Thursday, July 14, 2011

Kota Kinabalu Day 3 - Kundasang

Oke, ini dah dikategorikan sebagai tahap gegeiih. Semata-mata untuk pembaca akak yang seramai 6 orang tu. Sanggup le aku update setiap hari ni. Macam takde kerja lain aku nak buat kan. Macam selama ni aku makan gaji buta sajork.

Come to think of it, memang pun.

Ada aku kisah.

Anyway, memandangkan i will be away for the next 5 days, for a special project with some selected pelatih penoreh getah, so i wont be able to update at least for a week. Ah sebab tu lah rajin nau mengupdate. Tak mau jadi macam kes dulu dulu janji nak update kisah Bali dan kisah Hatyai dan Bangkok hanya tinggal janji manismu sahaja.

Kali ini akak sendiri gigih, supaya next time bila akak dah tua, dan dah jadi Datin Seri akak leh baca balik post post lama ini dan reminiscing the old memory gituh.

Oke, untuk hari ketiga ini, akak bertekad bahawa akak mesti pergi melihat Gunung Kinabalu. Appointment akak dengan sorang student telah akak set pada pagi hari. Jadi bila dah settle, kita orang akan terus check out hotel dan menuju ke Kundasang.

Lepas check out, akak call kawan akak yang dah kenal lebih kurang 15 tahun melalui chatting tapi tidak pernah jumpa. Dia orang Sabah dan dia dah janji untuk carikkan kereta sewa yang harga murah di KK.

Di KK harga kereta sewanya memang mahal. Contohnya kalau di semenanjung kita boleh dapat RM70 untuk sebuah proton saga. Kat sana sebiji proton saga BML disewa pada harga RM160 je. Kalau 70 hengget ko akan dapat kancil sajork.

Kundasang terletak lebih kurang 70 kilometers dari Kota Kinabalu. Kalau korang nak jalan kaki boleh, tapi korang kena tinggal lah kat Sabah tu at least sebulan. Seminggu untuk ke kundasang, seminggu untuk pulang ke KK, seminggu untuk tinggal di Hospital dan seminggu lagi untuk mengurus pengebumian korang.

Jadi memandangkan akak tidak ada sebulan, akak terpaksa lah menyewa kereta. So deal punya deal, dia dapatkan akak sebiji kereta Proton Saga BML yang baru dan masih berbau kedai dalam harga RM120.

Kira sangat oke lah tu.

Sementara menunggu kereta di basuh, kita orang gi lah melepak di Asia City dulu. Bila dah dapat kereta kita orang pun memulakan perjalanan ke Kundasang. Akak confident sekali sebab akak bawak GPS. Tapi ntah apa hanjeng punya nasib tempat pencucuh lighter tu tak berfungsi dan kita orang perlu ikut arahan signboard sahaja.

Dengan lafaz Bismillah, kita orang pun memulakan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam, 70 Kilometers dan 2 Kilometers menaiki bukit dari aras laut.


TELUK LIPAT, Sepanggar

Perjalanan kita dari Bandar KK akan melalui Teluk Lipat yang sangat cantik sekali. Memandangkan kita orang bergerak agak lewat, jadi tak dapat lah nak lepak lama-lama kat sini. Turun kejab amik gambar je.

tangan sapa ntah.

hik




ONE BORNEO

Perjalanan nak ke Kundasang, Kaki gunung Kinabalu ini amat senang sekali. Jalan dia lurus je dengan dua kali turn sajork. Sapa yang tak jumpa memang tahap bengap peringkat baboon bontot merah berkuping sangat.

Dari teluk lipat tu kita akan menuju ke Sepangar dan kita akan nampak signboard ke UITM dan Ke UNIMAS.




Dalam perjalanan ke Simpang menuju ke Kundasang itu kita akan melalui One Borneo. Pusat membeli belah terbesar di Sabah yang diletakkan punya lah jauh dari Pusat Bandar.

Hazab sapa yang buat planning tu tah.

Takde sapa pun nak pergi tempat jin bertendang ni.




Depan sikit dari One Borneo kita akan nampak signboard yang mengarahkan kita ke Tamparuli, dan Kota Belud.

Ikut mana-mana pun boleh je, janji jumpa simpang ke Kundasang tu kita jangan tak amik pulak.



Ni akak tak tau jambatan apa. Tapi akak speku ini jambatan tamparuli gitu. Memandai aku je kan.

Dari Jambatan ini kita akan berjalan lurus je tanpa ada sebarang simpang ke kiri ke kanan, menuju ke kawasan lebih tengah Sabah. Jalan dia ada satu je, kalau kita teruskan perjalanan kita boleh sampai ke Sandakan, Pantai sebelah Timur Sabah.

Kalau kita lebih gigih kita boleh drive sampai ke Tawau gitu.

Untuk sesiapa yang fail geografi, boleh lah search Map Sabah ya.




PEKAN NABALU

Perjalanan melalui jalan dua lorong ini kadang-kala amat menakutkan. Di sepanjang-panjang jalan kita akan nampak signboard suruh berhati-hati ada tanah runtuh. Alhamdullilah hari tu keadaan cuaca amat baik sekali jadi jalan kering.

Walaupun jarak ke Kundasang ini hanya 70 KM, kalau kat KL ni 70 KM, setengah jam dah sampai. Tapi sebab Kundasang ini adalah 2 KM dari aras laut, meaning kita akan menaiki bukit sepanjang perjalanan. Jadi kita perlu bawak slow slow unless kita bersedia untuk terpelosok bawah lori yang banyak itu atau masuk surat khabar kerana mayat kita tidak dijumpai selama sebulan sebab kita terjun gaung di kiri kanan jalan.

Hik, over kan. Takde lah menakutkan gitu pun. Akak saja kasi suspen sajork.


Tiba-tiba, di satu selekoh kita akan bertukar menjadi jakun dengan serta merta bila kita akan nampak Gunung Kinabalu di depan mata kita. Seriously, pemandangannya amat mengagumkan. Gunung ini tersergam indah di depan, dan tidak ada apa yang dapat menandinginya. Gunung-gunung dan bukit bukau bersebelahannya adalah kecil kalau nak di bandingkan dengan Gunung Kinabalu ini.

Tak pernah akak lihat menda yang sebesar ini seumur hidup akak, kecuali perut akak sendiri.

*nanges


Tu diah, tak jakun ko kejab di buatnya. Dan ini adalah lebih kurang 50 Kilometer lagi ya sebelum sampai ke kaki gunung kinabalu.


Bila kita dah memandu lebih kurang dalam 1 jam setengah, kita akan sampai ke Pekan Nabalu.

Di sini ada menara Tinjau untuk melihat gunung Kinabalu secara total gitu. Tapi pekan Nabalu ini masih jauh dari Kundasang lebih kurang lagi 20 Kilometer.

Di Pekan Nabalu kita boleh juga membeli belah barang-barang kraftangan yang mati sedih hidup tak mau je banyaknya.

Kat sini kita dah mula merasa sejuk sangat macam di Cameron Highland. Lagi-lagi kalau ada angin bertiup perasaan itu amat sukar di gambarkan. Dan udaranya sangat menyenangkan dan nyaman sekali.

The smell of the air itself will make you happy. Nothing come close to what we always had in KL.









Pemandangan dari menara Tinjau Pekan Nabalu.


KINABALU PARK

Dari Pekan Nabalu, kita drive lagi dalam 10 KM, kita akan sampai ke Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park.

Kereta boleh masuk, hanya bayar RM3 sekepala sahaja.

Di taman ini berbagai kemudahan disediakan dan banyak tempat menarik untuk dilawati. Kat sini juga kalau kita bernasib baik kita boleh tengok bunga reflesia yang berbau taik lembu itu.

Orang yang ingin memanjat gunung Kinabalu akak rasa akan bermula di National Park ini lah kot.

Ya kot? Ntah lah.

Tapi memandangkan masa takde, dan jam dah menunjukkan hampir pukul 5, kita orang tak boleh lepak lama di sini. Dan perlu meneruskan perjalanan ke Kundasang.




Thats my car!!!




KUNDASANG


Dari Kinabalu National park, kita memandu lebih kurang lagi 10 KM, dan kita akan sampai lah ke Kundasang. Yeah yeahhhhhhhhh


Menakjubkan.

Ketinggian gunung Kinabalu adalah lebih kurang 4.09 Kilometer. Bayangkan nak jalan 4.09 kilometer ini pun boleh semput, imagine kalau kita kena panjat 4 KM. Macamana rasanya ya.

Kundasang ini pulak lebih kurang 2KM dari aras laut. Kiranya, kita panjat gunung kinabalu tu separuh je lah dari sini.

Sebab kita orang lapar tahap kebuluran, kita orang singgah lah makan di sebuah kedai yang menjual Sup.




Makan sup yang panas waktu sejuk-sejuk memang mengasyikkan sekali. Dan ini lah first time akak makan agak sedap di Sabah. Bukan sebab lapar, tapi sebab sup dia sangat sedap. Tapi kedai ni lalat dia punya lah banyak. Nak makan kita kena buat tarian atau main badminton pada waktu yang sama gitu.





Cantikkan?






Lepas makan, kita orang pun mula mencari tempat tinggal. Memandangkan kita pergi waktu hari biasa. Jadi tak ramai orang. Banyak hotel dan resort untuk di pilih.

Tapi sebab nak advanture punya pasal kita orang pilih Dave Bed and Breakfast. Sebab nama dia glamour gitu. Walaupun sebenarnya tempat itu sangat scary sekali.

Lagipun, situ je murah, satu kepala RM20 hengget je. Scary pun scary lah.








Ini pemandangan dari Bilik akak. Tangan sapa ntah tu. Hik






Serious motel ni scary sekali. Malam malam bunyi hanjeng menyalak sebelah tingkap. Dan motel yang boleh memuatkan lebih kurang 40-50 orang tu hanya kita dua je duduk. Kemudahan dia oke je, nasib baik ada air panas. Satu bilik ada katil untuk 8 orang. Dan satu rumah ada 4 bilik. Keseluruhan motel ni ada lebih kurang 4 pintu. Hazab sangat.

Feeling bayar 20 hengget nak layanan five stars ni.

Dan jangan feeling-feeling nak keluar makan malam, sebab lepas kul 7 tempat ini jadi gelap gelita dengan kabus dan sejuk bukan main. Dan semua kedai tutup. Kita orang mati kutu tak tau nak buat apa. Jadi duduk je lah pandang satu sama lain gitu.

PASAR KUNDASANG

Pagi-pagi esoknya, keadaan bertukar menjadi ceria semula. Dengan hingar bingar kereta dan orang ramai. Dan pagi tu lah pulak takde elektrik, jadi pemanas air tu tak berfungsi.

Jawabnya akak mandi air sejuk yang sejuknya sampai ke tulang gitu.

Bila akak dah siap siap mandi, nak pakai baju. elektrik hidup balik.

Akak mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk menyumpah seranah di dalam hati, sebelum meneruskan aktiviti seterusnya bila hati akak mula cool down.

Ini pemandangan dari bilik akak waktu pagi. Cantik sangat.


Pastu kita orang gih tengok tempat jual sayur-sayuran dan buah buahan di Kundasang.


























Setelah puas melihat keadaan sekeliling dan membeli belah buah-buahan dan makan breakfast. Kita orang pun melakukan perjalanan pulang lebih kurang jam 9 pagi ke Kota Kinabalu semula. Kita kena balik awal sebab perlu mengejar Feri ke Labuan yang akan bergerak jam 1 petang.

Seperti biasa perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam jika kita bawak secara berhemah.

Kundasang adalah salah satu perjalanan yang tidak akan akak lupakan seumur hidup akak. Peluang untuk melihat gunung tertinggi di Asia Tenggara dan antara gunung tertinggi di dunia ini merupakan pengalaman yang sangat berharga. Walaupun tak panjat gunung ni, dapat peluang melihat keindahan dan keagongan ciptaan tuhan ini sendiri adalah amat menakjubkan.

Good bye, Kinabalu. I will miss you.


Wilayah Persekutuan Labuan, here i come.


The End, part 3.


p/s: Sila klik gambar untuk gambaran yang lebih besar gitu. Sampai sekarang, gambaran gunung kinabalu itu tidak lepas dari minda akak. Kadang-kala teringin pulak nak memanjat gunung ni. Tapi akak tunggulah gomen buat kereta cable ke atas tu kot.

p/p/s : Gunung Kinabalu telah di takrifkan sebagai salah satu World Heritage Site. Keadaannya tidak akan di ubah untuk dinikmati oleh generasi-generasi akan datang. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang ada dua Heritage Site. Satu adalah Gunung Kinabalu, satu lagi adalah Gua Mulu di Sarawak.

Tuesday, July 12, 2011

Kota Kinabalu Day 2- Pasar Filipina

Dalam episod hari ini. Gheetohhhh episod katanya, very der drama swasta gitu.


Dalam episod kali ini, akak akan bawak you all pergi jalan-jalan ke Pasar Filipina.

Pasar Filipina atau orang sana panggil Pasar Filipin ini terletak di tepi laut di Bandar KK dan berhadapan betul-betul dengan hotel Le Meridien dan berdekatan dengan Hotel Promenade KK. Di sebelah Pasar Filipina ini adalah Pasar Ikan Masin, Pasar Kraftangan dan juga Pasar Besar KK.

Pasar Filipina ini kira sebahagian dari KK Waterfront kerana terletak sepanjang jalan menuju ke Jeti Jesselton, Kota Kinabalu.

Dipanggil pasar Filipina kerana semua peniaga atau kebanyakkan peniaga mereka adalah orang Filipina. Bila di pasar ini, semua akan bercakap bahasa Tagalog. Jadi memang kita tak faham lah apa dorang cakap. Masa akak gih sana, akak nampak dorang bisik-bisik masa tengok akak. Akak sure mesti dorang puji cakap "cantiknya budak ini macam setti nurhalija" gitu. Akak pasti lah. Maklumlah akak kan gadis genit yang comel dan manja. Mesti semua orang suka punya.

Anyway, nak dapat parking sini memang susah. Kena nasib baik baru lah dapat parking yang dekat. Nak jadi cerita, nasib kita memang baik dan dapat parking yang betul-betul depan pasar Ikan Masin. Sebelah pasar Ikan masin tu ada pasar kraftangan. Kita orang singgah lah kat pasar kraftangan tu dulu melihat kraftangan produk paling popular Sabah iaitu Mutiara.

Mutiara ini ada dua jenis satu jenis air tawar dan satu lagi mutiara air masin. Mutiara ikan air tawar ini murah je. Yang mahal sampai beratus-ratus beribu sebiji tu jenis Mutiara air masin. Dan kedua-dua jenis ini ada pulak grade-grade dia mengikut saiz, bentuk, warna dan juga kilauan mutiara tersebut.

Memang cantik sekali.


Gambar kat atas ini adalah mutiara air tawar. Orang yang tidak pandai bezakan takkan tau mana satu air masin dan air tawar. Jangan percaya bila ada orang cakap mutiara air masin berbentuk bulat, dan air tawar tak bentuk bulat atau mutiara air masin lebih berkilat. Sebab ada mutiara air air tawar yang berbentuk bulat dan berkilat jugak.

Kalau nak beli mutiara tu pastikan kita pergi dengan orang yang betul-betul pakar supaya tidak tertipu. Harga mutiara air tawar dalam satu strand lebih kurang RM30 untuk 100 biji, kalau air masin boleh mencapai sampai beribu ringgit. Kadang kala sebiji pun boleh capai ribuan ringgit.

Jadi imagine kalau kita beli rantai Mutiara yang mahal tapi dia kali kita mutiara air tawar. Tapi samada air masin ke air tawar ke, kedua-duanya memang cantik sekali.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi kita tanya kakak kat bawah ni, sebab dia memang banyak collection mutiara. Mesti dia pakar.




Hambik kau, besar mana lah oyster tu ek??? Harus makan sebiji kenyang terus.


Akak ada mutiara. Kau hado?? Nan ado



Mati lah akak derhaka.

Dont get me wrong. I think she has class, and she is my favorite Minister of all time. Satu ketika dulu, i was hoping dia jadi Perdana Menteri wanita Malaysia pertama tau.

She is my idol, and we come from the same school.

So akak pun kelas gitu.



Anyway, berbalik pada cerita kita.

Akak pun tak nak lah lepas peluang melihat mutiara ini. Hajat di hati memang nak beli mutiara nak bawak balik. Tapi budget takde sangat, jadi kita tengok je lah. Kalau ada lebih nanti bila nak balik semenanjung baru lah beli sebarang satu dua gitu. Lagipun family akak pun tak berminat sangat mutiara. Akak ada kasi emak akak rantai mutiara tapi dia tak pakai pun. Simpan je dalam almari.

Nak dijadikan cerita, lepas tengok mutiara kita pun decide nak pergi makan. Masa berjalan ke tempat makan tu akak tengok ada benda-benda berkilau kat tangan akak. Sudah apa ni???

Mampus, rupanya masa kita orang dok tengok-tengok mutiara tu akak terpegang satu rantai dan tanpa disedari akak dah merompak kedai tu. Serious akak tak perasan sebab tangan yang sama akak dok pegang wallet lah telefon lah macam-macam.

Nak pulang kan balik akak takut. Akak takut kena maki hamun dengan orang Filipina tu. Dah lah tak beli merompak pulak kedai dia gitu. Akak takut nanti akak akan dicolek dan dihantar ke Zambuanga dan menjadi mangsa pemuas nafsu askar-askar Moro di Filipin. Akak tak rela, so akak belah je terus dengan rantai mutiara tu. Unless dia macam Jericho Rosales.


Masalahnya, korang nak tau apa rantai tu?




Mati lah akak telah terkebas Tasbih.


Mati lah masuk neraka.



Anyway, mungkin ini kira zakat lah untuk dia. Lagi pun dorang dah hari-hari tengok Mutiara pun tak heran kalau kena kebas satu dua kot ya.


*Mati lah berdosa besar.


Untuk Dinner hari kedua ni, abang Bear cadangkan kita makan di Pasar Filipina sebab dia pun tidak pernah cuba. Dan ia akan menjadi pengalaman pertama dan terakhir kita makan kat pasar Filipina tu.

Tak payah risau orang cakap orang filipina ini ganas-ganas belaka. Tak yah takut di penggal kepala oleh pejuang Moro ke apa ke. Di pasar Filipina ini sendiri kita akan dipenggal kepala dengan harganya yang tidak masuk akal. Dan to add insult to injury, makanan dia langsung tak sedap.

Hampir semua kedai di sini menjual makanan yang terdedah. Ikan, Udang dan ketam dan semua makanan yang telah di masak semua terdedah sahaja tepi kedai. Kita akan order apa kita nak, dan dia hanya panaskan sahaja makanan tersebut.



Hinava






Tapi walaupun terdedah, tidak ada lalat yang singgah kat makanan tu. Bila dah makan baru lah tahu kenapa takde lalat hinggap.

Gambar kat atas tu adalah makanan yang kita order. Ada Hinava atau lebih kurang macam umai lah kat Sarawak. Bezanya kat sana dia pakai obor-obor sini dia pakai ikan mentah dan jugak rumpai air. Sedap jugak rumpai air tu.

Pastu kita orang order ikan dan sotong.

Ikan dia takde rasa langsung. Macam makan apa ntah. Makin dalam flesh ikan tu kita makan, kita mula start rasa pelik. Sampai satu part kita terus berhenti makan. Walaupun ikan itu nampak cam menarik, tapi sebenarnya ikan dia dah lama. Akak tak tau lah berapa lama punya ikan dia buat display tu.

Akak rasa dorang bubuh bahan pengawet sebab itu tidak ada lalat hinggap langsung. Dan semakin dalam kita makan ikan tu, dia dah start membusuk mungkin sebab pengawet tu tak sampai. Seriously menyesal sungguh makan sebab ada satu part tu akak geget rasa macam makan spender tak basuh 15 hari. Tak lah akak pernah makan spender, tapi perumpamaan dia lebih kurang gitu lah.

Jadi nasihat akak sapa-sapa nak makan ikan bakar tu. Jangan makan yang dah precooked macam ini. Kita pilih ikan yang segar yang isi dan mata dia masih elok, dan suruh bakar. Kita pun puas hati.

Satu lagi tips berguna di Pasar Filipina ini, bila kita nak makan ikan-ikan atau nak beli apa pun tu kita tanya harga dia dulu. Bila dah oke baru amik. Sebab di meja sebelah kita orang ada abang ni makan 3 orang, kena charge RM390 hengget. Sampai nak terbeliak biji mata dorang. Memang tak masuk akal.

Nasib baik abang bear dia jenis tanya dulu. Kalau akak dah tentu jenis main amik je.

Anyway, barang-barang di Pasar Filipina kalau kita suka jangan main amik je. Kita kena tawar menawar dulu. Contoh macam satu strand mutiara air tawar yang di cultured dia jual dalam RM40-RM50 seikat lebih kurang 60-70 biji. Kita yang tak tau rasa macam murah. Ya lah mutiara kan, mestilah mahal.

Tapi sebenarnya RM40 tu sangat mahal. Sebab akak pernah tengok KL harga satu strand Mutiara air tawar adalah lebih kurang 15-16 ringgit sahaja. Sebab kawan-kawan akak banyak designer buat baju akak tau lah. Tapi akak tak boleh bagitau kat mana nak beli je. Sorry ya. Sila cari sendiri.


Anyway, jom kita tengok gambar sajork. Malas nak menulis dah.



Ini pasar ikan masin. Macam macam ikan masin dia jual. Ikan paling popular tentu lah terubuk masin. Versi di sabah adalah versi yang dah kering. Tak macam di Sarawak jenis basah. Orang cakap yang kat Sarawak punya lebih baik.

Udang kering kat sini dia jual RM35 sekilo. Kat semenanjung dalam RM35-40 jugak. Tapi kalau beli kat pasar borong di sebelah pasar Filipina tu, sekilo hanya RM25 je.

Kesimpulannya kat pasar filipina ni kalau kita tak tau apa-apa, memang kita akan disembelih.


Tapi kan akak tak berapa gemas lah konsep pasar Filipina ini. Unless memang peniaga sana orang Malaysia. Sebab akak tengok cara dorang meniaga ni nak membunuh orang tempatan yang ada kat sana. Sepatutnya kerajaan kita lebihkan lagi orang kita dari orang-orang asing ini dan sediakan food court yang lebih sempurna, dan terjaga dari segi kebersihan dan kesihatan.

Nasib baik akak tak sakit perut makan kat sini tau. Kalau tak akak akan saman Emelda Marcos dan Gloria Aroyo Macapagal gitu.

Gituhhh, dalam tak mau menulis lagi tu, tetap tertulis. Tetap nak membebelkan.










Kepak ayam merata-rata ya di Sini. Di pasar Filipina, kedai indon, kedai cina, kedai melayu semua ada kepak indon. Very der makanan 1Borneo gitu.











Nampak? sekor lalat pun takde. Ini bukan keajaiban di Sabah ya, atau di Sabah takde lalat sebab semua telah di makan oleh bunga Reflesia ke apa ke.









Cantikkan pasar tepi laut gitu. Sampah-sampah sarap semua baling tepi laut je.

Kakak ni malu-malu masa amik gambar. Kalau perhati betul-betul muka kakak ini macam bapok kan.

Mati lah, kuang ajar.

Ampun.









Itu je lah episod Pasar Filipina kali ini.

Sampai jumpa lagi di lain masa, dalam rancangan Jalan-jalan cari Masalah dengan episod lebih menarik ke Kaki gunung Kinabalu, Kundasang.

Chowwwwwwwww chinnnnnn cauuuuuuuu....