Friday, April 17, 2009

Karipap

Kejadahnya pepagi buta ni akak nak cerita pasal karipap kan. Tah tak semena-mena aku dok mengidam karipap le pulak.

Mana datang nama karipap ni ek. Kalau kari tu kita tau le kan, sebab kebanyakkan dari inti kueh karipap ni pakai kari. Tapi bukan semua inti karipap pakai kari ya tak? Ini karipap sardin tak pakai kari, dia pakai sambal sardin. Karipap ikan terengganu pun tak pakai kari, tapi di panggil karipap jugak.

Abis, katakan lah secara generalnya kebanyakkan karipap intinya mengunakan kari jadi Pap tu datang dari mana lak. Kalau nama orang putih dia currypuff, barangkali puff itu ditranslate jadi pap kot.

Jadi kalau the Power Puff Girls, kita translate jadi Kanak-kanak Perempuan Berkuasa Pap lah ya kot. Lucah sangat bunyi ya tak.




Karipap ni ada bermacam-macam nama, dan bermacam-macam rupa bentuk. Kalau kat johor dorang panggil tepung bawang, di Singapore terkenal dengan nama epuk-epuk. Pastu ada berbagai jenis karipap pulak. Ada karipap kampung yang keras melantun di baling tak pecah, jatuh berderai, ada karipap sardin, karipap pusing, karipap puff pastri, karipap sayur, karipap ikan, karipap serunding mini, karipap serunding kelapa dan sebagainya.

Apa pun nama dia kebanyakkan karipap ni, dia ada tepung di luar dan didalamnya diisikan inti yang sedikit pedas, dan kebanyakkannya di kelim tepi.

Macam gambar kat atas tu karipap pusing. Nak menguli tepungnya jenuh berlapis-lapis, tapi bila dah siap uli nak buatnya senang.

Macam kat bawah ni pulak karipap yang selalu kita makan kat kantin sekolah yang rupanya tak semengah macam dikelim pakai kaki. Tapi kat bawah ni nampak cantik lah. Kalau kat sekolah akak dulu karipapnya tak nampak sangat macam karipap, tapi macam ntah apa-apa ntah.

Tapi akak suka tul karipap masa sekolah dulu. Hari-hari akak melantak karipap, sebab akak ni memang hantu karipap sebenarnya. Kadang-kala akak dah tahu dah karipap tu tak sedap, tapi akak tetap tamak amik karipap tu 2-3 biji sebab akak suka makan karipap tu, tak kira le camana rasanya pun.

Bagi akak karipap ni dia ada elemen suprise nya. Ala-ala orang cakap dont judge a book by its cover, kita tak leh judge a karipap by its kulit. Kadang-kala karipap yang kulit dia cantik sikit dari rupa jalan raya tu la yang sedap sebenarnya.



Karipap yang sedap adalah yang mempunyai kulit yang ranggup, gebu dan tidak terlalu tebal. Kecuali karipap pusing, memang kulit dia tebal sikit sebab di situlah rahsia kesedapan karipap tersebut. Dan sebab kita makan dengan mata jadi karipap yang sedap mesti nampak cantik, tidak hangus, masak serata dan berwarna coklet cair, dan dikelim kemas. Macam gambar kat bawah ni.




Gambar atas ni gambar karipap tradisional yang akak rasa tidak ada di tempat lain ni. Ada kat malaysia je. Karipap ni kiranya macam kueh asli malaysia.

Ingat tak masa korang sekolah dulu kita ada belajar nyanyi lagu Kueh Karipap?

Oh Kueh Karipap,
Kueh asli Malaysia,
Di luarnya tepung,
di dalamnya berinti

bla bla bla, camana tah lagu dia.



Tengok karipap kat atas ni, meletop sekali pusingan dia. Berapa lapis tu dia punya karipap pusing. Meletop sekali akak tengok cam sedap le sangat kan. Selalunya karipap ni bila rupa dia cantik, rasa dia mesti cantik punya.

Satu lagi karipap akak suka makan adalah karipap Ikea.

Korang pernah makan karipap Ikea tu tak? Karipap dia besar, pastu dalam dia ada telur dan inti ubi kentang dan ayam. Kalau sapa-sapa yang selalu dok pergi Imbi Plaza beli barangan komputer pulak akan selalu terserempak dengan karipap giant. Karipap dia harga RM1.50 seketul dan sedap sekali.

Tapi tidak segiant karipap di Secret Recipe. Korang pernah tengok karipap kat secret resipi tu? Karipap dia besar songkok. Makan sebiji kenyang 2 hari. Tak yah makan dah. Harga dia pulak, sama harga makan 50 biji karipap 30 sen ni kaedahnya.

Jadi sempena hari minggu ni, akak nak mengajar cara-cara membuat karipap yang mudah dan berkesan. Nanti boleh lah korang buat dan bawak gih piknik, buat minum petang, bawak bertandang rumah pak mertua, atau boleh bawak gih rumah bakal boypren baru untuk adik-adik desperado yang takde alasan nak gih melawat rumah abang yang baru dia kenal di BB semalam.


Karipap Kentang

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat karipap adalah seperti berikut

Kulit
Tepung gandum, air, mentega/margerin, sedikit garam.


Inti
Kentang, bawang merah, bawang putih, daging ayam, atau lembu, atau udang, atau itik, atau apa-apa je lah binatang yang boleh di makan, serbuk kari dan daun sup.


Cara membuat pastri/kulit karipap

Panaskan air dan masukkan mentega/margerin sehingga ia cair dan sebati. Bila sudah sebati, sejukkan sebentar dan bila dah suam-suam curahkan sedikit-sedikit ke dalam bekas yang diisi dengan tepung dan secubit garam. Ko jangan dok uli masa air tu mengelegak, terkopek lak kulit ko dalam karipap tu karang. Uli tepung jangan lembik sehingga tidak ada tepung melekat di tangan dan jangan berderai macam buat kueh tart. Jangan uli terlalu lama sampai tepung tu semua menjadi liat. Uli sampai ia boleh di bentuk dan tak pecah-pecah.

Rehatkan tepung di dalam mangkuk dan tutup le dengan kain ke surat khabar ke.

Inti karipap.

Potong dadu bawang dan ubi kentang, selalunya dalam kuantiti yang sama banyak, dan racik beberapa ketul bawang putih. Racik dadu tu halus-halus dalam setengah cm X 1/2 cm.

Masakkan beberapa cawan air cukup untuk memasak inti. Air kena banyak supaya ubi kentang empuk. Masukkan beberapa sudu rempah kari dan 1/2 cawan minyak masak. Bubuh sedikit garam. Kemudian masukkan semua sayur dan ayam, dan masak lah sehingga ubi kentang empuk. NI semua kau tak payah feeling2 masuk satu satu ya. Ko masukkan je semua sekali gus, air, minyak, kentang, bawang, rempah kari, segala bagai kecuali daun sup tu.

Bila dah empuk, masukkan daun sup yang telah diracik untuk bau yang wangi.

Tapiskan inti tersebut supaya minyak dan airnya tertos ke bawah, dan tinggal inti karipap sahaja.

Cara menguli kulit karipap.

Gengam tepung karipap tu sebesar bola golf, dan kemam-kemam supaya ia menjadi sedikit padat. Kemudian lenyekkan dengan roller sehingga ia betul-betul nipis sehingga kita boleh lihat cahaya di belakang karipap tersebut. Senipis duit sepuluh sen. Kalau terlalu tebal nanti dia jadi keras.

Isi kan sedikit inti jangan terlalu padat, dan kelim karipap tersebut dengan kemas. Kalau kita isi inti terlalu padat, karipap tu tidak akan kembang cantik. Biarkan sedikit ruang supaya karipap itu akan kembang dan nampak gebu.

Gorengkan di dalam api perlahan sehingga karipap itu berwarna kuning keemasan, dan angkat sebelum karipap itu bertukar menjadi perang. Ini kerana bila kita angkat, karipap itu akan terus masak dan kulitnya akan automatik bertukar menjadi perang keemasan yang cantik dan sekata. Kalau kita dok tunggu karipap tu tukar coklat, bila kita keluarkan, nescaya karipap itu akan bertukar menjadi warna pepet kelly ng.

Kita tak mau macam tu.

Jadi kita goreng lah karipap yang kita nak makan je. Selebihnya kita boleh masukkan di dalam plastik, atau tupperware dan disimpan di dalam frezer dan digoreng ketika diperlukan sahaja.


Itu lah cara-cara penyediaan karipap. Di harap adik-adik boleh membuat karipap di rumah hari ini, kerana karipap adalah makanan yang senang dibuat dan tidak remeh, dan disukai seisi keluarga.


Selamat mencoba.


p/s: gambar-gambar di atas adalah gambar karipap yang akak amik di internet tanpa izin. Akak ingat nak buat karipap hari ni, tapi aku malas. Jadi akak ingat akak nak makan roti sapu kaya je. Satu kerja lak aku nak mengentel karipap pepagi buta ni kan.





B

10 comments:

Kelomok said...

Aku suke karipap sardin..karipap kentang yang paling feveret..ada kat taman putra..depan 7e..area kedai mak aku tu.hikhik..biasanya karipap die yang habis dulu..

kejila wat aku lapar..

Jay said...

di s'pore..kita panggil nye 'epok-epok'....

-JT

Kelomok said...

eh tapi..org kampung aku pun panggil epok2..

imahlenggok said...

tajuk KARIPAP ley? pakai planta tak?

Cinta Hatiku said...

my resepi plak tuk pastri tu ..tak pakai air panas..tapi pakai air sejuk..memula uli dulu majerin dgn tepung and sedikit garam..bila semua dah sebati baru curah air sejuk..so kulit dia ranggup..!!

Beauty Passion said...

karipap ikea memang the best!!

Yus said...

Holaa fiebie.. Bancuh kulit karipap dengan air garam yang telah disejukkan dalam freezer.. baru dia rangup... cubalah yek....i dulu memang buat karipap 400 biji sehari utk supply kat kantin...

highheelseliparjepun said...

hi there..if berminat nak tgk karipap yang lain daripada yang lain,u can go to my blog,n klik archive bulan april 2006.ada gmbar karipap yg my mom buat.tp the pic ada satu je..nanti i'll send u gambar2 lain through ur email..if u berminat la..i just nak share je..hehe

highheelseliparjepun said...

sy dh uploadkan the photos kat my blog..post terkini supaya cik FB tak perlu nak klik archive...hehe.. If dtg sarawak,inform la..i keje kat airport.. So,blh la jumpa..i bawak karipap..hehe..

rin haszahari said...

Knp karipap sardin mudah pecah?