Wednesday, March 2, 2011

Saman ekor

Sekadar ingin berkongsi bagi sesiapa yang ingin mengetahuinya.

Berikut adalah satu artikel yang ditulis oleh seorang pengamal undang-undang tentang hak penguna jalan raya mengenai

1. status saman ekor: adakah ia sah atau tidak
2. Pemberian diskaun untuk kompaun bagi kesalahan yang belum dibuktikan : adakah ia dibenarkan.
3. Kaedah-kaedah pemberian saman yang betul
4. Dalam kes apa, JPJ boleh mengambil tindakan seperti menghalang pembaharuan cukai jalan.
5. Apakah yang boleh dilakui jika kita dihukum tanpa pengadilan yang betul
6. Adakah penguatkuasa dalam menjalankan tugas legislatifnya boleh mengatasi tugas mahkamah.



Tiada unsur seks, atau perlakuan lucah, atau lawak-lawak sengal.

So sila buat lawak sendiri.


OLEH : Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Tuesday, March 1, 2011

business

Sekarang ni ramai kawan kawan akak semua sibuk nak business.

business ni kalau buat betul betul memang sangat menguntungkan. Sembilan dari sepulu kekayaan dalam dunia ni ddatang dari peniagaan. Orang kaya-kaya yang kita tengok dan ada kat sekeliling kita semuanya disebabkan business.

Belum lagi lah kita dengar orang kerja kat pejabat ke kat seven eleven tu jadi kaya. Kalau ada pun orang yang kerja bahagian management dan operational kat syarikat-syarikat multi nasional jadi CEO ke CFO ke CKO ke atau jadi VP syarikat.

Anyway tahniah kat kawan akak yang telah di pilih untuk interview bagi jawatan VP bagi sebuah syarikat oil and gas yang agak besar gak. Alhamdullilah rezeki Allah kalau nak bagi, Dia akan bagi. Bangga akak dengar walau masih muda dan ciklempuk tidak menjadi masalah utk dibagi jawatan yang tinggi ni.

anyway memang kalau nak kaya tu memang kena buat business lah. Kalau nak senang dan mewah lite-lite kita boleh lah kerja keras dengan orang, tapi still berada.di bawah telunjuk orang.

Kalau kerja gomen macam akak ni jangan haraplah nak kaya. Dah lah gaji kecik, increment pun sedih. Bonus pun bagi macam tak nak bagi je. Orang lain dapat bonus tujuh lapan bulan, pekerja kerajaan dapat limaratus je. Kalau kat kl ni lima ratus ni kalau pergi beli kain kan jakel tu, setengah jam dah habis.

Lain lah kita kerja kat badan-badan berkanun yang ada financial freedom dia sendiri dan tidak mengharapkan duit cukai macam socso ke EPF yang bonus sampai 5-6 bulan. Tak makan hati semua.

Kalau gaji pulak unless kita ni dah tahap JUSA, marasalah gaji besar sikit.

Kalau kita tengok ada.kakitangan gomen.yang kaya banyak duit tu dia ada 4 sebab je.

1. Sebab dia memang dah sedia ada kaya. contoh macam anak tony fernendes atau ananda krishnan atau syed bukhari yang kerja gomen semata-mata sebab dia memang suka kerja kerajaan sebab pergi kursus boleh makan 6 kali sehari.

2. Sebab laki atau bini dia kaya raya dan dia kerja semata-mata sebab dia suka borak-borak dan gossip gossip yang tidak boleh buat di syarikat swasta.

3. Sebab dia sendiri secara part time buat business samada dengan izin atau diam-diam. Masuk MLM ke atau business avon ke jual zhullian ke atau one drop perfume katanya. Macam kawan akak ni kerja cikgu tapi dia part time kerja make up buat pelamin dan kerja-kerja kahwin ni nak jadi jutawan dah. Pendapatan dari business yang dia buat hari minggu tu kadang-kadang lagi banyak dari gaji dia setahun.

Atau

4. Dia amik rasuah.

Cara-cara lain memang tak lah.


Nak dijadikan cerita, masa akak dengan kawan-kawan akak dok lepak minum borak-borak pasal business dan dok cerita pasal business kawan-kawan dan business anak ayam akak yang semakin berkembang kita pun masing-masing berangan lah jugak nak business.

Sorang kawan akak ni nak jadi wedding planner yang berjaya, especially lepas dia dapat banyak job wedding lepas dia handle job wedding elyana dan siti sarah. Sorang lagi kawan akak yang pernah kerja drngan dato mahathir lokman nak meneruskan part time buat compare atau jadi emcee.

Sorang lagi kawan akak ni tak mau kalah dia pun nak buat business gak ni. Masa orang dok bincang dia tiba-tiba nyampuk. . .


Katanya

"nok, mak ingat mak pun nak buat business lah"

bila kita tanya nak buat business apa, dia jawab. . . Selepas berfikir kejab dan dengan muka serius. . . Pastu dia jawab,



"mak nak buat business cleaning service. Mak suruh lah emak mak jadi cleaner"



*pengsan.


Kurang asam punya budak memang cadangan nak masuk neraka sangat kan?

Bila kita orang cakap. . . Ko gila kan nyah nak suruh mak kau jadi cleaner.

Pastu dia jawab dengan muka confident



MAK LANTIK LAH DIA JADI SUPERVISOR!!!






akak terus pengsan mulut berbuih tak bangun bangun.

Wednesday, February 23, 2011

Blackberry Torch


Jeng jeng jeng....

Memperkenalkan, telefon terbaru seorang gadis urban yang sentiasa mencari-cari pembaharuan, penuh innovasi dan berdaya maju.

Lately ni kawan-kawan akak semua sudah bertukar kepada blackberry torch. Jadi seperti biasa akak yang tak leh kalah ni pun, mula lah menjinak-jinak kan diri ke kedai telefon untuk melihat telefon tersebut yang sungguh canggih dan sangat sesuai dengan gaya hidup akak yang serba professional dan bergaya ini.

Walaupun sebelum ini akak pernah pakai Bold, Bold2 dan jugak pakai Storm2 jadi untuk tidak ketinggalan dalam aktiviti kekwat mengkekwatankan diri in, akak mesti dapatkan jugak Blackberry Torch tersebut.

So bila sampai kat kedai, akak tengok-tengok telefon tu harga dia mak aiii... ribu-ribu you all. Boleh buat kenduri kesyukuran doa selamat ajak orang kampung datang makan ni. Pastu akak gigihkan diri jugak. Sambil tu akak tengok-tengok lah tablet phone macam Galaxy Tab dan jugak Apple Ipad. Nampak menarik sekali, dan harganya jugak lebih kurang sama dengan blackberry torch.

Namun apa kan daya, pendapatan akak sebagai seorang instructor penoreh getah dan jugak perodok kelapa sawit di institusi kerajaan ni tidak lah sangat membenarkan akak bergaya lelebih. Tapi sekali sekala takpe lah kan.

Jadi akak tak mampu lah beli blackberry torch tu.



Akak beli Blackberry lain. Blackberry ini sangat unik dan dibuat satu sahaja dalam dunia.

Kelas kan.

Towkey tu buat special untuk akak selepas akak cuba mintak 80 percent discount.


Jeng jeng jeng...


memperkenalkan.....


Blackberry terbaru akak....


Sila jangan jealous











Blackberry Torch Light




KO ado????




Dengan blackberry ini kehidupan akak sebagai gadis urban yang bercahaya dan ceria akan sentiasa terang benderang, dan telefon ini jugak boleh digunakan semasa emergency untuk membaling hanjeng!!









Sekian.




*nanges :(



p/s: Bila lah nak dapat laki kaya ni. Kawan akak seorang kakak-kakak gemok dapat laki Arab, laki dia belikan dia BMW Sport 3 series. Lepas pakai tak sampai setahun, dia cakap kat laki dia, kawan-kawan dia gemuk tak muat masuk kereta tu. Laki dia kesian tukarkan ke BMW 5 series pulak.

Pengsan


Ko mampu??? Walaupun ko feeling chantaque???


p/p/s: Jumpa jugak ko blog ini kan Megat Lemang Itik Ganas

Wednesday, February 16, 2011

Kisah Benar: Budak 6 tahun sudah pandai buat BLOWJOB

Hamik ko!!!

Mampu?


Ini kisah benar yang berlaku pada akak sendiri. Kaedahnya macam ni..


Once a upon a time, in a far far faraway land of Kebun Getah, akak sedang membuta...


krukkkkk krukkkkkk zzzzzz krukkkkk




(cerita dah habis)









Acah je.


Hik, akak suka buat lawak lawak spastik camni pakai blog. Kalau pakai facebook tak boleh deknon.


Anyway, kembali ke kisah Budak 6 tahun di paksa blowjob.

Kaedahnya macam ni, a few weeks ago, akak gih lah ke Pink Triangle untuk buat routine check up. Biasa lah orang-orang macam akak ni kadang-kadang terdedah dengan menda-menda yang tidak dikehendaki. Tapi akak jenis tak pusing keliling. Tapi kita tak boleh sure dengan partner kita kan. Macam-macam boleh berlaku.

There is this one story of a lady. Baik orang nya, dari family baik-baik, pelajaran tinggi, pengetahuan agama pun hebat dan bertudung litup dan sebagainya. One day, dia rasa sakit-sakit. Sakit biasa je. Bila di buat ujian darah, nak jadikan cerita, dia di uji oleh tuhan.

Tahu-tahu dia ada menda alah tu. Menangis meratap mengenangkan nasib diri.

Mustahil menda tu ada kat dia, sebab dia orang baik-baik, suami pun orang baik-baik. Bila di kaji dan diselidik, rupanya sekaliiiiiiiiiiiii dulu, hubby dia sebelum dorang kahwin pernah ikut kawan gih jenjalan ke Selatan Siam. Walaupun minda rasional kata jangan monyet, tapi minda yang rasional sentiasa gagal untuk mengawal nafsu lelaki yang satu itu.

Jadi mengambil ikhtibar dari cerita tersebut, dan cerita kawan-kawan akak yang ada menda tu, dan yang masih hidup atau pun yang telah pun tiada, akak selalu amik jalan berhati-hati.

Jadi dalam setahun, dua tahun sekali akak akan pergi check lah. Kita kena check dek non. Sebab kita ni, tak tau samada kita ni ada tau tak.

Adik-adik kalau melacur memang tak hingat. Kalau nak mencari, cari yang kendo ya amat je. Yang muka pecah rumah tak nak. Walaupun akak kenal ramai jugak kawan-kawan akak yang suka muka pecah rumah ni.

Lagi-lagi yang suka askar tu. Nak yang meletop, yang handsome, yang badan sedap, tegak dan sebagainya. Bila dapat ni sikit punya happy, dan mms, sms kawan kawan dan keluarga di kampung termasuk tok penghulu bagai.

Tapi dorang lupa, citarasa ko tu adalah citarasa semua bapok-bapok kat luar tu. dan muka elok badan sedap tu le selalu jadi bahan bahaman cikpok-cikpok sebelum korang. Ntah-ntah kita ni adalah bapok ke 281 jantan tu dah main.

Dan dalam 281 cikpok dan betina dan pelacur yang dia dah tibai tu, kita tak boleh nak pasti semua nya sihat.

Jadi kita mesti berhati-hati. At least kita kena pakai protection, dan kalau kita pilih hidup macam ni kita mesti buat ujian sekali sekala.

Bukan apa, kalau dah kena tu kena lah. Tak leh buat apa dah. Tapi kita masih ada ruang untuk berhenti melakukan perbuatan-perbuatan yang you know... dan sebagainya kan.

Enough about that. Melalut dah aku ni,

Anyway, bila akak buat pemeriksaan di Pink Triangle, dia punya consultant akak borak dengan kita, dan cakap kenapa pentingnya pakai cikdom ni, walaupun kita rasa kita setia dan partner kita setia. We never know, one slight mistake will be the end of it.

Even if we have it, does not mean its the end of our life. Kehidupan mesti diteruskan.

Some people look at it, as a signal from god to repent. Some look at it as punishment. And ada yang jenis tak puas hati dah tahu, menjadi semakin aktif cikcur, dengan harapan dia boleh pass pada orang lain.

Ingat deknon, perbuatan itu sama seperti membunuh. Analoginya sama seperti kita membubuh racun dalam makanan orang. Kita tak mau jadi pembunuh.


Aikkkkkkkkkk... sambung lagi katanya....

enough enoughhh melalut... kembali ke cerita asal.


Jadi bila kita habis borak-borak dengan consultant tu, dia akan buat ujian. Dan Alhamdullilah, akak masih clean.

Yeahhh boleh terus cikcur dengan jayanya...


(mati lah ko)


Dan bila habis buat ujian, dia akan kasi kita sepaket dua cikdom yang dibekalkan secara percuma. So orang dah bagi free kita amik lah kan.

Nak di jadikan cerita, beberapa hari lepas. masa akak tengah syiokk syiok tidur...




krohhhhhhhhhhhh kroohhhhhhhhh zzzzzzzzzzzz



(tidor cerita dah habis)
















tipuuuuuuuuuuuuuuuuuu...






Macam orang bodoh kan aku ni.



Nak di jadikan cerita. Masa akak membuta tu, tiba-tiba salah sorang anak buah akak ni menangis-nangis, meraung-raung sebelah telinga akak.

Ko bayangkan ko tengah syiok syiok tido tengah bermimpi baru nak ringan-ringan dengan Brad Pitt, tiba-tiba ada dengar suara budak nanges kat sebelah. Memang potong stim betul kan.

Mulanya akak nak libas je anak buah akak dan kasi dia back hand sekali, tapi disebabkan akak ni Gadis urban yang mulia dan berhati suci murni nyior blorol lolo kudus, akak tak lah libas. Akak tanya lah baik-baik.

Ko gila nak libas anak orang? Apa ko ingat anak orang tu lembu.


Akak tanya dia, "ko dah kenapa??? nak kena terajang???" Sambil tunjuk kaki akak yang bersaiz momee monster dan mengerunkan ini, tetapi masih dengan kawalan suara yang merdu.


Pastu dia jawab, "kakak tak nak kasi belon... kakak tak nak kasi belon"


Belon apanya ni pepagi buta main belon, akak fikir, sambil mencari beg akak nak amik rokok.

(amaran kerajaan Malaysia. Merokok membahayakan kesihatan)


Tiba-tiba akak tengok beg akak bersepah. Barang-barang dia macam telah di selongkar!!!


Dan pek cikdom pemberian Pink Triangle tu dah takde.


Mampus.....


Anak buah akak memang suka selongkar beg akak sebab akak selalu simpan gula-gula dah chewing gum dalam tu. Sebelum ni takde masalah pun.


Akak terus bangun, dengan berkemban dan akak melompat-lompat dengan gaya skipping yang cukup anggun, dengan alunan payudaya gadis sunti akak ni dam terus lari meluru ke luar.

Dan tengok kakak dia tengah pegang belon berwarna putih lutsinar yang sangat pelik.



Jantung akak terus berhenti selama 5 saat!


Anak buah akak, telah membuat BLOWJOB dengan cikdom yang akak dapat di Pink Triangle!!!


Nasib baik lah emak akak takde, dia gih dok lepak dengan persatuan mengumpat dia kat rumah hujung. Kalau tidak mampus pecah lobang.


Cepat-cepat akak amik belon tu, pecah kan dan buang dalam longkang. Punya lah liat nak pecah, sebab getah dia jenis berkualiti kot Dah macam orang gila dah aku pagi tu.


Elok-elok sorang je anak buah akak nanges, sekarang dua dua dah nanges. satu tak dapat belon, satu lagi belon kena pecah.

Lepas tu akak cepat-cepat mandi, pergi kedai belakang dan beli sebungkus belon untuk dorang main-main. Untuk memastikan dorang tidak bagitau emak dorang, akak siap rasuah air tin, aiskrim, honey star, twisties, mamee, lollypop dan memacam lah.



Sumpah akak terus insaf selepas kejadian itu dan takkan simpan menda alah tu dalam beg dah.





Nasib baik dia buat belon, kalau dia buat camni???


camana pulak???






terus akak meninggal

Monday, February 7, 2011

Dalam Office ada taman.

kelas macamana tak tajuk hari ni.

Jangan ingat businessman kaya je boleh ada taman dalam office. Akak yang duduk dalam opis gomen ni pun boleh buat taman dalam opis oke.

Bukan taman apa pun, taman lite lite sugi akak beli hari tu. Macamana ntah, akak feeling-feeling feng shui hari tu akak pun beli lah air terjun mini kat Metrojaya sempena Hari Raya Cina.

Kalau part membuang duit dan membeli barang-barang yang takde hasil dan end up jadi sampah sarap dan memenuhkan lagi ruang-ruang yang dah cukup penuh kat opis ke kat rumah ke, ko serahkan je pada akak.

Tapi bila kita beli menda-menda tak berfaedah yang membuat kita happy, especially bila menda tu murah dia seakan-akan memberi kesan therapeutic gitu. Seolah-olah kita telah mencapai kejayaan peribadi yang kita saja yang bertanding, dan kita saja yang akan menang.




Comel tak air terjun mini akak.

Air terjun mini yang boleh dioperasi mengunakan bateri atau adapter elektrik ini siap ada batu-batu, ada konsep api dari lampu diod berwarna kuning, ada konsep air yang mengalir dengan derauan bunyi-bunyian persis air terjun, dan diperbuat dari kayu yang sebenarnya adalah plastic akak rasa.

Pastu bila air tu mengalir keluar dari bahagian atas tu akan keluar buih-buih yang akan menghasilkan udara yang bersih gitu.

Walaupun sebenarnya nan hado. Tapi ada aku kisah????


Bukan mahal mana pun untuk kepuasan sendiri kan.




Untuk melengkapkan taman mini ni akak beli jugak, candle holder dengan rona yang sama seperti air terjun tu yang di hiasi dengan batu sungai kecil di sekeliling bekas lilin tu.

Memberikan suasana yang cukup romantik, Zen dan berfeng shui.

Sekarang bilik opis akak sungguh ranggi dan sophisticated, selayaknya untuk seorang gadis urban yang genit dan berdaya saing dan sentiasa mengatasi teknologi.

Mati lah.


Tadaaaaaaaa


Gabungan air terjun dan bekas lilin ni persis membentuk sebuah taman mini yang indah dan automatis menjadikan meja sisi akak semakin hebat, menarik dan kelas gitu.


Ko ado?



Walaupun....


p/s: funny how small things can make you happy, and bigger events will not move your heart a bit.
p/p/s: funny how i can make myself happy, when i am supposed to be sad. Our mind sometimes have a mind of its own.



Bangkok Pattaya

Makin menjadi-jadi kemalasan nak mengupdate blog ni. Ntah lah kenapa. Cerita banyak sangat, tapi takde sapa pun macam memanggil atau menarik minat untuk di tulis.

Maybe i have lost my passion to write blog, or maybe i am just plain lazy. Ntah lah.

Anyway, i just got back from a short trip to Pattaya and Bangkok. Konon-konon nak buat travelblog mencari kedai-kedai makanan Islam di sana. Tapi end up akak yang kebulur sebab tak jumpa sangat pun kedai halal kat sana. Semua kedai ada je cik bab. Hari-hari melantak roti dan makanan arab di hotel-hotel, sampai bengkok wallet aku kat sana.

Pastu syok-syok pose pose maut tepi pantai guling2 bagai, tahu tahu last day nak balik, Kamera akak teringgal dalam teksi dan kesemua memory memory indah yang konon nak di kongsi bersama, hanya terpahat di ingatkan ku. Masalahnya memory yang tinggal adalah memori ceknek ceknek jantan siam yang selambak kat gogo bar kat sana.

Dan kelam kabut sangat, sampai lupa nak tukar duit dan tak activate ATM card dan akak menjadi papa kedana kat sana, walaupun chinese new year sale dia adalah gila babi best dan barang murah-murah dan akak hanya mampu melihat sampai keluar air mata darah.

Pastu dah sampai KL baru akak teringat, yang actually akak boleh call je dari sana untuk activate kan the bloody cards.

siot.

My pattaya and bangkok trip sucks.

Tengoklah , if i even have the mood to write anything about it.

Friday, January 28, 2011

busuk punya orang.

Akak nak tanya pendapat korang pasal satu Hal yang sangat menganggu akak.

Macam ni, apa perasaan korang masa korang tengah beratur kat mesin ATM nak keluarkan duit. Pastu orang yang dok beratur Tu pulak sikit punya ramai ni. Tiba-tiba korang terdengar bunyi halusss Tak halus sangat kuat Tak kuat sangat.

Sian orang depan korang Tu malu-malu sebab terkentut. Sian dia maybe dia sakit perut ke apa ke kan.

Kalau menda Tu jadi kat korang apa perasaan korang kalau yang terkentut Tu adalah korang sendiri?

Mesti rasa malu Dan nak lari sambil tutup muka Dan bunuh diri kan.

Akak faham sangat apa orang Tu mungkin rasa. Sebab yang apa tau?

Sebab yang terkentut Tu adalah akak sendiri.


Uwaaaaaa. Hanjeng tau time-time Tu ko nak melepaskan. Memang takde insurans punya lubjub.

Sumpah akak Tak kan pergi keluarkan duit kat ATM Tu, Dan akak nak pindah dari kebun getah ni takut terserempak dengan orang depan Dan belakang akak.

Benci lah.