Thursday, March 26, 2009

The Mom Song in William Tell overture




Brilliant!!!


Kalau suruh budak AF nyanyi camni boleh tak?

Hik!



Gemuk macamana tah? Benci lah.


Tak makan hati ko dengan baju kurung polka dot akak.

Harus ada adik-adik makan hati dengan baju kurung polka dot maut men stopper akak tu kan. Ala-ala man stop and die punya kaedahnya. Sampai Miss Anggun Cipta Sasmi sendiri tak sabar-sabar nak amik gambar dengan akak. Bertuah si Anggun tu tau, Tun Mahathir pun belum tentu dapat bergambar dengan akak lagi ni.

Kelas mak ayam.

Nanti akak cerita kenapa akak dengan Hatta duduk sebelah Anggun dan Shazwan Awani ek. Akak busy sangat lah. Lagipun akak masih di awang-awangan dan tidak percaya, finally bergambar dengan artis yang menjadi pujaan akak yang akak puja-puja, sanjung-sanjung dan akak melalak kat karaoke lagu-lagu sampai nak tercabut anak tekak.



p/s: Sapa yang gih konsert akustika anggun esok, see you there!!!
p/s: suka kan buat cerita separuh-separuh jalan dan kisah apa aku orang nak kata aku jakun ke apa, sebab when it comes to anggun, jangan kata Jakun, Zulu ke orang asli australia pun akak sanggup.

Tuesday, March 24, 2009

Anggun Menawan.



Cuba teka apa ni?



Nanti aku cerita. Akak nak pengsan 15 minit dulu.


daaaaaaa

Monday, March 23, 2009

Mudanya!!!

Abunita Cardova Al-Kangari, mana ko sundel. Ko suka kan buat pose-pose nyorok tak perlu. Ko ingat ko nyorok belakang pondok telefon tu akak tak nampak perut ko terjojol keluar tu. Kan, Justify Fullmengata orang tak hengat ni PJD. Paku dulang paku serpih, mengata orang, perut sendiri yang lebih.

Hik.

Tapi takpe.

Ko suka kan cerita separuh jalan. Mana janji-janji palsu hang nak hantar sms ugutan semua tu. Akak nak abiskan episod Ciken Rambo tu. Jangan takut nok, orang tu tak baca pun blog akak ni. Kalau paling kuat pun dia maki hamun hang ja. Dia tak berani buat lelebih sebab sms-sms ugutan dia semua ada kat hang. Kalau jadi apa-apa akak suruh Angam gih print je message-message tu kat PC dia no. Tapi kalau dia lebih-lebih tu nasib hang lah ya.

Anyway, ni nak cerita sikit. Sebenarnya seminggu ni akak happy je tau. Dok senyum sepanjang hari ni. Bukan sebab gaji dah masuk, gaji masuk lagi 2 hari no. Sebab hari tu akak dok jenjalan dengan Kyra Osman ni dok teman dia gih beli beg dan mencari ubat kurus. Tu lah ponen tu kan, setiap kali outstation mesti beli beg baru. Suka nau beli beg PVC yang merosakkan alam sekitar ni kan.

Nak dijadikan cerita masa akak dok jalan-jalan dengan kyra kat Jusco Bukit Tinggi, ada lah sorang budak remaja cina ni dok usha-usha. Ingatkan dia nak berkenalan ke apa, akak dengan kyra pun terus buat muka ayu lah ni. Rupanya dia nak jual barang da. Dia jual alat pengelek perut tu. Ala-ala talipinggang tu sangkut je kat perut, on switch, sebulan dari Adibah Noor terus boleh kurus macam Saiful Apek.

Kata dia lah.

Propah kuat kan, sebab yang dok jual tu pun set-set Adibah noor dan Mazidul Akmar Sidek jugak kaedahnya.

Tapi takpe lah, disebabkan kat tempat demo tu ada sofa besar kita orang pun dok le pose-pose sambil di layan oleh budak cina tu. Sebenarnya nak duduk kat atas sofa tu je. Maklumlah Jusco Bukit Tinggi tu sebesar tidak.

Masa kita orang menuju kat budak tu pastu duduk kat kerusi tu budak tu tiba-tiba cam ala-ala tercengang tengok kita orang. Adakah dia terpesona dengan kecantikan akak dan kyra? Atau dia terkejut sebab tengok ahli gusti dua orang dok pose-pose manja.

Rupanya dia cakap, dia ingatkan abang, tapi rupa-rupanya kakak.

*pengsan 15 minit.

Dah buta ke apa budak tu. Tapi akak tak salahkan budak tu, sebab kalau dah dua dua lawan kepit suara kan, jangan kata budak cina tu confuse, mak bapak sendiri pun boleh confuse dulu dorang lahirkan anak laki ke anak pompuan.

Tapi akak speku dia saja je nak kasi kita orang rasa kembang cam belon.

So Kyra Osman pun cuba lah pakai talipinggang ajaib tu yang menjanjikan kurus tanpa diet dan tanpa bersenam. Boleh?

Akak pulak cuba le mesin pengurut kepala ni.

Memang sedap sekali mesin-mesin tu, tapi bila tengok harga dia yang besar itu tidak memadai dengan barang yang kecil itu, maka kita lupakan lah sahaja hasrat untuk menjadi kurus sebentar. Tembam pun cantik jugak ya.

Disebabkan menda tu sedap sangat pakai, jadi kita terlupa lah yang kita dok pose-pose cuba je, terlama pulak sessi percubaannya. Dak cina ni tak sabar-sabar dia nak suruh kita swipe-swipe card ni.

Jadi masa kita dok cuba-cuba tu kan, dia pun borak-borak le. Tanya macam-macam le cam nama berkenalan. Nama dia Lee. Macam berminat sangat ni nak tanya. Abis semua kerja mana, semua dia tanya. Tapi bukan akak tak tau, dia tanya tu semua nak agak-agak gaji kita berapa je, so dia boleh jual mesin pengurut badan yang harga macam kereta kancil tu.

Kalau mesin kecik pun tak mampu, lagikan kerusi urut tu, mimpi je lah kan.

Pastu dia tanya le umur akak dan kyra.

Terus kita orang diam. Maklum lah ponen-ponen tua ni agak sensitif kalau ditanya bab umur kan. Macam le takde soalan lain. Jadi seperti biasa, kita pun buat-buat lah aksi manja suruh dia teka umur kyra dan akak.

Pastu budak cina ni cakap,

"i lasa akak ni abang (mati lah akak ya dia panggil), dan akak ni alik (merujuk pada kyra)"


Harus le akak sentap kan. Berani mati dia kata akak tua, walaupun hakikatnya akak memang 6-7 tahun lagi tua dari kyra.

Harus le akak tak puas hati, akak tanya lagi.

"Kalau i abang, umur i berapa, cuba teka" akak tanya sambil buat-buat muka ceria dan friendly.

Pastu dia jawab....


"i lasa umur you.....


jeng jeng jeng...


jeng...




jeng jeng



jeng...



22 tahun



*Terus pose-pose menyembah di lantai sambil buat sujud sahwi dan berdoa dikekalkan keremajaan ini selamanya.



Kuattttttttttttt nau ko propah kan, sebab nak jual barang macam-macam ko cakap kan. Kalau akak tanya lebih sikit harus ko cakap muka akak ada mirip mirip Beyonce atau Faye Wong.


Abis kalau akak 22 tahun, kyra berapa tahun pulak?


15 tahun?? Genittttttttt nauuuuuuuuuu.



Akak nak layan lagi budak Cina tu, tapi Kyra dah tengok akak sengeh-sengeh sendirian cepat-cepat dia ajak akak gih tempat lain.

"Mak ayam, cepat sikit, supermarket nak tutup tu"

Kacau daun tul, tapi kalau kyra tak selamatkan akak masa tu, harus dah akak bawak balik rumah alat pengurus badan dan alat pengurut kepala dan menambah lagi hutang kredit card akak sebenarnya.


Apa pun, akak tetap happy, sebab akak hakikatnya masih kelihatan muda belia (walaupun hakikat sebenarnya akak rasa cina tu propah kuat)

Sunday, March 22, 2009

Akademi Fantasia 7 : Konsert ke2

Macamana adik-adik, best tak konsert AF7 yang kedua ni?

A.C. Mizal masih menjengkelkan dengan suara soprano tahap tinggi macam bunyi keretapi brek tu. Annoying sangat lah. Dan minggu ini akak rasa dia telah memecahkan rekod pengumuman penyingkiran paling kurang ajar dan tidak berhati perut pernah dibuat dalam rekod 7 akademi fantasia.

Sian ek, Adilla ek. Sesuai le dengan muka dia, kalau dah buat dua album pun tak laku, patut le dia faham kan kenapa dia tak laku-laku kan. Ada hati lagi nak masuk AF katanya. Nasihat akak buat Adilla lupakan sahaja lah impian nak jadi penyanyi dan gih le amik kursus pramugari ke kursus andaman ke, pastu nyanyi le part time kat club-club atau kenduri kahwin atau di pusat karaoke sajork.

Anyway, semalam ada tarian pembukaan menuju puncak, bukan pada penghujung konsert. Wahhh, sungguh transformasi sangat. Dah dua konsert tapi tetap takde transformasi. Yang ada transformasi copycat dan transformasi kepada tahap semakin hazab je. Tarian menuju puncak dia cam tak best je, sebab macam banyak step-step kosong harap kan si Yazid gih buat breakdancing je depan tu. Kalau patah leher budak tu, ada ke AF nak bayar insurans. Ada amik insurans tak budak-budak tu. Tapi harmoni masa menyanyi tu oke lah lite lite sugi.

By the way, semalam kan akak dengan set-set kawan akak akademician dok borak-borak pasal AF kan tau tak apa kita orang paling tak suka sekali? Kita paling tak berkenan dengan pengetua Tiara J yang bersiap tak henget mengalahkan pelajar-pelajar. Maybe sebab tu lah baju-baju pelajar semua buruk-buruk belaka sebab budget baju semua dah pergi ke Tiara kot.

Sebagai pengetua di sebuah sekolah seni, Tiara patut lebih menyesuaikan diri dengan pemakaiannya supaya nampak status academiciannya dan tidak terlalu seksi, especially bila dia sendiri berstatuskan Datin Seri. Tapi takde le perlu pakai macam cikgu-cikgu, berpada-pada dah lah. Tak yah lah lengan belah sampai macam tu sekali kot. Nanti pelajar-pelajar mendapat signal yang salah.

Well, itu pendapat kita-kita lah. Tapi yang pastinya, dia bersiap memang over.

Cakap pasal baju semalam, sapa lah punya kerja bagi pakaian-pakaian murahan beli satu dapat satu yang banyak di jual kat kenanga dan kedai belakang station LRT hang tuah tu. Kalau korang tak caya gi le sana. Baju-baju hongkong yang budak pompuan pakai tu semua boleh beli bundle 6 pasang RM20 hengget. Tak cukup buruk di tambah pulak dengan talipinggang WWF dan kalau boleh semua nak dibubuh tali pinggangnya. Tapi baju paling binatang sekali yang Zizie dapat le. Dah rupa macam superman dan akak tengok dia dengan baju merah, top hitam dan LEGGING BIRU MUDA.

Motif legging biru muda dengan baju merah. Dah rupa macam aiskrim paddle pop dah aku tengok. Minggu depan boleh kasi dia baju merah, hijau, kuning suruh dia pose-pose traffic light pulak.



Batman: Eh, superman mana ko pergi semalam banyak penjenayah.
Superman : Aku tengok AF kat stadium lah, sebab zizie pinjam seluar aku.
Superwoman : Adilla pulak pinjam aku punya talipinggang.
Batman : ohh, minggu depan mesti dia pinjam baju aku kan.


Budak laki pulak semua pakai baju sekolah kat hongkong merangkap pemain gold amatur dengan t-shirt buruk, cardigan hazab dan jaket sedih.

Semua-semua cost baju utk 14 pelajar tu adalah dalam RM 300 kot. Menyampah tul baju kaler merah dan putih ala-ala High School musical yang dorang pakai masa menyanyi menuju puncak. Dua kali tengok macam sailor moon lak aku tengok.

Sedih lah transformasi nya.

Sedih.

Cukup lah, komenter pasal perjalanan konsert yang bosan semalam. Sebab orang yang duduk kat stadium pun tak tepuk tangan. Apa Dollah tak buat kerja ke?

Satu je perlu diulangi, A.C. Mizal memang tetap menjengkelkan sampai bila-bila pun dan tidak boleh diubah sebab suara dia yang macam chipmunk tu sebenarnya. Bukan salah ibu mengandung, itu dah anugerah tuhan kita tak leh buat apa apa dengan suara dia.

Jadi baik kita tukar je pengacara lain.

Pleaseeeeeeeeeeeeeeee already.

Baik, jom kita tengok macam mana persembahan pelajar kali ini. Tapi akak busy sikit, jadi akak jemput kawan akak Encik Fredie untuk memberi komentar tentang konsert semalam. Bukan Freddie Fernendez tau.


En. Fredie, dipersilakan.



Hellooooo.. welcome to elm street.


Persembahan Pelajar

AKIM
Satu (Dewa 19)
Buronan Cinta (The Lima)

Cute kan dia. Sebab dia cute tak leh komen lebih-lebih. Akim langsung tak boleh bawak lagu Dewa 19 sebab suara dia terlalu lembut dan tak cukup projection. Dengar macam takde power langsung dan sedikit menyakitkan telinga. Pitching mengarut kelaut gila. Tak yah lah cerita pasal dinamik ke lenggok ke memang takde langsung. Dia pulak nampak macam tak sabar-sabar nak nyanyi lagu Buronon Cinta yang lebih mudah sikit untuk dia, tapi tetap takde voice projection. Paling tak tahan tengok dia punya body movement pelik sungguh. Kongkang gila memang tak leh menari sebab takde body rhytm langsung. Masa ubah lagu tu dia punya feel fake gila. Feel yang direherse.

verdict : Haramjadah kau suka main-main kan budak ni. Dalam sekolah main, tengah buat persembahan pun memain. Tak serious, 1 pasang selipur jepun dan babab montot dia 12 kali.

RUBISA
Dingin (Ziana Zain)
Gagap (Stacy)

Aiyoo, perit telinga dengar dia dok menjerit-jerit cam tarzan. Dia tak menyanyi tapi dia dok menjerit-jerit part tinggi macam nak koyak anak tekak. Rasa macam nak cakar-cakar je muka dia masa tu. Lagu Dingin hancur macam haram jadah. Masa dia nyanyi lagu gagap tu semput sesak nafas. Kita yang tengok ni pun macam sesak nafas tengok dia nyanyi kan.

verdict : Haram... selipar jepun curik kat masjid sebelah je.


QHAUD
Bila Nak Saksi (Spider)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Tak tau kenapa, tapi aku memang macam tak berkenan dengan Qhaud ni. Semuanya macam tak kena. Tapi suka tengok kening dia turun naik macam ziana zain masa nyanyi lagu bula nak saksi. Pastu dari Ziana Zain dia terus berubah macam pesakit anjing gila terkena parkison bila dia nyanyi lagu Untuk mu oleh MUH. Persembahan dia memang tak lekat kat kepala. Baru dia 5 saat je dah lupa. Tahap pertandingan karaoke kampung Ulu Sepri. Rasanya pakcik2 yang dok nyanyi kat stage uptown tu lagi sedap kot.

Baju dia tu memang pemalas tul dia punya wardrobe. Kalau setakat pakaikan tshirt hijau dengan jacket rempit naik motor tu, tak payah pakai wardrode department. Mat rempit pakai baju cantik lagi kot.

verdict ; super hazab, satu selipar sangkut kat telinga dia seminggu. Sebelah lagi selipar sangkut kat leher wardrobe crew.


AISHAH
Coba (Faizal Tahir)
Gila (Mila)

Ah?? dah gila ke apa team AF ni. Kalau dah budak lembut kuat melatah camtu ko kasi lagu Coba. Dah sah sah le dia tak mampu. Kasi le lagu Aisyah ke, Lagu Fauziah Ahmad Daud ke boleh le dia bawak dengan suara lembut camtu. Nasib baik dia tak melatah atas stage tu. Tak ke buruk rupanya. Dan boleh tak cikgu bagitau dia jangan dok senyum sepanjang-panjang menyanyi tu cam orang gila dah aku tengok.

Verdist: Hazab lite lite : terompah kayu haus satu.


OBRI
Akan Tiba (Aliff)
Ada Untukmu (Nubhan)

Perlu ke kenyit-kenyit mata camtu. Tak seksi oke. Pastu perlu ke nyanyi lagu Aliff cuba sound macam alif, nyanyi lagu Nubhan cuba nak bunyi macam Nubhan. Ini pertandingan nyanyian le untuk mencari originaliti dan bakat terpendam, bukan pertandingan tiru gaya artis.

Expression muka fake gila dan falsetto out tahap gila-gila out. Ala -ala kalau main bola, jenis gol di gawang sendiri punya out. Pitching larik ke Afghanistan siap perang-perang dulu pastu singah Gaza.


Aiyoo enough already with this Cardigan. Berapa bundle le dorang beli cardigan kat Kenanga tu lahaiiiiiii..


Hello Astro!!!!!!!!!!!!! your wardrobe officer buat resit sendiri kot. Baik korang check berapa ringgit dia charge baju tu.

Hello!!!!!!!!!!! Orang nak menyanyi le bukan nak pergi main golf. Cukup-cukup le tu.

verdict : Super duper hazab. Sila keluar sebab sempat lagi tarik surat letak jawatan kat bank tu. Tak layak dapat selipar. Dapat satu stokin busuk sumbat kat mulut.


p/s : hampunnnnnnnn kan akak Ajami. Ini bukak akak yang tulis. Ini Encik Fredie Krueger yang tulis.

ZIZI
Sembilu (Ella)
Wonder Women (Mulan Jameela)

Kannnnn, sesuai dengan lagu, patut le kasi baju wonderwoman. Pandai wardrobe kan. Tepuk tangan

Zizie oke, tapi key dia low sangat. Sampai semput dengar dia nak capai low note tu. Aku cukup benci kalau buat rambut pakai extension dan pakai curling iron tu pastu biar dia dok curly-curly macam roti croissont camtu. Nampak tak siap dan nampak murah.

Tone suara dia sedap, rasanya kalau lagu Coba Faizal Tahir tu kasi kat Zizie dia boleh buat lebih baik dari Aisyah kot.

Verdict : Lulus , sepasang selipar asadi.


SIDI
Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain)
Kukoo (Ferhad)

First song dia sebenarnya nyanyi lagi sedap dari Imran Ajmain. then again, Imran Ajmain sedap ke dia nyanyi pun. Opsss. Terlalu nak copycat Anuar Zain. I am beginning to wonder, ini bukan masalah student, tapi masalah pemilih student yang tak faham tentang pemilihan dan memilih suara-suara yang mereka rasa sedap dan suara yang mereka rasa sedap tu sebenarnya adalah mirip suara-suara penyanyi yang sedia ada.

Sidi punya kebolehan terhad pada lagu slow je. Dia tak mampu bawak lagu laju mungkin kerana tidak cukup masa dan lagu itu sendiri susah nak nyanyi. Tapi ini tak boleh dijadikan alasan, sebab Farhan dulu pernah dapat lagu tak munasabah dia boleh buat dengan baik.

Sidi jugak tak boleh Adlib walaupun untuk menyelamatkan hidupnya. Dan dia jugak tidak boleh manari lag. Nampak pelik sekali.

Dan last note tu dia dok jerit ohhhhhhhhhh tu, very- very der tak perlu.

verdict : first song lulus cemerlang, second song out. I selipar bata.

ADILA
Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim)
Asyik (Amelina)

Ni dua lagu favorite aku ni. Biasa je, tidak ada apa yang impressive dan tidak terkilan dia terkeluar. FOr someone with albums, she should do way better than everyone else. Tapi dia tak deliver. Sekarang mungkin dia dah dapat jawapan kenapa dia buat album tak laku. Muka cantik je tak cukup.

Time ni akak dah bosan dah banyak sangat medley dan macam Show RTM lak rasanya. Show Medley pendek-pendek ni tak capai apa-apa pun, sebab pelajar tak sempat nak tukar mood. Kecuali lah Medley tu sama genre dan sama beatnya.

Dan cukup-cukup lah baju blouse satin murah (satin ke polyester) dengan belt tak perlu tu. Semua budak-budak pompuan tu pakai blause dengan belt. Itu je ke mampu difikirkan, baik amik makcik indon cleaner kat tempat kerja aku. Sebab dia pakai baju lagi cantik dari budak-budak ni?

Tapi aku cukup tak setuju cara AC. Mizal bagitau keputusan macam tu, ala-ala menipu dengan memberi harapan palsu, kemudian gih tanya sedih ke tak, pastu whammmmmmmm on your face macam tu.

Terlalu kejam gila.

Tapi tidak sekejam kepada semua penonton yang terpaksa mendengar suara keretapi brek A.C Mizal setiap minggu.


Verdict : Biasa sajork, 1 pasang selipar jepun

ARIL
Benar-Benar (Adam)
Robot (Adam)

Dia ni nyanyi ke bercakap. Useless sangat. . Langsung takde lenggok, colour, dinamik whatsoever. Suara sedap serak-serak basah camtu. Tapi dia tak pandai bermain dengan suara dan emosi. Patut kasikan je lagu Nubhan kat dia. Mendatar tahap dewa-dewa guanyin.

Aril masih belum diuji. Dia masih lagi selamat menyanyi lagu-lagu yang biasa di halwa telinganya.


RINI
Aku Sindarela (Amylea)
Kiblatku (Hazami)

Ah, tadi Aisyah dapat bathrobe, Rini pun dapat bathrobe jugak.

Vocal wise, tak merdu langsung, tapi ada power dan projection. Jadi dengar dia punya pitchiness dan flatnya. Tapi oke lagi dari minggu lepas.

Nasib baik tak kena kick kan minggu ni. Minggu depan kena kick le tu.


YAZID
Lelaki ini (Anuar Zain)
Fikirlah (Aizat)

I was hoping dia boleh persembahkan sesuatu yang magical, sebab dia dapat lagu yang sedap dan fresh. Tapi nothing happen. Takde projection dan terlalu bunga-bunga mat cintan. However second song is better than the first one. Baik-baik deknon, lama-lama orang jadi bosan. Ko pusing le camana pun sampai terkulai leher, kalau ko tak leh nyanyi nanti orang tak undi, kecuali ko Mawi.

opssssssssssssss.

Acah je. Gurau je ek.

verdict : Biasa je, 1 sepit rambut dan 5 tube hair gel.


CLAUDIA
Kumahu (Siti Nurhaliza)
Wanita (Siti Nurhaliza)

The best girl of the night. Ada kelas yang tersendiri.

verdict : lulus cemerlang, 1 jimmy choo last season.

HAFIZ
Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv)
Toyol (Aznil)

Tak kisah lah deknon orang cakap ko macam Herman Tino. Sebab Herman Tino sampai sekarang dah lama tak nyanyi pun orang tetap ingat dia. Kau patut rasa bangga di bandingkan dengan legend.

Lengkap very original, ada dinamik dan ada power. Dan dia hebat tukar register dari high notes ke low notes ke high notes dalam satu rangkap macam professional. In a league of his own. Dia patut direhatkan dan terus letak kat Final je dan suruh budak-budak lain capai tahap Hafiz.

verdict: lulus cemerlang, 1 pasang kasut prada second hand.

ISMA
Jat Da Da Da (Dia Fadilla)
Hello (Farah Asyikin)

Gila undian Isma dah hampir 40 peratus. Orang dok undi dia gila-gila mungkin sebab dia mengingatkan kita kepada penyanyi yang kita semua sayang. Atau orang nak tengok dua juara dari rumah yang sama, sebab tomok pun nampaknya mengungguli carta satu lagi rancangan realiti show di TV tidak berbayar. Atau pun orang undi dia lebih-lebih sebab dia ada gaya kakak-kakak dan sangat baik hati dalam akademi. Atau pun sebab dia ada lima orang anak.

Apa pun dalam permainan undian ini, Isma nampaknya melangkaui semua pelajar dengan jauh sekali.

Satu lagi juara simpati maybe?

Tapi suara dia memang sedap didengar sebab dia ada satu kelembutan yang tersendiri. Walaupun sedikit pancit untuk lagu kedua, isma berjaya menyelesaikan tugasannya dengan baik.

verdict : lulus, 1 kasut bata.


Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Kembali kepada Fiebie.


TANKS TO COME Freddie dengan ulasan yang sungguh tidak bias itu.

Oke deknon, itu sahaja lah ulasan untuk akademi fantasia konsert kedua untuk kali ini. Basically apa yang cuba disampaikan oleh Freddie adalah dari segi seni suara, budak2 ni kebanyakkannya useless, tapi dari segi menarik undi dorang ada tarikan2 yang tersendiri.

Untuk gambar dan music video sila baca blog lain.

Hik, sekian.


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



p/s: Dengar cerita Anggun nak lawat Akademi. Mrasaaaaaaaa...

Thursday, March 19, 2009

Bengawan Solo

Bengawan Solo riwayatmu ini
sedari dulu jadi perhatian insani
Musim kemarau, tak seb'rapa airmu
Di musim hujan, air meluap sampai jauh
Mata airmu dari Solo terkurung Gunung Seribu
Air mengalir sampai jauh akhirnya ke laut

Itu perahu riwayatmu dulu
Kaum pedagang s'lalu,
Naik itu perahu




Ah kat atas tu adalah lirik lagu, Bengawan Solo. Lagu keroncong, sedap sekali. Bengawan Solo ini mengisahkan mengenai Sungai di Solo tu. Nama sungai tu Bengawan lah kot. Bukan cerita pasal Bengali Solo tau. Mesti adik-adik sexcited bila akak sebut bengali kan. Al maklum lah kan, kredential set set Mumbai dan seangkatan dengannya ni kan faham faham je lah kan.

Mati lah 6.8, opsss sapa tatau...

clue : Ginger pun set set mumbai jugak.


Opss, tertulis nama Ginger pulak.


Anyway kenapa akak tiba-tiba nak cerita pasal Bengawan solo sedangkan akak patut cerita pasal Ciken Ku Rambo, dalam siri Bercakap dengan Ciken yang tak abis-abis episodnya macam filem the bold and the beautiful katanya. Kawan akak ni ngada-ngada, tiba-tiba dia rasa takut lah nak cerita sampai abis. Kadang-kadang.

Suka tau aku buat cerita tergantung camni. Dah le dulu aku buat cerita Roslin tu dah tergantung, tah kemana hulu ke mana hilir. Ni tambah lagi satu cerita tergantung, rosak kredibiliti akak kan. Dah le terkenal sebagai blogger yang suka bukak tutup bukak tutup blog, jadi drama queen tak hengat ni. Sentap sikit tutup, sentap sikit tutup.

Eh sebelum tu, kisah Siri Bercakap dengan Ciken : Ciken ku Rambo itu adalah sebuah kisah benar yang berlaku pada kawan akak di utara nun. di ulang, KAWAN AKAK DI UTARA. Hanjeng tul, ramai dok speku itu adalah kisah akak sendiri yang akak dok tukar-tukar detailnya. Apa ko ingat muka akak ni, muka nak kena rodok dengan pisau je ke? Cukup le sekali akak kena rompak dengan Mama Raz dulu. Tak sanggup dah.

Jadi Kisah benar yang berlaku PADA KAWAN AKAK, akan disambung sehingga kawan akak hilang ngada-ngada dia tiba-tiba nak drama queen tak mau cerita pulak, sebelum akak hempuk kepala dia dengan kepala ciken-ciken tu dengan dulang karang.

Sebenarnya... lirik lagu tu takde kena mengena dengan Solo atau Bengawan Solo atau Bangali Solo, atau Wali Songo sekali pun. Kaedahnya akak nak cerita pasal makan lah.

Akak nak cerita pasal Restoren Wong Solo. Restoren makanan jawa yang begitu terkenal sekali di KL ini, dan begitu cikhal sekali, harus abang-abang askar yang dok ingat restoren KFC tu restoren mewah tak mampu pergi.

Kan leez kan kan kan, kan Imah kan.


Kasihan Leez yang dok tak abis-abis berkabung laki dia meninggal dunia tak lama dulu. Kita sama-sama doakan dia selamat di sana ya noks. Kita ni yang tah selamat ke tak, kalau kita mati agaknya ada ke orang nak berkabung lama-lama. Ntah-ntah bila kita mati nanti, famili dan kawan-kawan kita buat pesta kot ya. Ya lah, ala ala hidup tak mendatang kan hasil. Lain le macam Imah yang subur tu. Sejuk perut ibu mengandung.

Tapi dalam dok berkabung-kabung tu, mak dapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bagitau mak yang hang tetap menjalankan aktiviti curan di Mind*f memalam, camana tu.

Tu berkabung ke berselubung namanya tu? Harus ko curan pakai skit pendek, stokin dua lapis dengan tudung litup kan. Pondan berjilbab katanya.

Prolifik dan progressif sangat ko kan. Akak suka... akak suka (tepuk tangan)

Over tau.

Anyway, jom kita sambung pasal Wong Solo ni. Tapi sebelum tu, untuk pengetahuan semua Solo ni sebuah daerah di Timur laut (northeast) Jogjakarta. Nama lama dia Surakarta. Adik-adik mesti ramai tak tau, sebab adik-adik tau Jakarta dengan Bandung je, sebab tempat shopping kan. Tak pun Bali dengan Batam je daerah yang dorang tau kat indon tu sebab boleh cur-cur lite lite sugi kat sana.

Wong Solo pulak adalah satu restoren yang menjual makanan istimewa makanan orang Jawa dari daerah ini yang semuanya cukup, iaiti:

cukup sedap,
cukup pedas, dan
cukup mahal.

Cik hal deknon, seketul ayam goreng besar tetek maya syaziela je dah sampai lapan hengget. Tak hengat ni.

Ops, akak dengar maya syaziela dah bertetek besar, tetek dia dah tak berbentuk tetek petai lagi.

Tapi dia sedap, jadi tak kisah le kan. Melantak je lah. Sedap sangat punya pasal, lepas tu akak dengan kawan akak datang balik melantak kat situ. Kedai dia ada banyak cawangan. Cawangan yang akak gih ni dekat Taman Nirwana Ampang (eh betul ke nirwana namanya), di belakang pasaraya hidup segan mati tak mau Galaxy ampang yang penjualnya lebih ramai dari pengunjung tu.


Korang kan suka tengok gambarkan. Meh kita tengok gambar meh. Harap maaf, gambar macam haramja, maklum lah telefon kamera akak set-set zaman Firaun dulu. Flash pun takde. Itu pun gigih akak nak mengambil gambar oke, sebab kena snap berkali-kali. Tak leh bergerak, kalau bergerak amik gambar kucing, rupa anjing, amik gambar anjing rupa cam....




anjing lah, takkan rupa gajah ya kot.



Kalau amik gambar pepetz, rupa apa lak dia keluar agaknya kan?


Mesti keluar gambar A.C. Mizal kan, sebab dia macam pepetz je bila jadi pengacara.


hik.



/me terus pose-pose Maria Tengku Sabri dalam Rancangan Jalan-jalan Carik makan, dan makan sambil bercakap dan mengunyah tak henti-henti, sambil mempromosi tong gas.



ah kita nak makan, kita kena le minum dulu ek. Nama air atas tu adalah Es Gembira Pop. Ah sekali minum terus gembira nak terlompat-lompat katanya. Walaupun sebenarnya nan ado. Air tu ala-ala air bandung campur aiskrim soda je. Yang kat belakang tu adalah air, teh o es limau. Kalau makan kat sini, kalau ko tak minum 8 cawan air tak sah oke. Pastu air tu keluar ikut merata-rata dari hidung, mata, telinga semua keluar lepas tu.


Ni sedap sekali ni. Akak suka sangat. Sambal Terung. Akak ni dilahirkan dalam keluarga berdarah minang. Akak ingat mak akak masak tu kira dah handal le pedasnya. Tapi tidak you all, makanan Solo ni lagi tahap kepedasan dia melampaui batas. Ko punya lah syahdu makan sampai tak sedar diri air mata tu meleleh-leleh tanda kesyukuran. Tau-tau je abis dah sekotak tissue dok mengelap peluh kat dahi dan air mata.

Tapi memang sedap sekali.



Ni pulak sambal tere goreng bercili. Tere tu maksudnya ikan bilis lah. Ikan bilis dia lembut dan ranggup dan digoreng berempah, pastu dimasukkkan cili hijau dan tomato.

Orang solo ni akak rasa dia punya hasil sumber pertanian paling utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasarnya adalah cili kot. Sebab pemurah nau cili tu.



Oh ini paling mables. Nampak gambar macam haramjadah je. Ada ke rupa macam selipar jepun rentung camtu nak dimakannya.

Tapi sebenarnya itu lah namanya Daging Empel. Seketul daging yang lembut dan dihempuk-hempuk supaya menjadi lembut dan digoreng sehingga menjilat jari sekali.

Actually masa kat situ cantik je rupanya. Tapi bila dah diamik dengan kamera sedih ni, camtu je lah mampu kejadiannya.


Ni biasa je, ini adalah ayam penyek bakar. Ayam kampung yang dimarinate dengan perisa-perisa dan dibakar kemudian dihidangkan dengan sambal pecal yang cukup mables wonderbra yang pedasnya hampir-hampir memecahkan gegendang telinga akak.




Ini speciality kedai tu. Ayam penyek Wong Solo. Kaedahnya ramai orang datang sini sebab nak makan ayam penyek ini le. Ayam penyek ni dipanggil ayam penyek sebab dia dah penyek le. Tapi jangan risau, dia tak penyekkan ayam tu sebelum di sembelih. Satu hal le steamroll tu nak mengejar ayam-ayam tu kan.

Akak tengok dalam internet resipi ayam penyek ni macam senang je. Ayam ni diperap dengan rempah-rempah, kemudian digoreng sehingga garing. Bila dah siap digoreng tu, ayam tu dipenyek-penyekkan supaya dia menjadi lebih lembut dan dagingnya tercerai dari tulang.

Jangan dia penyekkan pakai tumit kaki sudah.

Ayam penyek ini pun dihidangkan dengan pecal (sambal) cili api yang super pedas.



Harga lauk-lauk itu termasuk air untuk 3 orang, dan nasik untuk 3 orang makan adalah....

jeng


jeng


jeng...


RM90 hengget!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Mati lah ayam 3 ketul dengan ikan bilis dan terung harga RM90 hengget ko. Akak ingat kan harga tu untuk pinggan-pinggan perhiasannya sekali, rupanya tidak.


Tapi makanan dia sedap dan memang berbaloi sekali. Sebab seminggu dua lepas tu, kita orang gih sekali lagi makan menda yang sama, tapi kan harga dia dah berubah pulak. Kalau dulu harga dia 90 hengget, kali kedua pergi dah jadi RM100 hengget lebih pulak.


Cukup lah dua kali, tak mau dah pergi kali ke 3. Tak tau le berapa pulak jadi harganya karang.



p/s: hik, actually ada le lauk-lauk lain satu dua jenis. Tapi tak best.

Tuesday, March 17, 2009

Move over Tyra, Here comes Rupaullllllll...

Don't even think about it, if you don't have it with you.

Adik-adik nak jadi ponen, belajar dulu dengan mak ayam besar ni. Rupaul ni kira mak ayam paling top sekali kepada adik-adik seluruh dunia. Hazab kalau ada adik-adik yang tak tau sapa Rupaul, atau at least tak pernah tengok filem To Wong Foo" Thank you Julie Newmar.

Kalau ko rasa mak ayam ko besar, amik ni ada mak ayam lagi besar. Mak ayam ko ada show sendiri kata TV? ada ada??

Nan Ado oke.

opps, sorry ni bukan Rupaul, ni mak ayam Bedah




Ah ini baru Rupaul!! tak makan hati kau



Mak ayam ko berani pakai wig blonde walaupun kulit cerah sikit je dari kulit manggis?

Eh, akak pernah tengok ada pondan konfiden lebih kulit berkerak muka orang asli dok drag pakai wig blonde. Pastu pakai seluar dengan baju ketat tak pakai padding, dah rupa cam bandi amuk dah aku tengok. Nak je akak amik selipar jepun akak buat lobang dua biji besar biji mata, ikat getah pastu jadi topeng. Tapi nasib baik muka dia dah macam selipar, jadi tak perlu buat dah.

Boleh tak? Hazab kot ya. Adik adik kadang kala terkonfiden luar biasa tau.

Oke, adik-adik yang selalu dok tengok America's Next Top Model dok berangan nak jadi model tu, hentikan je lah kalau betis tu halus nau, halus sikit dari pemain bolasepak.


Ahhh, boleh?


Jadi tengok le rancangan ini...








Rancangan yang dinamakan Rupaul Drag Race ni kini menjadi salah satu rancangan paling popular di negeri omputih tu. Kat sini jangan harap le dia nak pasang ek, kalau dia mampu siarkan, haruslah akak gih kerja pakai baju kurung lepas ini.


Untuk maklumat lebih lanjut dan download video sila lah klik di bawah

KLIK KAT BAWAH UTK RUPAUL DRAG RACE VIDEO

Kadang-kadang

Kadang-kadang orang lupa apa hak nya. Mereka lupa apa yang mereka layak kerana mereka telah meminta lebih dari apa yang mereka patut ada, tanpa berusaha.

Mungkin kerana terlalu mementingkan diri sendiri, mungkin kerana tidak pernah berfikir, mungkin kerana mereka memang dilahirkan begitu, atau mungkin kerana mereka memang bodoh.


Orang begini, percayalah, tidak akan pernah berjaya dalam hidupnya.

Sunday, March 15, 2009

Akademi Fantasia 7 : Konsert Pertama

Minggu pertama ni, akak tak mau lah cerita banyak-banyak sangat pasal persembahan pelajar. Akak nak cerita sikit pasal suara dorang je, sedap atau tak sedap. Tapi orang cakap lain orang lain dia punya minat kan. Jadi ini berdasarkan pilihan akak je lah.

Basically selepas menonton konsert pertama ni akak rasa semua pelajar kali ini memang tidak ada masalah untuk menyanyi dan mempunyai bakat dan teknik tersendiri. Akademi hanya perlu polish dan menerapkan dan menitik beratkan elemen-elemen seperti persembahan, gerak tari, mengajar pelajar mencari feel dan mencari the wow atau x-factor pelajar supaya mereka boleh jadi performer yang baik. Tak perlu ajar jadi penyanyi, kerana mereka semua memang tidak ada masalah untuk menyanyi.

Somehow akak rasa kombinasi tenaga pengajar di bawah pengawasan Tiara akan berhasil dan boleh mewujudkan transformasi dengan gabungan tenaga Siti Hajar, Shafi dan Acis, Gabungan Ida Nerina dan cikgu fatty dan Guru tari yang baru .

Transformasi jugak dilihat dari perjalanan konsert yang tidak membuang masa dan meleweh-leweh (ada ke perkataan cam ni? Hik). Transformasi juga dilihat bila pelajar tidak lagi disimpan macam binatang dalam Zoo bila mereka ada sedikit interaksi dengan orang luar ketika membuat persembahan. Kalau dulu mereka di kurung di sekolah, dan bila buat persembahan stagenya sikitnya jauh untuk mengurangkan interaksi. Transformasi yang agak mendadak.

Tapi bila kita dok tengok balik cara stage dibina dengan sekumpulan peminat dok tepi menari-nari tak le transformasi sangat, sebab itu hanya gabungan konsep anugerah Era dan American Idol. Especially bila kerusi juri ditinggikan sikit. Kalau tukar kaler background dan lighting banyak warna biru dan rupa cam American Idol dah.

Oke lah, tak mau cerita banyak-banyak lagi, ni akak nak jadi juri tak perlu, walaupun sebenarnya kerja akak sikit punya banyak tak abis-abis tapi tetap nak menyemak jugak.

Ohh, ada satu lagi transformasi yang tak berlaku dan akak harap sangat jadinya, iaitu transformasi A.C Mizal jadi penonton di rumah je. Walaupun lawak-lawak bodoh dia tu dah sedikit tone done, tapi benci lah dia tu tetap nak menjerit-jerit cam orang gila nak tarik perhatian walaupun dia tau kalau dia berbisik pun, satu Malaysia boleh dengar suara dia kalau dah pakai microphone tu. Sebab tu le orang kasi microphone dan speaker besar-besar tu, supaya ko tak jerit-jerit le gila.


Adila 
suara dia ada idgham Ning Baizura bila dia tarik, especially masa dia sebut usaahhh lah terburu-buru, haaaakuuu hanya terlalu malu. At least dia tak cuba ikut macam Jac Victor, sebab sah-sah suara dia tak mampu. Walaupun pelajar pertama agak konfiden. Love the top, tapi seluar purple dan baju biru tu menyebabkan the whole assamble macam budak nak pergi melaram ke library.

Love the fringe, tapi rambut ikal pakai curling iron tu tak sesuai dengan dia. Cantik atas stage dan kalau buat rambut dia short china doll bob cut mesti meletop.





Sidi
Konfiden maut kata persembahan dia lebih baik dari penyanyi asal. Takde maknanya rangkap pertama je dah copycat penyanyi asal, pastu terus hazab. Well takde lah hazab mana, tapi nothing special. Takde stage presence, dan baju hitam tu langsung tak membantu dan nampak terlalu casual. Pergerakan dia tangan naik kiri, tangan naik kanan, tangan naik depan, tangan naik atas dah rupa macam persembahan magician lak.


Zizi
Ada very good body movement. Nampak macam lagu tu fun, tapi bila dia terlalu banyak gerak jadi macam tak natural. Suara dia sedap dan husky tapi dia macam tak cukup stamina. Dan bila dia hit notes tinggi dia tak clean dan squeky dan serak tak cantik yang. Dan rambut Farah Fawcett tu very der tak perlu.

Yazid
Suara Yazid sedap dan bulat-bulat bunyinya dan very der jantan sekali. Yazid pun seorang pelajar yang ada bakat semulajadi. Kalau dia di ajar untuk adlib dan lenggok-lenggokkan suara dia mesti dia meletop. Kalau tak suara sedap dia nampak macam begitu mendatar sangat.

Tengok dua tiga kali Yazid macam muka adlin Aman Ramli sikit-sikit. Sebab tu adlin tak suka dia kot, sebab dia handsome sikit dari adlin.


Isma
Tu dia, adik beradik masuk bertanding. Jenuh gak saudara mara nak pilih nak sms sapa. Nak pilih Tomok kat OIAM atau nak pilih Isma kat AF. Mesti bill telefon mak bapak dia melambung2 gila lepas ni. Emm tak perlu kot dia kat stage ni. Bukan setakat dia nyanyi, masa dia cakap pun ada sengau-sengau Datuk Siti. Kalau dia masuk pertandingan tiru suara Siti atau suara Elly Mazlin dia boleh menang kot. Rasanya cukup lah sorang copycat Datuk Siti kat Malaysia ni, tak payah lah lagi sorang. Tapi suara dia sebenarnya memang sedap.

Akim
Aiyakkk, apa le yang dia buat tu. Macam pelik tul dia atas stage. Pastu rambut dia tu kelakar nau rupanya, the whole package macam tak kena macam penyanyi cabaret je. Kongkang dan fake sangat. Sebab arrangement musicnya begitu jazzy, feel dia tak cukup untuk bawak jazz song. Dia tak mampu bawak lagu-lagu macam ni lagi.

Tapi sebab dia cute tak kisah lah. Tak lama lagi oke lah tu.


Claudia
Selain dari Rubisa most probably have the best vocal dalam AF kali init tapi execution yang tak cukup power. Namun begitu suara dia terlalu mirip Dayang Nurfaezah sangat. Kalau tadi kita ada copycat Siti, sekarang kita ada copycat Dayang. Masalah dengan suara-suara yang sama ni sedap tu sedap, tapi orang akan cepat bosan dan cepat lupa dengan penyanyi yang tidak unik. Dan sebaik mana pun dia nyanyi, dia akan tetap jadi the second best sahaja. Pakaian jaket kulit kedai bundle rempit beli kat chow kit tu adalah terlalu casual. Dah nampak macam pengkid lak.

Cuba kasi lagu Anggun pada Claudia mesti meletop.
Make up Claudia hazab. 

Hafiz
Tak yah cakap apa lah. Best sekali suara dia, walaupun rambut mu tetap menjadi pojaan. Tapi ini baru first concert. Tengok nanti macammana perkembangan dia dan adakah fame and fortune ini akan menewaskan bakat sebenarnya dan bagaimana dia fair dalam lagu-lagu dalam genre yang dia tidak minat. 
One thing good about him yang akak tengok bila dia menyanyi dia ada good body movement dan nampak macam natural pergerakan dia. Harap-harap takde le cikgu seni persembahan dok mengajar main guitar angin bila dia kena nyanyi lagu rock nanti. 


Rini
Maksimum konsert ketiga je. Bosan sekali. Kosong takde apa apa, tak sedap, takde feel, takde teknik betul dan adlib yang lingkup dan lemah.

Pendek kata busuk sebusuk2nya lah.

Obri
Bosan! Gih balik kerja bank . Muka pun tak komersil mana. Opss. Mati lah

Qhaud
Daffy Duck! Dia ni macam di amik semata-mata nak tarik balik minat pengundi2 yang gila-gila mengundi Mawi. Imej dan aura-aura lelaki melayu terakhir dan menantu pilihan mak bapak tu terserlah. Suara memang sedap tapi sebutan dia macam ada masalah. Tapi yang akak tak berkenan tu bukan sebab suara dia cacat, tapi sebab muka dia tu cam over confident u meluat lak aku nengok. Tapi senyuman dia agak menawan hati ku. Mungkin sebab mulut dia besar kot, jadi sebutan dia pelik.


Aisyah
Oke dan comel. Tak tau nak cakap apa. Biasa je tapi feel yang sedikit salah berbandingan dengan original singer.


Rubisa
Satu nama yang perlu dikekalkan dan jangan buang awal-awal. Kalau diberi peluang lebih lama lagi, pasti dia akan memberi impak kepada AF7 kali ini.





Aril
Emm, macam ada tak kena je dia ni. Macam ada something wrong. Persembahan dia macam tak ikhlas macam serba tak kena. Tapi kalau dia dah hyper active macam budak downsyndrome camtu nak buat camana ek. No puns intended. Dia ada vocal yang sedap” deep and husky, malahan lagi sedap dari Izwan Pilus (betul ke Izwan Pilus tu abang dia). Kecuali dia punya turun naik turun naik dan taranum dia (tu dia taranum katanya) tak sedap. Dia punya slur cam tak best lah.


Oke itu je lah. Penat lah. 
p/s: Tak nampak mana lagi transformasinya, tapi nampak banyak copy and paste sajork AF kali ini.

Saturday, March 14, 2009

Review konsert pertama AF7

Review concert AF7 akan menyusul kemudian. 

Secara generalnya, kesemua pelajar mempunyai kualiti suara yang baik dan sedap didengar, tetapi terlalu tertekan untuk mengikuti teknik suara sehingga bosan dan tidak ada keistimewaan, kecuali seorang iaitu Hafiz.

Blog ini akan support sorang lagi pelajar iaitu Rubisa walaupun sedikit haram jadah di akhir2 lagu, dan terus support Hafiz, Akim dan Yazid. 

Basically semua oke, kecuali arrangement music macam dekat lounge dan satu lagi yang menyemakkan telinga adalah Qhaud, sebab suara dia macam terlebih lidah dan banyak sangat ss ss ss nya, dah macam Daffy duck lak aku dengar. 

Itu sahaja untuk kali ini. Busy sikit. 

Siri bercakap dengan ciken: Ciken ku berpisau Rambo episod 3

Previously in Westeria lane, Abunita was so sad because her chicken is so one kind one. So she called and said "heyyy syaitaannn, pulangkan harta ku" and then she sang Pulanglah By misha omar. The chicken cross the road and get to the other side and as he was approaching to the car, Abunita suddenly felt so scared one out of a sudden. 

"This is not good... this is not good"  she said to herself. 

What happen to Abunita, will she get back her phone, or will her short porno film will be aired in xtube.com???

Tune in to Desperate Ciken right after this break. 

-------------------------------------------------------

Iklan tissue primeer

-------------------------------------------------------

Oke, mak sambung na cerita sedih mak, kata abunita pada akak sambil mengesat mata dengan tissue primeer"

"Baik, teruskan, mak dengar ni"  cakap mak dengan muka tersenguk-senguk, tak sangka lak cerita ni lama tul climaxnya kan. Bak membeli dvd porno orang putih yang 1 1/2 jam tak abis-abis lagi satu round, sedangkan cd lain 1 jam dah 4-5 round dah orang tukar. Rugi RM30 hengget. 

Macam ni lah sambungan nya noks...

Bila dia dok berjalan dengan muka serious ke arah mak, mak dah sedikit cuak. Mak keluar dari kereta dan menutup pintu. Begnya mak biarkan dalam kereta. Dia lihat mak dengan hujung anak mata sambil dahi yang berkerut. Mak dapat lihat urat di dahi nya bergetar, dan matanya bergerak-gerak. Mukanya marah padam. Mungkin dia terkejut modus operandinya telah berjaya mak patahkan. 

Tapi mak memberanikan diri. Mak dapat kekuatan bila melihat orang ramai lalu lalang. Maklumlah wanita-wanita besi macam mak ni, segagah manapun bila berlaku konflik camni automatik mak menjadi wanita yang lemah. Lalu mak cakap kat dia,

"kalau hang nak beg hang, hang pulangkan telefon aku" mak cakap dengan begitu tegas sekali bak halilintar mengunakan suara soprano mak supaya nampak garang dan at the same time masih mengekalkan sifat terpuji wanita melayu yang ayu. 

Pandangan matanya begitu tajam. Mak rasakan diri mak seakan kecil dan genit seperti Milla AF walau hakikatnya mak sebesar macam Chef yang berlakon iklan jual air tin Lo Hong Ka yang mempunyai gambar potret angkasawan negara yang besar sekali di bilik tidurnya itu, betul-betul di atas kepala katilnya.

Motif potret!!! sesuatuh...

Dia pun nampak dengan hati yang berat, muka tidak puas hati  seperti wajah Datuk Rafidah Aziz semasa diumumkan kekalahan dalam pilihanraya yang lepas dan tidak banyak cakap terus menghulurkan telefon mak. 

Mak pun terus  menyambar telefon mak, dan terus sujud sahwi dua kali untuk menunjukkan rasa bersyukur mak memandangkan telefon mak tidak lagi menjadi mangsa doorgift. Mak dah serik asyik jadi santa claus ni. 

Pastu dia pun terus amik beg dia dengan muka sentap, dan berambus. Fuh lega sikit hati mak bila dia dah pergi. Walaupun mak sedikit terkilan kenapa boleh jadi macam ini. Mak pelik cinta suci murni mak selama ini dibalas dengan perangai serupa iblis hanya kerana sebiji handphone. Jangan kata handphone, rumah bungalow pun mak boleh bagi kalau dia bersabar 30 tahun bila mak dah kaya nanti. Tapi dia tak sabar, so nasib lah. 

Perlahan-lahan mak nampak dia berjalan pergi, membawa bersamanya pengalaman mak dengannya dan kebahagian yang sementara. Sambil-sambil tu mak check lah handphone mak mana le tau ada message ke apa ke, and mak terus terperasan yang telefon mak itu tidak ada datacard. 

Syaitan tu dah amik datacard telefon itu. Datacard yang ada filem lucah kita berdua. Dan mak terus menjerit...

Syaitannnnnnnnnnnnn, pulangkannnnnn...

Hik, mak tak le jerit sebenarnya mak terus lari kat dia dan ikut dia. Mak ikut kemana dia pergi dan cakap kat dia, pulangkan memorycard aku, pulangkan memorycard aku. Tapi dia tetap buat bodoh dan buat tak faham. Tapi mak tak peduli. Mak ikut jugak walaupun dia berjalan semakin laju, mak tetap mengejar dia dan mak mula meninggikan suara. 

Jangan larik... pulangkan setannnnnn!!!!

Bila dia buat tak layan mak tarik beg baju dia. Dia pun berhenti dan berlakukan aksi pergaduhan ala-ala menarik beg macam dalam citer hindustan. Memandangkan kita dua-dua pun jenis gagah perkasa, nak dijadikan cerita sampai koyak dan putus tali beg itu. 

mak tak kira, mak nak jugak-mak nak jugak...

Opss, i am sorry, kata mak sambil membuat aksi lawak tak menjadi amir raja lawak tu. 

Dia nampak bengan gila dengan mak. Renungan mata dia boleh menembusi dinding masa tu. Mak tau dia akan bertindak agressif, jadi mak menjauhkan diri sedikit. Tapi dia tetap tidak memulangkan memory card tersebut dan terus berjalan seperti biasa. 

Mak tak kira mak tetap mengekori dia dari belakang sambil teriak pulangkan memorycard. Dia berkali-kali cakap dengan mak supaya jangan ikut dia. Tapi kalau dia mampu degil, mak lagi hebat dalam hal keras kepala ini. 

Mungkin kerana bosan tengok mak terus mengekori dia, Tiba-tiba dia terus hilang sabar dia pusing badan dia dan menyelok sesuatu dari poket depan beg dia dan mengeluarkan pisau rambo yang sangat besar sekali. 

ko nak apa, ko nampak pisau ni!

Sambil dia hunus pisau tu mak dia cakap, "awak jangan ikut saya kalau tidak saya rodok perut awak dengan pisau ni"

Mak terkejut beruk noks. Beruk pun tak mampu terkejut macam mak. Nasib baik mak tak sempat membuat pembedahan plastik lagi. Kalau tak mesti tetek silikon mak pecah sebab terlalu terkejut. 

oii, kus semangat. terkejut akak deknon

Harus le mak kecut kan, takkan mak nak pose pose cantik pulak

. Mak pun berhenti ikut dia dan mak jalan perlahan-lahan ke kereta mak sambil bercucuran air mata. Sekurang-kurangnya mak mendapat telefon mak, walaupun memorycardnya dah hilang. Dah le tu, memory card tu ada video lucah mak pulak tu. Dan mak jugak yakin sangat, memorycard yang hilang awal-awal pun sebab beruk ni jugak yang amik. 

Tapi mak bersyukur, nasib baik perkara ini berlaku di siang hari dan di tempat ramai orang. Kalau takde orang, tah-tah mak dah mati dah kot. 

Mak bersyukur perkara ini telah selesai. Mak dah dapat pengajaran yang besar dan berharga bagi mak. Bukan semua orang yang baik, atau nampak baik, waima dia bekerja sebagai orang baik itu sebenarnya baik ya. Manusia sekarang wujud dalam berbagai bentuk dan penuh dengan hipokrasi. 

Bersyukurlah semua nya telah berakhir. Tapi mak silap, mak bersyukur terlalu awal. Mak ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya salji di tengahari, dengan ribut taufan dan puting beliung sekali. Selang beberapa hari itu mak tiba-tiba mendapat sms..

SMS yang bakal merubah pandangan mak tentang konsep keadilan, sms yang akan memusnahkan hidup mak ...

bersambung...

--------------------------------------

Hik, tak abis lagi katanya.  

Ikuti siri terakhir Ciken ku berpisau rambo pada entri seterusnya dengan isu-isu yang lebih menarik melibatkan pegawai kerajaan di Putrajaya dan seorang Peguam di Utara ini, yang disebabkan oleh seorang kakitangan bukan swasta di utara tanah air dengan seorang kakitangan anggota keselamatan  negara yang harapkan pagar- pagar makan padi. 

sedihkan.. cian ek

Apakah akan terjadi pada Abunita?

Adakah yang dilakukan oleh anggota polis berpangkat prebet itu?

Kenapakah peguam dan kakitangan kerajaan di putrajaya masuk campur... 

suspen tak???

Tungguuuuuuuuu.....

Thursday, March 12, 2009

Jangan tengok belakang


Kita rehatkan sikit untuk satu kejadian seram yang berlaku pada akak semalam. 

Takut sekali you all. 

Hari tu kan, abang akak nak balik kampung. Satu family akak dihangkutnya termasuk mak akak, akak-akak akak (confuse tak?) adik-adik akat my in laws dan semuanya termasuk le adik ipar akak dan adik akak yang balik bercuti dari Brunei tu. Jadi kalau nak sumbat semua dalam 2 kereta tak le muat, jadi dia pinjam le kereta akak sekali. 

Dua tiga hari jugak le dorang gih balik kampung. Rupanya bukan setakat balik kampung je, abis seluruh malaysia dorang gi pusing rupanya. Haram kalau akak tau nak gih jenjalan, harus le aku ikut sekali kan. Kalau balik kampung je akak malas. Akak bukan apa, akak dah tak larat nak jawab soalan-soalan bonus sedara mara akak tau. Asyik-asyik soalan yang sama je dorang tanya. Disebabkan akak tak mau pose-pose jawab soalan do you want to be a millionaire, jadi akak duduk je lah rumah. 

Masa dorang balik tu, kakak akak sorang ni pun bukak le cerita yang dalam perjalanan beramai-ramai tu dia cakap dia ternampak sesuatu. Macam satu bayangan gitu. Kita semua buat derk je lah. Sebab kakak akak ni dia memang fobia sikit. Macam-macam le dia nampak. Masa kes Mona Fendey dulu pun, dia sampai tak leh tidor seminggu sebab takut jin mona fendey datang kerat dia 18 jugak. 

Kakak akak ni dia pun suka nau filem-filem seram, mistik dan misteri nusantara ni. Bagi dia semua kisah itu sebenarnya betul. Cuba teka apa majalah kegemaran dia?

Ya betulll...

Dia suka sekali majalah Mestika. Kalau gih rumah dia ada koleksi mastika you all. 

Satu lagi hobi dia ni, dia suka tul jumpa bomoh-bomoh ini. Semua penyakit dia nak jumpa bomoh. Anak dia jatuh tangga patah tangan dia bawak jumpa bomoh patah. Anak dia nak pergi amik SPM, PMR, UPSR semua dia gih bawak mandi bomoh. Mak akak demam sikit dia nak bawak jumpa bomoh, pendek kata segala-galanya bomoh le yang pandai. 

Dia selalu cakap hidup akak tak tenteram sebab akak malas semayang, so dia suruh akak gih jumpa bomoh buang jin yang buat akak malas sembayang. Mulut dia kalau tak sebut perkataan bomoh sehari tak sah. 

Jadi masa dia dok cerita dia ternampak bayangan orang dalam kereta tu akak tak le hirau sangat. Lagi-lagi bila dia cakap dia nampak bayangan tu dalam kereta akak. Suka tau nak buat akak fobia jugak. So akak tak amik endah lah cerita dia ni. 

Janji dia pulangkan kereta akak elok sudah lah. Tak kisah le ada bayangan ke tak kan. Sebab kita mana pernah kacau menda-menda tu. Jadi diharap menda-menda tu tak kacau le kita kan. 

Simpang malaikat 44. 

Lepas dorang dok cerita-cerita tu dan lepas makan malam, akak dah abis stock rokok. Jadi lepas makan akak pun gih le kedai ini. Akak pun start le enjin dan jalan seperti biasa. 

Tiba-tiba kan tak berapa lama drive tu kan akak terbau macam menda pelik. Macam bau kueh ada, macam bau wangi ada. Bau dia ala-ala daun pandan. Akak tiba-tiba rasa seram. Kalau dah ada bau-bau wangi ni akak pun fobia jugak. 

Untuk mengelakkan bau tu, akak cucuk air freshner akak kat aircond dan bukak aircond kuat-kuat. Tapi bila akak buat gitu bau tu makin kuat pulak. Sebiji macam bau pandan. Dan bau itu datang dari belakang. Akak tiba-tiba jadi seram. Nak pandang belakang pun akak tak berani. 

Akak bukak pulak empat-empat tingkat, tiba tiba bau itu hilang. Akak pun isap le rokok biar bau tembakau pulak menguasai ruang. Bila dah abis isap rokok akak tutup tingkap balik akak terbau balik bau wangi pandan tu. Akak dah terfikir dan bayangan yang kakak akak nampak tu betul ke tipu sebenarnya. 

Sampai rumah, akak tak tengok kiri kanan, akak terus  masuk rumah dan tengok TV. Akak tak bagitau sapa-sapa, terutama kat kakak akak. Mesti dia gelakkan akak, sebab tak percaya dengan dia. Mana tak nya, dia selalu sentap bila dia buat cerita seram akak dok buat lawak-lawak bodoh depan dia. 

Tiba-tiba mak akak tengok akak, lama dia tengok akak. Pastu dia macam nak cakap sesuatu pada akak, tapi dia tak cakap. 

Kemudian mak akak pusing kat kakak akak yang misteri nusantara tu dan dia tanya...

"Mana pokok pandan yang mak cabut kat rumah mak ngah hari tu?"

"ada dalam keta fiebie kot" kata kakak akak.

Lerrr.... ada daun pandan rupanya ke. Buat suspen je. Ingatkan apa lah. Akak pergi lah kat kereta balik dan bukak bonet kereta nak amik pokok pandan tu.

Tapi kan, bila akak bukak je bonet kereta kan, takde apa-apa dalam bonet tu. Akak jadi seram balik semula selepas itu. 

Very der sangat tau. 

Daun pandan tu Abang ipar akak dah pindahkan dalam kereta dia lama dah, sebab kereta akak tak muat. Jadi apa yang akak bau hari tu. 

wallahualam.

SBDC: Ciken ku berpisau Rambo Bahagian 2

Sambungan Ciken ku berpisau Rambo.

“Ohh, camtu ke ceritanya nok? Emm, abis lepas ni, video lucah you all tersebar lah ek di seluruh dunia ek. Mrasalah macam kawan mak tu ada video lucah dengan ciken siam nama Pitt” Tanya akak pada Abunita Cardova Al-kangari.

Opss, sapa tatau.

Mati lah senak.


“Abis you all risau lah ya tiba-tiba you all jadi pelakon filem porno yang fofular?” sambung akak lagi.


“Dinch lah, part tu mak tak kisah sangat. Lagipun bukan mak yang kena hamput, dia yang kena hamput. Jadi kalau malu lebih pun dial ah kot.” Jawab abunita dengan confiden sekali.

“Lagipun video tu dah sah-sah muka kita dua-dua ada. Jadi mak tak risau sangat. Somemore bukan datacard tu yang hilang noks. Datacard filem porno tu masih ada dalam telefon mak. Yang mak herankan adalah datacard awal yang asal yang mak keluarkan dari phone tu.” Terang abunita dengan gigihnya.


“Cait, abis tu mana citer sensasi nya noks. Setakat datacard harga RM10 hilang pun ko nak kecoh. Esok mak belikan ko sedozen.” Kata akak dengan begitu riak sekali seperti akak ni set-set anak jutawan.

Mati lah kereta tak bayar lagi bulan ni.


“Iskkk, mak tak abis cerita lagi lah hanjeng. Sabarlah. Mak janji ceritanya akan lebih sensasi sekali selepas ini” jawab abunita dengan sentap biji kelentit.

“oke sambung-sambung”


“Mak sambung ek, jangan menyampuk tau”


…. Jadi malam tu, lepas menyedari kehilangan datacard tu kita orang pun berzina lah seperti biasa untuk round ke berapa tah. (mak speku 7 kali) Mak tak fikir sangatlah pasal datacard tu kan. Sebab tak penting pun dalamnya kecuali gambar-gambar kawan mak je. 

Esoknya mak pergi kerja seperti biasa lah. Sebelum mak pergi kerja mak belikan dia breakfast dan buatkan dia kopi. Macam isteri-isteri mithali sekali mak jaga dia. Bila tengahari mak jadi orang gaji hantar lunch kat dia, pastu sempat le mak seround dua melayari bahtera bernama nafsu serakah mak, pastu mak pergi kerja kembali seperti pekerja yang baik gitu. Pastu selain dari jadi orang gaji mak pun jadi lah teksi driver membawa dia jalan-jalan merata-rata ni. 

mak pose pose orang gaji cum prostitute

Tapi mak tak kisah semua itu. Itulah namanya pengorbanan atas nama kesetiaan dan kasih sayang. 

background music : Setia ku korbankan, Ziana Zain

Jadi dah sampai harinya dia pun kena lah balik semula ke KL, sebab kursus dan cuti dia dah abis. Masa nak balik tu, kita dua pun pergi le ke busstand untuk beli tiket bas dia. Sementara menunggu bas dia sampai, kita pun pergi le makan dulu. 

Mak pelik bila kita gih makan tu dia tak bawak beg baju dia. Tapi dia gih tinggalkan kat kaunter tiket tu. Mak dah suruh dia bawak, tapi dia tak nak. Mak cakap tinggal lah dalam kereta selamat sikit, tapi dia buat derk je. Dia cakap biarkan je beg tu kat depan kaunter tiket bas tu, sebab dalam tu ada uniform  dia dan beberapa helai baju yang dah terpakai sahaja. 

pose-pose baring Ginger dalam Beg.

 

Masa kita makan tu, dia tiba-tiba kata nak pinjam telefon mak. Pastu dia pun hantar lah sms dan buat dua tiga phone call pakai telefon tu. Masa dia dok guna phone tu, tiba-tiba dia cakap dia rasa sakit perut nak pergi toilet sat. 

Telefon tu masih kat tangan dia. Dalam dia dok kata dia kalut-kalut sakit perut nak pergi toilet tu, mak tak teringat yang telefon tu ada kat dia. Lama jugak mak tunggu dia tapi dia tetap tak sampai-sampai. Mak dah rasa semacam dan sebab waktu perjalanan bas dia dah dekat. Mak pun tidak berlengah lagi mak terus pergi lah tengok bas dia yang peliknya dia takde kat dalam bas tu. Punya lah kalut mak sampai mak lupa nak bayar duit makan kat kedai tu. 

hellooo, ada nampak ciken kita tak?? takde?
takpe kita panjat bas tengok dia ada kat atas tak

Mak dah risau sikit, sebab telefon tu mak baru je beli. Sebelum ni dah 2-3 kali mak buat telefon mak door gift. Apa muka mak ni ada rupa santa claus ke? Mak pun tak faham.

Suddenly mak terus teringat yang dia tinggalkan beg kat kaunter tiket tu, mak pun cepat-cepat berlari ke kaunter tiket tu dan mak nampak beg dia ada di situ. Dan mak cepat-cepat gih amik beg baju dia dan mak tunggu dia beberapa minit. Tapi dia tak sampai-sampai jugak. 

Mak pun sedikit kechiwa. Kenapa boleh jadi macam ni kat mak. Sedangkan 2-3 hari dia dengan mak dia sikit punya angel. Dan ini bukan kali pertama mak jumpa dia, dan beberapa kali. Takkan dia nak buat perangai camtu. 

Mak pun malas nak fikir, mak call lah nombor mak tu beberapa kali tapi dia tak angkat phone. Mak pun jadi risau. Mak takut dia jalan-jalan sambil sms pastu termasuk longkang ke. Atau dia betul-betul sakit perut masa jalan ke kereta tu cherry berry dia bersembur (mati lah kuah kacang Sherita) jadi dia dok mengeringkan seluarnya ke. Macam-macam lah dok main kat kepala mak.  Sebelum mak masuk dalam kereta mak, mak call dia sekali lagi dan dia amik. Mak cakap kat dia, kenapa dia buat macam tu. Mak cakap kat dia, kalau dia nak beg baju dia tunggu mak kat kereta, tapi pulangkan dulu telefon mak. 

Mak pun berjalan-jalan perlahan-lahan ke kereta sambil dok memikir apakah misteri nusantara yang cuba dilakukan oleh ciken mistik ini. 

Sambil tu mak berdoa pada tuhan jangan lah yang buruk-buruk terjadi pada mak. Masa tu sebenarnya mak dah sedikit takut. Hati kecil mak mengatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku pada mak hari ini. Mak dapat merasakan di setiap pembuluh darah mak. 

Mak duduk diam dalam kereta sambil memasang aircond dan mendengar lagu ku seru, Misha Omar sambil buat show miming-miming dalam kereta. Well you all tahu lah, adik-adik kalau dengar lagu kan mulut selalu kumat kamit ala-ala buat show juga kan. 

Dan tiba-tiba... dari jauh mak nampak dia berjalan perlahan ke arah kereta mak. Muka dia sedikit berubah. Dia tidak lagi nampak tersenyum dan ceria seperti biasa.

Bersambung lagi dan lagi dan lagi

Siri bercakap dengan ciken: Ciken ku rambo

Siri bercakap dengan ciken akan ke udara sebentar lagi.



bila ??


tak tau...

Siri bercakap dengan ciken: Ciken ku rambo

Siri bercakap dengan ciken akan ke udara sebentar lagi.



bila ??


tak tau...

Tuesday, March 10, 2009

Siri Bercakap dengan Ciken 2 : Ciken ku berpisau rambo!

Ah tu dia, title macam movie sangat kan. Ada unsur-unsur suspen, seram-seram dan mengerikan sekali cerita kita kali ini. Kisah ini berlaku kepada kawan akak sendiri dan menjadi sejarah hitam kepadanya. Kisah ini lebih dasyat dari kisah kawan akak yang dipijak 8 mat rempit di transit atau kisah pondan dilibas rantai besi atau kisah cermin kereta pecah di solex rempit.

Untuk adik-adik yang baru nak mula makan marvelon dan baru naik tetek petai, di harap menjadikan ikhtibar dari cerita ini dalam usaha mencari kebahagiaan sementara ini.




Ikuti lah kisah Abunita Cardova al Kangari dengan ciken Rambo nya.


-----------------------------------------------------------
effect bunyi vacuum cleaner ketika pergi membasuh kereta
-----------------------------------------------------------

-------------------------------------------
effect bunyi ringtone viva la vida cold play
-------------------------------------------


"Macam mana boleh jadi camtu nok? Mana ko jumpa jantan tu?" tanya akak dengan begitu concern sekali bak datin-datin di majlis bertemu kanak-kanak cacat sempena hari raya dihadapan camera RTM.

"Ntah lah, che pun tak tau nak cakap macam mana. Che baik dengan budak tu, ni bukan first time jumpa na. Dah dua tiga kali. Dulu baik je, tapi ntah hantu apa mai tah, dia terus jadi lagu tu. Che rasa nak teriak saja tau" Sedu sedang suara Abunita Cardova Al kangari memulakan kisah ngeri yang baru di alaminya.

"cuba hang citer kat mak no. Mana hang jumpa laki tu, anak sapa, kerja apa, kendo tak, cek nek dia besaq tak. Citer ke mak semua nya no" tanya akak lagi sambil membuat muka cantik dan mengecutkan pipi supaya nampak lebih langsing setelah melihat abang kendo membawa kereta Viva nya untuk di cuci.

"Gini ceritanya...."


--------------------------------------------------------------

Nama mak Abunita cardova al-kangari. Mak kerja di sebuah agensi bukan swasta di utara tanah air yang memberi perkhidmatan kepada mereka-mereka yang memerlukan perkhidmatan lah. Mak orang baik-baik, cita-cita mak adalah untuk menjadi model terkenal dan hobi mak adalah mengumpul setem dan mendengar musik. Mak juga suka berkenalan di internet.

Nak dijadikan cerita, mak terkenal lah seorang ciken umur 19 tahun ini. Dia ni chaser* dia suka lah orang-orang cam kita ni. Nama dia Kassim Masdor (bukan nama sebenar, nama sebenar dia Mohd Atik***h. opsss). Si kassim ni muka dia biasa-biasa je, tak lah kendo manapun. Tapi had mak tertarik sungguh pada dia sebab dia ni pegawai beruniform. Dia ni pegawai polis bukan ahli pancaragam sekolah tau.


(*chaser: Jantan gila yang suka orang gemuk. Apa ko ingat orang gemuk ni tak laku. Ntah-ntah angkasawan pun suka orang gemuk tau. Sapa tak tau, Neil Armstrong kot)

Jadi hang tau lah kalau pegawai beruniform macam mat terap, mat pancut, mat rasuah ni semua kan, bila dah jumpa kat adik-adik, harus lah adik-adik terus ngaku laki kan. Muka tak semengah, ceknek tak besaq tak penting. Yang penting dia kerja tetap dan berpencen.

makan hati tengok polis Siam tau...

Mak pernah skandal dengan dia sekali masa mak kat kl dulu. Pastu bila mak dah pindah ni, lama dah tak jumpa dah dia. Tapi baru-baru ni dia contact mak semula. Dia kata dia kat sungai petani ada kursus. Mak pun apa lagi hati girang sekali lah. Maklum lah mak pun dah lama kebuluq duduk utara ni no. Mak bukan apa nok, mak malaih nak carik sebab sedara mara mak ramai kat utara ni. Buat nya mak dok berkenalan mak terberkenalan dengan pak menakan mak sendiri. Tak ke haru jadinya. Jadi mak pendam je lah hati dan perasaan mak dan terus menjadi anak yang soleh, dok layan SPA Q dengan emak mak saja lah hari-hari.

By, the way, mak tak larat lah tengok Azizah Mahzan tu hari-hari dok pulun cakap omputih mengalah kan omputih. Over sangat mak tengok. Satu lagi mak nak ketawa je tengok dorang make up soket, bulu mata tebal tak henget buat filem tengahari buta macam pelakon gila masing-masing. Make murah kot. (ini akak tambah sendiri ya untuk menyedapkan cerita)

Jadi bila mendapat je panggilan telefon dan tahu dia ada di Sungai Petani tu hati mak automatik menjadi girang dan mak pun menyanyi-nyanyi dipejabat sambil cop-cop dokumen pelanggan yang tak henti-henti tu. Mak pun tak tau kenapa mak begitu mesra pelanggan hari tu. Mungkin mak terlalu happy sekali no.

Tapi...

Tapi, dia cakap kat mak dia takde duit nak naik ke rumah mak sebab dia pegawai polis biasa gaji kecik tak masuk lagi. Jadi sebab mak terlalu happy dan mesra pelanggan mak pun offer lah nak kasi RM50 buat tambah bas dia naik ke rumah mak dan buat tambang bas dia balik Raub nanti.

Lupa mak nak cakap, dia kerja kat balai polis di Raub nun.

(tu dia, 4 clue dah akak kasi. So adik-adik chub hati-hati ya)

Tapi tup-tup dia dah sampai dah ke rumah mak. Ada pulak dia duit ya. Mungkin dia rasa diri mak ni begitu berharga dia sanggup tahan lori ayam naik ke utara lagi ni.

Bila dah jumpa pun, seperti biasalah kita pun mula lah aktiviti-aktiviti yang melibatkan senaman-senaman ringan dan sebagainya. Hang faham-faham lah sendiri no. Tapi mak suka sekali sebab mak yang jadi top.

Mati lah kauuuuuuuuuuuuuuuu....

Mati lah enam setengah.

Sambil kita dok senaman-senaman ringan tu mak dan dia tiba-tiba dok teringin nak jadi macam Prof. Abdul Razak Moheiden tu. Memandangkan telefon mak mempunyai capacity untuk mengambil video maka kita pun pose-pose Chua Soi Lek lah kat depan camera tu.

Macam-macam lah kita amik. Bak kata orang serba berdiri lah, dari hujung kaki ke hujung rambut. Dari yang ringan ke yang berat. Bukan apa nok, teknologi tu dah ada. Mahal-mahal mak beli telefon kamera takkan nak hantar sms je kot. Jadi itu lah tiba-tiba datang idea kreatif tu.

Tapi sebelum mak dok buat rakaman lintas langsung acara senamrobik tu, mak dah tukar mak punya data card telefon tu. Mak ada dua data card tu. Yang satu tu mak cabut keluar pastu mak letak atas meja. Yang had barunya mak masukkan dalam kamera. Yang had baru ni capacity dia besar sikit, lama lah sikit leh amik video nya tak.

Jadi lepas dok buat filem semua, kita orang pun keluaq lah gih minum gih makan. Maklum lah lepas senaman mesti le penat kan. Masa mak keluar tu mak lupa nak amik datacard telefon yang mak cabut keluaq tu. Mak tertinggal atas meja.

Bila mak balik je, mak nak le masukkan balik data card lama, dan nak simpan data card baru yang ada filem Nana Tanjung 7 tu. Tapi mak pelik menda tu takde atas meja. Puas mak mencari ke hulu ke hilir, tapi tak jumpa jugak.



pulangkan!!!! sebelum aku report polis... opsss


Pelik lah mak kan. Macamana boleh hilang. Tapi mak tak kisah sangat, sebab dalam datacard tu takde isi yang bahaya pun. Ada gambar kawan-kawan mak je. Gambar hang pun ada.

Jadi mak tak puas hati, mak pun tanya lah di Kassim Masdor ini, ada tak dia amik datacard mak. Tapi dia mati-mati tak ngaku amik data card tu. Pastu buat-buat merajuk mak tak percaya kat dia.

Jadi sebab dia merajuk, nak dipujuk, maka kita pun sambung lah projek senaman ringan. Mak suka la sangat, sebab mak yang jadi top nok. Tapi dalam dok projek-projek tu, hati mak tak tenang.

Mak heran, mana pergi nya datacard tu. Macam mana dia boleh hilang, sebab mak memang ingat mak letak atas meja, dan takde sapa-sapa kat rumah sebab mak duduk sorang-sorang.

Mushkil mushkil....

Tapi takpe lah, projek dulu lah. Kendian baru carik datacard tu.

hik


(bersambung)


Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Adakah Abunita akan menemui datacardnya?
Adakah Abunita dan kekasih chasernya mendapat award Oscar membuat filem ala ala slumdoq millionaire?
Di manakah part ciken ku rambo nya?


Nantikan dalam kisah seterusnya, Siri bercakap dengan Ciken: Ciken ku berpisau Rambo.

Monday, March 9, 2009

Siri bercakap dengan Ciken : Episod 1

Kaedahnya... 

Ko ingat NT7 je mampu buat rancangan bersiri mingguan Keliwon ala ala Twillight Zone tu. Akak pun mampu juga lite-lite sugi katanya. Anyway, sebelum akak nak teruskan ucapan dasar utk menerangkan dan membuat press conference tentang siri baru ini, akak nak ucapkan TAHNIE kepada 

www.piazadoralagi.blogspot.com dan pemiliknya Piah Zadora kerana dianugerahkan dengan Anugerah Maulidul Rasul 2009 bersamaan dengan 1430 hijrah.

Tahnie, akak suspect sekali ko mampu mengumpul sehingga 500-600 komen untuk satu entri (walaupun 250 dari komentar tu dari Bedah seorang sajork). Ko punya blog dah tahap-tahap Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang sangat tau. Mak takut nanti imah kasi ko gelaran LKS je boleh ko bertandingan dengan LKY gitu. 

Larikkkk....

Anyway, kembali kita kepada Siri Bercakap dengan Ciken ini adalah kompilasi cerita-cerita berkaitan ciken yang akak kumpulkan dari pengalaman bersama kawan-kawan akak, termasuk lah akak sekali sebab akak sekarang berlakikan ciken you all. 

Biasa le kan, orang cakap, makin tua makin tak sedar diri. Tapi akak tak bersalah dalam hal ini, sebab apa tau? Sebab ciken tu yang msg myspace akak. Camana. Dia msg cakap "you cute lah nak berkenalan boleh?" 

Jadi orang cakap, siakap senohong, gelama ikan duri, orang nak berkenalan kita mesti sudi, jadi akak pun sudi-sudikan lah seperti biasa, tapi dah 3-4 bulan berkenalan dan siap gih pejabat Khadi negeri, baru akak tau sebenarnya akak adalah PERAMPAS katanya. 

Rupa-rupanya ciken itu tanpa disedari juga menjalinkan hubungan songsang dengan kawan baik akak sendiri. Abis nak buat camana, akak tak rela dijadikan bini kedua, jadi akak pun mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Serambi Mekah. 

Di Serambi Mekah, akak pun duduk le termenung dan bertafakur sambil melihat luar cermin ciken-ciken KB yang kendo-kendo dan mengiurkan. Dalam dok bertafakur-bertafakur tu, akak mendapat inspirasi baru bila beberapa ponen telah bertemu akak dan mengatakan bahawa 

MEREKA JUGA BERLAKIKAN CIKEN YANG SAMA. 

Uwaaaaaaaaa, berapa banyak madu dah aku ada kan. Akak ingatkan akak hebat dok jadi slut ni, rupanya dia lagi hebat deknon. 

Jadi sebagai ponen berangan, akak tidak le mampu menerima konsep poligami dan akak suruh dia membuat pilihan dan memberi altimatum pada dia .

"kau pilih aku yang gemuk dan buruk, itam, rambut kerinting dan pakai seluar atas pusat ini ke, atau ko pilih pondan-pondan cantik dan kaya semua tu"

Mungkin dia suka ponen eksotik, maka dia cakap

"I do"

Hanjeingggg. Ciken-ciken ini memang suka buat akak berangan kan. Sekarang ini tugas hakiki akak sebagai  isteri mithali selain dari memastikan pakaiannya di iron hari-hari, buat breakfes, lunch, dinner dan supper, dan memakai haruman di malam hari, adalah akak menjadi SPY dan mencari madu-madu akak seterusnya, buat modal untuk bergaduh hari-hari. 

Makan hati deknon. Nasihat akak, carik lah laki orang yang dah tua-tua senang sikit kerja ko sebab ko tau ko yang jadi perampas, jadi ko tak leh cerita banyak kan. Shadap kan diri. Jangan lah berangan cari ciken ya kalau ko tak mampu belikan dia baju Top Man atau Armani Exchange.

Mati lah.. Mak pun pakai singlet pagoda je. 

Cantik tak singlet akak kat bawah ini???

eee... apa tuuu???

Opsss, sorry salah singlet. Ini singlet utk pergi bersenam. (mati lah puting tetek terjojol keluar katanya. Kannnnnn, parking bawah katanya kan... ko tak stim tengok.. opsss). Motif badan Sasa... Imah kah???

Ini le 2 je singlet akak deknon, pakai gilir-gilir. Isnin, Rabu, Jumaat dan Selasa, Khamis Sabtu. Hari Ahad akak berkemban je, sebab nak basuh singlet. Sedih kehidupan akak kan.

Ini lak gambar akak kerja part time jadi bapak ayam, carik duit lebih nak beli singlet baru.

Anyway, berbalik kita pada cerita asal kita. Tu lah masalah akak kan, kalau nak bercerita, tak reti aku nak bermukadimah 3 minit, harus le kalau akak kasi lecture kan, mukadimah je dah 1 jam. Setengah jam je aku buat kuliah. Setengah jam lagi akak kasi rehat, walaupun rehat sepatutnya 10 minit je. 

Opss. 

Jadi dipendekkan cerita, adalah beberapa episod akak datang akak nak ceritakan beberapa isu-isu mengenai ciken dan cara-cara penjagaan (read:gaduh) dengan ciken dalam blog akak yang tak seberapa ini, di samping akak akan mengikuti perjalanan Ciken kegemaran akak terbaru iaitu si Akim Akademi Fantasia tu sepanjang berlangsungnya musim AF 7 ini. 

ohh, Akim..

rambutmu tetap menjadi pojaaaannn.

Comel kan dia. Kan kan kan janet kan...

Oke lah, nantikan kisah Dayang Serama hampir dipukul dengan 7 ciken tiga ringgit, di hari dan waktu yang sama, dalam rancangan Bercakap dengan Ciken. 

 

Hairstylist nightmare!!!

Somehow, these are my 3 favorite AF7 students and the most talented. Mungkin terlalu talented, sampai tak tau nak buat apa dengan rambutnya.

Di sebalik rambut yang mengerbang-mengerbang itu, terdapat bakat semulajadi yang mengemparkan.

So, this blog is supporting these 3 kids, dan tengah mencarik-carik favorite gal pulak.



Yazid
Hafiz


Akim


p/s : These boys need extreme make over badly, terutama sekali si Akim.
p/p/s : Tips utk AF8 kalau ada, pergi audition dengan rambut mengerbang.

Akademi Fantasia 7 : Lagu tugasan minggu ke pertama

Berikut adalah senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh pelajar-pelajar AF kali ini. 

Lagu Di bawah pohon Asmara, Pheonix Bangkit dan Rahsia perempuan adalah lagu-lagu fast song yang memerlukan tenaga dan stamina untuk menjanjikan persembahan yang hebat. Lagu-lagu yang lain pula lebih menguji feel peserta ketika menyanyi. Barangkali memberi lagu-lagu slow pada peringkat awal untuk membiasakan penonton dengan nada atau tone suara setiap pelajar tersebut. 

Peserta yang dijangka akan dibaling selipar dan terberak di atas pentas sudah tentu penyanyi-penyanyi yang akan membawa lagu-lagu seperti Matahari, Elergi Sepi dan penghujung Rindu. 

Kita lihat sapa yang kena....

ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor

ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ZIZI - Molek (Elyana)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)

QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)


p/s: tahniah kepada Tiara yang dilantik menjadi pengetua wanita pertama, walaupun dia bukan penyanyi, tidak pernah ada album (eh ada ke), bukan penyanyi yang baik dan juga bukan pelakon yang hebat sangat pun, tetapi tetap menjadi pengetua kerana salah satu dari beribu-ribu projeknya iaitu Puteri Gunung Ledang the Musical menjadi. Kita tengok jelah hasilnya ya.

Juara Akademi Fantasia 7

Hahaha, tu dia.

Pengetua pun belum umum, dah umum juara dulu katanya. 

Itu akak pilih sendiri, sebab akak rasa dia ni sorang je muka komersil, yang lain very der muka tak perlu. Mati lah mak. 

Yang dua ekor ada album tu pun, harus le tak menang sebab dah buat album pun tak laku, camana nak menang akademi fantasia ya. 

Oh ada sorang lagi yang pandai menari yang rambut macam sarang tebuan tu pun oke gak. Budak laki Sabah nama Afiq tu pun suara meletop. 

Kan, katanya tahun ni top 3 semua jenis rambut yang extreem makeover nya.

Nasib baik Abang Kelana tak masuk, sebab setiap kali akak tengok dia keluar TV style dia tu cam nak buat akak nak muntah je. Geli gelemen aku tengok dia terliuk lentuk gitu. Takpe lah bang, Abang kalau menang pun, takde sapa nak beli album, takde sapa nak suruh buat show. Baik le abang keluar awal, sebelum rumah tangga nanti porak peranda bila dah jadi star nanti. 

Pastu ada sorang yang botak tu, very der Mawi wanabee yang sangat le tak perlu, walaupun akak suka je tengok dia sebab dia cute je. 

Oke lah, ini lah juara Akademi Mawi tahun ini adalahhhhhhhhhh...

Eh bukan Akademi Mawi. Silap...

Akademi Fantasia. 

Eh sebelum tu dengar cerita, Norman KRU jadi pengetua. Betul ke. 


comel nauuuuuu...
(gambar di kebas dari blog sensasi selebriti)



p/s: Acis tu kendo lah. Cikgu tari tu pun kendo gak. Pastu dia cakap ada style le. 

Friday, March 6, 2009

Akak kembaliiiii deknonnnnnnn

AKAK KEMBALI DEKNON,... DEKNON DEKNON SIHAT SEMUA?

Opss... terhuruf besar pulak. Dah macam akak-akak tua meroyan gila ke apa nak tulis blog pakai huruf besar. Masa sekolah dulu mesti tak pernah guna komputer, atau komputer keyboard rosak katanya.

anyway.

Akak kembali deknon. Gatal biji sangatkan, bukak tutup bukak tutup, suka-suka kan bukak tutup bukak tutup macam Dewan Undangan negeri perak katanya.

Semenjak dua menjak ni kan, pepetz akak memang sentiasa mengalami kegatalan tau. Emosi akak terganggu sejak akak kerja baru ni. Mana tak nya, akak rasa pelik sebab dah le kerja makin sikit, kadang-kala takde kerja langsung, tapi tiap-tiap bulan akak dapat gaji penuh. Kalau sikit takpe jugak. Akak benci lah camni. Jadi bila nak tulis blog tu akak rasa bersalah.

Tapi disebabkan masalah kegatalan pepetz itu sudah dapat diatasi, maka akak nak announce kan, yang akak kini kembali ke persada seni blog tanah air.


I tell you, Its good to be back.

Eh kejab akak nak cerita ni kejab, tapi akak kena isi borang claim ni sat. Kalau claim bulan depan kemudian nanti susah nak isi kotak kosong tempat tulis RM tu tak muat.


Mati lah kekwat.

Nanti kita story-story deh.

Semula deh.

Monday, March 2, 2009

hello!!!


mak nyer..
ya, pak nyer?
dengar citer, akademi fantasia nak start.
ya ke?
Nak kena seru balik ke ni?
emm, perlu ke, pak nye. Busy kot orang tua tu? Maklum lah ada ciken laki baru,.. opsss.
emmm, kan... gitu lah adik-adik tua kan. Dah nak mampus, masih tak sedar diri.
takpe mak nye. Nanti kita tanya mak ayam besar. Nak suruh bangun ke tak!