sen, 70 sen (thanks to Popiah Syed Ali) kini telah mencapai harga baru iaitu RM1. Satu pencapaian yang cukup hebat untuk kueh cina yang popular di malaysia ini. Tak lama lagi boleh bersaing dengan harga Crispy Popiah pulak.

- Tepung gandum sekarang berharga RM2.70

- Minyak petrol bakal naik ke RM3 lebih selepas pilihanraya nanti. (ni aku speku je, memandangkan spekulasi di bawah pula)

- Gaji kakitangan awam akan naik sehingga 20% (speku juga ini)

- Kebanyakkan negeri-negeri akan kembali ke Barisan Nasional pilihanraya akan datang, kerana state government dari parti satu lagi ni tidak inovatif, tidak kreatif, dan tidak mendatangkan apa apa pembaharuan langsung. Sebaliknya melangsungkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan lama. Dan semua tuntutan mereka tidak dibuat dengan serious dan nampaknya tidak ada apa pun yang di capai, selain dari hampir menyebabkan negara huru hara dengan sokongan terhadap kafir laknatullah (atau mungkin sebab kenaikan gaji dan bonus pilihanraya semata-mata

- Oh, ini apa yang aku nampak dengan mata kepala sendiri. Seorang wakil rakyat atau ahli Dun, sebuah parti bukan kerajaan persekutuan, tetapi parti sebuah kerajaan negeri telah mengajak orang tua tua untuk satu majlis amal. sungguh murni.

Berbas bas orang tua datang, parking di tempat letak kereta dan berjalan perlahan-lahan ke dewan yang lebih kurang 200 meter menaiki bukit. Di akhir majlis, orang tua orang tua ini diberi Sebungkus Beras (10 kilo) dah sepeket barang yang mengandungi gula, kueh raya, kordial yang beratnya ahli bina badan sahaja yang mampu angkat sejauh 50 meter.

Sian makcik makcik tu di paksa mengangkut beras beras. Dan bila dia minta bantuan manusia manusia berkopiah putih dengan seluar besar dan jaket pelik seperti baju orang pakistan/taliban dengan dua tanda lekuk di dada, jawap mereka "oh ini kena bayar upah angkat"


Komen aku pada wakil rakyat itu... BODOH!!!


Majlis amal ko jadi majlis orang komplen, walaupun semua amik bantuan tu, dengan keadaan terpaksa. Sebab barang free. Tapi majlis ini di adakan di kawasan agak elit, masalah dengan orang tua kawasan elit ini mereka semua cukup makan. Dorang tak heran dengan beras, kueh mueh dan kordial murahan itu. Mereka lagi prefer duit.

Hari raya ini lah, (dan mungkin Tahun baru cina) adalah dua perayaan yang mana Politik Wang adalah dibenarkan sama sekali dan tidak ada sesiapa yang akan bercakap apa apa mengenainya. Masukkan sajok dari sampul hijau atau merah, dan panggil lah dia duit raya atau bantuan hari raya.


Oke lah, tak tau nak cerita apa bulan puasa ni.


Seriously, blog ini memang telah kehausan cerita dan tidak akan di update regularly lagi, kecuali ada cerita-cerita menarik untuk dikongsi.

Sehingga itu, jumpa lagi.



Sunday, August 7, 2011

Belasungkawa Roland Hashim


In loving memory of Abang Roland Hashim yang telah pulang ke Rahmatullah pada 7 Ramadhan 1432 Hijrah, bersamaan 7 Ogos 2o11.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang yang disayangiNya.






p/s : Last jumpa pada majlis pertunangan Elyana ketika arwah menjadi official photographer majlis tersebut.
p/p/s: Semoga arwah sempat memaafkan dosa dosa ku padanya.

Monday, August 1, 2011

Pasal Ramadhan

lets get a lil bit interactive.

Its time for you to write about things you like.

Write what ever you want to share. Pasal pasar ramadhan, pasal resepi kueh raya, pasal karenah anak anak, pasal membeli belah, pasal gaji tak cukup, pasal persiapan hari raya. Apa sahaja yang berkaitan dengan ramadhan dan shawal, tulis dan kita kongsikan bersama pada semua orang dalam blog ni.

stories, or pictures or videos, or whatever lah.


Just take nice picture and put some caption, and bagi citation when necessary and send it to


fiebierossa at yahoo dot com

(kalau sapa yang bengap tu at=@ dan dot = . )




Share your story na.



p/s: i want to know who you are.